Wednesday, February 14, 2018

Wedding & Ikan Bakar


Sementara menanti kelahiran baby ini, ai cuba update blog sekerap yang boleh. Tiba-tiba semangat rajin datang pula di saat fasa akhir kehamilan ini kan. Entry ini mengisahkan cerita pada bulan Disember tahun 2017 hehehe... cerita tahun lepas masih banyak lagi tak dimasukkan dalam blog huhuhu... Pada 1hb Disember kami sekeluarga pergi ke Johor. Ada jemputan majlis perkahwinan dua pupu ai. Kali ini majlis dibuat 2 pasangan pengantin serentak. Adik beradik seorang abang dan seorang adik perempuan, senang kan sekali harung sahaja. Majlisnya berlangsung pada 3hb tetapi kami bertolak awal dua hari untuk bawa anak-anak berjalan dahulu :)



Tak banyak gambar ai snap, seronok berbual dengan saudara-mara. Lama tak jumpa jadi banyak cerita dibualkan. Selesai majlis persandingan, kami terus balik ke KL. Tetapi untuk Abah, Mak dan saudara lain mereka masih stay di Johor. Ikutkan hati ai, nak duduk lama lagi tetapi esoknya ai ada baby check-up. Dalam perjalanan ke KL, jem teruk sangat di highway. enZaf buka Waze memang kelihatan warna merah sepanjang highway hingga ke Seremban. Ditambah pula dengan accident, lagi lah jem bertambah teruk. Dalam Waze tu siap tunjuk arah keluar highway untuk ikut jalan lama. Disebabkan lama sangat dah kami ini sangkut di dalam jem, enZaf terus ajak ke Melaka singgah makan. Kira makan dinner awal dalam lewat petang gitu. enZaf bawa kami makan ikan bakar di Muara Sg. Duyung.



First time ai datang makan di sini. Kami saja mencuba tempat lain pula selain daripada Ikan Bakar Umbai dan Serkam. Cantik view di sini, ada sungai besar mengalir ke laut. Ambil gambar anak-anak. Ceria masing-masing dapat keluar dan makan. Sembab rasa duduk dalam kereta lama sangat. Bebal punggung hihihi...



Berwefie sementara menunggu makanan sampai.



Antara lauk yang diorder.



Sotong dah nak habis, baru ai terhegeh nak ambil gambar hehe.. sampai masa tengah makan, memang tak pegang dah handphone.



Not bad juga rasa makanannya. Sedap-sedap dan yang pasti licing pinggan. Orang yang datang makan pun boleh tahan ramai juga. Agaknya dorang ni dari highway juga kot, penat jem jadi singgah makan hihihi... jarak dari tol nak ke sini pun tak berapa jauh sangat. Yang paling ai suka ialah kebersihan kedai makan ini. Ai tengok stafnya tak berhenti-henti menyapu sisa makanan yang berterabur atas lantai. Jadi lantai itu bersih, tak melekit dan semut pun tak sempat nak hurung. Cuma orang yang datang makan tu je, cubalah jaga sikit adab makan bagi bersih. Elakkan la makan berterabur atau buang sisa bersepah-sepah. Ini pun satu hal jugakan, tak semua orang ada sikap awareness begini. Syukur dapat tuan kedai yang sangat menjaga kebersihan.

Selesai makan, perut pun dah kenyang kami sambung semula perjalanan kami. enZaf buka Waze untuk lihat samaada masih jem lagi atau tidak, dan Waze pun masih suruh ikut jalan lama. Dari Sg. Duyung ini sehinggalah ke Port Dickson baru Waze tunjuk masuk highway semula. Ingatkan jalan dah clear lepas Port Dickson, rupa-rupanya masih jem lagi. Ya ampun.. macam nak raya pun ada, teruk sangat jemnya.



Kami sampai rumah dalam pukul 2 pagi huhuhu.. Lama betul terasa jauhnya kali ini. Sampai kematu punggung ai hahaha... Itu pun separuh ikut jalan lama kalau memang atas highway je tak keluar mungkin tak sampai lagi agaknya. Kesian kat anak-anak keletihan, jenuh nak kejut dorang bangun masuk dalam rumah. Sampai rumah terus masuk bilik sambung tidur tak sempat salin baju. Semua dah tak larat.

Monday, February 12, 2018

Checkup & CTG


Sabtu baru ni gi check-up.
Kalini lain sikit sbb ada buat CTG.
Walaupun tak rasa nak bersalin,
tp berdebar jugak la kan.

