Sekarang kami berada di Johor Bahru. Ai dan anak-anak ikut enZaf outstation. Laju je nak mengekor hihi.. ikutkan perancangan kami nak duduk di JB ini selama dua malam tapi tadi dalam pukul 9:30 malam dapat Whatsapp dari adik ai Nani yang nikahnya dipercepatkan pada tarikh 31hb iaitu hari Khamis ni. Nanti ai buat entry lain untuk persediaan dan perjalanan nikahnya. Disebabkan nikah itu dipercepatkan terpaksa la kami balik esok hari juga. Pelbagai dugaan sungguh adikku ni nak kahwin. Dugaan dan ujian orang nak berkahwin semasa musim Covid ni selain dari darah manis bak kata orang tua-tua :) enZaf pun terpaksa menangguhkan beberapa meeting dengan clientsnya kat sini. Harap-harap bila dia nak ke JB lagi bawalah ai dan anak-anak sama hehehe..
Tuesday, December 29, 2020
Saturday, December 26, 2020
Makan dan Shopping di Ikea
Pada cuti sekolah ini ai nampak ramai kawan-kawan ambil peluang untuk balik ke kampung dan juga holiday bersama keluarga. Agak lengang bila kami pergi ke Ikea terutamanya bahagian parking dan restoran. Jarang nak nampak suasana lengang ini kecuali datang pada hari biasa. Nampak sangat ramai keluar merentas negeri kan. Bila lengang laju la kami makan kat dalam Ikea. Lama tak makan sini, bukan main banyak betul enZaf beli.
Sesi mengambil gambar tetap dijalankan seperti biasa :p Hero-hero kesayangan.
Bidadari syurga Mummy, yang paling banyak karenah sekarang ni dah tentulah si kecik tu.
Tak dilupakan pembantu peribadi yang setiap hari ada je buat Mummy dia naik darah. Degil kepala batu ni hahaha...
Thank you akak Zahra ambilkan gambar. Nampak gaya Mummy tak boleh duduk senget ke arah kamera, nampak saiz gajah di situ huhuhu..
Aman berjalan dalam Ikea ni, habis semua sudut kami masuk.
Lama tak masuk dalam Ikea, banyak design baru untuk tahun 2021. Cuci mata ambil inspirasi mana yang berkenan.
Dalam tak nak membeli tu tahu-tahu ada barang kat tangan hahaha.. Barang-barang kecil je. Oh ada beli wall shelf tapi tinggal dalam kereta. Tunggu enZaf ambil dalam kereta bawa masuk nanti. Malas nak angkat dengan bawa anak-anak ni :p
Masa makan kat Ikea tu, datang akak cleaner sebab nak kemaskan meja kami yang dah habis makan. Masa tu menunggu enZaf solat Maghrib. Tengah mengemas tu akak cleaner beritahu suruh ai bawa balik mangkuk gelas Cream Brulee. Hairan juga kenapa, rupanya mangkuk gelas tu boleh di bawa balik. Ada tertulis dekat stiker tu. Orang jarang baca dan tak perasan. Katanya ramai orang tinggalkan saja sebab tak tahu. Terus ai pergi sinki dan basuh hahaha.. thank you akak cleaner beritahu. Kalau tidak, ai pun tinggalkan saja kat atas meja.
Antara barang yang baru dibeli tu adalah photo frames. Sebelum ni atas shelf tu kosong [link], sekarang dah penuh :) Semua barang dari Ikea kecuali 2 barang je. Flamingo dan pasu bunga kecil dari Kaison.
