Monday, January 31, 2022

Rombongan Keluarga Pengantin Perempuan


Pada hari Sabtu baru ini, kami sekeluarga turut serta dalam rombongan majlis bertandang sepupu ai Amira. Majlisnya berlangsung di Tanjung Karang. Masa persandingan sebelah keluarga Amira, kami tak pergi disebabkan Ariq masih berpantang sunat. Alhamdulillah majlis bertandang ni kami dapat pergi.



Rombongan keluarga pengantin perempuan perlu berkumpul di Masjid Tanjung Karang sebelum bergerak bersama-sama menuju ke rumah keluarga pengantin lelaki. Cuaca hari itu sangatlah baik, cerah dan panas. On the way nak ke Tanjung Karang ini sangat jem, boleh dikatakan semuanya sampai lambat pada waktu yang ditetapkan.



enZaf pula parking betul-betul depan papan tanda kawasan masjid ini. Tajam betul ayat tu, terasa di hati hehehe.. Semoga kita sama-sama dan berusaha menjaga aurat sehabis baik. Sementara menunggu saudara mara yang lain, wefie lah dalam kereta. Nak keluar kereta malas :p



Walaupun partner ai tidur tapi tetap nak ambil gambar dia juga. Kesian dia penat sangat :p Lupa pula nak ambil gambar anak lagi tiga orang tu hehehe.. Baju kurung of the day ai hari itu. Suka pada tulle yang ada pada bahagian tepi baju kurung ni.



Bila semua dah sampai kami pun terus bergerak menuju ke rumah keluarga pengantin lelaki. Cantik sepanjang jalan nak ke sana, ada bendang bahagian kanan. Elok menghijau, segar mata memandang :)



Ambil gambar pengantin dari meja saja, enZaf suruh ai ke depan tapi ai malas nak bangun dan bergerak :p Cantik pelaminnya. Kawasan rumah kampung besar dan luas, pasang pelamin kat luar sahaja.



Cuaca memang panas ya amat, anak-anak dah berpeluh macam apa. Muka dah merah kepanasan macam sotong terbakar. Ariq pula menitik-nitik peluh dari rambutnya, bila ai tengok tu dah macam hujan hehehe.. anak-anak bandar jarang berpanaskan, macam itulah rupa. Mujurlah mereka semua ini tak meragam dan minta balik terutamanya Qaireen. Nasib baiklah semuanya okay. Lauk pauk makanan kenduri sangatlah sedap. Cuma lauknya semua pedas, kesian kat anak-anak makan sedikit sahaja. Daddy dorang dah janji lepas kenduri ni dia bawa anak-anak makan lain :)



Pengantin tabur gula untuk kanak-kanak. Yang besar pun boleh juga nak join sama. Masa ini seronok tengok masing-masing berebut kutip gula-gula. Teringat masa ai kahwin pun ada juga adat tabur gula-gula ini bersama dengan duit syiling.



Sebelum balik wajiblah ambil gambar dengan pengantinkan. Sampai ada dua posisi bergambar, duduk dan berdiri. Layankan sajalah bila jurugambar yang suruhkan hihi..



Selamat pengantin baru dan tahniah buat sepupuku Amira dan suami. Semoga kalian berdua kekal bahagia hingga ke Jannah.



Tahniah juga buat Pak Lang dan Mak Lang dapat satu-satunya menantu lelaki. Lega dah mereka bila anak-anak dah lepas semuanya. Terlupa ai nak ambil gambar dengan Mak Lang dan Pak Lang. Gambar di bawah ini ai ambil dari Facebook Mak Lang :)





Wednesday, January 26, 2022

Hari Ahad di KLCC


Lama betul tak pergi KLCC. Tak ingat bila kali terakhir ke sana. Jarang sangat dah kami pergi mall kawasan KL ni. Entah kenapa Ahad lepas tergerak hati nak ke sana :) Tak membeli apa pun, sekadar cuci mata sahaja.



