Thursday, March 31, 2016

Brunch Lagi Dengan Kawan-kawan


Tak plan lama pun makan2 ni,
Tee B ajak makan Sabtu lepas terus cakap ok hihi
Plannya brunch kat Dotty's tp tak dapat.
Punya la ramai orang,
yang beratur kat pintu masuk lagi.
Kena tunggu 1 jam baru dapat tempat.
Memang tak la nak menunggu.
Jadi kita bergambar depan kedai pun jadi la haha


*Gambar dari Tee B.

Yang pasti kena makan jugak kat Dotty's ni nanti.
Geram plak tgk menu2 kat ig :p

Suh Anis cari mana nak makan
dan yang dekat2 je dalam Taman Tun.
Malas nak ke tempat lain dah.

Akhirnya kami tuju kat Quartet.



Geng makan.
Pantang di ajak,
laju je dorang ni semua.



Kalini ai bawak Aliah,
sbb last week kat Zawara dia kena tinggal.
Ariq cam biasa la dok ngan Daddy.

Comelnya Adraa!!!
kemain sengih nampak gigi dia tu kan.



Harusla selfie ngan Mummy.
Dagu Mummy dah berlapis,
makan je mana tak gemuk.



Selfie ngan akak Zara plak.
Aliah sibuk main game.



Bila makanan dah sampai,
harusla bergambar dulu sblm makankan.



Antara menu2 yg diorder.
Nama semua tak ingat.
Tayang gambar je la kan.







Makanan semuanya okay.
Sedap giler tu takde la.
Environment kedai okay,
memang sesuai lepak borak ngan kawan2.



Wednesday, March 30, 2016

Apa itu COD


Dipetik dari facebook.
Credit to owner.



Walaupun saya bukan peniaga,
setakat jual2 barang sikit.
Tu pun barang diri sendiri dan anak2
tetap mengalami situasi yang sama.

Ai is tak kata tuk diri sendiri sangat.
Cuma kesian kat peniaga2 kecil yg berniaga.
Korang ingat peniaga kecil ni untung byk sgt ke.
Untung tu la nak tampung
perbelanjaan harian/bulanan mereka.
Tolong la timbang rasa sikit.

Lagi satu punya perangai,
tak mampu nak beli tapi tetap nak beli.
huhuhuhu
Memang ada peniaga baik hati bagi installment.
Dah bagi tu tolongla jelaskan ikut timeline yg diberi.
Ni tangguh tangguh sampai peniaga
terpaksa mintak duit mcm org tu plak yg berhutang.
Kesian okay tgk perangai manusia mcmni.

Okay merujuk balik gambar kat atas tu,
ai bole kategorikan pembeli tu
adalah pembeli yang PENTING DIRI SENDIRI.

Diriku doakan kepada semua peniaga kecil
dan sesapa saja la yg buat jual beli ni.
Moga urusan kalian dipermudahkan dan
mencurah2 rezeki hendakNya.

Tuesday, March 29, 2016

Spring Time


Feeling spring la konon,
padahal kat umah je pun hehe

Cuaca panas ni banyak la bungakan.
Nak nak kalau pokok kertas,
cantiknya la.. lebat berbunga.

Kat umah ni ada pokok apa tak tau nama,
bunganya warna kuning tu.



Lepas hantar Zara sekolah,
saja la bawak Aliah Ariq bawah pokok tu.



Penuh bunga berguguran,
Bagi la dorang main jap.



Petang amik Zara singgah kedai mamak,
Aliah order ABC.
Nyum nyum panas2 ni mmg best sgt.



Aliah cerita kat Zara yg dia main bunga.
Ape lagi kakak dia pun nak jugak.
Tapi bawak esoknya lepas dia balik sekolah.
Ada lagi bunga2 tu,
tp tak sebanyak semalamnya.
Banyak dah layu.



Suh Ariq baling bunga,
dia amik satu je haha
Mana la nak nampak nak oi.



