Friday, December 31, 2021

Aiskrim Rose


Ai ni sejenis yang jarang makan aiskrim. Kalau makan aiskrim pun selalunya makan yang sama sahaja. Magnum Classic dan Wall's Solero adalah favourite aiskrim ai. Dua itu lah kalau enZaf belikan aiskrim tapi entah kenapa ada satu hari tu dia belikan ai aiskrim Cornetto.



Dia beli disebabkan aiskrim itu berbentuk bunga Rose dan warna kegemaran ai Pink hehe.. enZaf ni memang sejenis bukan bagi bunga, tapi bila bunga itu berbentuk aiskrim itu yang dia bagi hahaha.. Tapi serius memang dah lama ai tak dapat bunga dari dia. Kali terakhir masa 3rd Wedding Anniversary. Pergh lama betul tu kan, tahun 2009 hahaha.. nasiblah badan :p



Memang comel bentuk bunga Rose. Ingatkan rasa Sirap Bandung ke, rupa-rupanya rasa Peach. Ai makan sikit je lepas tu kena kebas dengan Qaireen. Dia pula yang suka lebih hihi...



Bila tiba musim Krismas ni, air kegemaran ai pun keluar kat Starbucks, Toffee Nut.



McDonalds pula keluarkan burger Prosperity. Laju ai order.



Azam nak turun berat badan ai tahun ini sudah renew untuk tahun hadapan. Susah betul lah nak mencapai target tu kan. Asyik saja renew hehehe.. Satu yang ai perasan, berat badan dah menjadi susah untuk turun bila umur semakin meningkat. Nak pula Qaireen dah putus susu badan masa bulan 3 hari itu, lagi lah berat badan naik dengan jayanya. Kalau nak turun beratkan badan juga kena triple usaha dengan menjaga makan dan membuat senaman. Semoga tahun 2022 rajinlah nak buat tu semua :)

Thursday, December 30, 2021

Makan Malam di Johor


Kami kalau ke Johor, tak sah kalau tak ke Senibong. Banyak dah entry ai buat mengenai makan-makan di Senibong ini sejak tahun 2016 :) Disebabkan dah banyak sangat maka makin kuranglah gambar nak diambil :p Sebelum itu, pada waktu siang ai bawa anak-anak turun ke KSL Mall jalan-jalan cari makan sambil window shopping dalam mall tu. Ai tak ada pun ambil gambar sepanjang keluar siangnya, sekadar ambil gambar anak di dalam lif sahaja hehehe...



Bagi ai tiada apa sangat kedai yang menarik. Tetapi dalam mall ini banyak salun rambut, dalam satu floor tu boleh dikatakan salun rambut semata haha... Restoran pun tak banyak mana, akhirnya kami pilih makan di KFC sahaja. Malamnya barulah kami keluar dinner dengan enZaf. Haruslah bergambar lagi sementara tunggu lif :p



Makan malam kami pada malam itu, Alhamdulillah atas rezeki ini.



Anak-anak ini dah kenyang sebenarnya, masa siang tu ai beli macam-macam makanan untuk dikunyah dalam bilik hotel. Masing-masing tak berhenti-henti makan itu ini. Apa yang ai perasan, kalau travel mesti cepat rasa lapar. Ada sahaja nak mengunyah hihi..



Masa kami makan di Senibong ini agak ramai juga orang. Boleh nampak semua meja panjang-panjang penuh dua tiga keluarga berkumpul. Mujurlah servis restoran di sini agak laju, jadi tiada rasa lama sangat menunggu.

Wednesday, December 29, 2021

Ke JPO dan Banafe


Kalau ke Johor Bahru, haruslah pergi ke JPO (Johor Premium Outlets). Sejak awal pembukaan JPO lagi kami sudah ke sini sehinggalah sekarang JPO sudah semakin berkembang. Bangunan pun dah bertambah dan pelbagai jenama masuk satu persatu. Ramai orang Malaysia dan Singapore suka shopping di sini :) Kami ke sini pun bukan nak membeli apa, saja je cuci mata. Sampai di JPO, kami lepak minum dan alas perut sedikit.



Makan di Coffee Beans, di sini tiada meja panjang. Jadinya semua kena duduk berasingan. Ai pun feeling sekejap lah dating dengan enZaf. Padahal sebelah kanan ai, ada akak Zahra dan Aliah.



