Punyalah gigih buat entry ini. Buat gara-gara sebab entry larian Ariq tahun 2023 [link]. Punyalah lama tertangguh hampir setahun hahaha.. Buat 2023 dahulu lepas tu baru buat 2022 tetapi ai masukkan tarikh entry ini pada tahun 2022 mengikut asal tarikh kejadian. Eh tak faham tak apa, yang penting tuan blog ini sendiri yang faham :p
Hanya Ariq sahaja yang membawa balik medal, Aliah tak dapat sebarang medal. Katanya dia sikit lagi nak dapat. It's okay Aliah, Mummy bangga juga sebab dia berjaya habiskan larian. Bukan senang ya bagi seorang yang kurang minat berlari nak disuruh berlari. Setiap anak ada minat masing-masing, yang penting kita sebagai ibu bapa bagi sokongan dan raikan apa saja keputusan yang diperoleh. Gambar-gambar di bawah dari cikgu Ariq yang dihantar melalui Whatsapp Group kelas.
Lepas solat Zohor, kami gerak ke Hulu Selangor mengambil kakak Zahra bawa pulang bermalam. Dari sekolahnya kami terus ke KL. enZaf nak ke Pertama Complex mencari barang anak-anak. Sampai sana kami singgah di Food Court untuk makan petang sebentar.
Masa tengah makan, enZaf bawa akak Zahra pergi cari barang hokinya. Memandangkan dia belum ada kayu lagi, belilah satu sebagai permulaan berkecimpung dalam dunia baru dia :p Lama jugalah menunggu dorang berdua tu setel, tahu-tahu dah nampak beg kayu sangkut dibahunya :)
Sebelum balik, singgah kedai handphone. enZaf nak belikan handphone baru untuk Ariq. Upgrade sikit sebab yang dia pakai sekarang ini sudah tidak compatible lagi dengan game yang Ariq nak main. Game sekarang ini kan saiznya besar dan handphone pun sikit-sikit update software, kalau pakai phone lama kebanyakkannya game tu dah tak sesuai lagi huhuhu..
Jarang sangat ai nak bercerita pasal barang-barang shopping dalam blog ini. Bukannya tak ada shopping, dalam sebulan tu mesti sekali ai ada beli barang. Itu pun kebanyakkannya barang-barang anak hehe.. Kali ini special sikit nak masuk dalam blog sebabnya barang ai beli ini guna duit diri sendiri hahaha.. Shopping lain tu semua guna duit enZaf jadi macam malas nak tulis dalam blog :p Shopping duit sendiri ini sebagai ingatan reward untuk diri sendiri :p
Beli online saja dengan Personal Shopper (PS) yang menetap di USA. Boleh search usaloveshoppe di Instagram dan Facebook. Ada juga website dan di Shopee. Masa ai nak buka parcel ini, enZaf ajak keluar. Terus ai tertangguh nak buka. Kami ke bank dan lepas tu enZaf ajak ke Pavilion. Mujurlah ai pakai baju elok sikit nak masuk dalam mall tu hehe..
Kami berhenti makan di food court untuk Qaireen nak makan. Sebelum keluar tu ai dan anak-anak dah lunch, Qaireen seorang je yang tak makan lagi sebab bangun lambat. Qaireen makan nasi ayam dan donut sebiji. Nampak saja kecil tapi kuat makan dia ni. Kalau kat rumah tu ada saja nak mengunyah. Ikut perangai Daddy dia yang suka mengunyah. Agak sejuk dalam Pavilion ini, abang Ariq dah buang air kecil dua kali. Tak tahan sejuk katanya hahaha.. Masa ni kami tengah tunggu dia pergi toilet, sempatlah ambil gambar dua anak dara ni :)
Kami masuk Parkson, enZaf kata nak tengok vacuum. Bila masuk dalam Parkson, tiada pula vacuum yang dia nak. Sejak dua menjak ini dia semangat sangat nak beli vacuum. Katanya dia berkenan dengan cordless vacuum, padahal bukan dia buat kerja tu kat rumah pun hehehe.. tapi tak apalah, yang untung ai jugakan. Saja beritahu dia beli brand Dyson lah, katanya mahal sangat :p
Tak dapat beli vacuum, enZaf beli selipar abang Ariq. Kebetulan selipar dia koyak pula, mana taknya dia guna selipar itu buat sepak bola huhu.. Keluar dari Pavilion, kami singgah Restoran Subaidah pula untuk minum petang merangkap makan malam terus. Sampai rumah ai terus sambung buka parcel hehe..