Sebenarnya tak rancang pun nak ke Ikea ni. Pada mulanya kami keluar sebab nak ambil kereta enZaf kat workshop di Gombak. Bukan main jauh betul hantar, katanya kedai kawan dia. Keretanya ada buat touchup sedikit kat bahagian pintu. Lama dah kemek kat bahagian bawah disebabkan dia langgar penghadang masa nak buka pintu. Lepas hantar dia kat sana, terus enZaf ajak jumpa kat Ikea. Kiranya masing-masing bawa kereta. Keluar dari Ikea kami berpecah semula, enZaf keluar jumpa kawannya manakala ai dan anak-anak terus balik ke rumah. On the way nak balik tu jem teruk, rupa-rupanya ada roadblock. Polis tahan semua motosikal. Dekat 1 jam juga nak sampai rumah mujur Qaireen tidur dalam kereta tiadalah adegan huru hara sangat hihi.. Sekian cerita untuk hari ini :)

Thursday, December 24, 2020
Beli Kasut dan Berbasikal
Akhirnya setelah sekian lama tidak beriadah, sekarang kami sudah kembali dengan aktiviti berbasikal dengan anak-anak. Entry ini cerita pada dua minggu yang lepas :) Sebelum nak berbasikal kami ke Jaya Shopping Centre dahulu untuk makan tengahari dan beli kasut joging enZaf. enZaf beli makan anak-anak dekat Bungkus KawKaw. Kami berdua makan sandwich, lupa pula nama sandwich tu. Lebih kurang macam Subway, tak ambil gambar pula.
Sekarang ni kalau meja makan hanya 4 orang, kami kena makan berasingan. Selalunya Aliah dan akak Zahra la yang akan duduk berasingan dengan kami. Nasib baik mereka ni tak kisah. Agaknya lagi seronok kot makan berdua tu hihi
Lepas makan kami terus ke kedai Original Classic (OC). Kedai yang sama masa beli kasut joging ai dan Zahra [link]. Masa beli kasut ai dia berkenan satu kasut tu tapi tidak membeli. Katanya kasut dia elok lagi, alih-alih seminggu lepas beli kasut ai tu kasut dia koyak hehehe.. merajuk la agaknya kasut tu tahu tuan dia ada hati nak beli barukan.
Disebabkan dah tahu kasut apa nak beli maka lajulah membayar. Sempat lagi tu beli Dorayaki dan corn in a cup kat Nelson's untuk bekal anak-anak :)
Dari PJ terus kami ke KL, mana lagi kalau tak ke Taman Tasik Titiwangsa. Terasa lama betul tak ke sini. Kali ini hanya satu pagar sahaja yang dibuka untuk orang ramai masuk dan keluar. Sebelum ini dua pagar, bila hanya satu pagar je yang dibuka agak sesak juga laluan masuk tu. Mujur lah masing-masing menjaga SOP. Ai tak ambil gambar sepanjang aktiviti berbasikal kami. Ambil gambar dan video sahaja masa anak-anak bagi roti kat ikan dan turtles.
Seronok rasanya bila dapat angin luar. Dapat la keluarkan peluh sedikit dan anak-anak pun seronok. Sebelum pukul 6 petang kami dah keluar dari Taman Tasik Titiwangsa ini.

Wednesday, December 23, 2020
Projek Seni: Seni Habuk Pensel Tahun 2
Aish ingatkan cuti sekolah ni rajin la nak update blog. Makin bertambah malas rupanya hehe.. Okay ini last nak cerita pasal aktiviti seni anak-anak terutamanya Ariq. Nak dekat cuti sekolah banyak pula cikgu bagi kerja. Tajuk seni yang cikgu bagi ini ai tak berapa pasti sebabnya tiada dalam buku teks. Dalam Google Classroomnya tulis seni menggambar itu sahaja. Seni kali ini kena menggunakan habuk pensel/ pensel warna.
Part mengasah pensel ini ai banyak tolong Ariq. Nampak mudah tapi susah juga. Sampai melecet jari ai okay. Pengasah pensel tu kecil nak pegang betul-betul masa mengasah itu bukan senang sebab nak pastikan habuknya tak terputus. Ada sesetengah pensel warna bila diasah pecah pula habuk dia tu macam berderai. Ai dan anak-anak ni biasa mengasah pensel guna pengasah besar tu (table/ desk pencil sharpener) bila pakai kecil ni huru hara haha.. Lagi satu nak kena ada pensel warna banyak. Gambar yang Ariq nak buat tu memerlukan habuk pensel yang banyak.