Sebelah kiri pula, ada Ariq dan Qaireen hihihi.. Qaireen tu sekejap je dia duduk situ, lepas tu dia merayap ke sana sini. Sekejap ke meja kakak-kakaknya. Sekejap pula datang ke Mummy dan Daddy :)



Bila dah ke sana sini tu, Qaireen nampak Gingerbread Man Cookies. Cakap dengan Daddy nak cookies tu :)



Selesai makan dan minum, kami sambung perjalanan jalan-jalan cuci mata ;) Tengah berjalan tu, tiba-tiba ada orang tegur ai. Rupa-rupanya kawan sama belajar di UUM. Nama panggilannya Pang. MasyaAllah tak sangka dalam banyak-banyak tempat, kat sini dan jauh di Johor jugalah kami berjumpa. Hampir 19 tahun tak jumpa, berhubung pun hanya melalui Facebook sahaja.



Agak lama juga berborak dengan dia. Sebenarnya anak dia satu sekolah dengan akak Zahra di Semashur. Anaknya senior lah di Tingkatan 3. Tapi kami tak pernah pun berjumpa di sekolah. Lagi pun masa dan waktu penghantaran dan pengambilan anak-anak tak sama itu yang sampai ke sudah kami tak berjumpa-jumpa. Terima kasih enZaf ambilkan gambar kami berdua. Kamera handphone dia cantik sikit bila ambil dalam keadaan gelap hehe..



Sebelum keluar dari JPO, enZaf bawa anak-anak masuk kedai coklat. Masing-masing laju je pilih coklat kegemaran.



Seterusnya kami sambung perjalanan untuk makan malam di Banafe Village pula. Boleh tahan ramai juga orang, mujur tak tunggu lama sangat.



Kalau ke sini ai suka makan Nasi Ayam Penyet. Sambalnya terbaik! Aliah makan Chicken Chop manakala akak Zahra dan Qaireen makan Cheese Naan. Ariq seorang je makan dessert, dia order Pancake.



Alhamdulillah, kesemuanya kekenyangan. Banyak berjalan ke sana sini dalam JPO. Sampai bilik hotel, ai terus bersihkan diri dan meluruskan tulang. Anak-anak pula masih hyper lagi. Tak sedar pukul berapa dorang semua tidur sebab Mummynya dah tidur dulu hahaha..

Tuesday, December 28, 2021

Bermalam di Johor


Sambungan bercuti di Johor :) Selepas selesai makan di Kedai Makan Botak, kami terus menuju ke hotel untuk check-in. Kali ini berbeza tempat pula, hotel yang selalu kami tidur di Johor ini iaitu Hotel Mutiara sudah tutup. Bila enZaf beritahu ai yang hotel tu dah tutup terus hati ni sedih. Mana taknya disitulah tempat kami menginap bila di Johor sejak dari akak Zahra kecil lagi :( Kali terakhir kami menginap di Hotel Mutiara pada awal bulan Januari 2021 [link] baru sangat, tup tup hujung tahun tutup dah. Memandangkan hotel Mutiara sudah tiada, kami bermalam di Hotel KSL. Berhampiran juga dengan hotel Mutiara ini.



Sementara menunggu Daddy dorang parking kereta, sempatlah ai ambil gambar anak-anak. Nak bergambar dengan Qaireen tapi tak tahu duduk diam pula si kenit ini huhu..



Masuk-masuk sahaja di lobi hotel ini, punyalah ramai orang. Beratur panjang nak ke kaunter. Hujung tahun memang orang pergi bercuti tidak kira hari dan waktu. Boleh tahan lama juga kami menunggu di lobi ini. Kaunternya pula buka satu dua saja huhu.. Itulah Malaysia kan, ada kaunter banyak tapi yang buka satu hehehehe..



Lupa nak ambil gambar yang beratur panjang tu, ai sebenarnya dah agak rimas sebab lama sangat. Disebabkan itu kerja ai ambil gambar anak-anak. Nak dapatkan satu gambar yang perfect semua pandang susah sangat. Mujur dalam banyak-banyak tu dapat juga satu yang elok.



Gambar di bawah ini masa kami baru lepas keluar dari lif menuju ke bilik. Ai nampak ada cermin besar, laju-laju suruh semua posing depan cermin untuk bergambar :p



Seperti biasa ambil connecting room. Anak-anak dah besar tak cukup satu bilikkan. akak Zahra dan Aliah buka tudung, terpaksa Mummy conteng kat rambut dorang :p



Bila tengok balik connecting room ini, lebih kurang sama dengan Hotel Mutiara juga. Ada la kurang sana sini sikit tapi yang paling penting tempatnya elok dan bersih.



Kami menginap di Hotel KSL selama 4 hari 3 malam. Berehat, bersihkan diri dan solat selepas itu kami nak keluar semula. Esok dan lusa enZaf sibuk main Golf.

