Sunday, May 26, 2019

Puasa di Johor


Cuti Wesak dan Nuzul al-Quran,
ai ikut enZaf outstation ke Johor.
Dia ada kerja pastu ajak ai & anak2 ikut sama.
Ikutkan memula ai malas nak pergi,
tp bila fikir balik,
kesian kat enZaf sesorang,
nak nak lagi drive jauh bulan puasa.
Maka dengan itu ai pun setuju la ikut,
at least boleh la teman dia berborak
tuk hilang mengantuk.

Anak2 ponteng hari Selasa.
Aliah & Ariq okay je,
tp akak Zahra tak suka ponteng.
Almaklumlah.. pengawas hihihi

Sepanjang kat sana,
siang ai tak kacau la enZaf buat keje.
Tp dah malam tu mcm2 la plan nak dibuat :p

Dah alang2 kat Johor tu,
harusla pergi JPO.



Banyak gak la damage haritu,
tp semua pun tuk anak2.
Handbag enZaf kata takde :)
Tp paling best, tak ramai orang.
Lengang je... ooo JPO tu pun
dah bertambah lagi kedai.
Makin besar tempatnya.
Penat juga la nak menghabiskan tempat tu.

Keluar dari JPO,
enZaf ajak lepak minum.
First time ke sini..
al-Mizan Satay House.



Order sikit satay.



Pastu ai order abc.
Cuaca sejuk2 makan abc..
bagus sangat hehehe



Sepanjang kat Johor,
hari2 cuaca hujan.
Lebat plak tu.
Alhamdulillah sejuk bumi Allah.

View dari rumah,
nampak stadium JDT.



Ingat nak pergi bazaar ramadhan,
tak pergi2 sbb hujan petang.
Nasib baik hari nak balik,
cuaca elok plak petangnya.

Kami ke Angsana Mall.
Dalam dia macam Subang Parade or PKNS,
banyak jual pakaian2 raya,
kuih raya.. dan macam2 la.



Saja la tengok2 baju raya,
kot boleh menambah stok anak2 ke,
tp tak beli pun,
sbb tengok harga baju takde la murah mana.
Lebih kurang macam kat kl je.
Tp ada beli sehelai tudung tuk akak Zahra.
Suka sbb ada butterfly hehe

Sebelah Angsana ada bazaar ramadhan ,
yang kat rumah tak pergi,
kat tempat orang laju plak hihi
Saja nak merasa tempat orang gitu.



Lepas berbuka kami baru gerak balik kl.
Boleh tahan byk kereta atas highway.
Dalam pukul 12 pagi sampai rumah.


Saturday, May 25, 2019

Beli Baju Raya


Wah dah 10 terakhir Ramadhan kita.
Sama2 kita rebut pahala sebanyak yg boleh.
Macam tak percaya kejap je
kita nak tinggalkan bulan Ramadhan huhu
Alhamdulillah setakat ni anak2
masih mampu dan bertahan untuk puasa.
Cuma Ariq je la tinggal puasa satu hari
Zahra & Aliah penuh setakat ni.
Bangun sahur pun takde masalah kejutkan dorang.
Sekarang ni sahur dah taknak makan nasi.
Muak agaknya sbb 2minggu berturut,
sahur buka makan nasi je.
Sahur skang senang keje Mummy,
makan cereal & oat hehe.

Oh puasa kalini awal plak
persiapan tuk baju raya.
Selalunya enZaf 2 minggu akhir baru nak mencari.
Dah dia ajak beli,
kita ikutkan aje la.

Sama macam tahun2 lepas,
kami beli baju2 anak kat Jakel.
Pergi awal ni orang pun tak berapa ramai sangat.
Senang nak mencari.
Tahun ni kami tak de pun decide nak warna apa.
Sampai Jakel tu baru la pilih.



Warna tetap ada 2 tones.
Tahun lepas lelaki satu warna,
perempuan satu warna. [link]
Raya ni ai & enZaf satu warna,
anak2 satu warna plak.
Untuk kami, enZaf yg decide warna apa.
Warna untuk anak2, akak Zahra yg pilih.

