Thursday, December 31, 2009

Entry takde tajuk


Pejam celik, pejam celik, kejap lagi jam 12 pagi dah masuk tahun 2010. Cepat betul masa berlalu sekarang ini kan. Dan umur pun semakin meningkat ;) Tiba-tiba teringat pada gambar sekolah yang telah ditag oleh kawan sekolah rendahku dalam Facebook tadi. Gambar lama sangat ini, ketika darjah 1 di SK Sungai Pelong.



Rasanya boleh agakkan mana satu ai hehehe.. Ai sekolah sekejap saja di sini, dua tahun sahaja lepas itu ikut keluarga berpindah ke Ipoh. Sekolah rendahku ada dua dan sekolah menengahku pun dua juga. Fuh ramai betul kawan hehehe.. Bila pindah semula dari Ipoh ke Sg. Buloh, ai jumpa balik kawan-kawan sekolah rendah ini di sekolah menengah. MasyaAllah tak sangka, dan bila buka cerita balik zaman sekolah rendah tu kami ketawa sampai menitis air mata. Ada yang ingat, ada yang tak ingat langsung hahaha.. Menggamit memori ;)

Apa entah motif entry kali ini pun tak tau. Cuma terasa diri ini dah semakin tua bila tengok gambar lama-lama. Mengimbau kenangan sungguh. Dan bila difikirkan lagi, tak ku sangka sudah berkeluarga dan mempunyai seorang suami yang penyayang dan anak yang cergas dan cerdas. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Harapan supaya kami sekeluarga kekal bahagia dan rezeki melimpah ruah pada hari mendatang. Doa yang sama juga untuk kawan-kawan semua :)

Tuesday, December 29, 2009

Crocs

Weekend lepas saje masuk Crocs kat Ikano.
Tetiba mata ni terpandang kasut comel tuk Zara.
Terus suh SA tu pakaikan kat dia. dan terus menerus mummy dia kata ok.
Comel giler Zara pakai.

Nak amik gambar kat kaki dia punye la seksa.. tak leh dok diam.
Dia berjalan berlari sana sini.. abis gambar blur2x huhuh

Presenting Zara first Crocs
Sophia


Mummy pun tak ketinggalan beli gak.
Lily
pakai gi keje.. comel je rasa tetiba kaki ni haha


Dah pilih tuk anak dan diri sendiri,
tetiba ada suara sumbang nak jugak.

En suami pilih Santa Cruz Plaid.
Sesuai katanya nak pakai ngan short pants pas main golf.
Ayat tak bole blah..huhuhu




Monday, December 28, 2009

Borders @ The Curve


Tempat baru melepak Zahra pada hujung minggu. Buat masa ini tak ada lah every weekend tapi sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kami sedang berusaha hihi... ;) Suka dengan Borders di The Curve ini, terasa tenang dan aman disebabkan tiada ramai orang.



Setakat ini Zahra memang menunjukkan minatnya pada buku. Bagi sahaja buku memang dia akan belek satu persatu dengan kusyuk. Tak tahu ikut perangai siapa. Kami berdua memang tak berapa ulat buku sangat hahaha...



Muncung-muncung mulut nak menyebut ball ;)



Kami sedang mencuba sedaya upaya untuk bagi galakan kepada dia. Ibubapa mana yang tak suka anaknya bijakkan. Semua orang nak yang terbaik untuk anak-anak.

Sunday, December 27, 2009

Muzium Kucing

Lepas lunch kat Sarawak Cultural Village, gi melawat muzium lak.
Zara la paling seronok. sbb dia pencinta kucing. ;)

Masuk2 muzium ni nampak giant cat.



Kucing Whiskas



Seronok Zara dapat tgk byk cat. Sampai juling bijik mata.
Sepah2 cat sana sini.




Macam2 bentuk dan macam2 rupa



Kubur kucing sape ape ntah. lupa ar.



Antara banyak2 cat dia paling suka kat Hello Kitty.
Lama betul dok perati je barang2 nih.



