Thursday, February 28, 2013

For Sale: Hard Rock Cafe Tshirt




SOLD
Hard Rock Cafe Hong Kong
Size L
Original tau, Zaf tak pakai sbb besar sgt.
Baru tapi without tag.
Cantik kat tulisan tu
sbb jahit ngan benang emas.
Kalau nak email ek.

TUNAS


Ahad lepas gi
Sambutan Hari Tadika Negeri Selangor
anjuran Tunas.
Memandangkan mmg kami ada hal
nak ke Shah Alam,
jadinya singgah jap.


Xsempat nak tgk persembahan
budak2 ni main menda alah tu ;)
Mesti comelkan.


Ada beberapa booth dibuka.
Pelbagai tadika dan jua
booth menjual buku2 pendidikan.


Penuh jugak mini stadium ni,
yang sama2 meraikan hari tadika ni.
Byk belon bergantung2
sangat warna-warni.
Aliah sibuk nak belon belon belon huhu


Maskot Tunas.
Comel sangat.
Cam biasala,
anak2 daraku penakut.


Bacaan doa.
Bertuah la anak sapa yg baca doa tu.
Sejuk perut maknya :)


Pas habis doa,
ada persembahan kanak2
dari pelbagai tadika.
Comel je.
Tapi kami tak sempat tgk sampai habis.

Ada gak pamerkan
hasil projek anak2.
Siap jual lagi kitnya
kot nak wat kat umahkan.


Zara lama okey
hadap menda ni.
Dia mmg pencinta haiwan.


Tunas ni
adalah Skim Bantuan Tadika Selangor.
Bukan semua ibubapa
mampu hantar anak2 ke tadika swastakan.

Jadi pada yg berminat,
bole gi ke laman web ni
untuk permohonan ok.
www.e-tunas.org

Wednesday, February 27, 2013

Quick Lunch


Makan kat Delicious, One Utama.

Makanan wajib anak2.
Spaghetti Carbonara.


Quiche Lorraine.
Seyes weh sedap.


Dan Crispy Salmon.
Sedap jua.
Rangup kulitnya.
Salmon tu pun besar.


Badan kecik,
tapi 2-2 tu habis ai makan.
Sekian :p

Tuesday, February 26, 2013

Diet Ibu Menyusu



Ibu yang menyusu bayi seharusnya mempunyai pelan diet sendiri bagi mereka membesar  sihat.
Diet ibu menyusu mesti mampu menyediakan nutrisi secukupnya untuk bayi dan diri sendiri. Sehari ibu memerlukan 500 kalori tambahan yang boleh diambil menerusi makanan bernutrisi tinggi.

Panduan Ibu Menyusu
Ikut saranan doktor

Ramai doktor mencadangkan supaya ibu meneruskan pelan diet sebelum bersalin dengan kaya kalori, vitamin dan mineral.
Sementara itu, makanan kaya kalsiun seperti susu, keju dan yogurt digalakkan. Makanan pilihan buah-buahan, sayur organik dan bijiran penuh.
Kajian mendedahkan ibu menyusu juga selalu kekurangan asid folik dan zat besi. Jadi, pengambilan tambahan boleh diambil atas nasihat doktor.
Pastikan diet harian ditambah makanan mengandungi Omega-3 kerana DHA di dalamnya bagus untuk perkembangan otak bayi. Omega-3 boleh dijumpai dalam ikan, kekacang dan bijirin.
Perlu diingatkan, jangan terdesak membeli vitamin tambahan atas saranan orang lain. Walaupun keperluan harian Vitamin A anda meningkat daripada 1,000 miligram kepada 1,300 miligram sehari, ia masih boleh ditampung melalui sumber asli terdapat dalam sayuran mentah, badam, kacang hazel, produk tenusu, sayuran hijau dan daging.

Kekal Terhidrat
Dehidrasi boleh menyebabkan susu berkurangan. Jika anda sedar, susu ibu kelihatan cair malah anda berasa dahaga ketika menyusu.
Ini kerana sebahagian besar bahagian susu ibu adalah air. Jadi, sasarkan untuk meningkatkan pengambilan air dengan tambahan dua liter sehari.
Air juga boleh didapati melalui bentuk buah-buahan, susu, jus buah, sayuran, sup dan apa saja makanan berasaskan air.