Monday, December 27, 2021

Kedai Makan Botak JB


Pada cuti sehari sebelum Krismas yang lepas, ai dan anak-anak ikut enZaf ke Johor. Dia ada Golf dengan kawan-kawan. Bila dia beritahu pasal Golf ni, lajulah ai nak ikut sama hehe.. Walaupun tahu nanti banyak duduk dalam hotel je. Asalkan keluar dari rumah, ai sanggup hahaha.. :p



Dalam pukul 2 petang lebih sampai di Johor Bahru. enZaf bawa kami lunch di Kedai Makan Botak. Lama tak makan di sini, terakhir tahun 2018 kalau tak silap. Sebelum kita dilanda virus Covid-19 ini kan.



Alhamdulillah perjalanan ke Johor ini lancar walaupun kereta banyak dikedua-dua arah. Musim cuti sekolah merata-rata ramai orangkan. Cuaca pun alhamdulillah, mendung tapi tak hujan. Kami pun dah kelaparan masa sampai di Kedai Makan Botak ini. Alas perut dengan roti sahaja makan dalam kereta :)



Kalau makan di sini semestilah order lauk Asam Pedas Ikan Jenahak. Anak-anak pun suka makan. Ikan goreng pun sedap, garing dan sedap kalau ratah gitu je. Lepas makan kami terus check-in di hotel.

Saturday, December 18, 2021

Hujan Berterusan


Ya Allah sudah hampir dua hari hujan tanpa henti ni di kawasan rumah ai. Sebelum ni pun hujan juga tapi on off. Kali ini memang tak berhenti langsung. Baru je tengok kat luar tadi hujan semakin reda, tup tup dengar bunyi guruh. Hujan pun turun makin lebat semula. Semalam malam ramai dah kawan-kawan update kawasan perumahan mereka naik air. Ada air dah masuk dalam rumah lagi. Pukul 3 pagi kelam kabut alihkan barang sana sini. Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Sepupu ai pula, Mira baru pagi ini dia sampai rumah dalam pukul 10 pagi gitu. Balik dari office semalam sangkut atas jalan disebabkan banjir kilat. Pukul 3 pagi ai message dia tanya khabarnya. Bayangkan sangkut atas jalan tak boleh bergerak dari semalam sampai ke pagi ini, mujurlah tak ada anak lagi huhu.. Tak boleh tidur ai, susah hati dan risau. Alhamdulillah akhirnya dia dapat juga sampai rumah dan lega rumah pun tak banjir.

Lebih mengayat hati bila kita dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang membabitkan 3 kereta dan sebuah lori di Lebuhraya Elite hala Shah Alam. Antara maut seorang ibu & 8 anaknya. Ya Allah besarnya ujian ini. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) kita pun dah keluarkan amaran mengenai hujan berterusan ini. Siaran media boleh rujuk pada pautan ini [link]

Yang ini pula ramalan cuaca pada hari ini 18/12/2021 [link]. Berkemungkinan besar hujan satu hari ini. Pada yang ingin keluar, boleh lah tangguh dulu perjalanan. Kalau terpaksa keluar pun hati-hati ya, sentiasa rujuk pada mana-mana media untuk dapatkan maklumat. Boleh elak melalui kawasan yang berisiko tinggi. Berhati-hati ketika memandu.

Thursday, December 16, 2021

Memenuhi Undangan Perkahwinan


Ya Allah, lamanya ai tak update blog. Sepatutnya cuti sekolah ini banyak dah masa terluang, rupanya tak pun. Banyak sangat cerita ai tak masukkan lagi, insyaAllah dalam masa 7 hari ini ai akan usaha jaya untuk masukkan sebanyak yang boleh. Chayok Yati!!! hihihi... Hari ini nak masukkan cerita berkenaan kami pergi ke majlis perkahwinan staf enZaf baru-baru ini. Majlis ini diadakan di Bahau, Negeri Sembilan. Lama tak dapat jemputan perkahwinan, bila ada ni ai rasa teruja :) Pertama kali juga kami semua nak ke Bahau, rupa-rupanya jalan nak ke sana sama dengan kami pergi dahulu sebelum ini ke majlis bertandang sepupu ai Aizad [link]. Cuma Bahau ini jauh sedikit.

