Wednesday, April 20, 2022

Anak Buah Nombor 3


ِPada 17hb April ai dapat anak buah baru. Alhamdulillah Nani selamat bersalin, dia dan babynya dalam selamat dan sihat. Nani bersalin di Hospital Tropicana, dekat sahaja dengan rumah tapi ai tak pergi tengok pun di hospital sebab peraturan hospital hanya membenarkan seorang sahaja masuk melawat. Jadinya ai datang tengok dia dan baby bila dah ada di rumah sahaja. Berpantang pun di rumah Mak jadi lagi senang, bila-bila masa saja boleh datang. Lama diriku menantikan anak buah. Hampir 7 tahun barulah tambah lagi sorang hehehe... Memperkenalkan baby Fahrel.



Comel sangat dia. Tak silap beratnya lebih kurang sama dengan Aliah. Keluar kecik tak apa asalkan semuanya sihat. Nanti bagi susu banyak-banyak tembam lah dia :) Seronok lah abang Ariq, tambah geng. Geng lagi sorang jauh kat Ipoh.



Bagi Qaireen pegang baby. Sampai terbuka bedung, sarung kaki pun dah entah kemana. Kaki halus habis longgar semuanya hahaha.. Bila tanya Qaireen nak baby ke tak, laju saja dia jawab tak nak :p



Mak Long pun nak juga bergambar dengan baby Fahrel. Bestnya dapat dukung, peluk, bau dan cium baby. Rindu betul bau baby ni kan.



Alhamdulillah adik ai pun nampak semakin sihat dan kuat. Baby pun kuat menyusu katanya. Pertama kali jadi ibu, barulah dia tahu penat lelah menjaga anak hihi.. Tak tidur malam itu biasa :) Mujur sekarang ini dah banyak Confinement Lady (CL), pilih sajalah mengikut kemampuan. Tahniah buat adikku Nani dan suaminya Fahmi!! Semoga kehadiran cahaya mata ini menambahkan lagi kasih sayang buat kalian berdua.

Thursday, April 14, 2022

Daun Pisang dan Roti Canai


Berbuka puasa di Bananabro yang agak baru juga buka di Kota Damansara. Sebenarnya tak rancang pun nak berbuka di sini. enZaf tiba-tiba Whatsapp tak perlu masak, berbuka puasa di luar. Bila tanya dia nak makan di mana dia jawab tak tahu hahaha.. Petang tu kitaorang pun pusing-pusinglah misi mencari kedai. Tak pergi jauh mana pun, dalam area rumah saja. Bila keluar tak buat booking dengan waktu yang agak lewat, memang kebanyakkan kedai pun dah penuh. Ini baru hari biasa, kalau hari minggu lagi lah jangan harap nak ada kosongkan. Akhirnya, dapatlah kami berbuka di Bananabro ini. Itu pun tinggal satu meja memang rezeki buat kami.



Kedainya tidaklah besar mana. Walaupun kecil, suasana dalam kedai ini agak selesa.



Pada bulan Ramadhan konsep makanan restoran ini dibuat secara set. Kita pilih saja set apa yang diingini dengan harga yang telah ditetapkan. Kalau nak add-on menu tertentu boleh sahaja.



Lama tak makan makanan beralaskan daun pisang. Bila ai tengok balik restoran ini, ianya mengingatkan ai pada restoran Macha & co. Lebih kurang sama je menunya. Eh lama betul tak makan kat Macha, search semula entry berkenaan Macha dalam blog ini pada tahun 2017 [link] hehehe.. itu pun satu sahaja. Lama sangat dah tu :)





Kadang-kadang kalau tak berbuka puasa di luar, kami keluar untuk supper. Nak kata moreh bukannya makan di surau atau masjid hahaha.. Lepak di mamak sahaja pekena roti canai dengan teh tarik atau pun teh ais.



Waktu ini kami makan dalam pukul 12 pagi. Hanya Qaireen je yang ikut, Aliah dan Ariq dah masuk tidur.