Masa ni baru lepas beli baju enZaf.
Jakel ada buat kat clearance
tuk baju2 last year.
Dapat la dia beli baju Aaron Aziz RM100 sepasang,
sekali dgn butang dan sampin.
Gambar blur tp nak upload juga.



Baju Ariq je tak beli sbbnya
masa tu baju melayu upin & ipin & yusuf iskandar,
design teluk belanga.
Kami mencari cekak musang.

2-3 hari lepas tu baru kami ke Omar Ali plak.
Nasib baik ada warna baju yg dicari.
Tak la sama sgt tp jadi la.



Baju ai takde beli.
Takde yg berkenan hehe
Cakap ngan dia, kalau takde baju ai
tak kisah pun.
Sebab warna nak pakai tu ada je kat rumah.
Recycled balik ai tak de hal la.
Tp enZaf cakap beli juga nanti cari. :)

Setel dah beli tuk raya pertama je,
raya ke-2 dan seterusnya
pusing2 la pakai baju yg ada.



Ni timbang berat lepas 14 hari.
Memang kebiasaan tiap kali puasa,
berat ai akan turun.



Tp tengok la lepas tu,
nak nak raya nanti.
Jangan harap la nak turun,
mencanak2 naik je hahaha

Yang ni plak akak Zahra release stress
tuk last day exam.
Kesian exam time puasa.
Dia buat revision pun letih je tengok.
Ai bagi dia layan phone kejap.



Warna baju dah sama ngan sofa kak oi..
dengan pakai spek itam Ariq tu hahaha
Macam2 la..

Thursday, May 23, 2019

Bersalinkan Qaireen [Part 2]


Baru nak sambung entry
bersalinkan Qaireen part 2 plak.
Ceh bunyi mcm byk benor partnya :p
Yang part 1 kat entry ni [link]

Harap2 dapat la cerita se"details" yg boleh.

Lepas dari selfie sorang2 kat wad,
dalam pukul 3 petang enZaf datang wad
bawak sekali telekung ai pesan kat dia.
Dia datang sorang je,
uruskan anak2 dan hantar semuanya kat rumah mak.

Terus ai gi ambil wudhu dan bersiap solat Zuhur.
Masa ni dah rasa contraction makin kerap dan sakit.
Elok lepas solat,
tak silap ai rasa lagi keluar air ketuban.
Panggil nurse bgtahu yg keluar lagi airnya.
Dia pun check skali bukaan serviks ai.
Dari awal admit sampai la pukul 4
bukaan masih sama 3cm.
Takde perkembangan langsung.
Memang mcm bersalin anak pertama.
Padahal rasa dah aktif sehabisnya.
Berjalan tak berhenti2 ke sana sini.

Disebabkan bukaan pun masih sama,
diriku masih lg la dalam wad.
Dalam pukul 5 gitu kalau tak silap,
nurse datang lg sekali check darah tinggi bagai semua.
Masa tgh check tu ai dah macam kepenatan,
baring je..
sekali nurse cakap suhu badan ai tinggi,
katanya ni dah kategori demam.
Terus dia panggil doktor Fatima.
Ikutkan doktor nak dtg lepas Maghrib,
tp disebabkan ai demam,
terus on the spot panggil doktor.
Dan terus jua ai ditolak ke labour room.

Ya ampun bila ada dalamm labour room ni,
perasaan bercampur baur.
Panik pun ada sbb setiap bersalin tu
tak sama, lain sama sekali.
Mulut pun tak henti2 baca doa nabi Yunus.



Masa ctg dah pasang kat perut,
mmg nampak dah contraction dah tinggi sangat.
Ai pun dah rasa sakit ya amat.
Nasib baik enZaf ada setia meneman di sisi.
At least gemuruh tu kurang la sikit
walaupun tak berapa nak kurang sangat hahaha

Doktor Fatima pun sampai dan tengok keadaan ai.
Check bukaan serviks,
masih sama 3 cm tak bergerak.
Doktor Fatima kategorikan yg ai ni
dalam keadaan "poor progress labour".
Antara faktor jadi mcmtu,
proses nak bersalin tu dah lebih 12jam
dan selain dari tu faktor umur pun main peranan.
Itu situasi bagi ai tapi bukan orang lain.
Tiap orang tak samakan jd tak boleh bandingkan
dengan orang lain.

