Tuesday, July 28, 2020

Bathroom Renovation


Sejak pindah masuk rumah ni, kami takde buat apa-apa renovation selain daripada ruang tamu dan dapur. Dua bahagian ni kami buat sebelum pindah masuk lagi sejak 14 tahun yang lepas.. fuh lama dah rupanya hehehe. Itu pun bukan ada pecah apa, hanya pasang lantai kayu dan buat kitchen cabinet. Kalini berbeza sikit sebab buat fully renovation untuk bilik air. Walaupun hanya bilik air yang kecil ai tetap nak simpan dalam blog sebagai kenangan hihihi

Diam tak diam dah 2 minggu rupanya renovate bilik mandi ni. Punya la lama ai tunggu pecah tiles dan buka semua bawa keluar. Semua ni gara-gara menunggu enZaf free. Kalau buat hari-hari dalam seminggu je dah boleh siap hehehe.. takpe la diriku sabar menanti demi sebuah bilik mandi yang cantik :p



Bila pecah tiles ni, berhabuk tu jangan kata. Setiap kali orang tu balik, ai terus lap dan bersihkan habuk dalam bilik. Walaupun tak habis lagi pecah tiles tu tetap bersihkan sebabnya tak tahu lagi bila orang tu nak sambung buat kerja lagi. 4-5 kali bersihkan pun ai sanggup, takkan nak biarkan habuk tu berterbangan satu rumah huhuhu

Gambar bawah ni gambar masa kami nak beli tiles. Sebelum ni datang tengok-tengok dulu, kalini datang terus confirm nak beli. Gembira sebab enZaf approved untuk beli tiles yang bercorak bunga untuk lantai hihihi Beli dekat Super Ceramic Tiles Kota Damansara, dekat dengan rumah senang sikit.



Gambar bawah ni pula baru siang tadi kami pergi beli basin, toilet bowl dan accessories pula. Yang ni jauh sikit membelinya, kami pilih Paramax Kitchen & Bathroom dekat Puchong.



Nampak tak muka happy disitu hehehe.. Terima kasih enZaf! Sekarang ni tunggu je la bila lagi nak sambung buat renovation tu. Nampak gaya macam lepas raya haji la kan :p



Sejak bulan puasa diriku dah tak exercise sampai sekarang menyebabkan berat naik 3 kilo dengan jayanya. Makan pun tak ingat dunia semua bedal. Lepas Maghrib tadi gigih joging balik setelah sekian lama.



Monday, July 27, 2020

Happiest Birthday to Bffs


Pada hari Sabtu baru ni, dapat juga berjumpa dengan sahabat baikku. Lama sangat tak jumpa dengan dorang, akhirnya terubat jua rindu Alhamdulillah. Perjumpaan ini dibuat untuk meraikan ulangtahun hari jadi buat sahabatku Nowwa. Birthday dia pada 24hb jatuh hari Jumaat itu yang kami buat makan-makan keesokkan harinya. Disebabkann Nowwa kerja hari Sabtu, kami jumpa agak lewat sikit dalam pukul 6 petang. Kalini makan kat Secret Recipe Subang Perdana.

Memandangkan Elin buat bisnes suprise delivery ai whatsapp Elin personally, minta dia buatkan bouquet untuk birthday girl. Alang-alang dah buatkan untuk Nowwa ai minta dia buatkan satu lagi untuk Anis. Anis birthday dia bulan 5 jatuh masa PKP jua jadi tak dapat nak celebrate maka kita buat la sekali arung, belated gitu kan :) Ai sampai SR lambat 30 minit haha... gara-gara mencari hamper buah untuk Elin. Cuaca petang tu pun hujan renyai-renyai. Sekarang musim hujankan. Lebat pula tu, kat KD ni banyak jalan naik air.

Masa bergambar ni takde Elin pula. Dia pergi ambil hamper dalam kereta, lama pula tu :p Thank you Aliah ambilkan gambar Mummy and friends.



Birthday girl yang diraikan.



Anis pun kami raikan sama yang birthdaynya jatuh bulan 5.



