Sunday, July 31, 2022

Hari Lawatan dan Rugby


Boleh dikatakan setiap minggu pergi sekolah akak Zahra ni. Macam tak duduk asrama bila dah jumpa Mummy Daddy selalu ni kak oi hahaha.. Minggu lepas adalah minggu outing, minggu ni pula adalah minggu lawatan. Ikutkan hati Mummy ni malas nak pergi tengok dia tapi bila dia call tanya datang sekolah ke tak, tak sampai hati pula nak jawab tak. Paginya dah sibuk uruskan Ariq training bola, lepas habis training, balik rumah rehat sekejap lepas tu ke sekolah akak Zahra pula. Weekend memang sibuk hal anak-anak saja :) Ini la jadinya bila jarak asrama dekat dengan rumah dan ianya dalam negeri yang sama :p Minggu depan nak ambil dia balik pula, sekolah keluarkan arahan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 wajib pulang bermalam selama empat hari disebabkan sekolah mereka menjadi tuan rumah untuk pertandingan bahas kalau tak silap ai. Jadi perlukan asrama untuk penginapan peserta-peserta sepanjang pertandingan. Seronok lah akak Zahra boleh balik rumah :)



Kebetulan waktu lawatan ini, sekolahnya ada buat Rugby Friendly dengan semua daerah Selangor. Sebelum tu sekolah ni pun jadi tuan rumah untuk pertandingan Rugby MSS. Tak penat-penat dorang ni ya, dah habis tournament buat friendly pula. Semashur ini memang terkenal dengan kehebatan Rugby. Johan saja :)





Sempatlah ai melayan satu game. Asyik tengok bola je kali ini tengok Rugby pula. Seronok melihat setiap pasukan dengan semangat kesukanan dalam diri mereka. Suasana sekolah pun meriah seperti hari sukan pula ditambah dengan jualan gerai makanan dan minuman. enZaf dan Ariq awal-awal lagi dah pergi ke padang, ai datang kemudian. enZaf beritahu terserempak dengan cikgu sekolah rendah Aliah dan Ariq. Masa game tengah break, tiba-tiba ada orang panggil Ariq. Rupanya cikgu Matematik, Cikgu Azwan jerit nama Ariq. Terkejut dan terkesima anak bujang tu bila nampak cikgu dia kata enZaf hahaha..



Rupanya Cikgu Azwan adalah referee untuk pertandingan Rugby ni. Cikgu Azwan pun terkejut boleh terjumpa kat sekolah ni, baru dia tahu akak Zahra masuk asrama sini. Dah alang-alang jumpa haruslah ai ambil gambar anak-anak dengan Cikgu Azwan. Cikgu Azwan kenal Aliah dan Ariq sebab mengajar kelas mereka kecuali akak Zahra tak berapa kenal sebab tak pernah mengajar kelasnya.



Ambil gambar akak Zahra dengan kawan-kawan dia. Ni geng hoki. Tiap petang selalu turun training, elok jugalah dari duduk diam dalam dorm tak buat apa. Beriadah waktu petang. Kalau kat rumah pun bukan main petang, elok juga duduk asramakan. Ada lah aktiviti sihat yang dibuat dari mengadap gajet :)



Bulan lepas masa pertandingan hoki peringkat MSSD sekolahnya dapat Naib Johan bagi U18. Wah tak sangka menang walaupun training berapa kali sahaja. Balik rumah ini, nak belikan akak Zahra kayu hoki. Bagus sebenarnya ada kayu hoki sendiri, main akan lebih baik sebab dah serasi dengan kayu. Nampak gayanya dia dah ikut jejak Mummy dia main hoki waktu sekolah. Ai suka je anak-anak ni aktif bersukan, tak kisah lah main sukan apa pun asalkan diri sendiri seronok dan puas hati. Kita sebagai ibu bapa sokong sahajalah asalkan ianya baik untuk mereka.