Mampu ambil gambar kedai dari luar sahaja. Nak masuk dalam tu kena tunggu duit jatuh dari langit hahaha.. Tak salah berangan dahulu, mana tahu suatu hari nanti jadi kenyataan. Dapat bag seketul pun jadi lah ;)



Cantik tanglung gantung kat dalam mall ni. Terus ajak Aliah bergambar. Qaireen dia jenis gayat, tak boleh tengok menda yang tinggi-tinggi. Masa nak ambil gambar Aliah ni pun, kuat dia pegang baju ai tak nak lepas.



Ambil gambar kesayangan.



Teman enZaf beli baju Golfnya. Sempat lah kita selfie depan pintu fitting room.



Ternampak baju-baju dari Kapten Batik. Cantik-cantik corak bajunya. Pada mulanya nak beli untuk Ariq, sekali enZaf beli sehelai untuk dia juga. Sama corak dengan Ariq. Sedondon gitu. Katanya nak pakai masa pergi kenduri cousin ai hujung minggu hadapan. Semangat betul dia hehehe...



Dah penat berjalan sana sini, masa untuk isi perut pula. Bila dah lama tak ke sini, food court dah berubah wajah pun tak tahu hehe... Setiap kali masuk food court tak kisah la mall mana pun, ai mesti nak makan Mee Soup. enZaf pula nak makan Sizzling Yee Mee.



Dulu sebelum kahwin dengan enZaf, memang ai makan sup dan makanan yang kurang pedas. Sejak kahwin dengan dia ni, banyak makan mamak sampailah sekarang hahaha.. Tapi kalau makan Nasi Kandar ai masih tak reti sangat nak makan kuah dia yang banyak-banyak tu. Selalu mintak kuah sikit je. Kalau Roti Canai Banjir boleh pula banyak :p





Anak dara dua orang ini nak makan Teppanyaki. Tiap kali pergi OU mereka ni tak jemu-jemu minta Teppanyaki ni. Rasa orang dalam kedai tu pun dah kenal kami, asyik je ke situkan. Kat sini pun nak makan sama juga hehehe.. Lepas makan, enZaf ajak anak-anak makan aiskrim pula.



Paling gembira si Qaireen ini, sekarang dia suka makan aiskrim kon. Dia boleh habiskan sorang je. Bila dah makan aiskrim kon ni, bersiap sedialah dengan comot sana sini. Mummy dalam mod standby saja dengan tangan pegang tisu bila aiskrim tu meleleh, laju-laju lap. Itu pun ada je tumpah kena baju huhuhu... bertabahlah.





Sebelah Baskin Robbins ada butik Duck. Ai tengok dari luar sahaja, ternampak satu tudung tu berkenan pula dengan corak dan warnanya. Tapi tengok sajalah, nak membeli tu macam fikir banyak kali. Sajalah bagi hint kat enZaf tapi dia tak layan haha.. Tak apa kita cuba lagi dikemudian hari :p

Monday, January 24, 2022

Meraikan Habis Berpantang Sunat


Hari ke-9 selepas Ariq berpantang sunat baru dia keluar dari rumah. Kami tak pergi mana pun, sekadar keluar minum petang pada hujung minggu. Dia cakap pakai spender lebih selesa dari pakai kain pelekat saja hihihi... macam-macam Ariq ni kan. Tapi betul lah apa dia cakap tu, kalau pakai kain pelekat sahaja, kain itu akan terkena atau bergesel dengan tempat sunatnya nak dibandingkan dengan pakai spender, kira dah macam melekapkan. Memandangkan ianya hari Sabtu, kami tak ada rancangan nak keluar ke mana-mana. Hanya berehat di rumah tiba-tiba lepas solat Asar enZaf ajak keluar. Meraikan orang yang dah baik dari sunat. Kami ke The Coffee Bean TTDI.



