Wednesday, December 31, 2008

Tag: Year 2008


Ingatkan dah tak kena tagged dari kawan-kawan blog. Sangkaanku meleset, kena juga rupanya hihihi... kali ini dapat tagged dari Mrsharis. Harap-harap ini tagged game untuk kali terakhir dan penutup tahun 2008 :p

Baiklah tagged game kali ini mengisahkan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada diri anda sepanjang tahun 2008. Pelbagai peristiwa boleh dimasukkan tidak kira samaada suka, duka, pahit, manis, atau apa-apa sahajalah yang merasakan peristiwa itu memberi impak atau kesan dalam diri dan turut diingati sepanjang tempoh setahun itu.

Diriku tak nak tulis, hanya letak gambar sahaja secara general. Dan apa yang ada dalam gambar itulah yang dapat diingati. Rasa macam banyak lagi, samaada diri ini tak ingat atau pun memang tak ada peristiwa yang terjadi hehe.. Berkarat dah otak ini. :p



Banyak birthday sahaja dalam kalendar tu hahaha... Tak nak tagged sesiapa. Kalau ada yang sudi nak buat dialu-alukan.

Tuesday, December 30, 2008

New Scarf


Waktu tengahari tadi terkejut bila dapat parcel kat office. Hairan juga pada mulanya sebab nak kata orang bagi hadiah, birthday dah lama lepas. Bila dah buka parcel tu baru sedar, rupanya-rupanya ada membeli barang secara online hahaha... Sabar je lah diriku yang pelupa ini.

Hmm... barang yang dibeli itu adalah scarf. Sebelum ini beli kat kedai saja. Sudah la pertama kali beli scarf secara online lepas tu yang ini beli scarf paling mahal setakat ini dalam seumur hidup haha.. Nak jugakan merasa mahal-mahal ini. Yang penting beli pakai duit sendiri jadi husband tak boleh nak argue atau komen apa-apa :p



Suka warna scarf tu sebab colourful. Satu je yang susah sikit kalau beli scarf mahal macam ini, nak basuh itu nanti. Hanya dry cleaning sahaja. Kalau laki tahu ini mau kena jeling dengan dia hahaha... Bahaya juga beli barang secara online ni kan. Buat kita ralit dan jari tu seronok saja click sana sini, tahu tahu dah beli. Semoga diriku kuat melawan hasutan syaitan bab gini :p

Ikan Bakar

Ahad lepas gi Melaka, gi opismate (Lorna) tunang. Kendurinye start kul 3 ptg, tapi menyedihkan kami sampai lambat huhuhuhu.. Kul5 baru sampai, kat highway punye la jam teruk, cuti sekolah kan..ramai org gi bercuti ngan kenduri sana sini lagi.. dah la byk kete jam, ada xcident lagi.. tau la rakyat kita ni kan prihatin.. hmm prihatin tgk.. habis stuck giler... dah exit highway, pun jam gak huhuh mmg dugaan tul nak gi umah lorna ni.

Dah sampai umah dia, paling lagi sedih, Lorna dah tukar 'uniform' (baju tunang) nyer..huhuhuh
Tinggal makeup dia je tak basuh lagi, jadi la hihihihi... Soriiiii Lorna, bukan sengaja sampai lambat huhuhu... sempat tgk hantaransss dia, cantik tema kaler biru. Tapi sayang aku tak sempat nak amik gambar..huhuhu

Lepas je dah makan2 borak2, kul 6.30 cam tu gerak kuar, tapi bukan nak balik KL.. dah alang2 kat Melaka, nak plak dekat je ngan Umbai, singgah la makan ikan bakar dulu. Kali ni tak makan kat tempat biasa, pegi kat medan ikan bakar baru, namanya Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Dah nama baru, semestinya lah cantik dan paling penting skali BERSIH..