Cikgu seninya ada bagi beberapa contoh gambar yang boleh diambil sebagai projek seni. Ariq pilih gambar burung hantu. Dia ada juga pilih nak lukis bunga. Tapi takkan la lelaki nak buat bungakan. Dia kata pilih bunga tu sebab sikit je habuk pensel nak lekat hahaha.. Nak cepat siap la tu. Kalau tengok pada gambar bunga tu pun memang ai perhati dalam 5-6 habuk pensel sahaja diperlukan. Tapi ai cakap dengan Ariq buat pilihan pertama dia iaitu burung hantu. Nasib baik la dia okay je.
Hasil gambar burung hantu menggunakan habuk pensel. Susah juga nak tampal habuk pensel tu. Sampai ada yang dah terputus pun Ariq tampal je haha.. Asalkan jadi dan siap ye nak. Laju-laju ambil gambar dan hantar ke cikgu. Sepah-sepah atas meja tu ai lah yang kena kemas huhuhu..

Tuesday, December 22, 2020
Mencari Hadiah Cikgu
Kami pergi lagi ke One Utama (OU). Dalam pukul 3 petang baru keluar dari rumah. Menunggu enZaf balik dari main golf. Pergi ke OU itu untuk mencari hadiah untuk cikgu-cikgu akak Zahra. Sebelum misi mencari hadiah dijalankan, kami isi perut dulu :). Kali ini cuba makan kat Baba Nyonya House. Lagi pun tengok tempat makannya tak ramai orang, terus on saja lah.
Tengok pada kuih muih dekat kaunter ni lebih kurang sama dengan Nyonya Colors. Ai nampak semua sedap, macam nak ambil semua je hihi..
Antara makanan yang dibeli ialah Nasi Lemak, Cucur Udang, Bubur Kacang Merah, Kuih Ketayap, Kuih Seri Muka dan Onde-onde. Aliah dan Ariq suka makan kuih-muih ini. Kecuali akak Zahra, dia memang susah sikit. Suruh cuba makan sikit pun tak nak.
Tapi karipap kat gambar di bawah ni dia makan :) Ai makan Mihun Siam. Kesemua makanan yang kami makan ini semua sedap. Cucur Udang tu sedap tapi berminyak sangat, kalaulah minyak tu dapat dikurangkan mungkin ai tambah lagi.
Qaireen makan Mihun Siam, banyak betul dia makan. Suka sangat la tu. Tengah makan tu haruslah ambil gambar dorang.
Kalau bab makan semua tak kisah nak bergambar. Ai lagi lah suka sebab ianya menyenangkan, masing-masing tak nampak muka keterpaksaan itu :p
Eh ada gambar ai dan Qaireen rupanya. Gambar bawah ni dari camera enZaf. Thank you Yang!
Lepas makan kami terus ke Kaison. Ai tak ambil gambar pula masa masuk dalam Kaison ni. Habis pusing dalam kedai ni tapi masih tak tahu nak beli apa. Akhirnya akak Zahra dapat juga beli, hadiah itu memang dia yang pilih. Mummy dan Daddy memang serahkan padanya buat keputusan, hadiah itu lebih elok dari pilihannya sendiri asalkan pembelian tu dalam bajet yang ditetapkan hehehe.. Ramai pula tu nak bagi sampai 15 orang guru. Terkejut juga Daddy dia haha.. Keluar dari Kaison, sempat melayan Qaireen nak naik kereta Hello Kitty. Dia nak naik tapi tak nak ada lagu dan bergerak. Ikut mood dia, ada masa dia okay je bila kita masukkan coins. Unpredictable :p
Sambil melayan Qaireen, wefie sekeluarga. Baru perasan senget face mask diriku pakai. Tak senonohnya la hai..
Lama juga Qaireen kat kereta tu, memang lepas melayan Qaireen main kami nak balik terus. Alih-alih masuk kedai JD Sports. enZaf nak tengok kasut sempat lagikan. Sementara menunggu enZaf belek kasut, apa lagi ai nak buat. Memang ambil gambar anak-anak je lah. Bukan main Qaireen dengan "good" dia.