Elin terkejut dia pun dapat juga hamper. Tapi maaf la ye Elin, ai beli hamper takde belon dan bekas cantik macam lagi dua orang tu. Takkan nak kalahkan tokei bisnes surprise pulakan hihi.. Birthday Elin pun masa PKP jua bulan 4. Mujur ai teringat okay, takut la dia kecil hati.



Thank you akak Zahra ambilkan gambar ni. Semua dah mengembang dengan jayanya kecuali Anis dan Nowwa hahaha.



Gambar-gambar kat bawah ni ihsan dari kamera Nowwa. Ada juga gambar ai dengan anak-anak.



Qaireen masa ni sangat camera friendly. Nampak orang nak ambil gambar laju je dia menyelit nak masuk sama okay. Sebelum ni bukan main susah Mummy nak ambil gambar dia. Tiba-tiba hari tu lain pula hehe macam-macam la nak oi.



The one and only hero ai.. eh bapak hero terlupa pula bila ada kawan :p



Aliah tiada gambar sorang sebab sibuk melayan Adraa. Nak tengok Youtube la tu kan hihi



Akak Zahra jauh termenung. Memikirkan masalah negara ke kak oi hahaha



Kesayanganku.. anak Elin 2 orang lagi tak join. Abang Hyqal dan abang Abid, dua-dua tu dah anak bujang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Lagi pun ada ke nak join aktiviti mamanya pula kan hehehe.. esok-esok bila anakku dah besar nanti pun macam tu jugala kan. Jadinya selagi dorang semua ni belum besar panjang selagi itula ai akan heret semua anak-anak walau kemana sahaja kita pergi hehehe Huru hara pun huru hara la.. momen begini bukan boleh dijual beli dan takkan boleh berulang kembalikan.



Sekali lagi ai nak wish buat semua sahabat baikku Selamat hari jadi terutamanya buat Nowwa, Anis dan Elin. Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga ikatan persahabatan kita dari sekolah ini kekal bersama hingga ke Jannah. Macam tak percaya pun ada, umur dah 40 tahun uols heheheh sayang korang ketat-ketat.


Thursday, July 23, 2020

Resepi: Sambal Tempe, Ikan Bilis dan Kacang


Mentang-mentang dah makan kat luar, jarang dah ai update pasal resepi hihi Padahal hari-hari masak nak nak pula sekarang semua dah bersekolah. Lagilah pukul 10 pagi dah memasak untuk lunch. Kalini nak share makanan kegemaran enZaf iaitu sambal tempe, ikan bilis dan kacang. Ianya juga boleh juga dijadikan sebagai kudapan. Sedap okay ratah macam tu je. Kalau enZaf keluar outstation terutamanya ke overseas macam London, dia memang suka kalau dibekalkan dengan lauk ni. Senang nak dibawa, sedap dan ringkas bila lapar makan dengan nasi atau pun roti. Bukan dia sahaja, kawan-kawan atau sesiapa yang pergi bersama dengan dia pun join makan juga hihihi Resepi ai bagi ni dalam anggaran untuk 4 orang makan.



Bahan-bahan

1 paket tempe (dihiris nipis) *
1 cawan ikan bilis *
1 cawan kacang *
3 ulas bawang merah (dihiris)
3 sb cili kisar
1 tangkai daun kari
2 sb gula
sedikit garam

Cara Menyediakan

Mula-mula gorengkan bahan-bahan yang bertanda * satu persatu. Untuk tempe gaulkan dahulu dengan serbuk kunyit sebelum menggoreng. Ketepikan tempe, ikan bilis dan kacang yang telah digoreng.

Dalam kuali yang sama masukkan bawang merah dan daun kari tumiskan sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula gula dan kacau. Akhir sekali masukkan kesemua tempe, ikan bilis dan kacang gaul sehingga sebati. Tambahkan garam secukup rasa. Dah siap!