Kalau nak diikutkan perancangan enZaf, dia nak bertolak dalam pukul 11 pagi tapi kami bertolak dalam pukul 12 lebih tengahari. Ai yang lambat siap dengan nak uruskan Qaireen yang tak nak bangun lagi huhu.. jenuh nak pujuk dan layan dia supaya dia tak bad mood. Sebelum bertolak enZaf Waze dahulu alamat nak ke sana, ya ampun agak lama juga perjalanan. Ambil masa dalam 2 jam lebih yang mana hampir 3 jam sebenarnya dengan ditambah jem lagi terutamanya di Bukit Putus. enZaf dah macam berbelah bahagi nak pergi ke tidak, ai cakap dengan dia pergi sajalah tunjuk muka. Tak baik pula orang dah jemput kita tak datang. Lagi pun bukannya ada rancangan lain pun. Jadinya kami pun teruskan sahaja perjalanan nak ke sana :) Sampai-sampai dah dekat pukul 3 lebih petang hehehe..



Mujurlah ada lagi makanan, itu pun dah tinggal sikit sangat. Tetamu dihidang dengan nasi putih dan lauk pauk. Eh serius sedap sangat semua lauk-lauknya. Rasa macam nak tambah lagi walaupun dah ambil penuh pinggan tu :p



Sekejap je kami kat sini, selesai makan terus balik. Tak sempat nak berjumpa dengan staf-staf yang lain juga. Kami ni sampai lewat sangat hehe.. Sebelum pulang haruslah bergambar dengan pengantin dahulu.



Selamat Pengantin Baru buat Kirah dan suaminya. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Cantik sangat dia hari tu :) Keluar dari rumah pengantin kami terus mencari masjid. Nak balik ni pun berejam lagikan. Ai ingatkan nak lah singgah makan cendol ke atau apa-apa sahaja sepanjang balik tetapi tengokkan pada kereta dan orang yang ramai setiap persinggahan kedai makan, terus tak jadi. Merata-rata ramai orang sana sini. enZaf berhenti beli kuih muih je untuk makan dalam kereta. Oh ye Itik Salai banyak la dijual tepi jalan tapi kami tak makan Itik huhuhu..



Pertama kali juga dapat door gift roti Gardenia. Anak-anak bukan main seronok, mereka tu memang suka makan roti. Dalam rumah ini satu buku roti boleh habis dalam masa satu hari. Sabar je lah.



Monday, December 13, 2021

Harijadi Mak yang ke-63


Bila nak buat entry berkenaan birthday Mak, baru sedar yang cerita birthday diri sendiri pun belum dimasukkan lagi di dalam blog ini huhu... Ya Allah, kenapa lah boleh terlupa. Tapi sekarang ini nak cerita mengenai Mak dahulu, kemudian baru masukkan diri sendiri pula, semoga tak lupa la hehehe.. Pada tarikh 12hb Disember adalah hari istimewa buat Mak kerana ianya merupakan hari ulangtahunnya. Alhamdulillah kami satu keluarga dapat menyambut harijadinya yang ke-63 tahun. Paling gembira bila kami adik beradik semuanya dapat berkumpul hari itu.



Sambutan kali ini adik-adik memilih untuk menyambut di rumah sahaja. Sebelum balik Sg. Buloh kami singgah The Curve untuk membeli kek. enZaf ajak beli kek aiskrim di Baskin Robbins (BR). Anak-anak pun sempat juga la nak makan aiskrim dahulu. Ai dan gambar blur tak boleh dipisahkan. Nak masuk dalam blog baru perasan kek BR ni blur hahaha.. adoila.





Kami sambut pada waktu malam, adik-adik beli KFC untuk makan malam kami semua. Alhamdulillah moga murah rezeki yang membeli tu :) Wajiblah ambil gambar yang diraikan, Mak. Happy 63th Birthday Mak!! Along sentiasa doakan Mak sihat tubuh badan dan diberkati, dilindungi dan dirahmati Allah S.W.T. Sayang Mak sangat-sangat.



Mak dan kekasih hatinya, Abah. InsyaAllah semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.



Mak bersama cucu-cucunya. Comel sangat gambar ni, macam-macam gaya ada.



Dan terakhir haruslah bergambar bersama-sama lima anak perempuannya yang cantik-cantik belaka hahaha.. perasan puji diri sendirikan.



Gambar dengan menantu je tak ada. Omar tak dapat join atas urusan kerja. Polis begitulah kan, sentiasa sibuk menjalankan tugas. Masa kami meraikan harijadi mak tu pada masa yang sama juga ada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2020-2021. Yang lelaki dah melekat pekat depan televisyen.



Sedih Malaysia kalah dengan Vietnam, tak ada rezeki nak masuk Final. Tapi itu tak kisahlah, janji kami semua happy malam tu sebab dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga. Happy Birthday Mak!!!