Nurse panggil pegi wad bersalin.
Lamanya tak jejak kaki ke sini,
dah 5 tahun lebih hehehe.

Sementara menunggu nurse prepare bilik,
Ariq sibuk suh Mummy amikkan gambar.
Tp ai amik dari jauh je,
malas nak bangun dari sofa :p



Aliah pun sama nak bergambar gak,
tp ya ampun pose ape ko buat ni nak.



Zahra je tak layan sbb dah besar.
Nak plak upin ipin mmg tak heran la dia.

Ngam ngam amik gambar Aliah,
midwives pun panggil.
Berjalan la ke arah labour room.
Ya mengimbau kembali time
nak bersalinkan Ariq dan Aliah hehehe
Bilik pun yg sama.
Berdebar jantung tetiba haha

Anak2 pegi playroom.
Zaf je temankan ai.
Pastu dia ckp ha meh amik gambar.

Time ni bole la senyum.
Tak sakit lagi.
Cuba dah sakit..



Buat CTG 15minit.
Hasil report..
tiap 5 minit dah ada contraction,
tp sgt mild la..
rasa sakit sikit2 tu mmg ada dah.



Pas setel buat CTG,
jumpa gynea.
Check serviks plak...
masih tebal lagi.
Tp baby dah turun.
Gynea suruh jalan banyak.
InsyaAllah dalam seminggu ni
bersalin la tu...
dup dap dup dap.
Ape pun next appointment tetap kena buat.
Kot tak bersalin jugak la kan.
Lepas raya cina jumpa lagi.

Sambil taip entry ni pun
ada contraction..
tp masih bole tahan lg.
Selagi tak keluar blood show
or air ketuban,
bertahan je la kat rumah ni.
Melainkan dah tak tahan sgt
contraction tu,
dah kerap dah kuat mmg
kena terus ke hospital la kan.
Macam mengandungkan Ariq.
Takde keluar darah or air pun,
tp conraction dah kuat.

Skarang ni pun dah byk berjalan.
Tak pegi mana pun,
pusing2 dalam rumah je.

Friday, February 9, 2018

Dugaan & Ujian Bulan 1/2018


Pelbagai ujian dan dugaan
kami sekeluarga bulan 1 yg lepas.
Start dari tengah bulan 16hb
Aliah orang pertama jatuh sakit.
Dia demam.
Dapat virus dari kawan sekolah.
Bertalu2 jugak la message
dalam whasapp group kelas Aliah,
mak2 bgtau anak2 cuti sebab tak sihat.
Dalam sehari tu mesti ada tak dtg.
Berlarutan dekat 2 minggu.
Sorang2 kena.

Start dari Aliah,
habis satu rumah ni pun kena.
Bukan takat demam je,
batuk selsema cukup pakej
3 serangkai.

Selasa Rabu dia tak sihat,
gigih la ai menjaganya...
lap badan tiap masa...
bg temperature tu tak naik mencanak.
Hari Khamis (18hb) tu dia dah kurang,
tetiba satu rumah semua sakit okay.
Akak Zahra, Ariq, ai dan Zaf.
Zaf la paling teruk sekali.
Sampai tak bole bangun.
Bayangkan semua terbongkang,
ai paksa diri okay nak jaga,
kalau ikutkan sakit,
takut lagi melarat.

Tak ingat hari apa.
Jumaat (19hb) kot.
Ai gi checkup sbb baby tak gerak.
Dah sakit agaknya baby dlm perut pun sakit.
Takut jugakkan.
Alhamdulillah baby okay.
Mujurla ai tak sihat dlm 2 hari je,
cuma tinggal batuk.
Sampai skang pun tak baik lagi,
susah betul.
Anak2 demam tinggal dedar
cuma Zahra batuk ada lagi, Ariq selsema..
Ubat jgn cakap la,
kat dapur tu penuh.
Zaf masih lagi terbongkang,
tak nampak perubahan sangat.

Dah elok2 baik,
next weeknya tetiba masing2 panas balik.
Risau influenza or denggi,
Gi check lagi alhamdulillah takde,
ulang la balik macam minggu sebelumnya.
Masa ni badan ai dah restless giler.
Rasa macam nak keluarkan perut letak tepi jap haha

Nak 2 minggu la masing2 nak recover dari sakit.
Kalau la dapat massage time tu bestnya la.

Elok dah baik semua Alhamdulillah,
terjadi la satu tragedi,
23hb hari Selasa,
Ariq jatuh dari kerusi.
Masa kejadian ai dalam bilik air,
nak amik wudhuk solat Zuhur.
Masa dalam bilik air
ai mmg terdengar bunyi benda jatuh.
Tunggu kejap kot ada dgr bunyi
lain lagi ke mcm orang nangis ke apa kan.
Tp takde ape sunyi je.

