Showing posts with label Workout and Exercise. Show all posts
Showing posts with label Workout and Exercise. Show all posts

Friday, May 31, 2024

Ke Denai Hutan

Lama duduk Kota Damansara, baru pertama kali menjejakkan kaki ke Denai Hutan. Bukit depan rumah pun tak pergi memanjat lagi hihi 😂 Ini pun sebab memang jadual free, selalunya setiap minggu sibuk dengan aktiviti anak-anak. Bila tak ada aktiviti mulalah "lost" sekejap hahaha.. itu yang terus ajak enZaf dan anak-anak ke Denai ini. Sampai sini tengok ada beberapa tempat macam dalam proses pembaikpulih. Toilet pun tak siap lagi, mungkin lepas ini semakin cantiklah tempatnya kan. Sebelum masuk haruslah bergambar dulu. Bukan selalu dapat buat aktiviti macam ini jadinya gambar itu penting 😁







Kami masuk tak lama, makin dalam masuk makin banyak nyamuk. Ya Allah ai rasa nyamuk macam gembira agaknya tengok manusia dalam tu, penuh keliling satu badan. Kesian kat Qaireen dan enZaf, banyak nyamuk gigit dorang berdua. Yang lain kena gigit juga tapi tak sebanyak dorang. Mungkin sebab pakai baju lengan pendekkan, jadi mudah kena gigit. Apa lagi, lajulah kami keluar dari kawasan tu. Tak sangguplah kami semua kena hurung dengan nyamuk.



Sebelah entry masuk Denai Hutan ini ada playground. Baru saja siap tempatnya. Apa lagi anak-anak teruslah menuju ke sana. Anak-anak pun ada bawa raket badminton dan fresbies. Ai pun biarlah mereka luangkan masa bermain, dah nak masuk hutan tak jadi hihihi..



















Sudah alang-alang di taman ini, ai pun ambil kesempatan berjoging dan berjalan. Tapi jalan lebih banyak dari joging hahaha.. lama dah tak joging, terasa letihnya itu. Bersenam sambil menikmati kesibukan kota gitu.



Bila semua dah kepenatan, cuaca pun dah semakin panas, kami pun beredar dan terus menuju ke kedai mamak. Hilang 1kg kita tambah balik 5kg.🤣 Malam hantar akak Zahra balik asrama. Batch dia kena balik awal sebab ada kelas tambahan. Bila masuk Tingkatan 4, memang padat jadualnya. Pihak sekolah sudah susun pelbagai kelas dan program untuk mereka, tak bagi chance rehat dan cuti lama. No more honeymoon katanya. Bertabahlah nak! Mummy sentiasa doakan akak Zahra sihat dan cemerlang dalam pelajarannya.



Thursday, November 5, 2020

Kembali Berjoging


Lama tak buat entry pasal workout. Ai check balik kat blog last entry pasal ni pada tahun 2015. Fuh.. lama dah rupanya tak buat senam-senam ni haha.. Akhirnya joging juga diriku setelah sekian lama. Ai dah start joging pada minggu lepas. Semalam baru joging kali ke-2 haha.. seminggu sekali je ai mampu hihi jadi la kan. Mula joging ni pun gara-gara tengok enZaf berjoging. Dia lagi lah, boleh dikatakan setiap hari. Gigih sebab berat dia dah naik banyak sangat. Tapi itulah bukan senang nak dapat berat ideal sebab kami ni jenis tak jaga makan. Nak nak makanan atau minuman manis, cuma kami berdua kurangkan saja. Eh.. tak ada la kurang banyak sangat pun :p enZaf cakap lagi tak apa lah tak turun banyak yang penting kita ada stamina. Tak nak cepat penat almaklumlah masing-masing dah berumur. Nak pula ai tak lama lagi nak masuk umur 40-an huhuhu



Memandangkan dah mula joging harusla ambil gambar masa kali pertama. Simpan kat blog sebagai kenangan. Joging dengan kasut baru warna pink itu yang membakarkan semangat :p Ai exercise 1 jam. 30 minit pertama dapat bakar kalori sebanyak 185 , 30 minit ke dua pula ai bakar 98 kalori . Total keseluruhan kalori dibakar sebanyak 283. Minit ke dua tu tak banyak bakar sebab ai berjalan je. Speed tu bukanlah sama je all the way. Bila tak larat kurangkan lajunya. Naik turun bergantung kepenatan haha.. yang penting kalorinyakan.



Gambar bawah ni joging semalam. Ada peningkatan banyak juga. Semalam joging rasa macam bertenaga sedikit. 30 minit pertama dapat bakar kalori sebanyak 220 manakala 30 minit ke dua bakar 107 kalori. Total kalori dibakar sebanyak 327. 30 minit ke dua tu pun sama dengan joging minggu lepas, ai hanya berjalan sahaja.