Ada lagi satu pokok bunga kat sini,
jgn tanya nama sbb mmg tak tau hehehe



Pokok ni dekat ngan parking,
pagi2 hantar Aliah
penuh bunga melekat atas kete :)

Monday, March 28, 2016

Ber"Roller Blade" Lagi


Kejadian ni masa ada event hot air balloon kat Putrajaya.
Kami pegi lagi ke sana
tp bukan nak tgk belon tu,
bawak anak2 pegi main RB
kat Dataran Putra lagi :)

Kononnya siang tu nak pegi tgk belon,
tp cuaca panas sgt pastu,
Zaf pun ada bola so tak jadi la nak pegi.

Sblom ke dataran kami singgah
kat food truck.
Ramai betul orang dan penuh parking,
sbb food truck ni dekat je ngan tempat belon tu.
Kebetulan kami sampai ada parking
alhamdulillah rezeki,
dpt la jejalan jap kat situ.



Antara makanan yg dibeli,
tak beli byk sgt sbb kenyang lagi.
Try beli ayam goreng kelantan ke apa nama,
sedap jugak.
Pastu beli la menda2 mengunyah lain.



Kali ni pegi bawak adik bongsu ai,
itu la dapat gambar sekeluarga hehehe
Tq adikku!



Tengah2 layan budak2 main,
tetiba nampak fireworks.
Mungkin dari tempat hot air balloons tu agaknya.
Lama jugak dalam 5-10minit gitu.
Macam celebrate new year rasanya.



Sebelum balik sempat la amik gambar dorang
berlatarkan Masjid Putra.



Tak ingat sbb apa Aliah muka marah tu huhu

Friday, March 25, 2016

Happy 8th Birthday Qasrina Zahra!


Minggu lepas hari Khamis
17hb Mac hari lahir anak dara sulong.
Baru skang Mummy nak wat entry huhuhu.
Wish kat blog last week pun tak.
Selalunya blog ni ai dah wat entry siap2
tuk citer minggu sebelumnya.
Schedule entry je,
jarang update publish terus.
Senang citer minggu ni punya entry,
last week punya citer hahaha
Ada 1-2 entry je mmg betul kejadian
sehari sblm bergantung pd tahap kerajinan :p

Okay melalut dah,
sambung balik tajuk asal entry ni.

Birthday Zara ni mmg jatuh time cuti sekolah.
Tak pernah la dia celebrate ngan kawan2 dia lagi.
Konon nak wat awal sblm cuti atau selepas cuti
kat sekolah dia,
tp tak terbuat2 huhu
Last week pun birthday dia hari keje
so takde la keluar ke mana sangat.
Tunggu Zaf habiskan keje
pastu petang dia ajak keluar.
Pegi dekat2 je kat The Strand Mall.

8 tahun dah dia,
8 tahun gak ai dah jadi Mummy :)



Bergambar ngan adik beradik
sementara tunggu Daddy order makan.



Kami minum petang kat Coffea Coffee.
Birthday girl request nak
red velvet cake.



Cakenya sedap.
Sayang takde candle plak.
Bergambar lagi 3 beradik ni.



Ai makan ape ntah nama quiche tu,
sedap jugak.
Tapi air vanilla corn caramel tu
mmg sedap.



Dan budak 2 orang ni yg
dok perabiskan air tu huhuhu



Harusla Mummy bergambar ngan Zara.



Aliah pun nak bergambar jugak.



Ariq taknak Mummy,
nak gambar ngan Daddy.



Birthday kalini takde beli hadiah.
Daddy dia cakap hadiah dah beli awal,
roller blade tu hehehe

HAPPY 8TH BIRTHDAY KAKAK!!


Thursday, March 24, 2016

Terbeli


Hari apa ek lupa,
tengah2 melayan facebook.
Tetiba nampak kat timeline,
yang Aidijuma keluarkan
koleksi baru Bawal Plain kul 11 pagi.



Dan kebetulan juga..
eceh kebetulan hahaha
tapi serious mmg kebetulan,
time tu pun lagi 2-3minit nak kul 11.
Laju la jari ni click link
ke website Aidijuma.
Dan tak semena-mena jari ni pun,
laju je click tudung masuk cart hahaha
Sbb RM13 selai tu la yg laju je click.
Cuba RM50 mmg keras jari tu tak leh tekan.