Seperti biasa kalau masak sambal enZaf suka manis-manis pedas. Terpulang pada uols boleh adjust nak pedas lebih atau manis lebih. Kalau takde ikan bilis atau kacang pun takpe, boleh digantikan dengan kentang. Kalau ada kentang, hiris nipis atau tebal ikut kesukaan dan goreng dahulu sama macam tempe, ikan bilis dan kacang. Masa masak ni kentang dah habis, kalau ada ai masukkan sekali dengan sambal tempe ni, sumbat semua lagi sedap. Buat stok banyak-banyak simpan dalam balang :)

Wednesday, July 22, 2020

Repot Indoor Plant


Sambungan dari entry sebelum ini. Selepas enZaf ajak beli pasu, bila sampai rumah laju je ai mengadap pokok-pokok. Tak sabar dah nak tukar dengan pasu baru dan transfer anak pokok kat pasu baru juga hehe Walaupun tak berapa pandai sangat bab-bab menanam pokok ni, ape ntah lagi nak repot diriku gagah juga la buat. Sambil buat tu sambil berzikir juga la dengan harapan pokok-pokok ni hidup dengan subur. :) Tengah buat baru teringat tak ambil gambar sebelum mula kerja hihi



Alhamdulillah berjaya transfer dengan jayanya. Semoga pokok-pokok ini gembira dengan tempat baru hihi Oh terlupa nak beli pasu lagi satu. Masa membeli tu rasa dah cukup untuk semua, rupanya ada juga tertinggal. Harap-harap enZaf ajak pergi beli lagi.



Masa mencari pasu kat nursery ni, kebetulan ada diskaun 20%. Berbaloi rasanya sebab harga tak lebih dari RM20 satu buah. Cuma pilihan warna tak banyak kebanyakkan semua putih. Pasu yang dekat bahagian atas sekali tu RM11 saja selepas diskaun. Pokok bunga orkid tu saja ai letak situ, bagi nampak banyak haha.. yang tu artificial punya. Nanti kalau beli pokok baru lagi kita letak ganti dengan tempat orkid.



Ha.. dapat juga rak Ikea ni. enZaf beli kat orang hahaha punya la susah nak beli direct rak ni, asal datang je habis. enZaf fed up, last last dia cari orang jual online. Lebih RM20 tapi takpe la katanya janji dapat haha Macam-macam la yang oi, sanggup tu. Apa pun terima kasih demi pokok-pokok dalam rumah ni.



Tengah nak ambil gambar pokok-pokok ni, tiba-tiba si baju kuning ni muncul depan. Nak ambil gambar juga. Kalau duduk diam takpe juga, ni bergerak-gerak huhu Akak Zahra pun nak bergambar. Gambar bawah ni masa first day dia masuk sekolah. Hari ini Aliah dan Ariq pula sekolah. Terlupa pula ai nak ambil gambar Aliah huhu



Pokok Monstera kat bawah tu, pokok tiruan. Lama dah beli sebelum ada indoor plant ni lagi. Pokok Monstera ni tahu pula namanyakan hahaha.. Nanti nak cuba la bela pokok Monstera yang hidup.



Rasa seronok pula tengok ada pokok hidup dalam rumah. Kalau boleh nak letak banyak-banyak lagi, cari jenis lain pulakan. Semua ni takkan berjaya kalau takde sokongan moral dari enZaf. Terima kasih suamiku!

Monday, July 20, 2020

Pokok Baru


Pada hari Selasa minggu lepas, dah mula buat renovation bilik air. Dapat juga enZaf cari orang pasang tiles, itu pun punya la lama nak dapatkan masa enZaf free. Ini pun tak buat kerja hari-hari sebab enZaf sibuk meeting dan outstation sana sini. Siang tadi sambung lagi pecah tiles dalam bilik air. Tak tahu la bila siap haha tapi takpa la bukan rushing apa pun. Sekarang ni ai rimas sebab berhabuk je, selagi tak habis bab pecah-pecah ni bertabahla. Tak sabar nak tengok hasilnya nanti.