Tengah2 doktor check tu,
tetiba tgk kat ctg
heart beat baby drop.
Tiap kali contraction ai datang,
masa tu juga la degupan jantung baby turun.
Ya Allah masa tu berdebarnya perasaan ni.
Doktor Fatima terus bgtahu,
kalau berlarutan macamni akan membahayakan baby.
Sebab ni tanda2 baby dah lemas.
Jadi dia suggestkan ai buat emergency c-section.
Minta ai bincang ngan suami.
Masa ni dalam keadaan ai sakit dan tak boleh berfikir,
ai cakap ngan enZaf serahkan pada dia,
dan nasihat doktor.
Sebab dia lebih mengetahuikan.
Walaupun ai ada terdetik sedikit perasaan sedih,
sbbnya tak boleh nak lahirkan normal.
Tapi kesihatan baby lebih utama dalam perkara ni.

Ai pun dalam keadaan demam
dengan contraction dah semakin kuat & sakit,
heart beat baby dah turun.
Ai & enZaf sendiri nampak result kat mesin ctg tu.
Memang emergency c-sect la keputusan yg tepat masa tu.
Terus kami sign borang kebenaran tuk dibedah.

Masa ke-dua2 pihak dah setuju,
begitu laju sekali nurse2 dan doktor,
buat persiapan dan tolak ai ke bilik bedah.
enZaf la cakap, cekap betul masing2 buat kerja,
macam tak sempat nak fikir apa.
Tp bukan bagi ai,
masa tu ai dah sakit sangat2 ok.
Sementara nak tunggu masuk OT tu,
ai pegang besi katil tu menggigil2 ok menahan sakit.
Sakit ya amat2 sampai bergegar besi katil.

Bila dah dalam bilik OT tu,
berdebar lagi sekali.
Masa ni mata melilau cari enZaf,
lambat plak dia masuk.
Dia masuk baru rasa lega sikit.
Pastu doktor bius pun masuk.
Lega dia cucuk belakang tak rasa sakit.
Mungkin sakit contraction tu dah menguasai satu badan.
Bila bius tu dah masuk badan
baru la badan tu rileks okay,
hilang segala rasa sakit contraction.
Doktor Fatima pun tepuk2 tanya kot ada rasa ke tak.
Dan dia pun bgtahu nak start belah perut huhuhu

Tengah doktor buat prosedur tu,
doktor bius ke nurse ai dah lupa sapa,
tetiba datang kat ai tegur,
kenapa heart beat ai drop.
Minta ai rileks tarik nafas panjang.
Aduhhh..mana la ai nak tahu,
mungkin suspen dan satu lagi ai demam agaknya kan hehe
Berpeluh2 ai masa tgh operate tu,
enZaf ckp dlm OT tu punya la sejuk.

Doktor Fatima kata ha dah nampak baby,
rupanya baby dah berbelit dgn tali pusat.
2kali tali pusat kat leher dia.
Ya Allah mujur sempat diselamatkan.
Dia angkat baby dan terus tunjuk kat ai,
tanya jantina baby apa.
Tp tak sempat ai nak pegang dia,
doktor terus pass kat doktor Syed (paed)
kena check baby terus sbb dia dah lama lemas.

Lepas dari tu,
mulut ai tak berhenti2 ucap syukur.
Tepat pukul 6.30 petang baby keluar dari rahim.
Allah tahu apa yg terbaik buat ai dan baby.
Lepas dah selesai semua
ai ditolak balik ke wad.
Oooo masa kat wad nurse pasang tiub saluran air kencing,
first time pakai menda ni.
Terasa juga la masa pakaikan tiub tu.
Lepas operate tak boleh bangun untuk beberapa jam.
Lupa plak berapa jam ek...4 ke 6 jam.
Baby pun tak tengok2 lagi huhu

Lama sket dalam pukul 8 lebih kot
baru nurse hantar baby dalam bilik.
Nak susukan baby.
Allahuakbar.. comelnya kamu nak.
Bau syurga yg tak bole dibeli.



Bulat mukanya heheh
Berapa minit lepas tu,
mak abah datang bawak anak2
yg tak sabar nak tgk adik mereka.