Bergambar kat dataran medan ni, kuat angin kat sini, tepi laut kan.
Weh, asal aku nampak gemok ni huhuhuh...
Nie kedai kami makan, sori la yer takde amik gambar makanan.
Tak sabar nak makan, sampai takde masa nak snap..hihihi



Sunday, December 28, 2008

Xtvt smalam


Semalam kami keluar berjalan untuk banyak tujuan. Antaranya:
1. Mencari handphone baru
2. Membeli hadiah untuk officemate (Lorna nak bertunang)
3. Memcari baju untuk dipakai esok
4. Apa-apa sahaja yang menarik hihihi

Cari handphone dari Damansara ke Shah Alam dan sampailah ke Subang tapi tiada satu pun yang berkenan dihati. Kalau ada pun lari dari bajet :p Masa pergi Subang Parade ternampak satu baju cantik, terus beli. Untuk mataku nampak cantikla kan hehe.. beli kononnya nak pakai untuk hari Pertunangan Lorna nanti. Dari Subang Parade kami pergi ke OU pula. Nampak headband comel, beli juga untuk Zahra. Sekarang ini pantang nampak headband cantik, mesti nak membeli. Banyak dah koleksi headband untuk princess sorang ini. Sudahnya tak beli pun handphone.



Sebelum balik rumah kami singgah Subway untuk makan malam. Masa ni agak lewat juga kami makan dalam pukul 9 lebih mujur ada lagi makanannya. Zahra makan cat dia je haha... kejam betul Mummy dia, sebenarnya ada je bekal untuk dia bila kami keluar.



Sementara menunggu Zaf beli haruslah ambil gambar dengan anak dara sorang ni. Masa ni Zahra sibuk main dengan headband baru dia. Main tukar-tukar pakai kat kepalanya.



Besar pula rasa sandwich ni, tak habis makan sebab dah kenyang. Yang tak habis tu bungkus untuk dibawa balik.



Masa makan dekat Subway dapat kalendar Tahun 2009. Dalam kalendar tu ada kupon setiap bulan. Menarik sangat. Memandangkan dapat 2 kalendar ni, ingatkan nak bagi pada sesiapa yang nak. Kalau nak email ya. Nama, alamat, dan contact number. Tak perlu bayar apa-apa nak bagi free saja, nanti sampai la depan pintu tu hihihi..

Friday, December 26, 2008

Enfon ilangggg!!!

Sedihnyer.... enfon ku HILANG. Smalam malam baru prasan..huhuhuhu


Camane ilang, TAK TAHU!!!!! last pakai smlm malam kat Pavilion.
Pastu pegi Sungei Wang, agaknye kat sana la kot ilangkan.

Tau tau je dah takde, samaada terjatuh??!! pick pocket??!! memang tak sedar langsung..huargghhhhhhhhhh......

Zaf call enfon ku.. masuk voice mail, hmmm nampak sgt dah ada org amikkan.
Sronok ar dia dapat "Xsmas Gift".. hmm takde rezeki ku.

Cuma terkilan, semua contact no. takde backup. Ilang semuanye..huhuhu
Gambar2 family, xspecially pic Zahra..huhuhuhu video lagi huargggghhhhh
Notes2 penting lagi dalam tu... huhuhuhu

hmm...kita leh dapat balik tak no. lama kita tu??!!! sape tau..
Harini mata agak bengkak... sbb nangis byk sgt... :p sayang ooo enfon ilang huhuhu...

so pada kawan2 ku yang baca entry ni, sila lah email no enfon korang pada ku..huhuhuh
nurhayatiyusof@gmail.com

Sedih tak habis lagi.. sob sob sob

Gambar terakhir, tak sedar lagi fon dah ilang..huhuhuhu** updated

Thank you beb for all your comments... tak kisah enfon baru ni canggih ke cikai ke mahal ke murah ke as long as leh call out/in, sms can write/reply/fwd okay dah.. kan kan kan.. will updet my new baby soon.. =)