Masa hari Selasa tu, petang lepas orang tukang baiki bilik air tu balik enZaf ajak keluar cari pasu pula. Pasu untuk anak-anak pokok supaya dapat membesar dengan jayanya :) [link] Masa ai tengah belek pasu ternampak satu pokok indoor yang berkenan dihati. Saja tanya enZaf kot boleh nak beli, sekali dia kata ambil lah.. terus laju tangan ni ambil hihihi Lepas selesai beli pasu dan pokok baru, sempat lagi kami singgah makan cendol pula. Kalini cuba kat tempat lain pula tapi gerainya masih dalam Seksyen 6. Kat situ ada jual sekali dengan air boba. Aliah memang suka boba tea ni.



Tak ingat pula nama gerai ni, cendolnya warna putih. Walaupun duriannya tak berapa nak warna kuning sangat tapi nasib baik sedap dan manis. Sedap juga rasa cendolnya, not bad. Ariq suka tapi Aliah tak suka.



Terima kasih enZaf sudi melayan kehendak isterinya. Moga sentiasa murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan untuk keluarga ini. Dagu isterinya pun dah berlapis tu. Minggu lepas memang timbang berat badan, nangis tengok nombor yang keluar. Sejak bulan puasa sampai la sekarang ai dah tak joging, makan pun tak jaga juga semua sumbat huhu Ntah bila mood nak joging tu datang :(



Inilah pokok baru kami. Haritu dah ingat dah namanya, sekarang dah lupa hahaha Suka dengan bunganya warna merah.






Friday, July 17, 2020

Cerita Awal Bulan


Salam Jumaat semua! Sekejap je dah nak hujung minggu. Alhamdulillah Rabu baru ini, akak Zahra dah mula ke sekolah. Eksaited dia nak ke sekolah jumpa kawan-kawan. Seperti biasa dia sejenis yang mudah bangun, tahu tahu je dah siap :) Hari Rabu minggu depan giliran Aliah dan Ariq pula. Aliah pun sama macam akak Zahra tak sabar nak ke sekolah kecuali Ariq haha Ai tengok dia tak berapa nak eksaited sangat, suka lagi duduk rumah sebab hari-hari main :p Tapi takde la sampai dia tak nak pergi sekolah, bila tanya dia nak pergi sekolah ke tak, dia jawab "hmmm" saja haha. Esok enZaf pergi sekolah anak-anak untuk buat tempahan makanan. Ai malas nak masak buat bekal, order je la kat kantin terutamanya Zahra dan Aliah yang sekolah pagi. Lagi pun dorang ni lagi suka makan sama macam kawan-kawannya.

Gambar bawah seperti biasa baling ke belakang, bawa anak-anak pergi makan donut kat Jco. Lama tak makan donut situ. Seronok masing-masing, dapat pula donut oreo feveret dorang. Sekarang Qaireen pula join suka makan donut sama.



Sugar rush masing-masing penangan banyak makan manis :p



Minum petang kami. Masak simple macam ni pun okay janji buat alas perut.



Masa tengah makan tetiba enZaf balik. Dia ada bawa balik karipap, alhamdulillah rezeki. Ai punya la malas nak ambil piring lagi, letak je karipap tu dekat roti hahaha Tak senonoh betul :p



enZaf juga ada bawa balik pek longan dan lai chee kang. Katanya support kawan dia baru menjual produk ni. Setakat ni ai dah try longan, sedap sangat. Nak masak pun senang je, jerang sekali dalam air sampai mendidih. Lai chee kang belum cuba lagi.



Breakfast dengan mak dan abah. Hari tu dorang berdua ni joging dekat KD, habis joging terus call ai ajak minum hihi.. kebetulan enZaf tak masuk office lagi jadi ai pun ajak la join sama.



Mak dan abah selalu joging berdua kat Sg Buloh tu. Sekali sekala tukar angin joging kat KD, paling jauh setakat ni joging dekat Taman Tun. Semoga mak dan abah dilindungi dan sentiasa sihat tubuh badan.



