ِJarang-jarang kami pergi tengok movie Melayu di panggung wayang tapi bila ada cerita Melayu yang menarik lajulah enZaf ajak pergi tengok. Nak nak berkaitan dengan sejarah enZaf ni memang suka. Walaupun jalan ceritanya adalah fiksyen, enZaf tetap nak tengok juga. Tiba-tiba ai teringat komen netizen dalam Facebook, tak ingat page apa tapi komennya kalau nak jalan cerita sebenar tengoklah dokumentari sebab di situ semuanya berdasarkan fakta. Terkeluar komen itu disebab ramai yang komen kata jalan cerita itu tak samalah, tak jaga isu sensitif kaum dan macam-macam lagi. Banyak betul complaint nya kan. Bab nak mengata atau mengutuk tu memang seratus keping kertas pun tak cukup, ada je tak kena. Susah kita nak puaskan hati semua orangkan. Walaubagaimana pun bagi ai ini pun dah cukup baik dalam industri perfileman ingin menonjolkan pahlawan-pahlawan tanah Melayu kita. Ianya membuka jalan dan ruang untuk syarikat penerbitan filem yang lain turut serta memaparkan kisah-kisah sejarah atau apa sahaja peninggalan zaman Tanah Melayu sebagai tanda mengingati dan menghargai pengorbanan orang kita. Memang betul ada sedikit kekurangan sana sini, insyaAllah boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang. Bab-bab sebegini ai tak berapa pandai sangat komen, yang pasti kami sekeluarga sangat-sangat teruja menonton cerita Mat Kilau. Qaireen sampai tak kelip mata terutamanya bahagian aksi silat hihi..
Kalau ada tanjak boleh bagi Ariq pakai. Sayang pula tiada. Kami tengok di tempat baru di GSC dalam Tropicana Mall. Pertama kali tengok wayang di sini. Pergi waktu hari biasa, lepas anak balik dari sekolah. Senang orang tak berapa ramai. Lama tak tengok wayang GSC ni, kurang tengok sebab kurang suka dengan Popcorn situ huhu.. Tapi sebab nak mencuba tempat barukan. Tak suka pun hentam sajalah :p
Alahai beza betul gambar dari handphone ai dengan enZaf. Gambar atas tu dari handphone ai warnanya pudar je. Rasa malap dan kelam tapi gambar di bawah yang ada ai warna ceria terang dari handphone enZaf. Mungkin sebab ai pun pakai warna kuning agaknyakan. Mempengaruhi persekitaran hahaha..
Habis wayang terus kami balik rumah, enZaf ada meeting lepas tu. Dalam bergegas nak balik tu, sempatlah berhenti di Auntie Anne's tapau pretzel untuk makan malam. Anak-anak ni makan malam senang, jarang makan makanan berat, dapat roti pun dah cukup :) Oh ya, lepas anak-anak ni tengok cerita ini, pelbagai soalan dorang tanya. Siapa Mat Kilau, kenapa dia ini, kenapa English man datang tempat kita.. macam-macam lah ditanya. Ariq beritahu lagi subjek BM ada cerita sedikit pasal Mat Kilau juga. Secara tak langsung, menarik minat anak-anak untuk lebih mengenali siapa itu Mat Kilau.