Lebihkan makan
Ketika menyusu, anda perlu mengambil makanan bernutrisi bagi dua orang.
Jadi, tingkatkan kadar kalori kepada sekitar 2,500 kalori sehari dan boleh diambil melalui lima hidangan - sarapan pagi, makan tengah hari, snek petang, makan malam dan snek malam.
Gunakan waktu makan snek untuk minum air, makan buah-buahan dan produk tenusu rendah lemak.c
Ingat, kuantiti susu dihasilkan bergantung sepenuhnya kepada jumlah makanan dan minuman diambil.

Makanan perlu elak
Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan antaranya kafein, alkohol dan nikotin, kerana ia boleh memberikan kesan iritasi kepada bayi. Lebih buruk, ia boleh membantutkan perkembangan bayi anda.
Semua bahan itu disalurkan terus melalui susu ibu kepada bayi. Sementara itu, rokok boleh mendorong bayi muntah, meningkatkan kadar denyutan jantung, kegelisahan dan cirit-birit. Kesan nyata alkohol, ia merencatkan perkembangan bayi jika diambil berlebihan.

Makanan merengsakan bayi
Elakkan coklat, minuman bikarbonat, rempah, cili, bawang putih dan makanan bergas seperti kubis, bunga kubis, tauge, brokoli dan buahan citrus kerana ia boleh menyebabkan iritasi kepada bayi. Bagaimanapun, tiada panduan khusus berkaitan fakta ini.
Bayi juga memberikan tindak balas berbeza terhadap sebarang makanan. Jika anda melihat bayi anda mengalami masalah, cuba ingat kembali apa yang telah dimakan dalam tempoh 24 jam.

*petikan daripada akhbar Berita Harian, 26 Februari 2013.

Monday, February 25, 2013

Cuci Silver 925


Mengemas jewellery box.
Tgk ada 3-4 gelang silver ,
salah satu tu,
dah kaler kuning.
Terus rasa nak cuci.



Googled nak tahu
camne nak cuci silver ni.
Senang je rupanya.

Amik kuali,
buh air dan garam.
Air dan garam tu letak
ikut suka.
Tp tak yah la byk sgt,
janji gelang tu tenggelam sudah.
Masak sampai didih air tu.
Masukkan gelang nak dicuci.
Kacau2 la gelang tu,
sampai kita rasa puas hati.



Cam ai tak masuk lama mana pun,
Ariq dah bising2
nak didukung
huhu budak tu
mmg tak bole tgk mummynya aman.

Pas dah rasa puas hati
menggoreng gelang tu hihi
Angkat, masuk dlm
mangkuk berisi air sejuk.
Alah part ni
xsnap gambar plak ;)
Pastu angkat keringkan.

Tadaaaa..
putih la dari sblm ni.
Kat gambar mcm tak nampak sgt.
Tp mmg cantik dah.
Berseri gitu.



Ni gelang beli kat Bali.
Tahun 2006,
honeymoon gitu :)
Suka ngan ukirannya,
sgt halus buat bunga2 tu.

Sunday, February 24, 2013

Hari Tadika Negeri Selangor 2013


Harini kami ke sini.
Kot kalau ternampak
tegur2 ek.
Bole kita berkawan,
best sket ada geng.
Almaklumlah
ai is rabun
xnak pakai spek,
mengada okeh :p

Tapi kalau
beg ngan kasut
xrabun plak.
Dr jauh dh nampak
hahaha

* pic dr fb GA

Friday, February 22, 2013

Homework


Bila Zara dah sekolah ni,
rutin harian ku
tiap kali dia balik
mesti check bag sekolahnya.

Xspecially Message Book.
Message Book ni kira
communication medium
antara parents ngan teacher.
Contoh nak birth cert copy
tuk insurans.
Nak duit tuk trip sekian2,
camtu la.

Lagi satu
semestinya check buku
kot ada homework tuk dibuatkan.