Kami ke sini pun atas permintaan Ariq itu sendiri. Dia request nak makan Bagel. Bukan main suka lagi dia, sengih lebarnya hihi.. Ingatkan tak ramai orang, tapi boleh tahan juga hampir penuh. Ramai orang nak minum petang juga kan. Qaireen sekarang ini pun dah mengikut macam Ariq suka makan Bagel.



Akak Zahra dan Aliah pun suka juga. Dulu boleh la order sikit dan share ramai-ramai, sekarang ini dah kena order sorang satu. Bila dah besar makan pun dah banyaklah kan. Mereka berdua ini duduk di meja berasingan tapi bersebelahan saja dengan kami.



Ai dan enZaf makan Margherita Pizza. Cakap dengan dia makan petang sangatlah, bagi ai Pizza ni dah makan berat boleh kenyang sampai esok eh tengah malam dah lapar mencari kudap-kudap di dapur :p



Masa keluar kami nampak ada kedai baru bertentangan dengan Coffee Bean ini. Kedai bundle namanya 2nd Street, enZaf ajak masuk tengok barang-barang. Tak ambil gambar pun masa ini, tapi dalam kedai ini macam-macam ada dari pakaian, kasut, beg dan aksesori lain pelbagai jenama. Boleh search 2nd Street di dalam Instagram, banyak cawangan juga rupanya. Kami tak membeli apa pun sekadar mencuci mata sahaja :)

Cerita mengenai perjalanan Ariq bersunat atau berkhatan boleh klik pada link di bawah:

- Tips menjaga anak bersunat cepat sembuh [link]
- Hari ke dua Ariq berpantang [link]
- Hari pertama Ariq menjalani khatan [link]

Friday, January 21, 2022

Cucuk Dos Penggalak Vaksin Covid-19


Masa ai jaga Ariq berpantang sunat, tiba-tiba dapat mesej dari MySejahtera memaklumkan tarikh temujanji dos penggalak. Tak silap tarikh untuk ambil vaksin itu lagi tiga hari. Perkara pertama ai tengok ialah tempat pengambilan dos penggalak itu, alhamdulillah dekat dengan rumah. Jadinya terus buat confirmation setuju dengan tarikh yang diberi. Seperti biasa sebelum sampai haruslah wefie dengan Qaireen. Si kenit ini mana boleh tinggal, mujurlah enZaf tiada kerja atau meeting pagi tu. Dapatlah dia hantar dan jagakan Qaireen sekejap :)



Muka malas nak bersiap, sapu day cream je kat muka. Pakai face mask lagilah malas nak pakai bedak bagai, cepat berpeluh buat ai rimas. Tempat ai cucuk vaksin ini di Hospital Thomson. Dari luar lobi dah nampak banyak kerusi di tempatkan untuk yang nak ambil vaksin.



Ya ampun ramainya orang, dah rasa macam PPV pula. Sama sahaja macam ambil vaksin dos pertama dan kedua huhuhu.. Masa enZaf ambil booster, dia dapat di klinik, mudah je senang dan cepat sebab tak ramaikan. Yang ini ambil masa dalam sejam lebih juga, menunggu saja dah makan masa. Sekali masuk seramai 50 orang setiap stesen tapi itu la tetap lama juga nak menunggu. Mujurlah Qaireen tak meragam. Dah tunggu di luar baru masuk dalam bangunan hospital tapi itu pun belum terus pergi cucuk, menunggu lagi :(



Masa menunggu di dalam ini baru diberikan borang persetujuan suntikan vaksin. Borangnya sama sahaja dengan suntikan sebelum ini. Tunggu dalam 10-15 minit rasanya, lepas itu baru gerak ke stesen seterusnya.



Tempat cucuknya di tingkat 4, kena naik lif. Masa naik lif ni pun kena tunggu giliran sebabnya tak boleh ramai. Hanya 4 orang dalam satu lif. Nasib baiklah lifnya banyak dan agak laju.