Friday, July 29, 2022

Tsutaya Books at Pavilion


Inilah tujuan utama kami pergi ke Pavilion Bukit Jalil. Alkisahnya enZaf ternampak satu post berkenaan kedai buku baru buka di media sosial, tak ingat pula ai yang dia nampak dalam Instagram atau pun Facebook. Bila baca komen, kedai buku tu mempunyai banyak komik. Lajulah enZaf beritahu Aliah dan laju jugalah Aliah ajak Daddynya ke sana hahaha... Tapi enZaf tak lah layan nak pergi masa itu juga, lebih kurang dua tiga minggu juga kot baru kami ke sana. Tapi sebelum kami sampai di sini ada lah berlaku kejadian di mana kami pergi salah tempat :p Semangat lah kami ke sana terutamanya Aliah sebab dia dah siap sedia nak beli komik yang diingininya. Sampai-sampai tempat tu, tak jumpa kedai bukunya. Tanya orang pun kata tak ada kedai buku tu, enZaf pun cari balik post kedai buku ni kat mana tempatnya, rupa-rupanya Pavilion Bukit Jalil. Yang kami pergi tu Pavilion Bukit Bintang hahaha... [link] Manalah nak tahu ada dua Pavilion rupanya kat sini. Akhirnya sampai jugalah kami di sini ;)



Gembiralah Aliah sampai juga dia ke sini, Tsutaya Books. Dah ambil gambar Aliah dan Ariq, Qaireen pula nak masuk bergambar juga.



Cantik kedai buku ni, nampak eksklusif sangat. Agak besar juga kedainya.



Tak keruan dah Aliah tu, dari elok-elok dia tahu nak beli apa terus tak tahu nak apa pula. Terlalu banyak sangat komik, katanya semua nampak best hehehe.. Ini kalau akak Zahra dia tahu pergi kedai buku mesti dia bising kenapa tak bawa dia sekali.





Sementara menunggu Aliah dan Ariq pilih buku, Mummy dan Qaireen berselfie sekejap. Mujurlah dalam kedai buku ini banyak tempat duduk. Tunggu lama pun tak ada masalah, suasana pun tenang saja. Nampak ada bahagian buku kanak-kanak tapi ai tak pergi pun sebab baru saja beli buku Qaireen.



Aliah tunjuk kat ai komik dia ambil, ada lagi dua tiga komik dia tak tahu nak pilih mana.



Aduhai, dah macam apa rupa rambut anak dara sorang ni. Ai terlupa bawa getah rambut. Masa keluar rumah dia baru lepas mandi, rambut basah lagi itu yang tak ikat. Rambut bawah dia curly, kalau cuaca panas lagilah berpintal-pintal rupa rambut tu haha.. Tengok rambut dia teringat abang Ariq, macamtu juga lah dia masa kecil. Hujung rambut bergulung-gulung, bila potong pendek, hilanglah gulung-gulung tu. Nak potong rambut Qaireen macam sayang pula. Tunggulah tahun depan nak masuk sekolah nanti baru pendekkan rambutnya.



Minta Aliah ambilkan gambar ai. Dapatlah Mummy masukkan dalam Instagram :) Pergi waktu hari biasa, kuranglah orang dalam kedai jadinya tak adalah susah sangat nak bergambar. Cuma tebalkan muka lah bila bergambar sebab masa tu ada staf kedai buku tengok ai hahaha.. eh! ai perasan ramai staf di sini, kalau nak minta tolong dorang ambilkan buku tak ada masalah, ramai sedia membantu.



Ambil gambar Ariq pula, oh ya! dia pun ada beli komik juga. Terlupa pula ai nak ambil gambar dia dengan buku-bukunya.



Selain dari buku, ada juga stationary, barang hiasan dan beberapa aksesori seperti keychain, bag dan macam-macam lagi. Tapi nak beritahu siap-siap, harganya tidaklah murah mana. Walaupun ai ada berkenan beberapa stationarynya tapi bila tengok harga terus letak balik hahaha... Dalam kedai buku ini juga ada kafe, enZaf dari dalam kereta lagi kata lepas beli buku-buku ni boleh lah singgah minum sekejap. Kami sampai-sampai saja kafenya dah tutup, masa tu tengok hampir pukul 6, staf di situ dah mengemas huhu tak ada rezeki.