Ni tengah meneman
Zara wat homework dia.
Mummy tgk dari jauh je.
Kalau tak tau tanya :)


Check buku dia
yg pic ni dia wat kt sekolah.
Ai tanya la nape kaler warna-warni.


Dia jawab
dia suka colorful.
Because like rainbow hihi

Pastu ai bgtau
lepas ni kena warna
ikut gambar tu.
Sbb bukan semua gambar
kena warna mcm rainbow :)

Pic bawah ni
homework dia kena buat.
Mula2 tu dia nak kaler
warna-warni gak.
Tetap nak rainbow.
Nasib dgr kata :)
Macam2 la ko ni nak oi.


Takat ni
homework dia
takda la byk sangat ai tgk.
Paling byk kena buat pun,
2 muka surat.
Okay la kan.
Tp tak tau la pasni
menggunung bagi haha

Thursday, February 21, 2013

Husband Day Care



*image googled.

Conversation suami isteri.


Innocent je laki ai ni.
Sabar je la hihi
Nursery tuk laki
hahaha

Ada ke sesapa nak
letak laki kat situ ;)

Wednesday, February 20, 2013

Durian Crepe lagi


Disebabkan korang bgtau
durian crepe
kat Sumptuous lg sedap.
Ape lg, mmg cari la.
Lagi pun kami mmg slalu pegi
MV kalau weekend.


Memang crepe
je yg penuh kt situ :)


Betul la
lagi sedap dari
kiosk Durian Durian tu. [link]


Sizenya kecik la
dari Durian Durian tu.
Dan isi durian
yg Sumptuous ni
lg sedap.

Bagi Zaf sket,
dia kata ni dah mmg
macam makan durian hihi
sabor je la haku. ;)

Ha yang nak tau kat mana.
Sumptuous ni kat
Mid Valley gak.
Depan ngan Big Apple,
hala nak gi The Gardens k.

Monday, February 18, 2013

Say Hi to Maxis Fibre Internet


Our new member in the house.
Maxis Fibre Internet.

Techinician dari Maxis
yg depan tu
baju biru.
Tgh menginstall.

2 orang kat blakang tu,
dari Telekom.
Nak deactivate Unifi.

Aliah sibuk gi kat
mamat Maxis tu,
tunjuk game yg dia main.
hihihi sabor je la.

Warna Maxis ni
kaler hitam.
Beza ngan Unifi putih oren.


Terima kasih pada Unifi
yg banyak berjasa pada kami.
2 tahun dah ngannya [link]
Tadi terus gi Kedai TM
terminate akaun terus.

Tukar sebab lagi laju
semestinya la kan.
Makin gigih Zaf
download movie :)

So say Hi Hi to
Maxis Fibre Internet
and Bye Bye to Unifi.



Sunday, February 17, 2013

GM Klang


Gi jejalan sampai ke Klang.
Masuk GM Klang,
tempat jual barang2 dr pemborong.


Masuk2 dlm ni macam2 ada.
Ada jual brooch,
segala jenis warna, saiz,
batu, bentuk....


Banyak gak yg jual
segala jenis beads.
Cantik2 bling bling semua.


Ada gak jam dinding.
Ada ai berkenan,
tp Zaf taknak masuk. :(


Jam tangan,
pelbagai kaler jua.
Macam toy watch gitu :)


Bag2 pun ada gak jual.


Blouse, tudung pun ada.


Ha tang ni suka.
Baju2 budak pun banyak.
Rambang mata ai okeh.
Comel2 je semua.


Lagi satu kedai mainan.
Ha anak2 ai,
Zahra n Aliah
dah menggila dok masuk dlm kedai toys ni.
Abis semua dorang nak.
Daddy pening melayan.
Ai dah lari dok luar kedai hihi


Banyak kedai2 dlm tu,
satu row toys je,
satu row baju budak2 je.
Dan macam2 lagi.
Tiap kedai masuk haha
Barang2 semua murah.

Tapi tak sempat nak habis semua.
Sampai pun dah petang.
Kat sini tutup awal.
Kul 7 dah tutup kedai.

Antara barang belian
penyangkut baju tuk bilik anak.
Sangkut baju sekolah Zara :)


Senang ai iron2
letak baju2 situ,
nanti Zara nak sekolah,
amik je dari situ.
Pakai sendiri.