Tahun ini Mesyuarat PIBG dapat diadakan secara bersemuka. Tahun lepas dibuat secara alam maya sahaja. Kali ini baru seronok sebab dapat berjumpa dengan ibu bapa yang lain. Dan kali ini juga merupakan kali pertama ai pergi Mesyuarat PIBG di sekolah akak Zahra. Sepanjang perjalanan nak ke Batang Kali ini, mana-mana sekolah yang ai nampak kebanyakkan penuh dengan kereta diperkarangan luar sekolah. Mungkin masing-masing sekolah juga turut buat mesyuarat PIBG :)
Hanya kami bertiga sahaja, sampai pun sedikit lambat dalam 15-20 minit gitu. Jalan jem pula nak ke sana. enZaf dan Ariq pula tak ikut sebabnya Ariq ada training bola pagi tu. Ariq pula dia beria-beria nak pergi training, tak nak tinggal katanya. Qaireen tu tak mandi, angkut terus dari katil dan masuk dalam kereta. Rambutnya ya ampun serabai habis haha.. Mujur mood dia baik, bagi handphone diamlah :p Nasib baik juga dapat tempat kosong, mungkin ibubapa lain kesian tengok kita datang dengan keadaan berdukung si kecik tu, cepat-cepat orang bagi kerusi :)
Sebenarnya tarikh mesyuarat PIBG sekolah akak Zahra ini adalah sama dengan mesyuarat PIBG sekolah Aliah dan Ariq juga. Nak diikutkan ai tak hadir sekolah Zahra ni tapi sebab dia nak balik rumah jadi terpaksalah ai datang. Bertuah sungguhlah, dia nak juga balik walaupun satu malam. Gigih call ai sehari sebelum beritahu nak balik punya pasal. Dah balik ni esoknya dah kena hantar dia semula :p Jadinya ai terpaksa pilih sekolah dia untuk hadir mesyuarat PIBG ni.
Jumpa akak Zahra di kantin. Mesyuaratnya tak habis lagi tapi ai dah keluar hehehe.. masa tu pun dah nak buat pemilihan AJK. Untuk pemilihan AJK, ibubapa boleh membuat undian melalui Telegram jadi ai undi masa duduk di kantin :) Jumpa dengan Mama Aida, ibu kepada Tisya kawan baik akak Zahra. Kami lepak di luar Aspuri sementara menunggu anak-anak ni ambil beg. Tisya pun nak balik juga.
Luar Aspuri ada kiosk jual aiskrim, lajulah anak-anak ni minta nak sorang satu. Paling lama menunggu Qaireen habiskan aiskrim hehehe.. Lama juga kami berborak, masing-masing anak sulong masuk asrama jadi banyak cerita perihal anak-anak dan aktiviti harian surirumah ni hahaha.. Mama Aida orang pertama dari batch sekolah akak Zahra yang tahu berkenaan pemergian arwah Achik. Dia pun baru kehilangan arwah ayah, jadi perasaan kami sama kehilangan orang tersayang. Dalam pukul 1 lebih juga baru keluar dari sekolah dan terus balik ke rumah.
Alhamdulillah tahun ini dapat sambut birthday Ariq di luar. Sebelum ni buat di rumah je [link]. Cuma tahun ini sambut birthday Ariq awal sehari. Tarikh harijadinya jatuh pada hari Isnin, Isnin pula hari sekolah sebab itu diawalkan buat hari Ahad dan kebetulan Ahad itu juga merupakan Father's Day. Memang eloklah buat sekali. Buat makan-makan untuk Bapa-bapa juga la :)
Selain dari keluarga sebelah ai, sebelah enZaf hanya Bapak, Mak dan Zepul saja yang join. Keluarga akak Ina dan Abangnya ada urusan lain. Belah ai pun hanya adik bongsu je tak ada. Dia kerja hari Ahad. Kami semua makan di Pak John Steamboat & BBQ di Tropicana Gardens Mall. Sejak ada mall ni, anak-anak suka sangat pergi sini. Entah kenapa yang suka sangat pun tak pasti. Untuk ai tak berapa best sebab tak ada butik baju Zara hahaha.. Banyak kedai makan juga la kat mall ni, itu agaknya dorang suka hihihi...
Baby Fahrel semestinyalah Mak Long dukung, berat dah dia. Banyak minum susu sampai setiap kali keluar mesti membuang hahah.. jenuh Mummy dia asyik nak ke Baby Room saja.