Disebabkan tak dapat minum di kafe itu, kami terus ke Coffee Beans untuk minum petang.

Thursday, July 28, 2022

Ayam Jollibee


Pertama kali makan ayam di Jollibee. Salah satu restoran fast food yang agak baru masuk Malaysia. Setakat ini ada 2 cawangan sahaja, cawangan pertama di Sunway Pyramid dan terbaru di Pavilion Bukit Jalil. Kami pergi makan ini di Pavilion. Ai pun baru tahu ada Pavilion lain selain dari KL hihi..



Makanannya lebih kurang macam KFC, ada Original dan Spicy juga. Ada menu lain juga selain dari ayam goreng iaitu pasta dan burger. Ai cuba Spicy Chicken. Boleh tahan sedap juga, anak-anak pun suka. Cuma satu je coleslow tu tak boleh lawan KFC punya :) Boleh rujuk Jollibee website untuk lihat lebih banyak menu [link]



Kami datang makan pada hari biasa, jadi tak ramai sangat orang. Outlet sini pun tak berapa besar sangat. Kalau hujung minggu mungkin sesak sikit lah kan. Kalau nak datang lagi makan sini jauh sangat pula. Harap-harap tak lama lagi bukalah di Damansara pula.



Memandangkan Pavilion Bukit Jalil ini shopping mall baru, aircond dalam mall ini pun terasa sejuk ya amat. Teman Ariq beberapa kali ke toilet asyik je nak buang air kecil hihihi... mujurlah toilet pun cantik, besar dan bersih. Tempat barukan, haruslah selfie dengan dia ;) Kami makan dalam Jollibee tadi pun agak laju juga, tak tahan dengan kesejukan yang melampau haha..



Gambar di atas tu ai terpaksa bawa Ariq ke toilet sebab masa dia minta nak buang air kecil tu, Daddy dia tengah beratur order makanan dalam Jollibee. Bila dah bawa dia tu masuk dalam toilet wanita sajalah. Nak suruh dia pergi masuk sorang diri dalam toilet lelaki ai tak berani lepaskan. Kalau tak memang Daddy dia yang temankan. Zahra dan Aliah kalau nak ke toilet pun ai akan ikut sama walaupun dah besar. Risau tak nampak depan mata, sekarang ini apa pun boleh jadikan.

Monday, July 25, 2022

Lama Tak Jejak Pavilion


Kami ke Pavilion misi mencari buku untuk Aliah. Bukan main jauhnya sampai ke KL tu hehe.. Lama kami tak ke sini, tak ingat pula bila kali terakhir tu. Sebelum itu kami singgah makan sekejap di Food Court.





Selesai makan menyambung pencarian kami, masa tengah berjalan dalam mall tiba-tiba enZaf cakap "Yang! tengok sini". Dia panggil ai sahaja sebab tu tak semua pandang kamera huhu..



Entah kenapa rajin nak ambil gambar kita banyak kali, jadi layankan sajalah :p Itu pun tak boleh nak stop sebab ada orang lain nak lalu dalam ni juga. Ada orang dihadapan ai tengah tunggu nak masuk. Jadinya bergambar sambil berjalan gitu.



Misi gagal sebab tempat yang nak dicari tak jumpa hehe.. Jadinya kami berjalan keluar dari Pavilion. Pergi Fahrenheit lepas tu jalan-jalan sekitar Bukit Bintang. Tak ambil gambar apa pun, menikmati pemandangan yang penuh dengan manusia :p enZaf ajak lepak minum di Starbucks tapi ai tak nak, dah penat berjalan dengan rimas orang yang ramai. Bila dah rimas rasa nak terus balik sahaja dan bila dekat nak sampai Pavilion tu sempatlah ai ambil video sekejap sampai ke tempat air pancut.



Qaireen kalau berada di tempat tinggi atau pun apa saja benda yang tinggi dia akan gayat. Berpaut dengan abang Ariq bila ajak bergambar :)





Gambar-gambar semua ini semua dari handphone enZaf kecuali gambar makanan. Makanan dan ai tak dapat dipisahkan hahaha.. Dalam phone album ni memang penuh gambar makanan saja.