Sekarang ni ai tengok boleh tahan ramai juga orang dalam shopping mall. Dalam JD Sports ini tak ramai orang sangat tapi masa dalam Kaison beratur panjang kat cashier. Memang tak boleh nak berjalan lama-lama dalam mall ni. Sebelum Maghrib kami dah balik. Cuti sekolah pun dah bermula, hari Jumaat ini pun cuti perayaan Krismas, itu yang merata-rata orang keluar berjalankan. Pada yang balik kampung, hati-hati memandu. Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik.
Eh tajuk mencari hadiah cikgu tapi satu gambar hadiah untuk cikgu pun tak ada dalam entry ni hihi.. next entry la baru letak masa nak packing. Cikgu kelasnya pun dan hantar Whatsapp maklumkan tarikh untuk anak murid datang ambil sijil berhenti nanti.

Friday, December 18, 2020
Pemulangan Buku Teks Tahun 6/2020
Pada hari Rabu yang lepas, semua murid Tahun 6 kena pulangkan buku teks di sekolah. Waktu telah ditetapkan dari pukul 8 pagi hingga 1 petang. Masa pagi Rabu tu baru ai nak tengok buku teks akak Zahra. Kebiasaannya sebelum hantar buku teks ai akan periksa semula bukunya terutama bahagian balutan. Mana yang dah terkoyak akan diganti dengan pembalut baru. Memandangkan tahun 2020 ini tahun yang kurang ke sekolah, maka ke semua bukunya masih dalam keadaan baik. Jadi ai tak perlu tukar pembalut baru. Jimat dah masa kat situ.
Kira semula jumlah buku dan isi pada borang yang telah cikgu hantar melalui Whatsapp. Nasib baik tiada yang hilang. Kalau hilang buku teks, kita kena ganti beli yang baru atau pun boleh buat bayaran mengikut setiap harga buku yang telah ditetapkan. Selepas semua buku sudah di periksa dan cukup bilangannya maka kenalah ikat dan diletak ke dalam beg. Elok pula tengok ikatan riben tu hihi..
Lepas dah setel buku teks, ai terus bersiap. Kali ini enZaf tak dapat tolong hantarkan sebab dia ada meeting waktu pagi. Jadinya ai lah yang kena keluar dan drive buat pertama kalinya sejak PKPB bermula. Fuh lama betul mujur tak kekok haha.. Sebelum nak keluar tu, sempat lagi ai fikir apa nak diberi untuk guru kelasnya. Masa nak pulangkan buku teks ini guru kelasnya yang akan menerima buku teks ini. Nasib baiklah kat dapur ai ada simpan satu mug beli di Kaison. Masih elok lagi di dalam kotak. Terus ai laju ambil mug tu dan sempat lagi balut dengan riben :)
Dalam pukul 11 pagi ai sampai sekolah. Tak ada lah awal sangat tapi itu pun dah kelam kabut sebab kena bawa semua anak. Tak boleh nak tinggalkan di rumah sebab tiada siapa yang teman dan boleh tengokkan. Bahaya biarkan kanak-kanak duduk dalam rumah bersendirian tanpa ditemani orang dewasa. Banyak dah kes tak diingini berlakukan. Sampai-sampai sekolah tak berapa ramai sangat. Beratur pun sekejap je.
Lepas selesai semua urusan pemulangan buku teks, akak Zahra beri paperbag yang ada mug didalamnya untuk cikgunya. Ini kira cenderahati kecil dari dia, nanti ada hadiah lain yang bakal menyusul untuk cikgunya. Alang-alang dah beri hadiah tu terus ai ajak cikgu bergambar sebagai kenangan. Bersama guru kelasnya Cikgu Norhamidah dan anaknya pun ada sekali tu, comel sangat.
Akak Zahra jumpa bff dia, Sofea. Sebelum keluar rumah tu dia dah janji dengan Sofia nak jumpa kat sekolah. Patutla dari rumah happy sangat.