Thursday, July 16, 2020

Nasi Ayam Hainan Chee Meng


Cerita hari minggu awal bulan 7. enZaf ajak lunch dekat Shah Alam. Katanya nak bawa makan nasi ayam hainan. Pertama kali ai makan nasi ayam hainan Chee Meng ni, enZaf cakap dia selalu makan kat Bukit Bintang. Tapi tak pernah tahu pun rupanya dah ada lama cawangan kat Shah Alam. Sampai kedai terpaksa menunggu sekejap, dalam kedainya tak ramai pun pelanggan tapi dia buka meja sikit sangat. Sementara menunggu tu apa lagi, ambil gambar anak-anak.



Daddy bersama anak sulongnya :)



Besar dah akak Zahra. Tinggi dia sikit lagi nak sama dengan ai. Tak banyak beza, tak lama lagi sama tinggi dan akan terus tinggi dari Mummynya la nanti. Dia pun sekarang ni keluar nak pakai tudung dah. Ai pun kena beli banyak lagi baju lengan panjang untuk dia.



Ayamnya sedap, lembut sangat isi tu. Kerabu mangga pun sedap juga. Nasi pun sedap, tak masukkan sekali dalam gambar. Keseluruhannya semua sedap, ai tengok licin pinggan masing-masing. Qaireen pun makan banyak, dia sorang habis nasi satu pinggan ke sebab semuanya lapar sangat hahaha



Kalau ada cawangan kat KD lagi best, dekat sikit nak datang lagi. Kat KD ni tak banyak nasi ayam hainan sedap. Sebelum keluar sempat la ai suruh anak-anak posing depan logo kedai pula. Masa nak bergambar tu tercari-cari ai Aliah dekat mana, rupa-rupanya dia ada belakang cermin tu, sabar je la.



Dah alang-alang kat Shah Alam, enZaf terus ajak pergi Setia Mall pula. Ai pun okay je la dah orang ajak jalankan. Sebelum masuk parking nampak belakang shopping mall tengah buat bangunan tambahan lagi, perghh besarkan lagi mallnya. Haritu bergambar dengan akak Zahra, kalini bergambar dengan Aliah pula.



Masuk dalam Zara, kebetulan tengah sales dan ai nak la mencari satu baju baru. Tapi tak de yang berkenan dan rasanya banyak dah habis kot. Beli baju tuk anak je. Dan ada sorang tu pun dapat bag baru. Suka sangat sebab bentuk Nintendo sampai pujuk Daddy dia. Daddy dia tunjuk bag yang lain semua dia taknak hehe Akhirnya dapat juga.




Monday, July 13, 2020

Makan Malam Bertiga Sahaja


Cerita baling ke belakang iaitu bulan lepas hihi.. Pada hujung minggu ai ikut enZaf pergi ambil barang dekat area Balakong. Sebelum ke sana, kami hantar anak-anak dulu ke rumah mak kecuali Qaireen la. Dia mana boleh tinggal lagi. Kalau dapat tinggal laju ai ajak enZaf dating hehe. enZaf kata barang nak diambil tu besar sebab tu tak boleh bawa anak-anak, takut sempit katanya. Sampai Balakong rupanya dia nak ambil tv. Rasanya lama kot kami tak beli tv, kali terakhir beli masa zaman Aliah. Sepanjang tu ada je tv kami rosak. 2 kali rosak kot tak silap ai tapi nak dijadikan rezeki setiap kali rosak dapat ganti dengan tv baru. Kedua-dua tv tu pula hasil dari enZaf menang dari golf tournament. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan. Cuma kalini berbeza sikit sebab enZaf nak beli saiz yang besar. Yang dapat tv free tu saiznya kecil daripada awal-awal tv kami dulu. Lama dia simpan hasrat nak beli tv baru akhirnya dapat jua hehe

Malam sebelum ambil anak-anak kami singgah makan dulu. enZaf teringin nak makan western katanya. Jadi kami makan dekat Ayob Cafe dekat dengan rumah. Pot pet si kenit ni menunggu makan. Tak heran pun dia takde kakak-kakak dan abang hahaha





Mushroom soup & garlic bread.



Ai makan beef steak.



enZaf pula terasa nak makan ayam je katanya.