Kakak Aliah paling teruja.



Mak Tok lama tak pegang baby.
5 tahun lebih bersara sementara hihi








Makan malam pertama selepas bersalin.
Selera ai makan, habis licin.
Lapar yg sebenarnya hehe



22hb Februari 2018

Hari ke-2 di wad.
Pagi makan roti dan air milo.



Yang ni menu lunch ai.



Makan petang dan malam tak ambil gambar :)
Lepas selesai breakfast,
doc Fatimah pun dtg nak buat checkup.
Dia tanya ai dah bangun berjalan2 ke,
cakap tak bangun lg.
Takut huhuhu
Dia pesan lepas ni ai kena bangun dan bergerak.
Tak nak nanti ada komplikasi darah beku
sbb lama sangat baring.

Masa tu jugak, doktor bagi macam2
nasihat buat itu buat ini,
last sekali dia bgtau nanti nurse bg binder.
Ajarkan pakai bila nak bangun berjalan nanti.
Ingatkan kalau caesar tak perlu pakai,
rupanya kena pakaikan.
Supaya perut tu kemas dan takde la sakit sgt
nak bergerak nanti.
Tp takde la pakai binder tu ketat giler,
agak2 selesa dan tak menyakitkan ok dah.
Dan binder tu juga ai pakai sepanjang pantang.

Lepas doktor Fatima dah check dan puas hati,
petangnya dia kata datang lagi sekali nak tgk keadaan ai.
Dan Alhamdulillah petang tu dia tgk luka semua
nampak elok.
Dan gembira tgk ai dah berjalan haha
Ohoiiii.. takut juga ok berjalan tu.
Nak bangun pun seram.
Tp masa dalam wad...luka tak rasa sangat,
sbb makan pil tahan sakit.

Ini la anak yang paling bertuah.
Nak keluar ikut tingkap.



Tak kisah la caramana sekali pun
nak keluarkan,
yang penting semuanya sihat dan selamat.
Setiap kelahiran pun berbeza,
tak kira la normal ke caesar.

Terima kasih juga kat Qaireen,
Mummy dapat rasa sakit bersalin normal,
dan sakit bersalin caesar.
2-2 ai rasa dan ada pengalaman.

Macam ada lagi story tertinggal,
tp tak boleh nak fikir dah.
Kalau ada kita update balik hihi

Thursday, May 16, 2019

Projek Seni: Batik Tahun 1


Projek seni yang ke-2 Ariq buat. Lupa dah ai seni yang pertama dia buat apa sebelum ini sebab ai tak ambil gambar. Bila difikirkan penting juga ambil gambar setiap apa yang kita buat terutamanya anak-anak kan. Bukan apa ini semua sebagai kenangan juga. Tak silap ai seni pertama dia buat ialah mask. Yang ke dua ini dia kena buat corak batik pula. Kali ini ai serahkan dia buat sendiri 100%. Minta tolong kat akak Zahra dan Aliah tengok-tengokkan. Ariq buat lepas kami berbuka kelmarin. Ai sibuk mengemas meja makan dan dapur. Itu pun ai sempat masuk sekejap dalam bilik semata untuk ambil gambar dia tengah mewarna. Entah apa corak dia buat, hentam saja la apa dia nak lukis. Samaada dia ikut arahan ke tak dalam buku itu pun ai kurang pasti huhu



Malam tu dia buat separuh selebihnya dia sambung lepas Solat Tarawikh. Dia habiskan mewarna dan dibiarkan kering. Esok baru dia sambung lagi untuk buat lipatan kertas menjadi bentuk kipas. Tada!!! siap sudah. Seriousnya muka abang Ariq hihi Muka orang puasa tak mampu nak senyum :p



Ariq puasa tahun ni alhamdulillah. Banyak perubahan dan kejutan besar juga buat ai sebab dia nak puasa. Kalau nak bandingkan dengan tahun lepas, sehari dua je tak silap ai dia dapat puasa penuh satu hari. Selebihnya tak puasa hahaha Setakat ini dia tinggal sehari je itu pun sebab dia haus kerana dek main bola. Main bola tu sebelum nak ke sekolah, dia berlari sana sini habis berpeluh dan kepenatan. Tengok dia dah letih sangat ai bagi lah dia berbuka. Gambar bawah ni masa kami tengah tunggu van sekolah. Sempat ai ambil gambar beg dia. Dah la besar dari orangnya. Lepas tu nak sangkut macam-macam kat beg. Aduhai anak bujang ni.




