Wednesday, September 26, 2012

Birthday Girl


Minggu lepas 13hb
kami gi celebrate
birthday Aliah.
Makan sket je kat Chili's,
pastu kami nak ke umah SgBuloh plak.
MakToknya buatkan makan2
tuk birthday Aliah ni.
Sayang betul MakTok kat cucukan :)

Sementara tunggu makanan,
harusla mummynya nak bergambar
dengan birthday girl



Kami makan nachos dan steak.
Sikit la sangatkan haha
Pas habis makan,
Zaf order Molten Chocolate Cake
and letak satu candle skali.

Aliah yg tak sabar nak tiup.
Kemain suka lagi
sampai meleleh air liur.
Menambahkan lagi kesedapan cakenya haha



Zaf yang melayan dan menyuap dia.
Bagaikan puteri. :)



Zara plak tukang perabis
cake adik dia.
Chocolate ni mmg serah kat dia.
Nak plak ada icecream lagi la.



Suka bulatkan mata bila bergambar.
Pekejadahnya anak oi.

Aliah makan sket je,
dia lebih suka nak main kaler2.
Sambil nyanyi Happy Birthday kat diri sendiri.



Mummy enterframe skali lagi.
Nak bergambar ngan Ariq.
Tapi tido plak.



Teruk betul mataku itu,
dah macam panda.
Dah la muka tak siap,
tak de nak bermakeup.
Orang tgk pun xsenonoh betul.
Korang sila la suggest padaku,
korang pakai ape tuk bagi takde eyebag.
mahu hapuskan segala
bengkak dan kehitaman itu huhuhu

Tuesday, September 25, 2012

TR Baru dan duit


Sudah beli TR baru,
tapi 4 helai buat masa ni.



Target nak beli 20 helai.
Tudung dah berkurangan.
Ada 16 helai nak kena beli.
Kena pujuk Zaf nak duit hehehe

Kalau uols nak beli TR,
gi kat website ni ek. [link]
Ai mmg suka beli situ :)

Cakap pasal duit,
anak2 masih dapat duit raya.
Walaupun raya dah habis.
Untung betul jadi dorang ni.





Monday, September 24, 2012

Rasakan mummy


Smalam masa ai tgh menggosok baju
budak berdua ni nak main depan mummynya.
Pas dah main bagai,
nak melukis plak.
Suh buat dalam bilik dorang
taknak..nak jugak kat kita.
Ha gasak la korang,
dok la kat pintu tu sempit2.
haisss situ pun jadik.

Tgh melukis pun dorang bedua tu
ada ketawa ada gak bergaduh
padahal dah sorang satu pun
berebut gak..
tak paham sungguh :(



Bila ai tgh menggosok tu,
Zara pun panggil la ai.
Mummy, I want draw mummy picture.
Okay la, ai cakap.
Pastu dah siap,
dia tunjukkan, mummy see!
Mummy Angry!
hahahahahhahaaaaa



ketawa bagai nak rak aku.
Ha amik ko,
slalu marahkan dia kan.
Lukis muka ko pun muka marah.
Sekian..


Friday, September 21, 2012

Ariq: 3 Bulan


Smalam Ariq dah masuk 3 bulan.
Tetiba rasa kejap je.
Jaga Ariq kali ni
100% jaga sendiri,
dari bersalin, masa pantang
sampai la skang.
Macam2 perasaan ada,
sangat puas dan
pasti semuanya berbaloi

Ariq si ikan emas.
Bak kata Zaf,
sbb pipinya kembung cam ikan emas.
Sabar je la haku.



Sangat suka senyum.
Dan suka ketawa bila diagah.
Nak plak akak Zara dia yg agah,
kemain berdekek dia.

Minum susu jgn kata la,
setiap jam hokeh.
Dia suka minum sikit tp byk kali.
Kalau dia sorang okay la melayan.
Nih nak uruskan akak2 dorang,
agak susah la jugak.

Suka berjaga malam.
Boleh tak tido 6jam straight.
Dari pukul 12am sampai subuh :((

Suka duduk, pastu sibuk tolak badan ke depan.
Macam dah kuat sangat taknak sandar2.

Ape lagi ek,
tetiba tak leh pikir dah haha

Susah betul nak amik gambar bertiga.
Zara mmg bole diharapkan sesangat.
Dia jaga Ariq sampai tertido budak tu.



Aliah jgn buat main.
Tak bole lepa tgk dia,
kang ada je usik Ariq tu ;)

Kelam kabut jugak ai menjaga anak2 ni.
Memang tak cukup tangan.
Terkejar2 nak buat keje umah.
Bila tensen tu mula la rasa nak amik maid.
Tp bila emosi dah stabil rasa tak payah plakkan.
Ape pun puas hati dapat tgk anak membesar depan mata ni. :)

Wednesday, September 19, 2012

Makan steamboat plak


Smalam dinner date ngan bffs
Semestila seronokkan
dapat jumpa kawan2.