Thursday, December 25, 2008

Kenduri kawin lagi


Bulan 12 ni banyak betul dapat undangan majlis perkahwinan. Cuti sekolah adalah waktu yang sesuai orang buat kenduri hihi.. Antara kenduri yang kami pergi ialah majlis perkawinan sahabat baikku, Sue. Majlisnya buat dirumah kat Gombak. Suka pergi kenduri sebab meriah dan paling best semestinyalah makanan hehe.. Makanan yang dihidang pun memang sedap. Bukan pakai catering tapi saudara mara Sue dari Penang semua turun dan masak beramai-ramai. MasyaAllah susah nak dapat macam tu. Selalu kat kampung je gotong-royong ni, kat bandar pakai catering saja. Banyak juga makan tak pandang kiri kanan dah haha.. Gambar kat bawah ini masa hari akad nikah. Tema warnanya ialah pink. Warna kegemaranku itu. Sempatla duduk dalam bilik pengantin dan usik pengantin sekejap hehehe Cantik sangat Sue hari tu so gorgeous.



Masa saat dinikahkan tak sempat nak ambil gambar atau video. Diriku sibuk jaga Zahra bagi dia tak buat bising dan duduk diam huhuhu.. Lagi pun masa majlis berlangsung tu, kami duduk kat tangga. Buat dalam rumah jadi sesak sikit dengan orang yang agak ramai. Apapun Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Kahwin dah kawanku sorang. Tinggal lagi seorang iaitu Niza hehe.. Esoknya hari persandingan pula tetap buat majlis di rumah juga. Cuaca masa tu hujan rintik-rintik sedikit tapi sekejap sahaja.



Gambar kat atas tu candid dari Zaf, kami berdua tak kelip-kelip mata tengok pengantin cantik sangat hehe.. Zahra lagi la pelik agaknya sebab tengok pengantin tak bergerak-gerak duduk diam kat pelamin. Sue letak pelamin dekat luar rumah. Elok sangat dengan cuaca terang nampak berseri-seri tu. Zahra sibuk nak kacau bunga pahar. Ingat mainan agaknya.



Bunga pahar Sue ni unik tau, sebabnya bukan bagi telur rebus. Selalu kalau kenduri kahwin bunga pahar tu mesti letak telur rebus. Yang ini ganti dengan buah epal. Rare sangatkan. Eh tapi bukan buah betul hihi.. epal tu dibuat dari polistren :)



Wajiblah ambil gambar dengan pengantin. Tengok warna baju pengantin ni teringat pada kahwin diri sendiri. Kami pun warna putih oren juga tapi warna oren lebih banyak dari putih.



Sesi bergambar beramai-ramai dengan pengantin. Semua ni kawan officemate dulu masa kerja dekat Taman Tun Dr. Ismail. Paling tak sangka dapat jumpa Nuyul (belakang Zaf), lama betul tak jumpa dia sejak dia kahwin. Dia datang sorang pula masa ni. Kak Ct dan anak-anak sedondon warna biru. Seronok betul tengok ramai anak ni. Patutla Kak Ct maintain kurus. Kredit dekat Nuyul untuk gambar kat pelamin ni. Tahniah untuk pengantin baru Sue dan Zul, semoga kekal bahagia hingga ke Syurga. 

Tuesday, December 23, 2008

Wish List: Ted Baker

DONE!!! I choose Rulla =) .
.
.
.
I'm so in love with these top, very da bomb.. and I’m sure uollss also say so.. hihihi
I reallly2x want this top, but have to choose either one..huhuhu
(yang…can I have both??!!! Pleaseeeee….)

Top yang cantik ni tentulah dari
Ted Baker
I have one in pink color. Really love it.



Rulla or Belint, 2-2 cantikkkkk, mana satu ni..huhuhu....(my hubby choose Rulla)