Thursday, May 9, 2019

Lanun Uptown


Haritu sebelum puasa,
enZaf bawak kami makan malam kat uptown.
Permintaan dari anak bujang
yang nak makan beef steak katanya.
Lama dah dia mintak nak makan,
tp masa tak mengizinkan hehe
Kemain macam orang mengidam apa.
Kebetulan pun mmg lama kami tak ke sana.

Muka masing2 kemain happy ye.
Dan ofkos la yg ambil gambar ni pun
senyum lebar juga. :p



Ariq suka steak kat Lanun ni.
Aliah pun suka juga.



Takat ni order satu dua orang ni share.
Esok dah besar sikit,
sorang satu la jawabnya.

Akak Zahra je tak layan steak.
Dia masih selective lagi bab2 makan.
Payah sungguh la nak bagi dia cuba huhu
Malam tu dia order bihun goreng.

Ai ofkos la makan steak juga.
Lepas makan steak cakap ngan enZaf,
rasa lapar lagi.

Order tauhu bakar plak.



Itu pun mengah2 nak habiskan.
Ingatkan dapat separuh ngan enZaf,
sekali dia makan satu je huhu

Okay jap lagi nak masuk dapur,
masak tuk berbuka plak.
Masak sayur dan telur dadar.
Sup ayam sahur tadi masak lebih sikit,
haha pandai dah buat lebih sikit :p
Pastu tambah satu menu
nak buat roti sardin.

Ha... misi nak puasa penuh kalini
tak tercapai.
Punya la lama tak datang period,
sejak bersalinkan Qaireen.
Rupa2nya nak keluar bulan puasa.
Puasa ke-4 diriku dah raya.
Walaupun tak puasa tetap macam puasa.
Cuma byk minum air je la,
menyusu badan ni cepat haus.
Lapar takat ni takde la rasa sangat.
Sebab sahur pun join makan juga :)

Wednesday, May 8, 2019

Kisah Ramadhan Pertama & Kedua


Fuh baru hari 3 Ramadhan,
badan ai dah sakit2 lenguh.
Rasanya masa ai byk habis kat dapur aje.
Pukul 4.30 pagi masak tuk sahur,
itu pun masak sayur dan goreng telur aje.
Lauk ayam dah buat malamnya sblm tidur,
jadi panaskan aje.

Pagi plak masakkan bubur untuk Qaireen.
Lepas siap tu baru la boleh
berehat2 kejap sblm nak menunggu lepas Asar.
Time rehat ni la ai dapat
isi masa dengan mengaji.
Lepas Asar bersiap plak masak tuk berbuka.
Kat rumah ni kebiasaannya
hidang lauk sekurang2nya 3 jenis.
Kalau tak cukup 3 macam tak complete.
Sampai la ke Maghrib dah busy
berbuka, melayan anak2 makan.
Lepas solat Magrib baru dapat makan nasi.
Mengemas meja dapur bagai sampai la ke solat Isya'.

Dalam pukul 10 malam ke atas plak,
ai akan masak lagi lauk
dan nasi untuk sahur.
Ai tak reti okay nak masak
lauk banyak2.
Jadi bila masak sikit2 ni
renyah la jadinya.

Tidurkan Qaireen,
lepas tu baru la boleh buat
solat tarawikh & witir dengan tenang.

Takat ni itula rutin
puasa pertama dan ke dua.
Tiap kali puasa gitu la
byk habis masa kat dapur.
Owh ni bukan complain or merungut,
ikhlas buat demi suami dan anak2 hehehe

Tapi harini lepas Zuhur,
enZaf bgtahu ai tak payah masak tuk berbuka.
Dia suruh berehat.
Masak tuk sahur je nanti.
Ya Allah, Alhamdulillah..
terus yg bole update blog ni hahahaha

Lagi pun tahu dah dia taknak kita masak,
sbb dia nak outstation 2 hari :p
Ape pun thank you Yang!