Friday, February 15, 2013

Durian Crepe at MV


Jalan2 kat MidValley.
Tetiba nampak kiosk Durian Durian ni.
Terus laju je langkah kaki kat sana.
Macam2 ada kat kiosk tu,
ada kek durian,
bahulu durian,
durian pancake,
durian puff cream,
banyak lagi la.


Ingatkan nak beli
durian pancake.
Tapi kena tunggu plak.
Kalau dah bawak
anak2 ni,
jgn harap la nak menunggu lama.
Huru hara haha

Jadinya ai beli
durian crepe je.
Tu pun beli 2 je,
sekadar nak rasa.
Bukan pelahap.
Satu tuk ai
dan satu tuk Zaf.


Harga tuk 2 ketul ni RM4.50.
Kaler hijau kulitnya.
Selalu org buat kaler kuningkan.
Sedap rasa durian.
hihihi takkan rasa stoberi plakkan :p

Kiosknya depan ngan KFC.
kira kat tgh
hala nak gi The Gardens kat bawah.

Thursday, February 14, 2013

Printed Leggings


Beli leggings.
Menggantikan yg dah lusuh.
Legging semua ni pakai
kat umah je pun.

Tapi macam nak beli lagi,
tak cukup 4 je.
Sebab xrajin nak basuh selalu hihi



Beli ni pun
RM30 sehelai.
Kot sesapa ada jual
lagi murah dari ni.
Habaq mai ye. :)

Wednesday, February 13, 2013

Nak sambut birthday


Kawan2ku semua,
nak tanya korang la.
Memandangkan next month
birthday Zara
dan dia pun dah tadikakan.
Camne ek nak celebrate birthday dia
ngan kawan2 kat skool dia tu.

Maksud ai,
preparation ai nak wat kan
makan2 kat skool dia.

Birthday Cake
- Nak bawak 1 atau lebih?
- Besar ke kecik?

Party Pack
- Sediakan tuk kelas dia saja ke?
- Or semua (Tuk 5 thn ada 2 kelas, kena sediakan tuk kelas lain tu ke tak)

Time
- Bawak semua time hantar Zara?
- Ai datang time break dorang?

Bole ke nak join skali makan2 tu?
ke ai kena hantar pastu balik?
reason nak join sbb nak amik gambar hihi

Sapa ada pengalaman kat anak2 tu,
meh share ngan ai ek.
First time tuk ai,
tak tau nak wat camne.


Monday, February 11, 2013

Sudah Merebak


Nampaknya hasil lukisan
anak2 dara sudah maju.
Sblom ni meluahkan karya di dinding [link]
Sekarang maju setapak lg,
eh 2 tapak dah.

Kat pintu wardrobe mereka


Dan kat katil mereka jua.
Satu kat bahagian luar katil


Dan satu lg
bahagian dalam katil


Sobsobsob
Contribution terbesar dalam hasil seni ni,
semestinya Aliah. ;)
Rasa mummy korang ni
slalu dapat darah tinggi.

Ni yg rasa nak wat dinding
dalam bilik dorang,
mcm papan hitam.
At least mmg tau situ tuk contengkan,
takde la rasa panas hati sgt.
huhu


Friday, February 8, 2013

Zikir Harian


SELAMAT BERAMAL!

*klik imej untuk besar

Thursday, February 7, 2013

Setia Hujung Nyawa


Sape tengok drama ni.
Angkat kening skang ;)

Hari ni episod akhirkan..


Geram kat Hady tu,
perosak rumah tangga.
Yang si Ikram
sungguh2 nak pikat El..
Zaf tak suka ngan Ikram,
katanya poyo hahaha

Elsarlina & Zain Hakimi :)


Suka couple ni.
serasi sangatkan.
comel je.

*semua gambar dari google.

Wednesday, February 6, 2013

Rindu


Dinner kat Big brother

Anak2 makan sosej n fries


Mummy makan ayam


Daddy makan spaghetti


Harini amik mak & abah
kt KLIA.
yeyyyy rindu bangat
sama dorang.


xsabar nk dgr
story dorang kt sana.
Pasti seronok :)