Monday, July 10, 2023

BFF Hang Out Together


Sebelum ini pernah pernah buat entry berkenaan 6Fundays. Masa itu bercerita perihal Aliah hang-out bersama bff dia di situ [link]. Kali ini nak cerita Ariq bersama kawan-kawannya pula di tempat yang sama iaitu 6Fundays. Daddy dialah suruh Ariq ajak kawan-kawan ke sana disebabkan kami tak buat apa-apa sempena birthday dia di sekolah. Maka, Daddy dia belanja Ariq dan bff dia lepak selama 3 jam. Tu dia bukan main seronok anak bujang tu bila Daddy cakap macam tu. Seperti biasalah tugas Mummy dia kena lah buat booking hari yang dia pilih tu.



Kami tinggalkan Ariq dengan kawan-kawannya bersuka ria di dalam tu. Sementara menunggu dia, kami masuk kedai makan bawah tu saja namanya Kafe Gram. Nanti buat entry lain untuk makan-makan situ. Gambar-gambar di bawah ini dari kamera phone Ariq, ai dah pesan dengan dia ambil gambar dengan kawan-kawan buat kenangan. Nasib baiklah dia ingat sebab sepanjang dia dalam tu langsung tak baca mesej Mummy sampai nak balik baru dia tengok. Seronok sangat lah tu :)











Cukup 3 jam keluarlah mereka dari situ, riak wajah masing-masing seronok sangat. Almaklumlah dapat melepak dengan kawan-kawan tanpa pengawasan ibubapa, siapa tak sukakan hahaha.. sekali sekala boleh la :p Sebelum masing-masing balik, sempatlah ai ambil gambar Ariq dengan bffnya.



Terima kasih sangat-sangat pada parents kawan-kawan Ariq ini yang sporting dan sanggup hantar dan ambil anak ke 6Fundays. Dan tak sangka juga kawan-kawan Ariq ini bagi hadiah birthday, padahal kami tak cakap pasal ini. Kemungkinan Ariq lah beritahu kawan-kawannya itu yang Daddy nak belanja sempena birthdaynya. Eh tapi tak tahulah kalau enZaf ada beritahu sebab dia yang berWhatsapp dengan parents kawan-kawan Ariq pasal hang-out ini, minta izin gitu hehehe.. Terima kasih sekali lagi atas pemberian hadiah, terharu sangat. Semoga ikatan persahabatan mereka berkekalan hingga ke Syurga.











2 comments:

mummy_ayu said...

ala..so sweet..bagus betul kawan2 mcm ni kan...

Nurhayati said...

itulah.. kita pun rasa senang hati bila tahu dan kenal kawan-kawan dorangkan.