Sblom puasa kami
gi makan seafood kat jeram [
entry]
Kali ni kami gi
makan steamboat plak kat Kg Melayu Subang.

First time ai gi sini.
Teringin nak pegi sblom bersalin,
tapi ada je hal tak dpt dielakkan.
Gara2 si Nani n Nowwa la,
bgtau makan steamboat
kat sini best..
sbb bole wat grill skali.


Pic atas ni baru sampai,
so nampak kemas je tempat,
steam n grill...
tengok dah ujung2 nak balik..
ngeri ngan sepah bagai hahaha

Sronok dapat lepak bersama ngan kawan2.
Semangat makan dan semangat borak!



Pic bawah ni curi dari fb Nowwa.
Satu2nya gambar yg ada muka puan blog.
Tgk badan tu yg masih kembang..
bila nak susut tak tau hehe



Style makan adalah buffet.
Murah je RM21.90 dewasa.
Budak RM9.90 (6-12thn)
Kalau nak tau lebih details
Island BBQ Steamboat ni,
leh click kat website dorang [here]

Tuesday, September 18, 2012

Lagi kaya


Raya pun dah habis.
Jadinya masa tuk mengira duit anak2.
Mereka lebih kaya dari
mummy and daddy.

Ni baru sorang.
Kalau 3 orang.
ka-ching!!! $$$$$



Zaf cakap balik modal.
Dapat lebih lagi.
Mummy nak pinjam duit bole?! hihi

Monday, September 17, 2012

Pearl


Ni gara2 tgk Liya
upload pic butang baju melayu pearl
kat facebook.
Terus ai minat
nak belikan tuk enZaf.

Dah lama Zaf ni
tak beli butang baju melayu.
Ada satu je dia dok pakai,
dari kawin sampai la ni.
Jadinya beli la yg lain plak.

belinya dah raya,
pakai raya haji nanti je la hehe


Pastu Liya tanya
taknak beli bracelets ke.
Ape lagi ai terus kata okay jua..

Suh liya belikan 3 pasang.
2 tuk Zara n Aliah,
satu lagi nak bagi anak buah.



Tapi sayang sket,
size gelangnya tuk
Zara n Aliah besar plak.
Yang patut tuk anak buah,
bagi Aliah pakai baru ok.
Pastu Aliahnya bagi Zara plak.
Baru 2-2 tu ngam.
Dan yang tuk Zara
mummynya pakai bole..
So tuk anak buah tak jadi nak bagi.
Tapi ai akan beli yg lain tuk dia.
Sbb niat mmg dah nak bagikan.

Ni pic mummy n Zara pakai.
Aliah pakai gak tapi xnak bergambar :(


Mutiara ni Liya beli kat Sabah.
Harusla murah.
Kalau ai kat sana agaknya,
habis beli macam2 kot hehe..

Thanks beb, melayan ai
belikan pearl ni ;)

Friday, September 14, 2012

Race Kit




Ahad ni Zara
berlari tuk Giant Kids Run.
Giler besar tshirt tu.
Orang kenit, size kecik pun
tetap besar gak. ;)

First time dia masuk cam gini.
Tapi idak la dia lari sorang2.
Tuk kategori ni,
mummy or daddy leh temankan
lari sekali.
So ai akan berlari ngan Zara.

Saje masukkan dia camni.
Bagi dia sronok.
Kalau tak kat umah
asik kena marah ngan mummy je haha

Tak pikir tuk menang
Kalau menang kira bonus tu :)


Thursday, September 13, 2012

Happy 2nd Birthday Aliah!!




Alhamdulillah
Harini birthday Aliah yang ke-2
2 tahun sudah.
Sangat nakal,
tak reti dok diam.
Ada je menda dia buat.
Panjang sangat akal dia.
Senakal camne pun,
degil cam batu pun,
mummy tetap sayang kamu.

Petang ni gi Sg Buloh.
Mak Toknya wat pulut kuning.

Wednesday, September 12, 2012

Adam & Hawa



gambar dari enGoogle.

Fenomena baru
selepas Ombak Rindu.
Tuhan tolong lembutkan...
ha nyanyi sudah haku.
Asal sebut Ombak Rindu,
nyanyi terus hahaha

Smlm episod 10,
Adam & Ain kena tangkap khalwat.
Seyes weh episod ni
ai nangis,
sian tgk Ain
taknak kawin ngan Adam.
Padahal dorang
tak wat ape pun huhu
Ni gara2 pompuan gedik Dee (Anzalna) tu.