Selang beberapa minit, kawan dia lagi sorang Hanani datang. Rumahnya dekat depan sekolah. Dia dah pulangkan buku teks lebih awal lagi, bila tahu Zahra ada kat sekolah laju dia datang hihi.. ai pun biarkan dorang bertiga melepaskan rindu :) Itu pun tak lama sangat sebab Qaireen meragam. Sabar je lah.
Ingatkan masa pulangkan buku teks ini, cikgu akan berikan sekali dengan sijil tamat sekolah. Rupanya sijil itu akan diberi pada hari lain bersama-sama dengan fail peribadi, surat penempatan Tingkatan 1 dan juga cenderahati dari pihak sekolah. Elok juga bila jadi macam tu sebabnya ai belum sempat lagi nak membeli hadiah untuk semua cikgu kelas akak Zahra. Memang sebelum ni pun dah rancang nak membeli tapi tak decide lagi barang mana satu sebab masih berbelah nak pilih, banyak sangat pilihan :p Setiap tahun anak-anak akan beri barang kat cikgu sebagai tanda terima kasih. Takkan disebabkan Covid ini tak beri apa-apa pula kan. Nak pula ini merupakan tahun terakhir untuk akak Zahra. Ai agak sedih juga untuknya. Tiada banyak kenangan bersama cikgu dan kawan-kawan. Tiada aktiviti koko, tiada UPSR, tiada trip, tiada konvo, tiada semualah. Dan ai pun tak merasa lagi anak menghadapi peperiksaan besar ape entah lagi merasa debaran untuk keputusan peperiksaan. Hanya Allah Maha Mengetahui dan pasti semua ini ada hikmahnya. Harap-harap hari terakhir bila dia nak ambil sijil berhenti tu dapat la berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.

Wednesday, December 16, 2020
Projek RBT: Tabung Duit Tahun 4
Ini adalah kali pertama ai tengok Aliah buat projek subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Katanya projek pertama di sekolah, dia buat rumah dan kereta. Yang rumah tu ai tak pernah tengok sebab memang buat kat sana 100% tetapi yang kereta ini ai nampak sebab dia ada buat separuh di rumah dan siapkan di sekolah. Rugi pula tak ambil gambar dia buat kereta tu. Masa musim PKPB ini cikgu RBT bagi satu lagi projek iaitu Tabung Duit. Online class pada minggu pertama untuk projek tabung duit ini hanya perlu memotong kotak sahaja. Mujur dalam rumah ini banyak kotak kasut ai simpan, jadi kalau ada projek yang memerlukan kotak memang ai keluarkan kotak kasut sahaja. Melainkan kotak yang nak digunakan itu kotak yang tebal, yang itu kena cari kat luar hihi..
Part memotong kotak ini banyak ai tolong. Terutamanya nak buat ukuran. Bukan senang sebab memerlukan ketepatan. Ai hanya tolong ukur dan Aliah akan memotong kotak-kotak itu. Banyak juga la kena buat. Terasa juga letih tu. Minggu seterusnya barulah murid-murid kena cantumkan ke semua bahagian-bahagian kotak yang telah dipotong. Yang ini pun challenging juga bagi ai, masa ini lah baru tahu yang kita potong tu sama ke tidak bila nak tampal huhuhu..
Lepas setiap bahagian yang sudah ditampal perlu ditunjukkan kepada cikgu RBTnya. Kiranya cikgu tengok dorang sambil buat kerja. Jadi tak boleh la nak mengelatkan :) Ai tengok sekejap-sekejap je sebab Aliah cakap dia boleh buat yang tampal ni, fuh lega Mummy hehe..
Nampak dah nak siap tabung duit dia. Tinggal nak touch-up sikit-sikit lepas tu cikgu minta setiap anak murid uji tabung duit itu sama ada berjaya atau tidak.