Sampai di tingkat 4, menunggu lagi dan menunggu giliran untuk menghantar borang persetujuan dan ke stesen 3 untuk mendapatkan pengesahan dan tandatangan doktor pula. Serius masa ini ai dah rasa letih. Tapi apakan daya, kita ikut sahajalah apa yang sudah ditetapkan oleh pihak hospital.



Di stesen 4 menunggu giliran untuk dicucuk. Masa nak masuk dalam bilik tu, baru ai perasan dan sedar. Rupa-rupanya dalam bilik tu ditempatkan dua orang sekali cucuk bersama. Sebelah menyebelah tapi tiada penghadang. Ya Allah masa tu rasa macam tak jadi nak cucuk dan nak keluar dari bilik tu. Pasalnya yang lagi seorang nak cucuk tu lelaki. Pastilah dia boleh nampak bila nak selak lengan baju huhuhu..



Lsgi satu orang kat luar menunggu giliran itu pun boleh nampak kita di dalam ni cucuk vaksin. Stress pula ai rasa masa tu. Masa tu tawakal dan berdoa sahajalah. Walaupun cucuk tu sekejap sahaja tapi tetap lah rasa tak selesa. Dah selesai cucuk ke stesen 5 pula untuk pemerhatian.



On the way nak keluar dari tingkat 4 itu, sempatlah ai minta tolong salah seorang dari penerima vaksin yang tengah menunggu lif ambilkan gambar di photo booth. Punya lah tebalkan muka selamba suruh, nasib baik orang tu sudi nak ambilkan gambar hehehe.. Dapat juga lah kenangan satu ambil booster ini kan.



Lepas cucuk kami terus lunch sebelum ambil Aliah di sekolah. Oh ya ai terima dos penggalak Comirnaty dari Pfizer. Kesan dari lepas ambil vaksin ini agak ringan kalau nak bandingkan masa dos pertama. Sekadar lenguh lengan pada tempat dicucuk, itu pun hanya dua hari saja. Mungkin badan ini dah imune dengan vaksin yang sama ini. Apa pun syukur Alhamdulillah masih bernafas, kita sekadar berusaha selebihnya serahkan kepada Allah S.W.T.

Wednesday, January 19, 2022

Menjaga Orang Berpantang Sunat


Pada hari pertama Ariq sunat dalam pukul 4 petang tak silap ai, ubat biusnya sudah hilang. Waktu itu dia mula rasa sakit dan pedih-pedih sedikit. Kesan dari jahitan kawasan sunat itu. Cara berkhatan ini ada dua jenis iaitu laser atau clamp. enZaf memilih prosedur cara laser untuk berkhatan Ariq ini. Harga untuk prosedur laser sedikit mahal dibandingkan dengan clamp. Setiap prosedur ini pun ada pros and cons tersendiri, semuanya bergantung atas kehendak kita sebagai ibu bapa untuk memilih yang mana sesuai untuk anak. Bagi ai tiada betul atau pun salah. Tiada elok atau tidak elok. Bergantung kepada doktor yang melakukan prosedur itu dan kita ibu bapa dalam menjaga anak berpantang. Alhamdulillah sepanjang proses berkhatan Ariq dipermudahkan, ianya mengambil masa hampir satu jam. Doktor bius pada tempat bersunat sahaja, ai ingatkan Ariq ni takut sampai perlu full bius tapi tak sangka hero Mummy tu hebat tak takut hihi..