Tu dia, ai beli beg. Jenama kesukaan ai Coach. Bila sendiri beli kita cari yang mampu milik sajalah. Kalau nak jenama yang mahal-mahal kita pakai duit suami :p
Beli beg ini pun masa tengah ada offer. Bukanlah beli new arrival, yang itu mahal sangat. Kita cari yang good bargain lah kan. Ai pun jenis tak kisah lama ke baru ke off season ke apa, asalkan cantik pada mata ai. Nampak gaya ini akan jadi beg harian lah :)
Masa dapat parcel ini, enZaf tanya barang apa ai beli. Ingatkan nak sorok dari dia tapi tak sempat sebab dia dah nampak hahaha.. Bila beli pakai duit sendiri ni dia tak ada nak komen apa lah kecuali pakai duit dia. Kalau pakai duit dia selalunya dia sendirilah yang pilih, tak kiralah beg ke pakaian ke. Ai pun jenis tak kisah, ikutkan saja :)
Perlawanan persahabatan bola sepak pertama untuk Ariq selepas tamat Liga Suparimau. Tujuan friendly ini dibuat untuk kutipan dana bagi salah seorang Coach dari kelab untuk sumbangan isterinya yang sakit. Alhamdulillah pembedahan bagi isteri Coach tersebut selamat dijalankan, semoga cepat sembuh dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Sepanjang permainan ini ai tak banyak ambil gambar, sekadar video itu pun sekejap-sekejap saja. Adalah satu gambar ambil dari Facebook kelab :)
Friendly bola ini di buat di The New Camp Bandar Utama. Lama ai tak datang sini sebab enZaf pun dah lama tak main bola di sini juga. Masukkan sedikit video untuk simpanan blog. Ariq beritahu dia tak boleh main sangat sebab kaki panas hehehe.. macam-macam lah anak bujang tu. Sekarang ini dia dah okay juga lah mengadap panas, kalau sebelum main bola dulu, kena panas sikit pun tak tahan. Asyik je merungut panas-panas :p
Oh ya ada satu keping gambar ai ambil. Satu-satu je yang ada itu pun lepas dah habis game hihi.. Cuaca panas sangat tak mampu nak duduk lama kat situ, selalunya lepas habis game kami parents ini akan duduk santai sambil makan-makan tapi kali ini semua orang tak larat sudah. Laju-laju nak balik hahaha..
Malam kami keluar ke Uptown Damansara. Lama tak makan kat sana. enZaf nak makan western katanya.
Tengah makan datang kerang rebus, yey thank you enZaf. Dia tahu wife dia suka sangat tapi dengan syarat tak boleh makan banyak hahaha.. dah tua-tua jaga makan sikit katanya :p
Alang-alang dah di sana, singgah masuk dalam Starling Mall sekejap. Sementara tunggu enZaf dikaunter membayar, ai saja usik rambut abang Ariq. Dia cukup marah kalau orang usik rambut dia. Tapi ai memang suka menyakat. Suruh dia buat rambut ke depan susah betul. Dia memang satu style je rambut, nak suruh pacak-pacak lagi lah tak nak.