Oh ya ai ada juga cuba buat senaman plank. Oi.. punya la susah. Mula-mula buat tu, menggigil badan ai menahan berat. Boleh tahan susah juga. Tengok gambar dan video kat Youtube tu macam senang je kan. Masa buka Instagram, ai ada nampak satu gambar 30 Days Plank Challenge, laju je save gambar tu. Dan nekad nak buat. Masa buat tu tak sampai 10 saat ai dah jatuh hahaha Adoi la. Banyak kali cuba akhirnya dapat juga 20 saat :) 3 set buat. Hari ini dah hari ke-5 ai dah mampu buat 40 saat. Macam tak percaya ada. Serius buat plank ni berpeluh banyak juga. Sekarang berat ai 48-49kg. Kalau betul-betul nak turunkan berat kena jaga makan tapi tahu dah bab tu ai memang failed. Ikutkan berat yang ideal 44kg tapi dapat 46kg pun okay lah hehe.

Thursday, May 28, 2015

Minggu 5-8: Kecilkan Peha dan Kempiskan Perut


Pergh lama betul rasanya tak bercerita pasal exercise ni. Tak berapa nak cerita sebabnya tiada banyak sangat yang berbeza pun. Berat dan kekempisan tu macam sama je rasanya hahaha.. kalau banyak beza mesti dah laju kita update :p Lepas ini nak bercerita dalam sebulan sekali. Baru nampak perbandingan dari minggu ke minggu kan. Kalau ada beza la dan kalau rajin haha.. semoga diri ini istiqomah dalam mengempiskan perut dan mengecilkan peha.

Di bawah ini summary hasil dari exercise sepanjang minggu ke-5 hingga ke-8. Kalau nak ikutkan pengiraan sudah 2 bulan ai joging. Wah satu pencapaian terbaik dalam hidup :) Tak pernah rasanya joging sebanyak ini.



Tengok semula pada minggu ke-5 tiada beza sangat dengan minggu ke-4 [link]. Minggu ke-6 tu minggu kami pergi ke Jakarta. Jadinya sikit sahaja kalori dibuang. Bila pergi berjalan tiada makna tak makankan. Beribu dah kalori masuk dalam badan ni, kolestrol pun sama naik agaknya hehehe... Sejak balik dari Jakarta, berat badan naik dengan jayanya. Saiz pinggang pun dah 30 inci okay huhu.. Apa lagi, laju la buat senaman perut sampai la sekarang ini. Gigih sangat nak kempiskan perut tapi tapi tak gigih nak kurangkan makan. Ai bab makanan memang failed. Susah betul nak tolak huhu.. Jadinya hasil pada minggu ke-8 dapat turun sedikit saja. Orang tengok ai badan kecil tapi perut buncit, kalau pregnant tak apa la juga :p Senaman perut ni ai ikut dari Facebook Kevin Zahri.



Semua ai ikut kecuali haha.. ada kecuali tu, plank cross crunch. Senaman plank tu ai tak boleh buat, setiap kali nak buat kena cramp. Tak tahu kenapa, sama ada salah teknik atau pun banyak urat tersimpul agaknya haha pandai-pandai je buat andaian. Lagi satu buat tak ikut sangat pengiraan. Buat asal larat je :p Nampak tu... nak kempis tapi buat lebih kurang. Mana la nak dapat hasilnyakan. Sedar diri tapi taknak berubah huhu...

Letak gambar terbaru buat kenangan. Kalau berdiri nampak perut tu buncit, jadi kita bergambar duduk :p Berat masih sama, susah betul nak nampak jarum penimbang tu turun.



Kalau dahulu ai tak berapa kisah sangat pasal berat badan atau pun perut buncit. Tapi tak tahu sekarang ini ai concern sangat nak jaga badan. Adakah ianya middle age crisis? :p Midlife crisis between 35-44 tahun haaa ahkak le tu salah seorangnya hihi

Moga diriku rajin teruskan senaman, sekarang ini pun dah macam ke laut. Mula rasa malas-malas huhu

Thursday, April 30, 2015

Minggu 4: Kecilkan Peha


Wah pejam celik dah 4 minggu.
Kekadang rasa lamanya.
kekadang cepat plak.
Lamanya sbb lambat betul nak kempis hahaha

Tak sangka Minggu ke-Empat ni,
ada membuahkan hasil sedikit.
Ya sedikit tp takpe,
sedikit lagi baik dari
takde langsungkan.
Ayat sedapkan hati gitu hehehe



So total kalori yg dibuang pada
ke-empat2 minggu ni
adalah sebanyak 4,599
Kagum kat diri sendiri ok.

Untuk umur 35 tahun ni,
ko gigih joging. :p
Kalau la dapat bakar kalori
7,700 konpem turun dah 1 kg.
Iyer nak 1kg = 7,700kalori.
Terbeliak biji mata tgk nombor tu.
Giler byk okay.
Patutla seksa nak turunkan berat.
Tapi nak naik berat.
Ko tak yah paksa rela.
Memang dia naik dgn gembira hihih

Okay bila dah ada peningkatan.
Lagila semangat nak teruskan usaha.
Skang pun bila makan.
Lebih berhati2.
Takde mcm sblom ni,
Sumbat je semua.
Makan tu tetap makan semua.
Takde la terus tahan eh tu takleh makan.
Tapi dlm kuantiti yg sedikit.

