Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

1st Giveaway: You & Brooches Giveaway


Tahun 2011 ni byk rezeki mencurah2 masuk kat kami sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah.
Disebabkan itulah,
tetiba terasa nak wat GA tuk blog ni.
Alah giveaway yang biasa aje dan simple seadanya.

Memandangkan tuan blog ni suka pada brooch.
Haruslah GA ni berkaitan ngan brooch jua

Jadi pada sesapa yang suka brooch jua, jom join GA ai ni yerk.




Syarat2 penyertaan tuk join GA:
1. Copy badge contest di atas, paste badge dan link entry ini di side bar dan entry di blog anda.
2. Buat satu entry tentang You & Brooches Giveaway ini di blog anda,
bersama gambar anda dan brooch mengikut kreativiti.
3. Tinggalkan comment, nama, email dan link entry anda pada comment giveaway ini.



Pada sesiapa yg gambarnya creative dan mencuit hati tuan blog
pasti mendapat hadiah yg menarik.
Hadiah semestinya dari Denni Kenji :)


GA ni sekejap je.
Tarikh tutup penyertaan: 06 February 2011 (sunday)

Friday, November 19, 2010

“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010!

Pagi-pagi lagi dah bersemangat daku join contest.
Kali ni masuk contest dari blog harlindahalim.com


So ai pertaruhkan (wah macam bunyi berjudi lak hihi) gambar gigi Zahra ni.
Gigi dia yg jarang2 itu hihihi, dan paling mahal gigi taringnya.
Ikut sama cam mummy dia :)



Berikut adalah maklumat yang diperlukan:
- Nama penuh: QASRINA ZAHRA BINTI ZAFARIS
- D.O.B: 17.03.2008 (2Tahun 8Bulan)
- Hobby: Menyanyi dan Menari
- Berapa batang gigi: 16 batang kesemuanya (8 Atas dan 8 Bawah)




Senang je contest ni, tunjuk gigi anak :)
Entry link: http://www.harlindahalim.com/show-your-teeth-baby-contest-2010/
Pada kawan-kawan blog yg blom lagi join,
jom meriahkan contest kawan2 blog kita ni.


Wednesday, September 8, 2010

MY BEST HARI RAYA STORY

harini masa sangat free, sbb keje dah setel.
tinggal nak beraya je..
badan je kat opis tapi pale otak dah ke langit.
disebabkan mood raya terlebih sudah, harini rajin nak join
contest dari LadyVerde. :)

Citernya dah lama.. seingatku masa ni umur 10tahun.
Ikutkan ramai dlm citer ni, tapi ai hanya citer watak utama je
dalam kejadian ni.


Ceritanya bermula pada malam raya kat umah atok.
Tau la zaman budak2. time malam la hari yang dinanti2kan
sebab kami tak sabar nak main mercun dan bunga api.
Siap berperang ngan kampung sebelah lagi.
Sepupu2 lelaki saya suka main mercun, standard la tukan.


Ntah camne, dalam tgh syok2 main tu,
salah satu mercun tak naik ke atas..
terus terbang hala ke arah atok.
time tu atok tgh sibuk membakar lemang.


Ape lagi, terus menerus mercun tu hala ke dia.
elok2 je meletop kat bahagian depan kain pelekatnya.
Nasib tak luka or melecur, cuma terkoyak je kainnye heheh
yng best tu, terus menampakkan keseksian atok, nampak peha nya yg halus kurus tu.
Nasib takat peha je, kalau atas sket. lain dah jadinye haha


Ape lagi, mengamok la atok.. terus dia sambar kayu api tuk bakar lemang tu,
kejar kami. dan tak pasal2 ku pun terlibat sama lari.
pusing satu umah. hehehe


Nasib atok tak pengsan or semput kejar kami.
Dan nasib jua la atok tak kena heart attack, sbb mercun tu.
Lepas dari kejadian tu, kami pegi main jauh2 sket.
Tapi tetap tak serik nak main bunga api atau mercun.
Itu la salah satu pengalaman hari raya yg menarik buatku pada zaman kanak2. :)
.
.
.
.
.
Jadi kesempatan ni, ai nak ucapkan selamat hari raya.
Bagi yg balik kg. berhati2 dijalan raya.
Moga kalian selamat pergi dan selamat kembali.
Ingat orang tersayang!!




Pada LadyVerde, terima lah cerita ai yang tak seberapa ni. :)

Saturday, August 14, 2010

MummySyafie GiveAway "U With Birthday Cake"

Sudah lama tak join contest anjuran blogger2 ni.
Harini tetiba rasa nak join contest mummySyafie.
Contest mummySyafie ni bertemakan
"U With Birthday Cake"

Ada 2 kategori, tuk kanak2 dan tuk dewasa.
Jadinya contest ni ai join tuk kanak2.
Maka di bawah adalah gambar taruhan dlm contest ni.
Gambar ni masa celebrate Zara 2 tahun kat swensens subang.
Just 3 of us. :)
(Muka yang tak sabar nak tiup lilin)



Kawan2 yang belum lagi join contest MummySyafie ni,
meh join sama, memeriahkan suasana.
Tak rugi pun join, bukan bayar ape pun kan.
Lets jomssss!!!