Banyak betul ai makan, enZaf ambil macam-macam lepas tu bagi kat ai suruh habiskan huhuhu... Boleh tahan sedap juga makan kat sini. Pertama kali kami makan di Pak John. Selalunya bab steamboat ni makan di Johnny's. Perbezaan di antara Johnny's dan Pak John ni cara hidangan, Pak John buffet style. Selesai makan-makan baru kami keluarkan kek Ariq.
Tak sempat nak tempah kek dia.. beli saja di Secret Recipe. Itu pun nasib baik tinggal satu je kek dan ianya Rainbow Cake kesukaan Ariq. Kebanyakkan kedai kek habis dek penangan Father's Day. Suka tengok tulisan atas kek tu. Dia tulis double dengan warna biru dan kuning, nampak cantik sangat. Dah keluarkan kek semestinyalah ambil gambar birthday boy.
10 tahun dah dia, Happy Birthday Abang Ariq!!! Mummy sentiasa doakan yang terbaik buat Ariq, insyaAllah. Berkilat nampak kulit muka, gelap sudah. Paginya dia ada game bola. Oh ya, gambar keluarga wajiblah ada tapi sayang tak cukup corum, akak Zahra di asrama. Rasa macam tak ramai pula hihihi..
Gambar beramai-ramai sebelum pulang, terima kasih pada staf Pak John tolong ambilkan gambar.
Satu kali lagi, berwefie pula. Selamat Hari Bapa buat dirimu enZaf, Abah, Bapak dan Fahmi!!! Semoga kalian menjadi bapa yang terbaik buat keluarga dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T :)
Ada video nyanyi lagu untuk Ariq tapi tak boleh upload dalam blog sebab saiz fail besar sangat huhu.. Kemudian lah ai masukkan, kena kecilkan dulu saiz video tu.
*Updated: Okay dah masukkan video nyanyi-nyanyi hihi..
enZaf ajak pergi bercuti bila kami sekeluarga sudah sihat dari demam. Katanya ambil angin dan segarkan diri. Kalau ikutkan ai malas nak bercuti sebab masih bersedih lagi dengan kehilangan arwah Achik. Tapi enZaf paksa juga jadinya pergilah kami ke bercuti ke Kuantan. Sebelum sampai ke Kuantan, singgah di Temerloh untuk makan tengahari. enZaf bawa kami ke restoran yang belum pernah cuba lagi, katanya cuba je lah walau pun tak tahu sedap ke tak hihi.. Nama restorannya Go'Bang Maju Patin Tempoyak.
Konsep kat sini lebih kurang macam Ikea, ada troli. Dan kita ambil makanan yang dah siap terhidang. Tinggal pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Lauk sayur tak banyak, tak tahulah dah habis ke atau memang tak ada. Yang disediakan hanyalah ulam-ulaman.
Untuk air ianya terhad, tak silap ai ada lima jenis air sahaja yang disediakan. Tak berapa pasti pula betul ke tak huhu.. Ai ambil air Sirap Bandung Aiskrim, sedap :) Di kaunter bayarannya pula comel sangat, buat ala-ala tol. Kreatif sungguhla tuan kedai sini. Menarik sangat dengan signboard dan traffic lights tu.
Dah makan di restoran Ikan Patin Tempoyak, wajib lah ada lauk Tempoyak itu kan. Satu lagi enZaf ambil bakar.
Mango Cheesecake ini sedap. Kena makan sejuk-sejuk baru sedap. Laju je ai habiskan haha..
Besar juga restoran ini. Kedudukannya berdekatan dengan jalan besar, boleh nampak dari jalan. Kapasiti restoran ini sesuai sangat bila waktu cuti sekolah, macam dah sedia menerima pelanggan ramai gitu. Kedainya pun bersih dan selesa. Kesedapan makanan pula bagi ai biasa-biasa sahaja, kalau makan ikan tempoyak ni pastilah ai menantikan kuah yang pekat dan berlemak, ianya tiada disitu. Rasa "kick" tu belum cukup untuk ai. Tapi tetap ada rasa dan boleh dimakan, tak adalah tak sedap langsung. Lain orang lain citarasa :)