Dan paling tak menahan,
terclick 3 helai plak tu.
Katanya beli 3 dapat 1 free.
Dah alang2 tu kan :p



Beli wat tambah lagi koleksi tudung,
tuk pakai hantar amik anak sekolah.
Dan pakai gi mana2 je la,
bila malas nak bershawl.
Tudung bawal ni kira tudung klasik.
Sesuai pakai kat mana2
dan ia sepanjang zaman gitukan.

Gi la cuci2 mata. [link]
Nak cuci poket pun boleh,
harga takyah citer,
insyaAllah mampu milik tuk semua :)

Tuesday, March 22, 2016

Brunch at Zawara Coffee


Dating ngan Nani & Anis
kat Zawara Coffee TTDI.
First time ai ke sini.
Janjinya kul 9.30 pagi
tp ai sampai kul 10 pagi gitu hehehe



Sampai2 minah ni dah habis makan.
Sorry Anis!!!



Oh ai bawak Zara skali.
Ariq Aliah masih tido,
malas nak kacau.
Borak kejap pastu gi order makan.

Order Buffalo Wings,
Zara nak Spaghetti Carbonara.
Amboi..pagi2 makan pasta.



Tapi tak makan sgt pun,
sbb carbonaranya pedas sket.
Anak dara ni tak makan pedas huhuhu
Nasi lemak bole plak makan pedas pffttt

Tambah Kacang Pool satu.



Rasanya biasa2 je...
bole la makan.

15minit gitu sampai la Nani & Adraa.



Comelnya la Adraa.
Geram sgt tgk dia.



Nani order Big Breakfast.
Ngeri plak tgk bentuk sosej tu haha
tett tettt tetttttt :p



Suruh Zara amikkan gambar kami.
Gegar sket tp jadi la.



Wefie satu kali bagi semua ada dlm gambar :)



Penutup cuti sekolah gitu
makan ngan kawan2.
Itu pun tak cukup corum.
Elin balik kg,
Nowwa plak tak dapat di kesan.
Next time plan jumpa semua
makan kat Dotty's plak.

Monday, March 21, 2016

Makan makan makan


Habis dah cuti sekolah.
Selamat bertugas menjadi driver
seperti biasa hehehe

Cuti sekolah kami takde gi cuti2 Malaysia.
Zaf pun byk keje.
Berehat je la kat rumah.
Nak keluar hari2 pun malas sbb
cuaca panas skang ni kan.
Dok rumah je berehat.

Yang ni kejadian Sabtu lepas.
Gi lunch kat Restoran Jamal.



First time try nasi lemak kangkung.
Kebetulan gi sana bukak plak gerainya.



Tengok tu lauk enZaf amikkan tuk ai.
Camne nak diet...
memang takde harapan.

Tp nasi lemaknya takde la sedap sgt.
Biasa2 je.

Habis makan kami gi singgah Volkswagen kt Sg Pechala.
Zaf nak tgk promotions dorang tgh buat.
Dia dok tertarik kat Polo
gantikan kete ai pakai skang.
Sila lah beli enZaf ai is okay je.
hahaha giler tak okay kalau org nak bagikan.
Tp idak la membeli,
tengok2 je.
Kete yg ada skang pun dah ok,
janji leh gerak sana sini sudah.

Ingress pun ada panggil makan2,
sempena 100th anniversary.
Tapi kami tak singgah pun.
Perut kenyang lagi.

Petang sket kami singgah minum kat Starbucks.



Anak2 ni kalau ke sini
mmg tak sah makan donut.



Sempat lagi ai suh dorang posing.
Ada la dekat 5-6 kali snap,
nak suh dorang semua pandang camera :p



Lepas dari tu,
sesi menghantar kad kawin kawan Zaf
kat kawan2 dia.
Tak jauh mana area Taman Tun
ngan Damansara Utama je.
Dia tolong kwnnya Eddy [link]
yg kawin kat Kelantan haritu,
passkan kad kawin kat kawan dorang.

Sempat snap pic matahari
on the way balik rumah.



Gambar zoom tak cantik mana huhuh