Beli baju tuk Zara sebagai kenangan kat Muzium Kucing.
Suka giler dia, dah pakai taknak bukak. huhu




Byk cerita pasal kucing, sejarah, baka, dan macam2 lagi.
Ngan pelbagai bentuk rupa kucing.
Sape suka kucing rasa la seronok dlm muzium ni =)

Friday, December 25, 2009

Sarawak Cultural Village

Hari ke-2 waktu pagi kami pegi ke Perkampungan Budaya Sarawak.
Dekat je ngan resort. Jalan kaki saje, ada la dalam 5-10 minit.
Dekat2 pun berpeluh ketiak gak le.. walaupun matahari tak naik lagi
tapi panasnye mak ai tuhan saje yg tahu huhu

Tiket nak masuk RM60 dewasa dan RM30 bagi kanak2 6-12 tahun.
Cam kami semuanye dah ditanggung oleh company so takde masalah ;)



Antara rumah2 yg ada dlm village ni.

Bidayuh Longhouse.
Ai dan Zara tak masuk dlm, sbb ada tengkorak gantung2.
Takut ar, lemah semangat eden ni. Zaf je masuk tgk dalam. huhu



Iban Longhouse.
Panjang sungguh umahnye.Tapi setiap umah dlm tu ruangnye sempit.
Pikir kalau anak ramai, camne la rupanye..mesti riuh rendah.
Jiran sebelah pun leh dengar hehe

Penan Hut.
Kecik je umah dorang, cam pondok. Sbbnya dorang ni jenis berpindah randah,
jadinye tak buat rumah besar2. simple je.

Orang Ulu Longhouse.
Tiang2 kaki umah tu cantik, penuh ngan ukiran2.
Umah ni tinggi giler nak naik. Ni pun ai dok luar je tak kuasa nak menapak naik atas ;)
Kalau ai dok umah ni, sekali naik tak turun dah haha



Melanau Tall House.
Time ni pun lalu depan je.
Tak larat dah nak masuk setiap umah. Nak memanjat lagi. hihi alasan.



Rumah Melayu pun ada gak.
Sama je ngan kita kat semenanjung ni.
Tetiba teringat kat kg lak.. eh eh kg menda.. kg tok pun kat bandar. Takde maknanye.



Chinese Farm House.
Sama gak cam kita.takde beza sangat.

Izinkan tuan tanah nak enterframe sama.
Masa ni bermandi peluh tak ingat. Control cun, cun ke??! haha

Bagi peluang Zara & Daddy sama enterframe.
Zara ada style baru posing.. siap letak tangan kat tiang kayu.
Sambil nonggek.. wah leh masuk majalah Mangga camni, daring you hehehe



Suasana di dalam village ni.. giler nyaman.. byk pokok.




Kat dlm cultural village ni ada Cultural Show gak.
Pelbagai tarian suku kaum dibuat kat hall ni. Sangat menarik.
Byk lagi video tarian, tapi upload satu je la.
Tapi lupa la plak ni tarian ape.. tgk je la :p



Thursday, December 24, 2009

Kuching - Day 1


Sampai airport lebih kurang kul 1.30pm.
Terus gi lunch kat Bangkok Thai Restaurant.
Fuh makan lagi, kenyang kat atas flight pun tak habis lagi.
Makan also is part of trip activity, jadinye makan saje la. ;)



Antara hidangan disediakan.. ada lagi tp malas nak snap.
Makanan sedap, tapi sayang tak habis. Sebabnya perut ni dah full.



Pas lunch terus gi resort tuk check-in.
Otw nak kesana lalu sungai santubong. Besar gak la.
Banyak buaya kot kan sungai2 kat sini.. seramm hihi



Nampak menara Kuching, comel je menaranya.



Masa perjalanan dari town ke resort lebih kurang 45min.
Jauh gakkan huhuhu mmg tido atas bas =)
Kami bermalam di Damai Beach Resort.
Bole pilih nak chalet or hotel. Kami pilih chalet.



Besar dalamnye.. ada 2 queen bed.
Lompat2 la sikenit kat katil tu.. syokkk ;)
Eh mak budak pun sama jakun dan hover haha



Dah check-in, rehat2 jap 5-10min.
Kuar ke swimming pool area tuk Sumpit Tournament.
Ada 5 group semuanye.. setiap group ada 10org.
First time belajar menyumpit, best!
Ingatkan berat batang sumpit tu tapi ringan rupanye..
Tiap sorang bagi 3 kali sumpit.. ai miss 1 huhu



Keputusan sape menang, masa dinner time nanti.