Rulla

Belint


Monday, December 22, 2008

Wiken Activity


Sabtu lepas kami pegi Singapore, drive ke sana. Park kete kat Zon Hotel, gi naik cab sampai Singapore. Bertolak lambat kul 11am camtu, patutnye nak gerak awal, tapi almaklumla ada si tonet ni, tergerak la lambat..hihihi. Sampai Singapore dlm kul 7pm, terus check in, rest jap then kuar gi mana lagi kalau tak ke Orchard Road, shopping sampai la kul 12am. (shopping mall open till 12am due to Christmast Eve). Zaf warning awal2 dah no Handbag..=)
At night Orchard Road sangat2 lah cantik, ha tengok la betapa happening nye kat Orchard Rd ni.
Xsmas deco sepanjang jalan. Orang jgn kata la teramatla ramai, cam semut.
First pegi Takashimaya, Wisma Atria, Paragon, Tangs, ape ntah lagi satu tempat tu lupe dah....
benda pertama cari dan nak beli mesti la barang2 tuk Zahra,
pastu baru la cari tuk Daddy n Mummy nya pulak..hihihi..
Ni kat dlm fitting room, Tangs. Time ni dah dekat kul 11pm,
Zahra masih tak ngantok lagi, org lain dah penat giler.
Kuar dari Tangs terus balik.. Penat, tido..zzzzzz

2nd day, pagi2 pegi Sim Lim Plaza, sana kalau nak cari gadget2, computers, electronics, ha mmg sesuai. Zaf nak cari car charger tuk Blackberry Bold dia. Then kitaorg cari printer Canon for camera. Habis kat situ, pegi Queensway Shopping Mall Centre, situ plak semua barang2 sukan, Zaf mmg datang Singapore ni nak cari kasut futsal dia bole..huhuh sbb kat Msia takde size dia.. sini baru ada.. hmm kalau dah giler sukan, sanggup tu datang semata2 nak beli kasut futsal.. Ape-ape aje la..hihihi Ingat nak cari kasut Zahra, tapi byk dah habis.. huhu sadisnye. Habis kat situ lak, balik kat Orchard Rd, shopping lagi.
Baru sampai Orchard Rd., isi perut dulu, charge balik energy..
Nasib cuaca kat sini okay je tak ujan. Senang nak jalan Alhamdulillah Kat dalam Takashimaya
Actually we suppose to stay there 3D2N tapi Zaf ada urgent miting Isnin ni (bos panggil da..huhuhu), kena la balik smlam malam. Kul 11.30pm baru keluar dari Singapore, sampai umah tadi dlm kul 4.20am huhuhu penat...

* * *
Zahra: 2 dress (RL), 2 tops (RL & Gap), 1 skirt (RL), 1 tight (Gap),
Zaf: 3 shirts (RL & Kappa), 1 futsal tshirt (Le Coq), 1 futsal shoes (Adidas), 1 car charger (Blackberry Bold)
Yati: 1 top (Fred Perry), 1 brooch (Denni), 1 Jean (AX), 1 wallet (Prada)
All: Canon Printer for our Canon Camera. yeayyy =)

Friday, December 19, 2008

Tag: HOT


Alamak ni 1st time kena tagged. serius tak pernah main game ni..hihihih
I've been tagged from a women call
MamaZana, yang mana dia baru je habis study (Degree in Accounting)..congratssss mamazana...

Here the taq Q begins:

1. Do u think u are HOT?
Yup I’m hot in my hubby eyes. Hihihi



2. Upload a fav pic of you




3.Why do u like this picture?
The day I become a wife of a man called ZAFARIS.


4. When was the last time u ate pizza?
Yesterday – Dominos Pizza. Extravaganzza Pizza. nyummyyyyyyy


5. The last song u listen too?
Kaer – Bukan Kasihku


6. What are u doing right now besides this.
Listen HOT Fm


7. What name u prefer besides yours?
Adik (nickname at Univ); TK (nickname at school)


8. People to tag:
1) Nur Hidayah
2) Liza
3) Idajer
4) Ismi
5) Anyone…



9. Who is no.1
My best friend in Univ. aka roommate in 2nd semester.


10. No.3 is having relationship with?
My virtual friend. She just win the Gin & Jacqie’s bag (argghhhh jeles2x)


11. Say something about no.5
If u like this tag, please do so…hihihi


12. How about no.4?
The bestest akak in the opis..yeahhhhh


13. Who is no.2
Another my virtual friends. Love to read her blog.




Wednesday, December 17, 2008

i'm not feeling very well

* Updated

Alhamdulillah sihat sudah. Mana tak sihat, kena telan 4 jenis ubat..huhuhu
Nasib jugak la demam biasa je. Takut denggi je..