Sepanjang waktu siang itu Ariq tak minta untuk ke bilik air, tiba-tiba lepas Maghrib Ariq beritahu nak buang air kecil. Masa itu ai sedikit gemuruh sebabnya kawasan bersunat Ariq itu masih berbalut dan balutannya itu menutupi bahagian kencing. Waktu itu pula Daddynya keluar. Ai cuba untuk buka balutan tapi Ariq mengadu sakit. Balutan itu pula kering dan melekat pada bahagian luka huhuhu.. Bila nak tarik kain balutan itu Ariq menjerit kesakitan. Ai dah panik, minta dia tahan sementara menunggu Daddynya balik. Bila Daddynya dah sampai rumah, dia bawa Ariq ke bilik air. enZaf basahkan balutan itu dengan air untuk melembutkan kainnya. Memang drama sungguh dalam bilik air tu dengan Ariq menjerit kesakitan. Ai pula yang tak sanggup dengar, ngilu-ngilu rasa. Kita yang luka sedikit atau melecet kena air pun sakit, apa entah lagi bila luka tu bahagian sunat itu kan huhuhu..

Selama tiga hingga empat hari juga lah ai masih terdengar Ariq mengaduh sakit setiap kali dia mandi. Bila air tu lalu ke kawasan luka dia rasa pedih sangat. Nak tak nak kena basuh juga kalau tak lambat nak baik. Mandi tetap macam biasa. Ada sedikit bahagian kawasan luka Ariq bernanah terutamanya bahagian belakang. Bahagian itu agak tersorok dan mudah lembab itu yang senang terbentuk nanah. Lepas mandi ai akan bantu Ariq untuk keringkan kawasan sunat itu dengan menggunakan kipas tangan. Pernah guna hair dryer tapi dia kata sakit sebab angin tu kuat sangat walaupun ai dah jauhkan hair dryer. Jadi guna manual je lah kipas tangan, gigih Mummynya pun kan. Dah kering barulah ai sapu ubat yang diberikan oleh doktor dengan menggunakan cotton bud. Hari ke-lima baru ai guna air garam untuk cuci sunat Ariq, sebenarnya seawal tiga hari dah boleh cuci dengan air garam tapi Ariq tak nak. Dia takut katanya pedih. Jadi ai terpaksa menunggu bila dia dah bersedia. Untuk cuci dengan air garam itu ai tak rendam, hanya lalukan air tu di kawasan luka sebanyak yang boleh. Bila pakai air garam tu, memang luka yang ada cepat baik dan kering. Sangat berkesan. Ai akan cuci dengan air garam sebanyak dua atau tiga kali sehari. Lega juga sepanjang Ariq berpantang ini dia tidak demam. Takutlah bentan kan. Sepanjang pemerhatian ai selama seminggu juga luka sunat dia sembuh sepenuhnya.



Kain pelekatnya ada sehelai sahaja Daddy dia beli. Bila ai nak basuh kain tu terpaksalah berselang dengan kain batik Mummy hehehe.. Kain batik pun boleh lah kan. Setiap dua hari ai akan minta Ariq tukar kain. Seronok betul dia semasa berpantang ini, mengadap handphone sahaja main game lepas tu nak makan apa semua dapat. Memang hari dia sungguh :p



Bila tengok semula pada gambar Ariq di atas, rak dibawah ini lah ai guna untuk diletakkan pada bahagian sunatnya itu. Sebagai ganti dari ikat gantung kainnya. Nak gantung tak ada tempat jadi ai guna rak itu sebagai alternatif lain.



Sebenarnya rak itu tempat ai letak mangkuk dalam kabinet dapur. Entah macamana ai boleh terfikir pakai menda itu, tiba-tiba je datang idea :) Lama dah beli tak silap dah 4 tahun kot, dan sampai sekarang masih ada lagi di Ikea [link]. Gambar di bawah pula ai sempat ambil gambar masa Ariq tengah main kejar-kejar dengan Aliah sambil pegang kain bila berlari hahaha.. Mummy risau tersadung je.