Set dia sekali dengan nasi, bolehla bagi Qaireen makan sama.



Dekat rumah ai bakar bread pudding. Beli jiwa anak-anak sebab ditinggalkan hahaha Senang buat satu rumah suka makan. Sekali hadap je tu habis. Takde chance nak tinggal sikit.






Sunday, July 12, 2020

Indoor Plant for Home


Kami ini tak ketinggalan juga nak join bela pokok hidup dalam rumah musim PKP. Masa tengah hangat dan viral pasal indoor plants ni, ai ada terdetik juga nak membela. Tapi masa tu simpan dalam hati je, takde pula beritahu enZaf. Lagi pun diriku ni pula bukan jenis tangan sejuk, sebelum-sebelum ni pernah beli pokok tapi tak tahan lama huhu Jadi tumpang seronok je la tengok kawan-kawan yang tanam pokok-pokok ni.

Rupanya tak disangka-sangka enZaf pun berminat juga nak bela pokok hidup ni. Lagi tak sangka bila dia ajak pergi nursery untuk beli pokok hahaha.. Memandangkan kat KD ni banyak je nursery sampai la ke Sg. Buloh maka ai pun okay je la. Masa dia pergi membeli pokok tu ai tak keluar pun sebab Qaireen tengah tidur dalam kereta. Tahu tahu je dia balik ke kereta dengan 4 pasu di tangan. Inilah hasil enZaf shopping :)



Serius jangan ditanya nama pokok-pokok tu semua. Satu pun ai tak tahu. Setakat rupa tu kita tahu la itu pokok indoor ini pun disebabkan viral dalam Facebook dan IG hehe Kecuali ada satu pokok ni, macam dalam gambar bawah pokok sebelah kiri. Pokok tu ai memang tak pernah tengok. Yang pasti enZaf beli sebab kata tokei nursery tu, pokok tu boleh halau nyamuk. Pokok tu ada keluarkan bau. Kalau dekat memang ada bau, lagi kuat baunya kalau kita sentuh daunnya. Tak tahu nak kata bau apa tapi ada sedikit macam serai pun ada. Itu yang buat nyamuk lari agaknya kan. Nak kata berkesan ke tak nyamuk lari tu tak pasti pula tapi belum ada nyamuk masuk dalam rumah setakat ni. Mungkin berkesan la kot kan :p



enZaf beli secara online pasu-pasu untuk pokok ni. Dia order tiap 2 pasu tu berlainan seller. Tak tahu macamana enZaf ukur pasu-pasu tu sebab salah satu pasu yang diorder tu terlebih besar pula tu pokok kami yang kecil hehehe.. gasak la enZaf oi, janji pokok-pokok tu berpasu dari togel macam tu je kan. Jadi la :)



Keempat-empat pasu dia beli tu semuanya jenis boleh simpan air kat bahagian dalam. Ada tali disediakan digunakan untuk menyerap air masuk ke dalam tanah. Senang kerja ai tak perlu menyiram haha Sebenarnya dah sebulan lebih kami bela pokok-pokok hidup ni. Alhamdulillah setakat ni masih elok dan segar pada mata ai. Lagi menggembirakan ada pokok-pokok ni dah keluar anak baru, eh anak ke tunas. Hentam saja la hihihi



Yang pokok kat bawah ni, masa minggu ke-3 salah satu daunnya mati. Masa tu ai dah rasa sedih dan kecewa sebab takut pokok tu tak tahan lama. Tak disangka seminggu kemudian nampak ada daun baru naik. Banyak pula tu. Gembiranya hati ai. Semoga membesar dengan jayanya ya anakku.



Nanti nak ajak enZaf cari pasu baru dan beli tanah untuk tempatkan anak-anak pokok tu. Keluarga dah semakin membesar nampaknya hahaha.. enZaf nak cari rak untuk pokok-pokok ni. Dia ada berkenan kat Ikea tapinya rak tu cepat je habis. Masa Ikea ni restock dalam 1000 unit, satu hari je dah licin, kegilaan apakah ini. Sekarang ni letak kat lantai je macam tu hahaha