Oh my...

I have a sore throat, a dry cough, tiredness, mild headaches and muscle aches.
I start having this symptoms since last 2 days but not very mild. Now, my body feel become worst.

Is it symptoms of fever??!! huhuhu



Tuesday, December 16, 2008

Learning Centre for Zahra

gymboree??
kindermusik??
kidzsport??
tumble tots??

Anyone mind to share bout this...TQ =)


Monday, December 15, 2008

Congratssss Amran!!


Amran ni ex-officemate masa kat TTDI now at office at Shah Alam. Tak sangka jodoh dia ngan org satu opis gak. Kenduri nye hari sabtu, 6/12/08 kat Bukit Goh, Pahang.

Hari tu hujan turun dengan renyainye.. nasib baik tak lebat sgt.. kalau tak mau terbang khemah semua. Elok gak ujan, cuaca takde la panas. Makanan nye pun sedap. Almaklumlah kampung kan, masak beramai2 gotong royong meriah la.

Cantikkan 2-2 pengantin ni. Selamat Pengantin Baru Amran dan Ayu!!!
Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan berbahagia selalu. =)

Bergambar ngan pengantin laki. Pengantin ni rilek je, takde pun malu2..
selamba dia je cakap2. tapi tu yg bestkan..happening hihihi

Trademark Zahra ni.
Kalau gi kenduri kawin wajib amik gambar ngan pelamin..
hihihi

Gambar ramai2 sebelum balik. Pengantin pun dah tukar baju..hehe




Friday, December 12, 2008

Announcement!!!


I’m proudly announced that "my cute little wardrobe" is open for sale.
Enjoy shopping!!!!




Thursday, December 11, 2008

ape ek..


Esok birthday mak. Tapi tak beli ape pun lagi tuk present dia...huhuhu...
Tak tau nak beli kan ape.. terasa nak beli barang pun ada..
Kalau bagi dia gi spa pun menarik gak kan.. bagi yang treatment and therapy package...
tapi tak sure mana spa yang best...hmm @#$%&%$@*(??!!





sehari sebelum raya...


Esok nak Raya Haji sempat lagi kami pergi jalan-jalan kat Gardens Mall. Ingatkan nak cari baju raya tapi tiada yang berkenan. Kecuali Zaf dia pula yang banyak shopping. Tak mengapalah kita bagi chance kat dia shopping pula hihihi.. Ingatkan malam raya kurang la orang, sangkaan meleset ramai rupanya. Mungkin orang shopping untuk Hari Krismas. Zahra happy sangat bergambar masa ini. Pandai pula dia tahu bila masa nak sengih tu kan :p



Zaf belikan soft toy Cat dari Chicco yang baru untuk Zahra. Cat dia sebelum ini hilang, tak tahu ke mana. Tiba-tiba hilang macam itu je. Mungkin terjatuh kat mana-mana tak perasan. Daddy dia beli yang sama juga dengan hilang tu. Nasib baik masih ada lagi jual tu, kalau lah dah takde mana pula nak cari huhu.. Ada cuba juga bagi yang lain dia tak nak. Pandai pula tu memilih :(



Kami sambung lagi jalan-jalan dalam mall. Cantik betul deko Krismas dalam Gardens ni. Ada giant bird cage kat situ. Terus ajak Zaf bergambar dalam bird cage. Jangan katakan orang boleh masuk, gajah pun muat juga dalam ni hihi..



Ramai orang nak bergambar dalam bird cage ni, terpaksa beratur sekejap menunggu giliran. Sanggup tu :p Yang penting dalam gambar ni nampak macam tiada orang.



Kereta park kat jockey. Sementara menunggu kereta sampai, ambil gambar Zahra sekeping dua.. Susah betul nak snap gambar dia ni, tak tahu nak duduk diam. Pantang letak dia mulalah panjat sana sini huhuhu

Monday, December 8, 2008

Eid Mubarak


Salam AidilAdha to all my Muslim friends and families. Tahun ini tiada tema sangat. Baju ai dan Zaf pakai semula yang ada sahaja. Kecuali Zahra kena beli baru tapi warna tak sama pula dengan kami hihihi. Tak terfikir pun nak warna apa untuk Raya Haji ini. Asalkan ada sahaja dah memadai gitu.