Zaf mmg ada kat rumah sbb badan dia mmg tak
berapa sihat lagi.
Tp dia kat luar rumah kejap.
Lepas keluar dari bilik air,
dgr bunyi orang nangis.
Keluar tgk kat dapur,
Zaf tgh lap2 darah kat dagu Ariq.
Rupanya dia jatuh kat kerusi
dagu tu terhantuk kat bucu kerusi.
Time dia jatuh tu ada akak Zahra.
Katanya dia panggil ai tp ai tak dgr.

Lepas lap tu Zaf terus laju bawak dia ke klinik
dekat dgn rumah.
Tp kat klinik tu suruh refer hospital
sbb ape ntah alatan dia tak cukup rasanya.

Muka sedih sakit.
Habis baju berdarah2 menitik.



Klinik tu buat refer letter kat hospital sg buloh,
tp kami pegi KJMC je.
sbb nak cepat.



Itu la yg terbelah.
Sebenarnya terkeluar2 dah isi tu,
ai tgk pun ngeri.



Masa nak wat prosedur,
nama doktor tu Puteri Sabrina.
Nak cucuk ubat bius.
Sekali cucuk okay,
2 kali nak cucuk dia terus melalak.



Lepas tu terus menangis tak henti
sampai la habis jahit.
Dia fobia tgk jarum tu huhuh

Kesian la anak bujang ni,
kena 3 jahitan.
Semua orang yg tau cakap takpe,
baru la hero hehehe



Yang kelakar tu,
lepas dah nangis2 dah
setel semua tu,
dia cakap dia nak makan
Ariq lapar hehehe
Daddy pun bawak la gi makan.



Tiap 3 hari ada susulan checkup,
nak tgk jahitan dan luka.
Kot ada infection.
Ariq kalau jumpa doktor Puteri tu,
taknak salam taknak say thank you.
Marah ape ntah hahahaha

Skang luka dia dah kering,
nak plak benang jenis
reput sendiri je kan.
Tinggal parut sikit,
pasni bole beli bio oil la hehe

Habis dah cerita Ariq,
the next day pulak.
Tetiba badan Aliah naik macam ruam.
Penuh okay satu badan sampai ke muka tangan.
Kaki je kurang.



Arghh sudah ai ingat chicken pox ke
Tp dia tak demam.
Tanya dia gatal ke tak..
pun tak..
Pegi klinik... ntah bape kali pegi
klinik pun tak tau dah.
Berpuluh2 resit kami kumpul 3 minggu berturut :)
Doktor tak cakap chicken pox k meassles ke,
mungkin alergik.
Katanya tunggu sampai 3 hari.
Kalau dia tak demam.. or simptom2
lain yg ke arah chicken pox bagai
so konpem la alergik.

Tu yg tanya dia apa2 dia makan,
buat or pegi mana2
sampai dia jadi cmtu.
Kami pun tak bole nak detect.
Alhamdulillah lepas 3 hari takde demam apa.
Bintik2 kat badan pun berkurangan.
Fuhhh lega rasa.
Kalau tak tambah. lagi fasa nak kena kuarantin plakkan.

Cuma ni la terbaru,
2 hari lepas akak Zahra
start batuk balik.
Teruk gak batuk dia sampai muntah.
Semalam dia nak sgt ke sekolah,
batuk sampai muntah dalam kelas.
Dah kena amik dia.
Harini dgr Ariq plak batuk2.
Aduhai... bertabahla kami sekeluarga.
Semoga anak2 ku cepat sembuh
dan sihat seperti biasa.

p/s: esok checkup buat ctg.
gynea nak check skali dah ada bukak blom.
Jumpa jiran2 kat umah 2-3 org ni
pun dah cakap nampak perut dah turun.
Tetiba neves okay.
5 tahun tak beranak... rasa macam anak pertama plak hehe


Tuesday, February 6, 2018

Readers' Theatre & Little Ihtifal 2017


Mood tengah rajin nak
update blog.
Jadinya laju2 la wat entry.
Yg pasti ceritanya tahun lepas.
Tak habis2 lagi huhu

Cerita pasal sekolah Ariq,
GAKD Readers' Theatre & Little Ihtifal 2017
"Children See, Children Do"

Ai dah ingat2 lupa dah
tentative haritu.
Tgk pada info gambar ni,
buat pada 14th November 2017.
Tempat sama macam Aliah tahun lepas.
Kompleks Seni Islam Selangor.