Esok akak Zahra exam pertengahan tahun.
Suruh dia belajar,
tengok dia letih je.
Kesian...
Bertabahla exam bulan puasa ni kan.
Semoga dia dapat jawab soalan dengan jayanya.



Sunday, May 5, 2019

Selamat Berpuasa!


SALAM RAMADHAN Kawan2 Blog!
Pejam celik dah puasa kita ye.
Cepat betul masa sekarang ni.

Diriku berharap dapat puasa penuh
juga seperti tahun lepas.
Masih lagi tak period sejak lahirkan Qaireen.
Rasanya ni paling lama kot
antara anak2 yg lain.

Start puasa ni maka startla
kat socmed segala jenis
resepi masakan dan gambar makanan yg keluar hihi
Bagus sbb boleh bagi idea kan.

Puasa yang lepas anak2 ai
jenis senang sgt sahur.
Terutamanya Zahra & Alia.
Dorang taknak nasi,
makan roti dan cereal aje.
Ariq plak tahun lepas puasa bape hari je.
Punya la malas nak bangun sahur.
Semoga tahun ni dia rajin la puasa byk sket haha

InsyaAllah puasa kalini
ai cuba untuk khatam al-Quran.
Jujur cakap, sejak ada Qaireen ni,
jarang2 sgt selak baca huhuhu
Ape nak jadi la yati oi.
Untuk tarawikh plak impian nak ke surau
or masjid tertunda lagi la.
Qaireen jenis susah sgt nak orang,
nampak org ramai2 lagi la,
terus nak berdukung.
Solat kat rumah aje la gitu.

Sempena bulan puasa ni,
ai doakan semua sahabat dipermudahkan
segala urusan dan
insyaAllah semoga
feekita semua mendapat keberkatan
dalam menjalani ibadah
di bulan yg mulia ini.


Friday, May 3, 2019

Hadiah Hari Guru 2019


Pada hari Selasa lepas, sekolah anak-anak membuat sambutan Hari Guru. Tahun ini ai serius tak tahu nak bagi cikgu-cikgu mereka hadiah apa. Ingatkan kali ini ai nak beli yang dah siap sahaja. Kononnya rancang nak beli hadiah dan terus letak dalam paperbag tetapi anak-anak ini pula siap tanya "Mummy, kita nak bagi dan buat apa untuk cikgu". Nada itu dengan excitednya tanya tu. Aduhai, ai baru nak bersenang lenang hahaha... tak sampai hati pula sebab anak-anak dah bersemangatkan.

Pada mula ai fikir cari barang di Kaison, tiba-tiba masa dalam kereta melencong ke Ikea haha.. Mujurlah enZaf tu okay dan melayan sahaja ai nak ke mana. Dia bab-bab begini memang serahkan pada ai sepenuhnya. Sebelum nek ke Ikea tu pun ai sempat search dahulu barang-barang di website Ikea. Tengok ada yang berkenan atau tidak supaya bila masuk dalam Ikea itu nanti, tak adalah lama sangat dan tercari-cari. Dah masuk Ikea boleh terus tuju tempat barang itu kan. Ai dah rancang nak beli mangkuk atau pun cawan. Masa tengah mencari tu, hanya ada mangkuk sahaja. Cawan tiada stok.



Mangkuk ini merupakan design terbaru. Harganya murah iaitu RM15 untuk 6 biji. Anak-anak ini nak bagi pada semua cikgu subjek, jadi sesuailah dengan barang dan harganya :) Bila dah masuk Ikea ini, haruslah ai tengok barang lain juga. Bak kata pepatah "Sambil menyelam minum air". enZaf awal-awal lagi dah warning, hanya cuci mata sahaja hahaha.. hancur rancanganku :p Gambar di bawah ini gambar candid dari akak Zahra.



Agaknya lama dia tengok Mummynya membelek carpet tu kan sampai tak sedar dia ada ambil gambar. Bila ai tengok gambar tu ya ampun, dah berlapis bawah dagu hihihi... okay esok diet :) Oh masa ai membeli mangkuk ini sebenarnya masih tiada idea nak buat apa dengan mangkuk itu. Sukahati je main beli, takkan lah nak bagi kosong macam gitu sahaja. Bila dah sampai rumah, barulah ai mencari idea. Cakap dengan anak-anak idea ai tu, mereka semua setuju saja.