Friday, December 5, 2008

Girls Day Out


Bukan main tajuk entry girls yang betulnya mak girls hihihi... disebabkan keluar ni hanya Zahra dan Mummynya secara tak langsung kategorikan kami berdua ni girls la :p Semalam ai tak pergi kerja tapi keluar jalan ke The Curve berdua sahaja dengan Zahra. Zaf tiada kat rumah sebab outstation ke Penang, itu yang panjang langkah tiba-tiba :)



Sebelum keluar rumah mesti lah bawa budak kenit ni mandi dulu. Bab main air memang serahkan pada Zahra, bukan main suka. Kalau mandi, mesti nak tepuk-tepuk air, habis terpercik basah Mummy dibuatnya. Kesimpulannya kalau mandikan dia dengan kita sekali mandi hehe.. Lepas tu bukan main susah nak ajak dia keluar. Berperang sekejap huhu.. Dah siap semua baru kami berdua keluar pergi The Curve. Masa dalam The Curve ai singah masuk dalam butik Guess. Sebenarnya adikku Hana kerja kat situ. Jadinya singgah datang melawat dia :) Dalam butik Guess ini ada cermin besar. Bila dah ada cermin besar wajib la ambil gambarkan. Comot betul diriku masa ni, tudung senget benget tak bagi kerjasama langsung haha..



Lama juga duduk dalam butik Guess ni, kebetulan tak ramai customer. Lepas tu ai bawa Zahra jalan-jalan pusing satu mall. Dah penat berjalan ai pun berehat sekejap hilangkan lenguh kaki tetapi macam tak rehat sangat pun. Zahra tak tahu duduk diam, panjat naik turun kerusi ke depan dan ke belakang. Aduhai.. nak pengsan dibuatnya. Berpeluh pun banyak haha.. Kalau perasan dalam gambar di bawah, nampak ada 2 biji gigi Zahra dah tumbuh bahagian bawah. Geram je tengok dia ni, saja buat muka cheeky kan. Nak marah pun tak jadi. Suka dia Mummy bawa keluar jalan. Zahra ni jenis tiada meragam sangat, senang nak bawa keluar.



Masuk dalam Metrojaya nampak ada jual netting cap. Terus laju tangan ini ambil dan bayar. Memandangkan cuaca Malaysia ini tak menentu, kalau cuaca panas tu panas ya amat sampai sakit kepala dibuatnya. Maka beli netting cap ni nanti cuba okay ke tidak pakainya.



Sebelum balik rumah sempat singgah butik Guess untuk jumpa Mak Ngah Zahra sekali lagi. Dekat The Curve penuh dengan decoration untuk perayaan Hari Krismas. Cantik banyak dengan lampu-lampu. Sempat la bergambar dorang berdua tu. Muka blur pula si kenit tu, tak tahu dia nak suka ke tidak haha..



Sampai rumah terus terbongkang. Nak kata jalan banyak sangat pun takde la sangat. Lebih melayan Zahra je itu ini hihi..

Wednesday, November 26, 2008

Langkawi


Ini cerita last month punya. Tahun ini company ai organized outing dekat Langkawi. Horey!!! Best sangat. Mana tak bestnya pergi freekan hahaha. Dapat naik kapal terbang lagi :p 3 hari 2 malam dekat sana, dari 25 hingga 27/10/2008. Kami bermalam di Holiday Villa Hotel. Bila ai dengar nak pegi Langkawi, terus teringat Corelle. Hmmm.. enSuami, please standby $$ yer hihi Orang kata kat sana harganya murah-murah. Betul la agaknya kan. Tak de la membeli banyak, dapat la set corelle satu. Alhamdulillah, apa yang kita nak tu dapat. Thank you Yang!!!