Oh ya! lepas bola Ariq, enZaf ajak makan Nasi Ayam di Glenmarie. Sampai je kami ke sana, kedai tutup hahaha... Terus makan di kedai Nasi Lemak Cinta Sayang. Tahu-tahu enZaf beli ikan Tetra untuk akuarium rumah sementara menunggu ai dan anak-anak habis makan. Ada kedai ikan sederet dengan Nasi Lemak ini, bising Aliah dan Ariq bila Daddy beli ikan tak bawa dorang ;)
Light dinner la sangat hehehe.. nak kata supper tak boleh juga sebabnya tak masuk lagi waktu supper tu. Padahal dah makan malam tapi saja keluar cari untuk mengunyah. Hish.. memang takkan berjaya lah ai ni nak turun berat badan. Berat sekarang dah 49kg, hampir-hampir sangat dah tu nak masuk angka 50kg. Kalau masuk 50kg ai dah kategori obes :( Dah sedar diri berat tapi tak sedar diri lagi nak jaga makan dan bersenam huhu.. Okay berbalik pada tujuan asal entry ini hahaha..
enZaf ajak makan di ThePort.My, katanya di situ ada tauhu begedil sedap. Dia tahu pun sebab pernah pergi sekali dengan kawan-kawan bolanya lepas habis game. Ai pula memang peminat tauhu itu yang dia bawa bagi ai cuba pula. Lama dah perasan The Port ni setiap kali lalu Damansara tapi tak pernah lah kami nak menyinggah. Kali ini bagi jadi juga pergi, itu pun pergi hari biasa. Kurang sedikit orang kalau nak bandingkan hari minggu.
Hanya Qaireen sahaja yang kami bawa, Aliah dan Ariq dah masuk tidur. Qaireen ni okay saja kami bawa ke mana-mana, waktu tidur dia pun masih tak berapa adjust lagi. Kejap tidur awal kejap tidur lambat huhuhu..
Seronok makan tak berapa ramai orang, lengang je. Ada la dalam 5 meja yang ada orang, itu pun tengok pemakaian dorang semua dari office. Kalau hujung minggu meriah tempat ini, ramai orang bujang dan tak bujang suka melepak ;)
Itu pun ada 2-3 kedai yang tak buka mungkin disebabkan hari biasa, peniaga ambil cuti sehari.
Dah keluar dari The Port tu, barulah ai perasan tak ambil gambar depan kedainya. Sempat lagi ambil gambar dari seberang jalan masa lampu trafik merah hehe.. Boleh datang lagi kat sini, kebanyakkan makanan kami order tu semuanya sedap.
Bila enZaf beritahu dia ada game bola di Genting Highlands, lajulah ai cakap nak ikut hahaha.. Masa dia beritahu tu, dua kali ai tanya dia betul ke main di Genting? Sebabnya sepanjang ai tahu tempat dia main bola tak pernah lagi main di Genting. Katanya lama dah ada padang kat Genting tu tapinya susah nak dapat slot. Mana taknya pasti ramai nak main di situ atas faktor cuacakan. Itu pun enZaf cakap agak lama juga padang tu ditutup sebab keadaan padangnya yang teruk, baru-baru ini sahaja management sana repair padang. Itu pun tak habis sepenuhnya. Bila tengok keadaan padang, masih penuh dengan pasir hitam bertaburan belum diratakan lagi. Tak siap habis pun tetap ada orang nak main juga... sabar je lah. Sepanjang permainan tu ai tak ada ambil gambar, sekadar beberapa video sahaja. Itu pun ai ambil dari dalam kereta, malas nak duduk luar.
Game enZaf pukul 11 pagi, lepas Ariq training kami terus ke Genting. Ariq pun masih berbaju bola tak tukar-tukar. Mujur sempat sampai sebelum game bermula.
Bila enZaf dah habis bola haruslah ai ajak dia ke GPO. Alang-alang dah sampai macam rugi pula tak ke sana kan hehehe.. baik punya alasan. enZaf dengan berseluar pendek bolanya. Malas nak tukar katanya, nasib baik jugalah pakai tights tak adalah rasa sejuk sangat.