Tuesday, November 24, 2009

Baby in Romper Contest




Masuk ni gara2x baca entry Suziey yang masukkan aQeel (comel itu) dlm romper contest.
Ai antara mummy yang terhegeh2 baru nak masuk contest2 camni.
Mummy yg lain dah berpuluh2x join tak heran pun kan. hihi kecoh tul ai ni kan :p

Okay la Mummy Aslinda, i masuk gerabak yang ke-4 la ek. hihihi

t&c

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'
[hanya tajuk ini yang diterima]
checked

2. upload gambar baby anda yang beromper ittew
[overall tak masuk senarai tau!]
checked

3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah
[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
20 bulan, checked

4. bermula dari harini hingga 24 nov
[sempena birthday adeeb lewww]
Happy Birthday Adeeb!! checked

5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper
[tiada unsur paksaan]
checked

6. pastikan ada link me & kodai me sekali
[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
Aslinda (Tuan Tanah): http://aslindaa.blogspot.com/
Tuan Kedai:
http://3ascollections.blogspot.com/
checked


7. juga di bloglist anda [wajip]
checked

8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified [nasib kome la yer...]

9. no votes, no slogan [korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]

10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja
[senang saya nak jengah nanti]
checked

11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..
checked

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Muka cebik nak nangis sebabnya Mummy dia tak nak layan.
Sibuk nak amik gambar dia je kan heheh

Qasrina Zahra
d.o.b: 17/03/2008

p/s: sape yg blom join, cepat2x join skang.. harini tutup.
Click sini tuk terjah blog penganjur

Monday, November 23, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST: TOP 13

Alhamdulillah.
Teruja ni, Zahra tersenarai dlm TOP 13 dari 150 peserta.
Dah la 1st time join contest2 baby camni kan.
Tak sangka tau, sebabnya kesemua baby yg masuk comel2x.

pic amik dari blog Eliza


Terima kasih pada juri2 dan pihak penganjur.
Kalau ai jadi juri, mau bijik mata pusing 360darjah nak pilih.

Kalau nak tgk baby2 lain yg tersenarai dlm top 13 ni.
Leh jenguk kat blog Eliza ni yer. Click
sini.

Ingat nak wat entry pasal bday, esok je la.
Excited sangat ngan shortlisted ni hihi takku sangka ;)




**Selingan iklan jap**

Ohyer nak bgtau, ai ada drypers yang tak dipakai.
Time ni beli masa mamy poko tak jual kat kedai, so main amik je.
Pastu Zahra lak tak sesuai ngan drypers ni. Takkan nak buang sayang ooo..
Yang ada ni size NEWBORN ngan LARGE.
Kot sesapa nak, email ek. Ai pos.. pasal bayaran tak yah risau, FOC aje.
Dari simpan berabuk baik bagi kat korang yg nak.
Both taken. Thanksss!!


Monday, November 16, 2009

CONTEST: Cutest Baby In Blue Contest


Buat julung2 kalinye ai masuk baby contest..
Tepukan gemuruh diberikan hahahaha

Sbb ape nak masuk contest ni, sbbnya kena cari kaler biru la yang pastikan. :p
Sebenar-benarnya Zahra tak byk bajunye ada kaler biru.
Ada 2 je, 1 sblom setahun dan 1 selepas setahun.
Jadi senang sket nak pilih gambar mana, logik ke tak nak masuk contest camtu.. haha

Contest ni dianjurkan oleh elizakru.blogspot.com (minat KRU mungkin!)
sempena 5th Anniversarynya.
Bermula dari 24/10/09 - 17/11/09.

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..
checked

3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda
checked

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini
checked

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru
checked

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda. checked

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun
checked

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........

p/s: Jangan lupa tulis nama dan umur baby uols ye!
checked

.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.






Ai pertaruhkan gambar Zahra sebelum setahun.




Gambar ni masa ni Zahra umur 5 bulan
Ketul2 yang mahal tu.. duta tak rasmi michelin ;)

Nama: Qasrina Zahra
Umur sekarang: 1 tahun 7 bulan

Friday, April 17, 2009

Supermummy Amazing Blogger Award




Wah! tak sangka blog My Cute Little Diary ini tercalon dalam Supermummy Amazing Blogger Award. Nama tersenarai dalam nombor 42. Kurang pasti amazing part tu bahagian mana heheh... Adakah amazing pada gambarnya atau pun pada tulisannya. Pada tulisan mungkin tidak sebab tak banyak mana menulis pun. Atau pun mungkin amazing pada tuan blog kot hahaha.. perasannya lah sangat. Apa pun berterima kasih kepada MalaysianSuperMummy[dot]com kerana memilih blog ini.

Jadi kepada blogger lain yang turut tercalon dalam award Super Duper Mommies2x ini juga, sila lah tinggalkan komen anda untuk ai vote blog korang juga. Marilah kita bersama-sama meng'Amazing'kan diri kita hahahah.. Oh ya boleh pula ai terserempak dengan LinHarliana (blogger) di IKEA.. dia yang tegur dulu. Maaflah kalau diriku tak perasan sebab rabun :) Sila baca ceritanya disini.