Rumah sekarang penuh dengan mainan Qaireen sahaja. Berlonggok dah kat tepi dinding tu. Ikutkan hati ai campak keluar sahaja tapi itu lah.. bertahan dan bersabar sehingga anak besar :p Kebetulan masa Ariq berpantang ini, buah Limau Mandarin dah ada. enZaf beli buah ini semata untuk Ariq sebabnya dia suka makan Limau ini berbanding dengan limau potong tu. Perbanyakkan makan buah Limau untuk cepat baik luka. Tapi kalau makan buah Limau Sunkist tu lagi bagus. Buah Betik itu khas untuk ai dan Aliah, yang lain tak makan.



Mujurlah ada anak bujang seorang saja. Sekurang-kurangnya merasa jugalah menjaga orang berpantang ini walaupun tak ada banyak mana pun kerja kita. Alhamdulillah, luka sunat dia dah elok kering, cantik nampak jahitan kelilingnya. Lega dah Mummy :) Nasib baik mata Mummy tak tumbuh ketumbit ke rabun ke sebab hari-hari duk belek luka sunat dia tu hahaha..

Secara ringkasnya tips yang ai boleh kongsikan pada ibu atau bapa ketika menjaga anak lelaki berpantang sunat ialah:
- elakkan makanan yang boleh mendatangkan alergik atau pun gatal seperti ayam dan telur
- rendam atau basuh kawasan sunat dengan air garam untuk mempercepatkan luka itu kering
- pastikan kawasan luka atau jahitan itu tidak lembab untuk mengelakkan dari berbau atau bernanah
- makan buah limau atau makan vitamin C, ia juga baik untuk luka cepat sembuh
- sentiasa dalam keadaan cuaca dingin untuk elak berpeluh dan gatal-gatal
- sentiasa sapu ubat yang diberikan oleh doktor setiap kali selepas mandi atau cuci luka.

Semua tips di atas itu berdasarkan pengalaman ai sendiri menjaga Ariq. Semoga bermanfaat untuk orang lain :)

Tuesday, January 18, 2022

Hari Ke-2 Ariq Berpantang


Bila ai maklumkan pada keluarga di Sg.Buloh yang Ariq sudah bersunat, laju sahaja mereka ni datang ke rumah. Kalau bab cucu, memang Tok Abah dan Mak Tok yang paling ke depan :p Pada hari ke-dua mereka semua datang melawat Ariq.



Dia request nak makan donut J.Co. Mak Tehnya siap singgah kedai J.Co dulu sebelum datang, semata-mata nak beli donut Oreology dan Chocolate Rainbow. Donut kesukaan dia tu, untunglah Ariq. Mummy nak berpantang juga lah, agak-agak dapat layanan macam ini juga tak hehehe..



Jamu dorang dengan makan Pizza sebab Pizza tu request by anak-anak juga. Haishhh... makanan dorang lagi, kami pun makan sama juga lah hahaha..



Gambar di bawah ini ai tak ingat dah hari ke berapa, Ariq nak makan Choco Eclairs Stix dari Auntie Anne's dan air Coco Smoothies with Oreo Cookie Pieces dari Tealive. Ya ampun bertuah sungguh Ariq, memang rezeki dia sungguh hehehe...



Sepanjang dia berpantang ini tak ada lah susah sangat bagi ai. Tengok dia pun tak ada lah stress mana. Mana taknya kan, apa yang dia minta dapat. Happy lagi adalah :)