Alhamdulillah sepanjang kami dekat sana, cuaca sangat-sangat elok. Tak hujan langsung. Kalau hujan tentu banyak aktiviti tergendala. Kesimpulannya, kami semua gembira dekat Langkawi. Gambar bawah Zahra dengan Daddy. Masa ni kami kat KLIA baru nak check-in. Muka seronok nak naik flight :)



Alhamdulillah, penerbangan berjalan dengan lancar. Kami selamat mendarat di Langkawi Airport. Pertama kali Zahra naik flight, mujur dia tak meragam. Senyap je dia. Good Girl!! Sempat lagi bergambar turun-turun dari kapal terbang. Tak ingat pula siapa yang ambil gambar ni.



Masa kami dalam kapal terbang tu, ada sorang baby menangis sepanjang perjalanan. Kesian tengok dia, mesti parents tu dah bermacam cara buat nak bagi baby dia diam. Bertabahla. Sampai-sampai Langkawi kami terus check-in hotel. Tapi tak masuk bilik, terus ke dewan untuk makan tengahari.



Dari kanan ialah Mama Kak Ismi bertudung biru, Kak Ismi orang kuat yang buat payment untuk outing ni, Me muka yang kegembiraan dapat makanan, kebulur dah tu hihi, Lorna & Kak Tini antara orang kuat yang bertungkus lumus menjayakan outing ni). Memang elok la sampai-sampai dah waktu lunch memang ai dah lapar sangat. Habis semua makanan ai ambil hihihi Company pun alang-alang buat Majlis Hari Raya sekali.



Lepas makan masuk bilik dan berehat. Bergambar kami berdua, Mummy dan Zahra. Pagi-pagi dah kejutkan dia nak lepak pantai dan mandi laut. Zahra kena paksa rela bangun pagi tu. Thanks to kawanku Nedd bagi baju merah ni untuk Zahra. Macam tahu-tahu je kami nak pergi pantai. Thank you kawan!



Masa kat pantai ni Zahra dalam kehairanan. Mungkin pertama kali tengok laut. Terutamanya pada ombak, lama dia tenung ombak tu. Samaada dia tengok ombak tu yang tak henti-henti atau pun sebab bunyinya kan. Bila Daddy dia bagi kaki dia mula-mula rasa air laut, punya la menangis. Ketakutan hehehe lama sikit bila kaki dah main air kemain suka sampai tak nak balik pula, boleh gitu. =) Tenghari kami keluar, ikut pada tentative programe pergi ke Dataran Helang.



Masa ni bergambar on the way nak ke Dataran Helang. Tapi kami sekerat jalan saje sebab cuaca teramatlah panas. Tak sampai pun kat helang tu. Lebih kesiankan pada Zahra. Dia pula tengah tidur dalam stroller. Boleh ya si kenit tu tidur dengan cuaca panas-panas. Lepas tu bila dia dah bangun, ya rabbi basah lencun kepala dia dengan stroller sekali penuh dengan peluh. Memang cuaca panas sangat walaupun dah letak fan kat depan dia. Tak jalan nampaknya huhuhu



Gambar atas ni masa buat birthday party anak lelaki ED bos besar kami, Omar Suleiman bin Dato' Haris Onn. Tak silap ai yang ke-9 tahun. Happy Birthday Dear Omar!! May Allah bless you. Zahra takut kat clown masa party tu. Bila nak bergambar tu, terpaksa la clown pergi belakang haha.



Comelkan Zahra pakai topi. Pasrah je orang letak ape kat atas kepala dia tu hihihi. Sebab tu senang letak headband, jenis tak mengusik. Banyak lagi aktiviti kami kat sana. Pergi Makam Mahsuri, 7 telaga air panas, naik cable car dan banyak lagi tempat menarik kat Langkawi ni. Fuh part naik cable car tu memang gayat. First time naik, dah tu boleh nampak dengan jelas ketinggian, kedalamam dan kecuraman. Ish, memang mengerikan juga la. enZaf cakap cukup la sekali je dia naik. Tak nak naik lagi dah hahaha