Kami dinner kat Waterfront Cafe Restaurant.
Sblom dinner, announce winner tuk tournament petang tadi.
Dan tak disangka.. group ai (color purple) dapat no3 =)
Yeeyyy at least ada gak menang.. dapat cash voucher RM30 sorang.. hihi
Ha sape wat dajal ngan ai, akanku sumpit korang. haha

Oh yer, makanan kat Waterfront Cafe Restaurant tak sedap. Makan sket je.
Ini tekak ku yg rasa la.. orang lain tak tau lak camne kan.

Pas habis dinner, lepak2 kat area waterfront tu.. ada byk lampu sana sini..
cantik je. Yang pasti suasana kat Kuching ni aman dan segar, byk pokok2..

Tuesday, December 22, 2009

Berlepas ke Kuching

Tahun lepas kat Langkawi, tuk tahun ni company buat trip ke Kuching.
Ke sana selama 3 hari 2 malam.
Berlepas pada 18/12/2009 jam 11:40 pagi.

Boarding pass kami bertiga.
Tak layak dapat business class hihi



Sementara menunggu breakfast dulu kat Asian Cafe.
Pekena nasi lemak ngan milo ais.



Tunggu dan tunggu dan tunggu, kita posing dulu ;)
Zahra nak wat peace tapi satu jari je kuar hehe



Lunch kami atas flight. Kami fly hari Jumaat, maka makanan pun nasi briyani ayam.
Erk breakfast makan nasi lemak.
Lunch makan nasi briyani plak. huhuhu gemok2x



Dessert BR vanilla ice cream.



Zahra dapat moo moo dari MAS Airlines



Muka kegembiraan lepas makan dan tak sabar nak jejakkan diri kat Kuching.




hmm perjalanan atas flight makan masa 1 jam 40 minit.


Masa kat KLIA, sempat singgah Tie Rack.
Tak beli pun, sebab kebanyakkan design yg kat situ dah ada.
Tapi pada sape yg tak de lagi designnye bole la beli.
Ada discount 20%.
So Ct Noramiza, this weekend nak g Kuching kan.. ha singgah la TR dulu ek.
Kot2 ada yang berkenan dihati ;)


Monday, December 21, 2009

Penat tak terkata

pic googled.
baru balik dari Kuching, gambar pun nak kucing gakkan hihihi




Semalam kami baru sampai KL dlm kul 9 malam.
Letihnya badan, banyak jalan kesana sini.
Kalau ikut company trip ni, tau la.. schedule padat giler..
nak rehat pun tak sempat. Nasib la si Zara ni baik sangat.
Tak banyak meragam.. senang betul. Alhamdulillah.

Pada kawan2 yang pesan pada hari jumaat sampai la smlm.
Sori sesangat, ai tak bukak email langsung.. sangat2 bz.
Maka dengan itu, segala pesanan anda tidak dapat ai tunaikan huhuhuhu
Maaf yerrrr..

Tapi pada kawan2 yg dah pesan hari Khamis tu, jgn risau..
barang korang sudah ku belikan.. Barang2 tu akan ku hantar kat korang secepat mungkin yer.

Yang pasti harini letih sangat. Badan ngan kaki sakit2..
Dengan nak mendobi lagi baju2 nih huhuh malasnyeeee

Pasal Kuching akan diupdatekan.. bila semua keje dah settle. ;)

Thursday, December 17, 2009

Kuching

Kawan-kawanku yang pesan tu,
email kat ai yerk nurhayatiyusof@gmail.com
takut nanti tertinggal plak huhuhu


Esok kami gi cuti-cuti Malaysia.
Cuti FREE hehe.. company outing.


Tengah pikir2x.. kat sana nanti nak beli ape tuk dibawa balik.

Kek Lapis


Sarawak Pepper



Terubuk Ikan Masin



Sarikei Pineapple


Reed Basket

Tikar Sarawak

Pottery
note: semua gambar dari en. Google


Ape lagi ek yang menarik..
Hmm kalau korang nak pesan ape2x.. bgtau la jugak yer.