Bila masa nak uji samaada tabung duit itu menjadi atau tidak. Pertama duit syiling itu mesti dapat masuk ke dalam tabung dan ke dua setiap duit syiling mesti masuk ke setiap kotak yang telah ditetapkan. Ujian pertama, semua duit syiling melepasi ke dalam tabung. Bila ujian ke dua, di mana duit syiling perlu dimasukkan ke nilai yang ditetapkan setiap kotak tu tak menjadi terutamanya untuk duit syiling 20 sen dan 50 sen yang baru. Saiz ke dua-dua syiling itu lebih kurang, kadang-kadang duit syiling 20 sen masuk ke dalam lubang 50 sen huhu.. Ha lagi satu duit syiling 10 sen dan 5 sen, yang itu pun lebih kurang sama saiz. Ingatkan Aliah seorang je ada masalah, rupa-rupanya kawan-kawan dia yang lain pun sama juga. Tiada seorang pun yang berjaya 100% hahaha.. Fuh, Mummy pun lega sekali lagi sebab ada geng tak berjaya :p
Gambar di atas inilah rupa bentuk tabung duit Aliah. Dia hanya lekat bunga-bunga je, lain-lain dia malas nak buat. Jadi lah nak oi. Asalkan siap sudah. Ikutkan minggu lepas cikgu RBTnya nak buat lagi satu projek. Tapi kelas ditangguhkan sebab jatuh pada Hari Keputeraan Sultan Selangor. Minggu ini tak tahu pula diteruskan ke tidak projek baru. Ikutkan hari Jumaat ini adalah hari terakhir anak-anak sekolahkan.

Tuesday, December 15, 2020
Harijadi Mak yang ke-62
Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan dengan tarikh 12hb 12 adalah hari yang istimewa sebabnya ia adalah harijadi Mak. 5 hari sebelum itu ai dan adik-adik ada merancang nak buat makan sempena harijadi Mak dekat rumah, semuanya ai serahkan pada mereka untuk aturkan. Dalam kita merancang itu tiba-tiba hari Khamis semasa sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) ada mengumumkan yang mulai hari tersebut tiada lagi had jumlah pelanggan setiap meja di kedai makan. Apa lagi terus la ai dan adik-adik setuju bawa Abah dan Mak keluar makan hihihi... Sebelum ini pun ai pernah tulis dalam blog berharap agar harijadi Mak ini dapat bawa dia keluar makan [link]. Alhamdulillah tercapai juga hasratku :)
Pilihan dan tempat makan ni diaturkan oleh adik ai Yusreena. Bab-bab makan luar ni memang ai selalu serahkan pada dorang aje. KakLong dia malas :p Kami bawa Abah dan Mak makan malam di Sue & Tuya Seafood. Dekat sahaja dengan rumah di area Subang Bestari. Pertama kali ai makan kat sini.
Tak perasan pula mata Qaireen tertutup masa bergambar ni. Suka la dia sebab ada mak saudara yang rajin melayan. Bersama Mak Tehnya yang tengah berdarah manis itu.
Sekarang ni dia tengah menunggu tarikh 20hb untuk dapatkan kata putus dari JAIS berkenaan pernikahan. Buat masa ini JAIS membenarkan pernikahan berlangsung hanya di pejabat JAIS disebabkan kawasan kami masih dalam Zon Merah. Adik ai Nani memang tak nak la buat sebabnya masa nikah itu hanya pengantin dan wali sahaja. Dia kalau boleh nak ada mak dan adik beradik turut bersama-sama menjadi saksi pernikahan tu. Sedih dan stress juga dia tu. Semoga dipermudahkan buatnya. Dua gambar kat bawah ini dari kamera Nani. Qaireen yang susah nak senyum. Jenuh la Mak Teh dia suruh dia senyum dia buat tak tahu je haha..
Qaireen dengan abang Ariq. Dia say "cheese" tapi eksperesi muka macam nak marah je. Berkerut kening :p
Kat Sue & Tuya Seafood ini menyediakan makanan ala shellout. Lama dah ai tak makan macam ini. Kali terakhir makan masa ramai-ramai juga dengan dorang. Tahun 2017 masa birthday Abah [link]. Kalini birthday Mak pula.
