Friday, November 30, 2018

Hadiah Guru Tahun Ini


Tahun ni bajet tuk beli hadiah
cikgu agak terhad.
Kebetulan ada pakai duit untuk urus perkara lain.
Setelah Mummy dah fikir dan
timbang tara akhirnya buat keputusan
yang hadiah cikgu2 Zahra dan Aliah
hanya diberi kepada guru kelas sahaja.
Tak dpt nak bg guru2 subjek lain mcm tahun2 sebelum ni.
Maafkan Mummy yer anak2.

Tapi untuk Ariq ai tak bole kecualikan.
Sebabnya dia dah habis ngan Genius Aulad,
jadinya kena la bagi semua teacher2 dia.
Itu pun ai terpaksa limit dgn harga hadiah tu
kepada yg mampu nak beli. :(

Esok nak bagi cikgu baru
harini mencari hadiah.
Nasib baik juga driverku aka banker
masuk office lambat.
Jadi heret enZaf sama dlm misi
pencarian hadiah hihi



Tak pergi jauh,
hanya dekat Strand Mall.
Ingatkan nak pergi Daiso.
Sekali pergi dah tutup rupanya.
Aduhai makin suram Strand Mall ni sekarang.
Harapkan ada TGV je la.. kalau tak habis
sunyi sepi mall ni.

Mati kutu ai jap bila Daiso takde.
Sbb dalam ni tak byk kedai pun.
Nak pergi tempat lain mmg tak la
sbbnya enZaf ada kerja nak kena buat.
So pusing punya pusing, fikir punya fikir
jumpa la gerai2 tudung kat dlm mall ni.
Dan beli la tudung yang pasti pilihan Ariq.

Sempat jua la dia bawak balik bekal
air tin laici haha
Baru belajar minum air laici kelmarin,
terus suka nak lagi.
Maniskan harusla suka.
Tapi tak bole selalu.



Malam baru ai start nak bungkus hadiah.
Suruh Ariq buat thank you note tuk teacher2 dia.



Ai plak balut hadiah,
dengan keadaan laju2 sbbnya Qaireen nak tidur.
Senget benget rupa huhu



Tulisan Ariq "cantik" sgt.
Janji ikhlas dari hati haha
Siap ada lukis love lagi :p



Owh yang ni hadiah tuk guru kelas Aliah.
Dia beli keychain pom pom tu warna purple.
Seperti biasa ai akan suruh dia pilih sendiri.



Yang lain tu semua ai recycled okay.
Eh kecuali biskut chipsmore tu la.
Beli kat cafe rumah ni hehe

Hadiah tuk guru kelas Zahra je ai tak amik gambar.
Dia bagi keychain juga.
Keychain penguin hehehe
Kelam kabut bungkus sblm dia nak ke sekolah.
Serious tahun ni agak kelam kabut
tetapi alhamdulillah selesai juga akhirnya.
InsyaAllah ada rezeki lebih tahun depan
bole la beli tuk semua cikgu2 yg mengajar anak2 tu.

enZaf pun cakap takpe la,
Zahra Aliah masih jumpa cikgu2 lagi tahun depan.
Masa Teachers Day pun dah bagi hadiah sorang satu.
Okay bos!! :)



Thursday, November 29, 2018

Convo Carnival Showcase 2018


Dua minggu lepas hari Ahad
18hb November hari Ariq konvo.
Masih buat tempat yang sama kat
Kompleks Seni Islam Shah Alam.
Suka buat kat sini senang nak pergi dan cantik dewannya.
Tema tahun ni "Fantasy Forest of Reading".
Ariq jadi fisherman katanya hehe



Seperti biasa,
anak2 ni kalau ada hal macam
nak pergi holiday atau ada events..
mmg laju bangun dan bersiap.
Alhamdulillah... cuma hari konvo Ariq ni,
ai je malam tu tak bole tido.
Tak berapa sihat sgt badan.
Tambah Qaireen pun demam sikit dan selsema.