Sila tgk weh.
Makin hangat citer ni
hehehe
Fuh ada 70 episod lagi
nak habis..

Monday, September 10, 2012

Susu suami isteri


Bukan anak2 je minum susu.
Kami suami isteri pun minum jua.

Ini enZaf punya.
Dia minum omega plus.

Dulu kena bancuh
tp skang dah ada kotak.
Suka dia menyenangkan.

My MIL pun minum omega ni,
dia ada kolestrol yg agak tinggi.
Sejak minum alhamdulillah
kolestrol dia berkurangan.

Ai plak minum anlene

Masa pregnantkan Ariq
ai stop kejap.
Pas bersalin baru minum balik.

Dulu minum sbb
tiap kali sembahyang
bila nak sujud,
dgr bunyi lutut krak kruk.
Sejak minum Anlene ni,
ilang dah bunyi.
Nampak sangat mak dah tua.
Longgar dah sana sini hahaha

Kami kalau taknak minum susu tu semata,
bancuh ngan nestum.
Wat pekat sket.
Tak pun makan ngan corn flakes.
Sedapkan.. :)

Friday, September 7, 2012

Memang betul pun kan

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang k...ata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain
tak berpuas hati dengan diri kita.
Apa yang kita buat semua salah.
Semuanya tak betul di mata mereka.
Kalau buat salah sudah tentunya salah,
tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.
Keputusan yang kita ambil,
langkah yang kita mula.
perkara pertama yang perlu kita fikirkan
ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita,
bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT.
dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.


Thursday, September 6, 2012

myNEWScafe


First time makan
kat myNEWScafe, OU ni.
Asal lalu je,
mesti orang ramai makan situ.



Zaf order otak2.
Okay la, biasa2 je.


Dia makan nasi goreng
myNews...
Okay sedap,
cukup rasanya.


Ai amik kuehtiaw ape ni,
lupa dah namanya.
Yang pasti sedap sangat.
Banyak bahan..


Portion makanan dorang ni banyak,
mmg puas la makan.
Dan yang penting murah
harganya.

Wednesday, September 5, 2012

Golek sana sini



Kebanyakkan open house
mesti ada kambing golek.
Kalau takde tak sah agaknya kan.

Biarlah ia bergolek sana sini pun,
yg pasti ai tak makan kambing.
Tak suka sbb baunya.
Walaupun ada yg masak
takde bau,
ai tetap tak makan gak.

Puas Zaf pujuk suh try.
Dia mmg suka kambing.
Raya ni kemain lagi makan.
Ai pesan makan beringat sket.
Bukannya muda lagi,
nak makan ikut sedap tekak haha
Padahal dengki sbb
tak makan muahahaha

Ni antara kambing golek,
open house sedara blah ai.

Umah Mak Lang


Umah Pak Teh

Pic credit dari cousinku
Farah dan Khairul :)


Raya tahun ni ai
payah nak amik gambar.
Leceh sbb dah huru hara
ngan anak2 hihi.

Korang suka kambing kah?!

Tuesday, September 4, 2012

Bola bola bola



Cerita pasal enZaf
Selain dari dia main golf,
dia mmg active main bola.
Kalau tak futsal,
padang besar.

Futsal dia main 2 kali seminggu.
Tiap Khamis dan Jumaat.
Kekadang ada gak dia main Isnin
kalau ada org ajak dia.

Golf jgn kata la,
weekday weekend,
main ngan customer, supplier
ngan kawan pun ada jua
ape2 je la :)

Pasal bola padang besar,
dia suka masuk liga2 ni.
Dari bujang sampai la skang.
Dulu ai rajin la ikut dia,
skang ni dah ada sikenit2 ni
mmg jarang la sangat.
Last gi tgk dia main,
masa sblom bersalinkan Ariq.

Sabtu lepas dia ada final game
bola padang.
Latest dia main tuk 2735 League 2012.
Apesal nama liga tu 2735
sbb liga tu untuk pemain umur
27 hingga 35tahun sahaja hahaha

Dia main tuk striker.
Sepanjang liga ni,
dia dapat wat 4 gol saja.
Okay la kan dari takde hihihi
Team dia dapat no2.
So bawak balik silver medal.



Akak Zara muka baru bangun tido.
Nak pose ngan medal daddynya :)

Sesapa kekawan disini
husband ke boifren ke
or reader lelaki sini,
yang minat nak join liga2 ni,
leh gi facebook PlanetFootball
liga ni tuk Klang Valley tau :)

Lebih elok dia main sukan
dari dia main perempuankan
hihihihi

enAsben uols suka sukan ape?