Dapat dah surat dari sekolah Zara
untuk Darjah Satu nanti.
Eh bakal sekolah,
blom konpem lagi hihihi
Surat berkenaan Taklimat Kenaikan Tahun 1
dan Ujian Pemilihan Kelayakan Penempatan
di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
ha amik ko panjang tajuknya :)
Nak masuk sekolah ni pun
kena amik ujian yer.
Pemilihan pihak sekolah hanya 20% (42org)
selebihnya dipilih oleh JPN.
Ai harap sangat Zara dapat sekolah ni.
2nd choice kami SKTTDI 2.
Nak isi maklumat Zara,
alangkah bahagianya dia ada semua
aktiviti2 dlm borang tu.
Takat ni dia hanya tahu satu je
berenang.
Suh bawak salinan sijil2 anak
kalau ada sertai mana2 aktiviti.
Pergh macam nak masuk universiti dah.
Almaklumlah first time ni
anak nak sekolah rendah.
Kejakunan mummy terserlah hahahaha
Akhirnya berganti sudah kad atmku.
Punya la lama tangguh tak buat2. [link]
Minggu lepas ganti Hong Leong,
smalam baru ganti yg Maybank plak.
Buat time tgh2 bulan,
okay la bank kosongkan.
Tapi kosong pun,
tetap huru hara.
Mana taknya gi bank heret semua
askar2 kenit ni.
Nak tunggu Zaf free mmg susah.
Gagah jua la sesorang haha
Smalam Ariq selamba badak,
main bola dalam bank.
Zara yg layan dia.
Yang Aliah plak
dok berzikir nak "egg" (kinder joy)
dari dlm kete lagi huhuhu
Mummy korang ni
mmg dah biasa muka tak malu.
Kecoh satu bangunan tu mmg biasa :p
Ha ganti sudah kad atm.
Buat debit card terus.
2 bank ni je yg aktif,
2 bank lg affin & bsn ntah ape citer tak tau.
Comelkan Hello Kitty tu.
Aliah sibuk nak kad tu,
penat pujuk kata kad tu bukan tuk main.
Berjoget tgk video
The Wheels on The Bus.
Selongkar dapur
dan main susun bekas kuih.
Mummy paksa kemas,
lepas buat sepah bilik kakak2 dia.
Cakap kat phone (remote astro)
dgn bahasa Perancisnya.
Bunyi haiwan2 yg dia tahu.
Kena tgk malam ni.
Last episode sudah,
Oh Abang Jebatku...
Episod semalam pun
dah berjurai air mata,
Abg Jebat kena tembak.
Betapa gigih dan semangat dia,
balik umah nak jumpa Mas,
dalam keadaan badan dah kena tembak
mulut dah muntah darah..
hoiiiii sedihhhhhh
hmmm macam biasa,
ada jumpa dgn pelakon2 BKATC malam ni,
tayangan awal sejam.
Dekat dah ngan umah,
tp tak dpt la pegi.
Mana nak letak anak2 hehehe
Konpem orang pun mcm semutkan.
Zaf pun layan citer ni.
Tapi takde la hari2 tgk.
Mana dia missed tu update ape jadi.
Sayang mlm ni ai tgk sorang je,
dia outstation huhuhu
Sabtu lepas skola Zara
ada buat aktiviti luar.
Kat Challenger Sports Centre Kepong.
Sesi memanaskan badan dr GA KD.
Ada 3 lagi branch join sama,
Rawang, Selayang & Gombak.
KD warna merah :)
Tak sabar nak main dah.
Baju merah tu baru beli smalamnya haha
Antara aktiviti yg ada
Where Are The Fruit.
Hop Scotch
Lets Go Fishing,
tapi bukan fish, ball hehehe
Ni ape nama game lupa.
Kena cari alphabet ikut pada kad
yg dia dapat.
Musical Chair
Add Up Dice
Ni pun xtau nama.
Baling tin la kan haha
Ada banyak lagi aktiviti lain
mcm bowling, frog phabets, baloon ape ntah.
Ada 12 aktiviti semuanya
hanya 5 aktiviti awal je ai teman Zara,
yg lain Daddy dia sbb Ariq dah nak susu.
Bagus aktiviti semuanya,
sesuai la ngan tema Play to Read
and Read to Play.
Cuma kawasan tu agak panas,
sbb wat dlm futsal,
org ramai..
sangat panas dan sesak.
Kesian pada baby n budak2 kecik je la kan.
Pas dah buat aktiviti semua tu,
gi kaunter tuk collect goodies bag.
Muka pun dah kepenatan.
Balik makan tido hahaha
Feveretku tat buah ni.
Nak nak fruit tart Delifrance,
asal lalu je mesti nak beli.
Sedap sangat.
Tapi skang xyah gi beli jauh2.
Adik ai dah buat.
Sesedap mcm Delifrance jugak hihi
Smalam balik Sg Buloh,
dia buatkan tuk kaklongnya tapau
bawak balik hihihi
Untung ada adik yg rajin
dan suka masak.
Lagi untung sbb kakak dia rajin makan
hahahah xsenonoh.
Adik ai ada terima tempahan gak.
Kalau sape berminat bole la order.
Sebiji dia charge RM1.80.
Minimum order 10 biji.
Buah boleh pilih nak ape :)
Minggu lepas balik dr Kuantan,
Ariq demam.
Tak silap dekat 5 kali
mandikan dia
nak sejukkan badan tu.
Bila dah demam,
mengaruk merengek lebih.
Nak bergantung je menyusu.
Sampai sakit pinggang tulang belakang bagai.
Kita pun kalau anak tak sihat
memang xbole tido.
Susah hati dok monitor suhu diakan.
Tapi dalam xsihat tu,
tetap gak active.
Sepahkan umah mcm biasa hehehe
3 hari gak la dia demam.
Alhamdulillah pastu dah sihat.
Mujur akak2 dia tak kena.
Anak2 ai ni kan mmg suka coklat kinder.
Nak nak Kinder Joy tu.
Ai xberkenan sgt ngan cekelat tu,
bukannya ape,
dorang ni bukan makan sangat,
mainan pun takde la beria main.
Seronok sbb bila bukak tu
ada toys bagaikan,
tp mainnya kejap je.
Smlm pegi Cold Storage,
nak beli barang makanan tuk donation anak2 yatim
anjuran sekolah Zara.
Lalu bahagian cokelat,
ai hati gembira sbb tgk takde egg kinder joy tu.
Tgk kat kaunter nak bayar pun takde.
Tetiba Aliah jerit,
Mummy Kinder Surprise.
Arghh sudah,
takde Joy, Surprise plak yg jual.
Nak taknak kena la beli,
kalau tak anak2 berzikir tanpa henti.
Cokelat dah cair sbb tu
egg tu dah herot berot.
Bukak kertas tu
bole makan terus cokelatnya.
Dalam cokelat ni,
ada egg kaler kuning.
dalam tu la toynya.
Seperti yg dijangka,
xde la menarik mana pun.
tapi dorang ni xcited bagai la.
Dapat cop n water color.
Tapi kalau Disney edition mesti bestkan toynya,
mcm budak2 ni tgk dlm youtube.
Ha pengaruh dlm tu la tu huhuh
Pasni tak leh gi Cold Storage,
Kinder Surprise ni lagi mahal
dari Kinder Joy okey.
Yg Joy RM3 lebih,
Surprise ni RM6 lebih.
Nak kena beli sorang satu
plak tu
nangisssssss