Oh! sebelum ke GPO ini, sempatlah kami singgah toilet dulu di Petronas, tukarkan Ariq baju. Siap mandi lagi dengan air sejuk-sejuk, dia tak selesa pakai baju training dan seluar pendek nak berjalan. Ai memang standby baju dia siap-siap sebelum keluar rumah :) Qaireen pun sama juga mandi sejuk-sejuk, masa keluar rumah dia masih tidur bila Ariq pergi training. Biasa mandi dengan water heater, kali ini rasakan sejuk menggigil :p
Agak ramai juga keadaan di GPO, hari minggu mana-mana pun ramai orang kan. Nak makan pun susah juga semua kedai penuh, akhirnya kami makan di Starbucks saja. enZaf cakap makan alas perut dahulu, nanti baru kita makan berat sikit.
Kalau Aliah dan Ariq ada koko, selalunya enZaf akan ajak makan tengahari di luar. Bila dia ajak keluar tu laju lah kita jawab okay kan. Ajak pergi The Curve tapi tak tahu nak makan apa hihihi.. sampai sana baru pilih tempat. Pusing punya pusing kami memilih makan di Dolly Dim Sum.
Qaireen lah peneman kami berdua. enZaf kata dialah teman kita ke mana saja. Bila abang Ariq dia sekolah menengah barulah dia masuk Tahun 1. Sibuk layan dia sorang saja lah kan. Yang lain dah besar panjang :)
Macam-macam enZaf order, itu pun ai dah cakap cukuplah. Kalau tak tu macam-macam lagi dia tulis order huhu.. Tak cukup makan kat situ, siap bungkus lagi kata makan kat rumah pula.
Lusanya pula kami ke sekolah akak Zahra. Sebelum ini ai ada mentioned yang Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 diwajibkan pulang bermalam sebab sekolahnya menjadi tuan rumah untuk Hari Bahas, ingatkan nak bawa dia balik. Tapi tidak rupanya, dia merupakan salah seorang peserta bahas dalam pertandingan itu. Lepas ai melawat dia tempoh hari [link], keesokkannya dia call beritahu dia terlibat dalam pertandingan tu. Punya lah ai terkejut bila dia beritahu, sampai dua tiga kali ai tanya semula betul ke tak hahaha.. Mana taknya Mummy macam tak percaya anak sendiri masuk bahas. Bila dah masuk bahas maka dia tak dapat lah balik.
Jadi disebabkan dia tak balik, maka kami datang bawalah sedikit bekalan makanan dan duit belanja. Oh sebelum tu sempatlah kami bungkus Nasi Goreng Ayam makan beramai-ramai. Alang-alang kami datang tu, akak Zahra pun bagilah baju-baju kotornya minta ai tolong cuci dan gosokkan. Bertuah sungguh anakkan. Katanya tak sempat nak buat semua tu sebab sibuk dengan praktis dan cari maklumat mengenai bahas :) Kami pun datang hantar handphone sekali untuk kegunaan sementara dia.
Seronoklah tu dapat handphone dia. Lama tak pegang phone hahaha.. Kawan sebelah akak Zahra itu pun sama-sama masuk bahas juga, Amal Syifa namanya. Sama kelas dorang berdua. Mereka berdua saja junior Tingkatan 2 peserta bahas, yang lain semua Upper Form. Sebelum ini akak Zahra pernah beritahu dia nak masuk debate, masa tu dia tanya pendapat ai. Ai beritahu cubalah masuk, kalau tak cuba tak tahu okay ke tak. Lepas dari dia tanya tu senyap je tak ada cerita apa pun, ai ingat tak jadi.. tup tup dia masuk rupanya. Katanya senior panggil dia hehehe.. Dalam pada masa yang sama dia nak balik rumah juga tapi nak masuk debate.. hish.. pening :)
Ambil gambar sebelum balik. All the best buat akak Zahra dan team. Semoga berjaya dalam pertandingan bahas itu nanti.