Yey esok start cuti panjang.
Pada sesapa yg gi holiday,
have fun!
Yang tak ke mana2 pun tak pe,
yg penting bersama ngan family pun
dah cukup seronokkan.

Wednesday, April 22, 2015

Minggu 3: Kecilkan Peha


Fuh fuh fuh
gilerla.. gigih kalini ai bersenam.
Tapi minggu ke-3 ni xbyk sgt berjogging.
Sebabnya bercuti ke Johor.
Bila nama dah bercuti,
jogging pun tak,
dah tu makan pun tak ingat dunia
Belasah je semua hahaha

Balik dr Johor baru insaf.
Dapat la jogging 3 kali.
Jadila kan dari takde.

Simpan rekod tuk tatapan sendiri.



Sahih la skang ni tinggal lemak degil.
Kena double up exercise kalau nak kempiskan peha
and turunkan berat badan.
Tapi hati ni blom lagi
kuat nak diet bagai.
Hold la dulu :p
Tak yah la verangan nak turun berat
dlm masa yg singkatkan.
Diri sendiri tu yg tak kuat azamnya hihi

Oh yer skang ai buat
wall squat paling lama 2minit.
Pergh menguji mental ok.
Lepas dr 2minit kaki dah gigil mcm ape.
Kalau dapat buat wall squat 5minit
bole bakar kalori sebanyak 70.
Ape lagi jom la wat wall squat reramai :)

Wednesday, April 15, 2015

Minggu 2: Kecilkan Peha


Perghhh mencabar betul
nak disiplinkan diri bersenam.
Memang paksa habis kalini,
nyah sifat malas tu jauh2.

Alhamdulillah setel dah
minggu kedua ai berjogging.
Dapat jogging 4kali tuk minggu ke-2.

Buat simple table
ingat bape byk dah kalori buang.
Dan ofkos lilit peha tu,
kurang ke idak.
Seronok okay dapat kurangkan
walaupun setengah inci.
Kira satu pencapaian yg membanggakan haha.



Tapi dalam kepalaku set,
ni kurang maybe lemak air.
Blom lagi lemak degil,
pasti susah giler nak hapuskan huhuhu

Cuma tang makan masih
tak dpt kawal nafsu ini huhu
Sebab tu berat tak turun2 :((

Takpe kita usaha lagi dan lagi dan lagi.
Zaf cakap jgn pikirkan kurus tu sgt,
yg penting jaga kesihatan.
Bersenam sekurang2nya 3x dlm seminggu.
Buang kolestrol lagi penting katanya.

Tapi bila dah nama perempuan,
harusla dah exercise diet bagai
nak kurus selim melimkan.
Semua org nak cantik :)

Wednesday, April 8, 2015

Minggu 1: Kecilkan Peha


Dah seminggu bersenam.
Kalini alhamdulillah paksa diri
nekad tuk jogging walau mcmana skali pun.
Semuanya gara2 enZaf.
Dgn nada sinis dia ckp
sambil tunjuk kat badan ai
Ni kurus ke?!
Huarghhhh sedih ok
Tp takpe jgn jdkan kesedihan tu
buat kita lemah dan patah semangat.
Disebabkan ke"sinis"an dia tu
ai berazam tuk menyahkan
Segala lemak2 degil dlm badan.

Paling ketara part badan yg byk lemak
Adalah peha ai.
Peha dah mcm ayam kfc
Rupa peha pun dah sama mcm bontot.
Pastu peha kiri kanan dh berlaga ok.

Tapi ai xde la sampai
Bersenam tanpa henti
Diet mcm nak giler ke hehehe
Apa yg ai buat minggu pertama.
Ai jogging tp bukan hari2
Dan target ai joging
Buang 300kalori.
Bukan tak bole lebih
Tp takat tu je yg mampu,
lebih dr tu rasa nak tercabut jantung haha

Part makan plak
takat ni xbole lagi nak control.
Ai makan je semua menda
tapi tapi dlm kuantiti yg sedikit la.
Semuanya makan separuh je.
Pastu bykkan makan buah2an.
Epal sebiji sehari buat masa ni ;)
Tapi kalau dah lapar tu,
makan banyak gak haha


*pic credit to cipartpanda.com & moto-kid.com

Hari yg tak jogging tu
ai buat squat & lompat bintang.
Tp buat tu bila larat je
Xde la tetapkan
Kena buat 50kali jugak ke apa.
Hahah masih xdpt nak disiplinkan diri.
Tp kurang2nya buat dr xbuat langsungkan.

Sblom exercise lupa nak ukur lilit peha.
So ukuran peha minggu pertama 21.5inci :(
Tunggu minggu ke-2 plak nanti.
Harap berkurangan.
Ceh baru seminggu
dah verangan nak slim cepat haha
Takde target nak berapa inci
Janji peha xberlaga tu kira ok dah la.
Nak kurus sgt pun takde la jugak.
Yang penting berat badan ideal sudah.