Sebelum start harusla bergambar kejap.
Muka ai pun pagi tu sembab gila.



Amik gambar stage yang sama sebanyak 3 kali berturut2.



Masa majlis nak start
ai duduk jauh kebelakang sekejap sbb
nak menyusukan Qaireen.
Walaupun tak nampak tp dengar la pembukaan majlis
dengan bacaan doa dari anak 4 tahun.
Comel sgt suaranya pandai plak tu baca.
Selesai doa dan bacaan surah, ucapan dari salah sorang management.
Principal Teacher Mira cuti bersalin :)

Habis tu ada la opening song dari anak2.
Ariq tak berdiri kat depan plak.
Orang kecik jadinya nampak tak nampak je.



Masa dgr emcee cakap konvo nak start.
Laju2 ai lari ke depan,
tinggalkan Qaireen kat akak Zahra tolong
tengok2 kan dia sbb tengah tidur masa menyusu.
Semata2 nak amik gambar Ariq.



Video masuk ramai2.
Berkepak2 la lengan jubah tu labuh haha



Video amik skrol plak.




Ya ampun nak..
besarnya jubah kamu.
Hilang tangan tu hihi



Dah pesan dengan dia suruh senyum lebar2
masa naik stage.. tetap senyum sikit je
sabar je la.
Tp takpe la yg penting Mummy sempat
amik gambar kamu nak :)
Daddy dia plak ntah ke mana ai tak nampak.
Rupanya dia amik gambar dari jauh.
Nasib baik la Mummy ko jenis selamba je redah ke depan :p
Dan turn dia plak mmg first amik plug.
Fuhhh setel.

Lebih kurang 40 orang murid 6 tahun konvo tahun ni.
Selesai upacara konvo,
startla persembahan anak2.
First persembahan dari anak2 4 tahun.



Lepas tu dari anak2 5 tahun plak.
Comel sangat.. dan macam2 perangai.
Ada yg hyper..ada yg keras je tak buat apa.
Memang diluar kawalan cikgu la dorang ni kan.



6 tahun plak buat dikir barat.
Semua kena bawak kain batik mak masing2 hehe



Sikit video masa berdikir barat.
Rekod dari jauh je.



Tak byk sangat gambar ai amik masa ni,
lebih kepada video.
Nanti dah transfer ke pc upload kemudian
update dlm entry ni.

Lepas dah masing2 buat persembahan,
barula start lakonan plak.
Yang pandai bercakap, berani harusla
jadi main role dalam lakonan ni.
Yang lain2 tu akan menyanyi dalam selingan berlakon.



Setakat ni tuk ke3-3 anak2ku
semuanya jenis pendiam dan pemalu.
Jadi nak dapat role yg ke depan tu mmg tak la hehe
Tak kisah la nak oi janji korang
tak nangis atas stage tu sudah.
Alhamdulillah la dorang semua takde yg menangis.

Ariq jadi fisherman tp taknak pakai bucket hat.
Suka hati dia la.
Kawan dia plak yg sama jadi fisherman,
bole tak bawak fishing rod hehe
Ariq ada pegang tapi tak nampak plak dlm gambar.



Ni persembahan penutup.
Menyanyi ramai2.. time ni
semua dah huru hara.
Buat step ikut suka hati..
agaknya dah lama sgtkan.. anak2 ni
bukan bole lama2..nanti cepat bosan.



Apa pun ai tetap terhibur.
Kekurangan sana sini itu standard la.
Bukan senang teacher2 ni nak handle anak2.
Dgn perangai masing2 lagi.
Kita tak bole nak expect 100% perfect.

Amik gambar anak2 dara.
Beli bouquet tu kat luar dewan.
EnZaf cakap dia nak beli yg ada patung ironman,
tp tak sempat dah habis.
Beli apa yg tinggal je katanya.