Sebelum start harusla
amik gambar anak bujang ni.
First time tuk dia.



Pastu bergambar ngan kawannya Imran.
Maknya suruh senyum
tp muncung dia bagi hehe



Bergambar ngan Daddy,
sian enZaf kepenatan balik dari Johor.
Tak cukup tido dan rehat.



Aliah plak ngan kawannya Arissa.
Last la ai dapat jumpa ngan Maria,
Mummy Arissa..
Pastu anak dia dah masuk Darjah 1.
Hilang gosip mak jemah kat GA :p



Seyes tak ingat ni perform tuk ape.
Yang tau ni anak2 5 years.



Ada byk performance buat haritu.
Ikut umur dari 4 tahun sampai 6 tahun.
Comel je anak2 ni berlakon bagai.



Yang ni last song dorang perform.
Ape ntah tajuk lagu,
tp lagunya kelakar penguin ngan menari semua tu.



Masukkan video lagu penguin tu :)




Monday, February 5, 2018

Redeem Periuk


Lama dah redeem..
tahun lepas lagi hehe
Pegi Giant beli barang,
masa bayar dapat setem ni.
Tengok2 mmg ngam2 penuh.



Zaf offer suh pilih.
Kita pun amik la..
tp amik yg kecik je.
Sbb takde lagi size comel ni.



Tapi tapi sampai skang
tak bukak2 lagi dlm kotak.
Elok je duk diam2 kat dapur hehehe

Bila masak kita ada feveret periuk.
Dok la ulang2 pakai sama je.
Yang baru ni tak tau la bila nak pakainya.
Tup tup kang buat hadiah kawin
gi kenduri nantikan hehe

Sunday, February 4, 2018

Checkup Minggu ke-36


Semalam pregnancy checkup
minggu ke-36.
Fuhhh tak lama lagi dah nak bersalin.

Badan pun dah rasa berat sgt,
jalan dah rupa penguin.
Pregnant kalini mmg terasa sgt penatnya.
Faktor utama mesti la umurkan.
Tak bole nak berdiri lama dah,
nak nak kat dapur.
Bila memasak tu kaki dah gigil.
Sikit2 duduk pastu sambung masak haha
Skang ni je masak selang seli,
tak larat dah nak masak hari2.

Okay berbalik pd cerita checkup,
Baby dah berat 2.2kg.
Gynea cakap okay boleh la beranak.
Terkejut ai hahaha
Baby pun dah rendah.
Dia kata tak payah tunggu lama2,
nanti baby besar susah plak :p
Next week checkup lagi
dan buat ctg terus.

Cakap pasal ctg,
ai mmg dah rasa contraction sikit2.
Tp takde la kerap sampai
boleh bersalin dah.
Bila jalan banyak,
rasa la contraction tu.
Tengah2 jalan tetiba berhenti,
Zaf paham la hihi..

Bag hospital tak siap lagi okay.
Barang baby dah packing,
barang ai je blom lagi.
Bukan tak eksaited dgn kehadiran baby
tp kemalasan melanda jiwa
mengatasi segala2nya :p

Oh ye kalini dugaan ai mengandung,
batuk2 yang tak baik2 sampai skang.
Semuanya bermula dari Aliah
yang demam..
rasanya berjangkit dari kawan2 dia kat kelas.
Start dari dia,
habis satu rumah tak sihat.
Demam batuk selesema..3 serangkai.

Dekat 2 minggu bergilir2 sorang2 sakit.
Dorang okay lagi bole makan ubat,
tang ai tak makan ubat,
ya ampun letihnya.
Batuk kuat sampai terkencing okay.

Skang ni pun masih ada lagi batuk,
dan pad maxi adalah best friend ai skang. :)
Pastu ai ada cam gatal2 kulit.
Yang herannya malam je naik gatal.
Habis menggaru tak tahan sangat,
kalau tak tahan sgt
mmg masuk bilir air.. mandi.
Pukul 2 pagi pun mandi jugak.
Kalau tak, tak bole tido.
Dah mandi baru lega.

Ha.. masa checkup..
amik berat badan.
Turun okay..
dari 52kg skang dah 49kg.
Nasib baik baby dalam perut
beratnya okay..
sekarang baby dah berat 2.2kg
alhamdulillah.

Yang no.4 ni macam2 la sakitnya.
Pengalaman mengandung tu tak samakan
walaupun dah byk kali.
Semoga bersalin kalini dipermudahkan.
Berdebar plak nak checkup next week ;)