Thursday, December 9, 2021

Shopping Jovian dan Fazura


Cerita bulan lepas. Bila dapat emel dari Jovian, yang dorang akan buka Pop-up Booth di Curve tersenyum lebar ai hehehe.. Macam lama tak beli barang dari Jovian. Lagi pun ada alasan nak ke sana kan memandangkan dekat dengan rumah.



Pada mula niat dihati tu nak beli face mask sahaja untuk buat stok tambahan. Dalam ralit-ralit tengok barang tu, tahu tahu dah banyak barang ambil hihi.. Ai beli tudung untuk mak juga. Suka dia, katanya nanti nak pakai masa konvo adik ai minggu depan. Jadi juga konvo dia setelah sekian lama tertangguh sejak pandemik Covid melanda.



Gambar kat bawah ini, ai beli Tudung Fazura. Beli dengan cousin di Johor sebagai tanda sokongan dia berniaga. Beli sekali untuk adik-adik ai. Okaylah materialnya not bad, harga pun berpatutan dan bidangnya pun besar dalam 46 inci.



Bila pakai tudung Fazura terus rasa cantik macam Fazura juga hahaha.. Ceh, jauh panggang dari api kot :p Tapi corak yang berwarna-warni ni memang kenalah dengan jiwa ai. Warna itu terus membuat mood kita ceria.



Esok akan ambil akak Zahra di asrama. Waktu pulang untuk murid perempuan antara pukul 12 tenghari hingga 2 petang. Akak Zahra dah call minta ambil pukul 12 hahaha.. bukan main laju suruh datang cepat-cepat. Tak sabar nak balik, katanya rindu dengan Mummy :) Mummy pun saja menyakat, ambil dia lambat dalam lewat petang atau malam. Sedih dia hehe.. Ai pun tak sabar juga nak jumpa dengan dia. Selalu sebelum akak Zahra masuk tidur, ai akan bersembang dengan dia dalam 10-15 minit. Bila dia tak ada tu rasa kehilangan gitu. Bagi Aliah dan Ariq pula nak diikutkan hari Jumaat sekolahnya ada buat sambutan Hari Kanak-kanak. Dorang berdua tu serba salah samaada nak pergi sekolah atau nak ikut Mummy ambil akak Zahra. Akhirnya dua-dua membuat keputusan untuk ikut sama ambil akak Zahra.

Friday, December 3, 2021

Projek Seni: Stabail Kucing Kesayangan Tahun 5


Projek seni yang Aliah buat ini dah lama sebenarnya, pada bulan Julai. Baru sekarang nak dimasukkan dalam blog :p Aliah cakap tugasan yang ini pun susah bagi dia. Projek seni ini perlu membuat satu arca stabail yang menggunakan polistren.



Aliah memilih lakaran 2 bagi bentuk kucingnya yang sama seperti contoh dalam Buku Teks Seni. Memandangkan masa buat tugasan ini kita masih dalam PKP dan tidak dibenarkan keluar rumah, maka tidak semua bahan ada. Boleh sahaja minta Daddy dia nak belikan tapi ai memilih gunapakai apa yang ada sahaja. Jimat gitu :p



Aliah melakar dahulu bentuk kucing di atas kertas dan kemudian dia melakar semula atas polistren. Kami tak ada alat memotong polistren jadi agak sukar bila Aliah nak memotong bentuk kucing itu menggunakan pisau blade. Untuk mengelakkan dia cedera jadi bahagian potong kucing tu ai yang buatkan.



Nampak sangat hasil yang comot pada kucing tu hahaha... mujur la tak terpatah ke apa terutamanya bahagian telinga dan ekor. Nak diikutkan polistren yang digunakan untuk arca ni jenis yang nipis, tapi kat rumah ini ada stok yang tebal sahaja. Itu yang menyukarkan lagi bila nak memotong. Kemudian Aliah sambung dengan menghias ekor kucing pula.



Terakhir dia perlu membuat tapak arca tersebut. Sebenarnya tapak itu memerlukan ketulan batu kecil untuk mengukuhkan tapaknya supaya tidak senget atau terjatuh. Tapi kami tiada bahan itu. Maka part batu-batu itu kami tak letak pun :)



Mujurlah bila letak kucing tu tak jatuh dan elok terletak atas tapak tu hihi... Potong tapak tu Aliah buat, kalau perhati dekat-dekat memang senget benget tapi dapat cover dengan kertas warna. Kuranglah nampak tak sama rata :p Laju-laju ai ambil gambar dan Aliah terus hantar tugasan dalam Google Classroom.