Tuesday, July 12, 2022

Kisah Satu Hari Raya Aidiladha


Sambutan Hari Raya Haji kami tahun ini agak suram terutamanya sebelah keluarga ai. Buat pertama kali beraya tanpa arwah Achik. Lain sungguh rasa. Sunyi tiada dengar suaranya, selalunya suara dia lah yang meriuhkan keadaan dengan melayan anak-anak di dapur itu ini :( Haish kalau cerita bab arwah mesti berair mata. Rindunya kat arwah. Singgah kubur dahulu sebelum sampai rumah Sg. Buloh. Abah, Mak dan adik-adik dah ziarah pada awal pagi lagi, kami sampai lepas solat Zuhur.



Pagi raya kami beraya di rumah dahulu, anak-anak request nak makan Spaghetti Bolognese. Senang kerja ai sebab masak spaghetti ni cepat. Dah selesai makan baru kami bergambar raya sekeluarga. Pinggan Corelle tu beli masa kami ke Langkawi masa bulan Februari. Itu pun tak dapat semua jenis sebab tiada stok. Nak cari yang loose susah pula. Oh ya, cerita bercuti ke Langkawi belum masukkan lagi dalam blog, moga ada kerajinan update lepas ni.



Bila balik rumah Mak dan mertua, barulah kami makan makanan raya. Di rumah Sg. Buloh seperti biasa ada Lodeh cuma makan dengan nasi impit, Hari Raya Aidlifitri sahaja ada makan dengan ketupat nasi. Rumah mertua makan Lemang dan Rendang Daging. Tak bergambar pun dengan dorang, masing-masing dah tukar baju huhu.. gambar yang ada anak-anak main dengan anak kucing. Kucing baru adik ai setelah 5 tahun tiada kucing sejak kematian Putih.



Lewat petang balik rumah mertua pula. Senang bila kedua-duanya dekat, satu hari je cover terus beraya, tiada gaduh-gaduh hihi.. Ada bergambar dua tiga keping masa kami dalam kereta.







Dalam pukul 10.30 malam kami pergi tengok wayang. Bawa anak-anak tengok cerita Minions di MBO, Atria Mall.



Monday, July 11, 2022

Gambar Keluarga Hari Raya Haji


Acara wajib setiap kali menyambut hari raya, tidak kira sama ada Hari Raya Aidilfitri ataupun Hari Raya Aidiladha. Pelbagai ragam kami harungi bila bergambar dengan anak-anak ini. Pada hari raya haji ini, kami dapat bergambar dalam keadaan tenang dan gembira hihihi.. semua ini dari si kecik itu, Qaireen. Kalau mood dia baik, bergambar pun jadi elok, cepat dan senang. Tapi bila mood dia tak baik, berpeluh lah masing-masing dengan stress bagai :p



Raya haji kali ini ai dan anak-anak perempuan pakai baju apa yang ada sahaja. Hanya enZaf dan Ariq sahaja beli baju melayu warna hitam. Oh tudung ai baru, beli seminggu sebelum raya. Masa tu beli tudung akak Zahra warna putih untuk perbarisan rumah sukannya, alang-alang selit satu helai untuk diri sendiri ;) Beli kat Uptown Kota Dame harga RM18 sehelai hihi.. Ai kalau tudung plain ni selalu beli kat Uptown je. Murah, cantik dan kemas jahitannya.









Gelap-gelap kulit anak-anak ai ni. Abang Ariq memang dah lama gelap sejak dia main bola setiap hari Sabtu dan Ahad. Akak Zahra pula baru lepas habis sukan tahunan sekolahnya, dia masuk acara larian dan perbarisan. Aliah pula ada latihan bola baling wakil sekolah. Bila tengok dorang ni, teringat ai sekolah. Macam dorang juga lah, kulit gelap sebab aktif dengan sukan sampailah zaman universiti. Dah masuk kerja baru kulit tu kembali cerah hahaha..