Konsert ni masa birthday Zaf,
6hb 10 yg lepas.
Tak silap hari Jumaat dan dia
ada kat Johor.
Lewat petang dapat call dari dia,
katanya standby lepas Maghrib keluar.
Mintak tolong hantarkan anak2 kat rumah mak.
Tanya kenapa dia cakap nak gi tengok konsert.
Rupa2nya dia nak bawak gi tengok
Konsert Terunggul Afgan & Ungu.
Bukan peminat Afgan tapi lebih
kepada Ungu.
Lama giler okay tak tengok konsert,
last tgk konsert ungu masa pregnantkan Zara,
tak ingat nama tempat tapi kat KL.
Masa tu blom lagi berblog,
kalau ada konpem dah update dalam ni hehehe
Tanya dia dah beli tiket ke..
katanya blom.
Gamble je tengok kat kaunter,
kalau ada lagi ada la katanya.
Dan inila tiketnya.
Amik yg standing,
nak duduk dekat ngan stage mahal sgt.
Yang duduk tempat lain jauh sket dr stage,
Zaf kata tak best plak.
Nasib baik konsert tu
Ungu yg nyanyi dulu..
Jadi bestla layan.
Habis Ungu baru Afgan.
Time Afgan ai tak larat nak diri dah,
ajak Zaf ke belakang.
Kebetulan ada kerusi,
duduk la kejap situ.
Muka kami yg comot berlekit
selekeh giler time tu haha
Dengar 2-3 lagu Afgan pastu terus kami balik.
Perut lapar sebenar.
Makan sebelum amik anak2.
Happy Birthday enZaf
yang ke-40 sudah :)
Bukan main kami pergi tengok Golf sampai 2 hari. Diikutkan tournament ini berlangsung selama tiga hari mujur enZaf cakap tak perlu pergi hari terakhir itu haha.. Awal juga kami sampai, player pun belum mula main lagi. Tengok dorang warm-up dahulu. Kalau tanya ai nama golfer ni memang tak tahu la, tapi pernah lah tengok kat tv setiap kali enZaf buka chanel Golf.
enZaf ni rajin bercerita dengan ai siap beritahu siapa golfer tu, dari country mana dan berapa kali sudah menang. Ranking la hadiah la, macam-macam dia cerita tapi ai is dengar sekali lalu je. Jangan haraplah lepas tu ingat ke tak :p Yang penting kita isteri ni, bila suami bercerita tak kisah lah pasal apa pun, buat-buat interested tau. Walaupun kita tak berapa faham hihihi... kami tengok sekejap sahaja golfer ni, kemudian terus pergi breakfast. Kebetulan belakang tempat warm-up ni ada cafe. Terus laju ke sana.
Selesai makan terus kami berjalan masuk dalam kedai jualan barang-barang. enZaf beli sehelai baju golf. Lepas tu terus kami cari tempat berteduh. Cantik juga view dari tempat kami ini.
Cuaca boleh tahan panas, tak macam semalamnya hujan renyai-renyai. Saja ambil gambar anak-anak ini buat kenangan. Akak Zahra muka dah mengantuk, Aliah muka tak amik port, asalkan ada makanan untuk mengunyah dia okay. Ariq pula dari awal masuk cakap panas memanjang ahahahha... Daddy dia pekakkan telinga. Walau macamana sekali pun anak-anak ni tetap mengikut sahaja. Tak ada lah banyak karenah sangat pun.
Sebenarnya anak-anak ini nak pergi ke Kids Zone. Semalam dorang tak puas nak main agaknya, padahal lama juga kami dalam tu bagi anak-anak berseronok. Tapi Daddynya tak bagi sebab tujuan utama masuk dalam ni nak tengok golf. Bukannya bawa dorang main hahaha.. itu yang muka macam apa semua tu :p Sempat bergambar luar golf club sebelum balik. Ai pakai baju semalam hanya tukar tudung je hahaha... punya la pemalas nak salin baju lain. Pergi tempat macam tu tak ada siapa pun nak tengok :p
Dari TPC kami terus ke Mid Valley. Lama tak ke sana. Jalan-jalan dalam mall sekejap dan berhenti minum petang di Nadeje. Lupa nama kek ni, yang pasti satu kek cokelat dan satu lagi kek vanilla. Kedua-dua kek ini sedap sangat.