Bagi nak nampak mangkuk itu tidak kosong, ai rancang letak makanan seperti biskut, gula-gula atau pun cokelat. Nak beri hadiah kat cikgu ni pada hari Selasa, hari Isnin baru ai terhegeh-hegeh nak membeli makanan-makanan itu semua. Memang suka buat keje last minutes huhuhuhu... Malam baru mula membungkus. Keluarkan segala jenis bahan yang ada di dalam rumah. Kami pakai apa yang ada sahaja.



Masa dah sediakan bahan semua, ai buat satu contoh dan tunjuk pada anak-anak untuk mereka sambung buat. Itu pun setelah ai buat dua tiga kali sebabnya tengah fikir cara buat paling senang untuk anak-anak ikut.



Pada mulanya anak-anak ini pun ambil masa juga nak membuat, ditambah pula dengan Qaireen meragam nak menyusu. Ai ambil gambar dorang ni pun tengah menyusukan dia :) Qaireen dah semakin mengamuk, dia dah penat sangat dan sudah masuk waktu tidurnya. Laju-laju ai snap hadiah yang dah siap. Anak-anak pun ai suruh masuk tidur sebab dah pukul 11 lebih. Nanti ada yang tak bangun ke sekolah pula. Sebelum itu sempat ai suruh anak-anak siapkan kad untuk cikgu-cikgu mereka. Lepas tidurkan Qaireen, ai sambung sedikit mana yang belum siap lagi dan letakkan kad itu sekali.



Gardenia Twiggies ini buat dalam bentuk bouquet. Banyak bouquet kami buat, semua itu nak diberi pada cikgu-cikgu subjek, cikgu koko dan mana-mana cikgu yang dorang nak bagi.



Yang mangkuk itu nak bagi pada Guru Kelas kata mereka dan guru feveret dorang. Macam-macamlah anak-anak ini, asalkan mereka gembira ai pun gembira sama. Fuh selesai dah bab hadiah cikgu ini. Setiap tahun Mummy kena fikir hadiah apa nak bagi, bertabahlah.


Thursday, May 2, 2019

Bye Bye Viva


Berat hati nak lepaskan Viva ku ini.
Disebabkan jarang jarang jarang sgt pakai,
akhirnya ai dan enZaf buat keputusan
jual kereta ni.
Kat rumah sampai 3 kereta,
sebab tu tak pakai sgt.
Nak bagi anak pakai,
lama sangat la nak tunggu.
Kereta tu pun dah jahanam.

Lama dah kereta ni,
10 tahun dah kot.
Dah habis bayar dah pun.

Dua minggu lepas pergi Maybank,
nak ambil grant kereta.
Kalau tak jual mmg takdenya
nak pergi ambil hehe



Nasib baik cepat urusan kat bank.
Lepas tu kami terus ke Ikano.
Minum petang.
Qaireen masa ni masih lagi selesema.



Meragam je,
tak boleh duduk lama.
Nak berdukung.



Minggu lepas plak ke JPJ.
Nak buat pertukaran nama.
Ya ampun ramainya manusia.



Menda pertama ai fikir,
jangan la Qaireen meragam.
Dia bising ai umpan dgn biskut.



Walaupun ramai laju juga urusan kat kaunter.
Semua kaunter bukak,
bagus sangat.

Ingat nak bagi kat adik2 ai pakai,
tp masing2 ada kereta idaman sendiri
nak beli.
Tak pandang viva ni kemain hehe
Lagi pun kereta dah lama,
elok la beli baru..
kang macam2 masalah plak rosak sana sini.
Buat penat repair je kan.


Inilah Viva biruku.



Banyak jasa kereta ni.
Ni la satu2nya kereta pertama
ai beli masa kerja.
Sebelum ni pakai kereta abah bagi
dari zaman belajar kat universiti
sampai anak sorang :)

Semoga Viva ni dapat berkhidmat
dan dijaga rapi dengan tuan baru.