Selesai majlis,
sempat la ai amik gambar ngan teacher2 Ariq.
Teacher Balqis dan Teacher Salwa.



Teacher Ain dan Teacher Fieqa.



Teacher Ain teacher Aliah jua.



Teacher Yana.
Yang teacher Yana dari zaman Zahra.
Tp dia tak amik gambar plak time ni.



Wefie satu kali sebelum balik.
Qaireen masih sedap tido,
walaupun riuh orang bergambar.



Gambar luar dewan.
Time ni tak silap Ariq mintak Daddy dia
tukar bouquet lain.
Dia tak nak spongebob.



Nasib baik la kat gerai tu bole tukar.
Dia amik donald duck.
Katanya dia tukar sbb nak cokelat lain haha
Sabar je la nak.



Keluar dari dewan,
terus kami ke seksyen berapa ntah enZaf bawak.
Kami lunch kat sana.
Sempat la ai amik gambar lagi sekali ngan Ariq.




Tak sangka habis dah Ariq preschool.
Tak lama lagi nak masuk Tahun 1 sudah.

Saturday, November 17, 2018

Qaireen 7 Bulan


Baru nak update pasal Qaireen umur 7 bulan.
Alhamdulillah membesar dengan baik.
Dah boleh duduk lama.
Dan suka tgk tv.
Kalau pasang BabyTv tu leka la dia.

Dia dah pandai mengesot ke depan.
sebelum ni dia ke belakang perginya.



Style baru minum susu,
angkat bontot tonggeng2 huhu



Puas ai betulkan dia tonggeng balik.
Ape yg seronok sgt agaknya :p
Melekat 24jam tu jgn citer la,
masih lagi nak ada depan mata.

Kekadang tu walaupun kita duduk sebelah dia,
dia tetap taknak,
nak beriba.. baru okay huhuhu

Nak lipat baju pun gitu,
kalau dia duduk sebelah pun dah kira baik.
Bayangkan lipat baju sambil riba dia,
memang tak jadi keje.
Tak kemas langsung baju yg dilipat huhu



Walaupun macamana mengada dia
nak berkepit bagai sampai tak bole buat keje apa.
Layankan aje la..
kerja2 rumah tu ai tolak tepi.
Mana sempat buat ai buat
taknak stresskan diri tu kena juga siapkan.
Rumah pun sama, ada masa kemas,
ada masa macam tongkang pecah.
Mandi jgn cakap la.. sekali sehari haha
Enjoy je la the moment Qaireen ni baby.
Nanti dah besar kita plak rindu baby.

Oh ya dia dah pandai wave.
Bila kita cakap bye bye
dia pun bye bye balik.

Clap hand masih blom lagi.
Pernah nampak skali pastu
tak nampak dah dia buat.



Makan plak dia masih tak makan byk sgt.
Sikit2 je.. walaupun dah bagi dia rasa
menda lain pun tetap sikit.

Video dia mengesot,
tangan dia tarik comforter tu
nak ke depan hihi
Mengesot pun kejap2 je,
Gerak satu dua pastu rebah badan.
Lama sket nangis suh angkat.
Malas sungguh haha




Friday, November 16, 2018

Kisah Siang Hari


Cerita bulan 9 yang lepas hihi
Gi breakfast ngan Aliah kat seksyen 8.
Kedai masakan Kelantan tak ingat plak nama kedai tu tetiba huhu
Kedainya dekat ngan Klinik Kesihatan.
Kalau terasa nak makan nasi kerabu
or nasi dagang ke situ la ai.



Ada mural kat blakang kedai tu
harusla ai suruh Aliah amik gambar :)

Petang plak ai ajak Zahra & Ariq
minum petang kat mamak Murah Rezeki.



Masa tengah makan dapat call dari enZaf,
tanya kat mana..
Pastu dia ajak ikut gi tukar tayar katanya.
Dah orang mengajak kita okay je la kan.