Monday, January 17, 2022

Ariq Sudah Bersunat


Akhirnya, Ariq bersedia untuk bersunat. Bahasa formal adalah berkhatan tapi ai lebih selesa menggunakan perkataan sunat lagi :) Santai sikit bunyinya kan hehe.. Dari dua tiga tahun lepas lagi ai sudah ajak Ariq untuk bersunat walaupun tahu dia tak bersedia lagi. Dan ai pun tak mengharap pun dia nak sunat cepat, sahaja lah ajak-ajak banyak kali. Setiap kali ajakan ai tu respon dia memang tak nak. Ariq sebenarnya dia fobia dengan hospital ini sejak dari kes dia jatuh dan kena jahit di dagu. Jadinya dia rasa sunat ini pun pasti sakit macam itu juga. Tapi tak sangkalah, pada awal minggu pertama bulan 1 dia tiba-tiba kata "Mummy, Ariq nak sunat". Bila Daddynya dengar sahaja Ariq cakap macam itu, lajulah Daddynya call hospital nak buat appointment. Takut tiba-tiba dia berubah fikiran pula kan. Sebelum itu ada juga Daddynya survey di klinik yang berdekatan dalam kawasan Kota Damansara ini, akhirnya kami membuat keputusan dengan memilih Kelana Jaya Medical Center (KJMC) sahaja.



Memandangkan rekod Ariq sudah ada di sana jadi lebih baik buat di situ sahaja. Di KJMC ini, prosedur bersunat hanya dibuat satu hari sahaja dalam seminggu. Hari yang dinanti-nantikan, enZaf membawa Ariq ke KJMC. Semangat Ariq bangun awal pagi dan tiada ketakutan pun pada wajahnya. Bangga Mummy tengok dia, macam tak percaya dia dah besar hehehe..



enZaf hantar gambar melalui Whatsapp sebelum Ariq dibawa masuk ke dalam bilik OT sebelum prosedur dimulakan. Daddynya tak boleh teman dia masuk di dalam. Doktor pun benarkan Ariq membawa handphone untuk mengelakkan diri dari ketakutan. Pada awalnya enZaf beritahu dia mendengar suara Ariq menjerit, mungkin waktu itu doktor sedang cucuk bius padanya. Lepas itu tiada dengar sebarang bunyi lagi. Masa enZaf bagi gambar tu, hati ai rasa sebak sangat tak dapat bersama dan berada di sisi Ariq. Tak semena air mata laju je turun, perasaan masa tu macam berpisah jauh dengan anak. Tak senang duduk juga ai menunggu enZaf Whatsapp selesai ke belum. Boleh tahan lama juga menunggu katanya dalam 1 jam juga. Gambar di bawah setelah selesai bersunat, masa ini dia tengah menunggu Daddynya bayar bil dan ambil ubat.



Bukan main lagi tunjuk tanda good kan. enZaf cakap masih ada bius lagi boleh lah senyum, tunggu dah habis bius nanti hehehe.. Sebelum balik rumah, enZaf beli makan tengah hari dulu. Budak bersunat ini request nak makan Subway. Daddynya melayankan sahajalah kehendak orang sunat :) Ada 3 ubat dibekalkan oleh pihak hospital.



Laju Mummy ambil gambar orang bersunat ini, simpan kenangan di dalam blog. Seronok lah dia masa ini dia minta apa sahaja semuanya dapat. Mummy pun hilang helper sekejap, selalunya dia lah orang yang paling rajin tolong Mummy ambil itu ini hahaha..



Siang makan Subway, makan malam minta Mc Donalds pula. Memang sepanjang dia berpantang ini, semua orang makan makanan yang dia nak :p



Ai minta enZaf ambilkan tilam dia dan letak di depan tv. Biar sepanjang berpantang ini dia tidur di ruang tamu. Dia tidur di katil double decker bahagian atas jadinya susah nak panjat naik turun bagai. Letak bawah senang sikit ai nak uruskan dia juga untuk cuci dan sapu ubat. Daddy dia pun tidur luar sama, eloklah berdua tu tengok bola tengah malam bersama-sama.



Kain pelekat yang Ariq pakai itu memang beli semata untuk nak bersunat. Kalau tidak tak ada makna nak berkain bagai duduk dalam rumahkan. Tak perlu nak gantung kain pelekat macam orang selalu buat, ai hanya letak shelf kecil dalam tu. Shelf tu ai guna untuk letak mangkuk dalam kabinet dapur hahaha.. Yang itu akan buat entry lain mengenai pengalaman menjaga orang bersunat :)