Order 2 set dan setiap set ada 5 jenis lauk dalamnya. Ada lauk ButterMilk Prawn, Lala masak apa tak ingat :p, Ikan Siakap Sweet & Sour, Ketam Masak Cili dan Kari Sotong. Eh lupa pula yang ketam dan sotong tu mana satu lauk kari haha.. Yang pasti semua lauknya sedap. Habis licin semua orang makan. Dalam makan tu ai perhati juga dekat Abah dan Mak kot kot banyak sangat makan seafood terutamanya ketam haha.. kolestrol tinggi oi :p
Sebelum mula makan haruslah ambil gambar dulu. Minta staf situ snapkan. Kesian muka enZaf nampak separuh je hihi.. Tengah makan hujan turun dengan lebat. Sekarang ni boleh dikatakan setiap hari hujan. Tak hujan waktu siang, hujan turun waktu malam pula.
Sebelum balik bergambar lagi sekali. Tak cukup corum, Angah dan keluarga tak ada. InsyaAllah dia balik lepas 20hb bulan ini. Sekolah pun dah mula cuti sampai pertengahan bulan 1.
Adik ai Nani hantar gambar, dorang belikan Air Fryer untuk Mak.
Selamat Hari Jadi yang ke-62 Mak!! Semoga Mak diberi sihat tubuh badan dan dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T. Sekarang dia tengah sakit urat kat bahagian kaki. Susah sikit nak berjalan tapi bila solat dia tak sakit katanya. Alhamdulillah. Dah pergi klinik dan doktor pun dah bagi ubat. Moga cepat sembuh Mak.

Monday, December 14, 2020
Setelah 8 Minggu lebih
Uish lama betul tak update blog. Ada cerita lama yang belum dimasukkan lagi tetapi mood malas menguasai diri huhu.. Ini pun buat dalam keadaan penat dan mengantuk haha.. paksa rela gitu. Tapi bukanlah nak cerita kisah yang lama, ceritanya masih baru iaitu Sabtu lepas :p Akhirnya setelah sekian lama duduk di rumah, kami jejak kaki di shopping mall. Tak jauh pun kami pergi, hanya di One Utama(OU) sahaja hehe.. Lama betul ai tak jejak kaki kat "rumah" nombor 2 ini. Sampai dah berubah wajah sedikit. Dan ada sesetengah kedai pun dah ganti dengan kedai lain. Pergi OU ni pun sebab enZaf ajak ikut dia beli seluar kat Uniqlo.
Sementara menunggu dia membeli barang ai pun ambil la gambar anak-anak. Lampu dalam Uniqlo pun terang, memang rugi la tak ambil gambarkan. Banyak kali juga snap masa ini sebabnya Qaireen susah betul nak pandang kamera. Kalau dia pandang, salah seorang pula tak pandang atau tutup mata. Dalam banyak-banyak tu hanya ini lah yang paling elok sekali hihi..
Bergambar lagi masa enZaf tengah beratur untuk buat pembayaran. Kali ini kat cermin pula.
Tengah bergambar tiba-tiba enZaf sampai, terus ambil gambar lagi sekali. Dah pesan suruh pandang phone kat cermin, ada juga yang tak pandang :p
Bulan 12 ni semua shopping mall penuh dengan dekor Christmas. Sebelum nak ke pintu luar OU sempat ambil gambar anak-anak dengan christmas tree. Dan paling best elok pula semua pandang. Yeyy.. berjaya juga dapat gambar satu yang perfect.
Masa dalam Uniqlo kami pun sempat selit barang sikit masa enZaf beli seluar. Ai kalau masuk Uniqlo memang tak sah kalau tak membeli seluar. Seluar panjang atau 3/4 untuk pakai dalam rumah. Untuk anak-anak dapat baju sehelai seorang. Dari Uniqlo kami singgah McDonalds, rehat sekejap dan bawa anak makan fries dan aiskrim. Bagi mereka seronok. Lepas makan terus balik. Tiada window shopping. Sejak kerajaan dah bagi kelonggaran untuk keluar mengikut kapasiti kenderaan dan makan di luar itu yang laju kami :p Dapatlah ai hilangkan tekanan sekejap bila lama sangat duduk dalam rumah. Thank you enZaf! Apa pun kita tetap jaga SOP kerana PKPB belum tamat lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)