Tak pernah lg ai gi kedai tayar dia bawak ni.
Kat Glenmarie, Shah Alam.
Tetiba rasa menyesal plak ikut,
sbbnya kuat betul bau getah tayar tu huhu

Tp budak kenit ni gembira plak.
Seronok dapat jejalan walaupun
kedai tayar hahaha



EnZaf tu baru habis main golf ngan customer
pagi tadi.
Dah la mlm tu dia balik lambat,
tak ingat plak sbb ape.
Rasanya meeting kot sampai pagi buta.
Tak ingat kul bape balik
sbb ai dah tido hihihi



Tapi dia kalau tak cukup tido,
bila orang ajak main golf or main bola
laju je dia tu.

Thursday, November 15, 2018

DurianKing@TTDI


Cerita bulan 9, musim durian merata.
First time pegi makan kat Durian King @ TTDI.
Sebelah ngan pasar.



Sementara tunggu makanan sampai
harusla amik gambar sikenit ni.



Zahra je takde sbb tuisyen.



Amik gambar budak yg byk cakap ni.
Ada je cerita dia potpetpotpet
Tp kat sekolah cikgu cakap pendiam :p



Tu dia...
cendol durian.



Rasanya.. biasa je hehe
Nasib baik durian tu sedap :)

Ariq taknak makan cendol.
Nak durian je.
Tu muka awal monyok sbb Daddy taknak bagi
dia makan durian.
Tp akhirnya dapat juga.



Masa makan ni cuaca agak panas.
Walaupun takde keluar matahari tp
terasa bahang.
Berpeluh2 juga la.



Panas2 pun happy sbb
perut senang hati hehehe


Wednesday, November 14, 2018

Congratulations Andy & Tisa!


Ahad lepas opismate enZaf, Andy kawin.
Nikahnya Sabtu 10/11,
reception kedua blah pihak esoknya Ahad 11/11.
Majlis kat Royale Chulan Damansara Hotel.

Cuaca malam tu hujan rintik2.
Sejuk je cuaca.
Kami sampai takde la awal sgt.
Tau dah majlis ni formal.
Makan confirm lambat,
jadi awal2 dah isi perut kat rumah.

Lampu gelap,
maka gambar pun gelap jua la.
Biru pink cahaya dalam dewan.



Qaireen mood dia mcm tak okay malam tu.
Takde la meragam tp muka tu masam je.
Ajak bergambar pun taknak senyum langsung.
Agaknya dia boring kot
takde kakak2 dan abang dia hihi

Time ni jenuh kami nak bagi dia senyum.
Memang sampai ke sudah takde.



Bila dah selesai renjis merenjis
dan ucapan dari kedua blah pihak,
dekat pkul 10 malam baru nak makan.
Dan masa tu juga la baru lampu terang bukak.



Bergilir2 kami makan bila ada baby ni kan.



Anak dara ni dah mengantuk
sbb pukul 10 mmg time tidonya.
Tapi tahan mata..
sbb dia sibuk nak tgk band kat depan tu menyanyi.
Kusyuk juga dia tgk.
Senyap je.

Ni je makanan ai amik gambar haha
sbb dessert laju je la kan.
Sedap pudding ni.



Sebelum balik ada bergambar ramai2
ngan kawan2 opis enZaf dgn official photographer.

Sempat la ai snap gambar pengantin
dr jauh sebelum keluar.



Dan bergambar bertiga kat luar dewan.
Thank you Ramzi amikkan gambar.



Lepas tu laju2 kami balik Sg Buloh.
Amik Zahra Aliah & Ariq kat umah maktok.
Esoknya nak sekolah.
Ikutkan hati ai nak je pontengkan aje.
Tp Ariq dia ada praktis tuk convo Ahad ni.
Zahra Aliah plak mmg nak ke sekolah jumpa kawan2.
Dah plan macam2 katanya..sabar je la.

Oh...
SELAMAT PENGANTIN BARU ANDY & TISA!
Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.