Alhamdulillah, tahun ini genap sudah kami bersama 20 tahun 🤲👩❤️👨🎊. Melayari sebuah perkahwinan ini bukannya mudahkan. Setiap pasangan pasti ada naik turun dan masam manis dalam satu perhubungan. Macam rollercoaster gitu hihihi.. Terima kasih enZaf kerana sabar melayan karenah isterinya yang banyak gila-gila ni 🫣🥴. Tak percaya pula dah dua puluh tahun, dah tua rupanya hahaha.. Seperti biasa, enZaf ajak makan luar. Dia terasa nak makan di Fino Piza. Katanya lama tak makan Lasagna. Feveret dia tu.
Selain Lasagna, enZaf order Pizza dan Spaghetti Carbonara 🍕🍝 . Actually portions makanannya agak besar. Jadi kami makan berkongsi ramai-ramai.
Terima kasih pada staf yang tolong ambilkan gambar. Selesai makan, kami menuju ke One Utama. Saja window shopping 😊. Aliah masih lagi misi mencari makanannya di CU Mart. Akhirnya dapat juga dia dengan Dubai Chewy Cookies. Dan barulah diriku tahu makanan yang dia nak sangat tu. Kat stiker tu ada gambar pelakon Siti Khadijah 😍. Sampai 3 ketul Aliah beli, bila tanya harga tak silap ai dalam RM10 satu. Keras betul harganya ya, nasib baik sedap.
Sementara menunggu anak-anak makan, baru teringat tak ada ambil gambar berdua sempena anniversary ni. Laju-laju mintak Aliah ambilkan gambar. Ramai sangat orang lalu lalang. Segan pula hehehe..
Dah penat berjalan dalam OU, kami pun nak balik. Sempat singgah Converse. Tup tup enZaf suruh akak Zahra dan Aliah pilih backpack. Nak ganti dengan beg lama akak Zahra dah lunyai.
Kebetulan ada promo buy 1 free 1, itu yang enZaf suruh Aliah pilih juga. Ariq tak nak sebab dia baru saja beli backpack. Nak beli kasut tapi kasut yang anak-anak nak tak termasuk dalam promo, jadinya lain kali hehehe.. Konon nak window shoppingkan, alih-alih terbeli juga barang.
Baru ada kesempatan nak meraikan hari Wedding Anniversary kami, ceh! ayat macam nak sambut gilang gemilang saja hahaha... padahal tak ada apa pun sangat. Hari anniversary sibuk dengan pertunangan Yusreena [link], jadinya kami fokus kat majlis dia saja lah. Esoknya barulah enZaf ajak keluar jalan-jalan. Itu pun kami tak pergi jauh mana pun, sekadar ke OU saja 😅 Keluar pun lepas solat Asar.
Tak membeli apa, kami hanya window shopping. Melayankan anak-anak saja ke sana sini.
Qaireen pantang nampak Cotton Candy, mesti kena beli. Masa awal-awal dulu Qaireen baru belajar makan Cotton Candy ini, dia boleh makan hadap sekali jalan licin satu bekas 😱🙄. Punyalah ai terkejut, selepas dari itu ai ajar dia makan separuh. Lebih tu simpan makan esok pula. Sekarang dah pandai hihihi...
Sekejap saja kami di OU, enZaf ajak minum petang di Kenny Hills Bakers pula. Katanya dia nak bawa ai makan Peach Strudel. Tapi sedih Peach Strudel dah habis 😢. Ganti dengan apa entah namanya, perisa Strawberry. Sedap juga tapi tak sesedap Peach Strudel ku huhuhu...
Simple saja raikan anniversary kami, dapat keluar makan pun dah gembira. Nak wish lagi sekali, Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-18 buat kami!! Semoga keluarga kita sentiasa dalam keadaan sakinah, mawaddah dan warahmah 👩❤️👨
Tahun ini Ulangtahun Perkahwinan Mak & Abah sama dengan Hari Deepavali tetapi kami sambut sehari awal disebabkan adik bongsu ai kerja hari cuti perayaan itu. Dia kata nak triple pay, kumpul duit nak kahwin :) Tengah bujang ni memang elok lah cari duit lebihkan. Masih tak ada komitmen apa sangat pun. Pilihan tempat makanan dicadangkan oleh adik ai Nani, dan kami adik beradik buat kata sepakat makan-makan di Cafe Chef Wan di KL East Mall.
Menu yang disajikan tidaklah banyak mana tapi pelbagai jenis juga lah masakan yang ada dari lokal hingga ke Western. Ada juga menu dari around the world tapi ai tak cuba. Harga kena tutup mata hahaha.. Lupa nak ambil gambar dalam restoran ini, dekonya sangat cantik. Memang kena la dengan harga makanan tu kan :p
Gambar di atas adalah cinta hati sampai mati. Alhamdulillah kaki mak semakin pulih, bengkak dah surut dan semakin kuat berjalan tapi tak boleh lama-lama. Abah pula cuping telinga kirinya luka disebabkan tercucuk dengan ranting pokok. Masa itu Abah nak kejar anak kucing adik yang terkeluar dari kawasan rumah huhu.. Sekarang tu anak kucingnya dah diberi pada kawannya untuk bela. Gambar di bawah ini pula kesayangan juga, kali ini tak lengkap sebab adik ai Hana tak balik. Dia tak sihat demam, batuk dan selsema. Moga cepat sembuh Angah.
Yang baju biru tu sedang diet, puasa nasi dan minum air manis katanya. Sudah dua minggu dan beratnya sudah pun turun sebanyak 5kg. Bila dia cakap macam tu terus ai rasa nak diet juga tapi sampai ke sudah tak terbuat-buat hahaha.. adoila bila la nak sedar diri ni :p
Tutup cerita diet, disebabkan entry ini pasal makanan juga jadi haruslah letak gambar makanan kan.
Dalam banyak-banyak makanan ini, Fettuccine pasta yang paling sedap. Ke dua sedap Beef Burger, lain-lain tu biasa saja. Cuma Mee Rebus je ai tak rasa. Itu bagi tekak ai yang rasa makanan di sini.
Oh ya, lepas makan enZaf order Bread Pudding. Dessert ni sedap, semua orang makan sampai licin hehe..
Sebelum keluar dari restoran ini, mestilah bergambar. Tok Abah dan Mak Tok bersama cucu-cucunya, Aira dan Akid saja yang tak ada.
Gambar beramai-ramai ini pun Angah sekeluarga tak ada, kalau tak lagi meriah. Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-44 buat Mak dan Abah!!! Semoga bahagia sampai ke Syurga
Dua kali dah ai ke KL East Mall ini, okay lah not bad mallnya. Banyak shoplot yang menjual tudung, telekung dan pakaian muslimah. Kalau nak cari pakaian untuk raya memang sesuai sangatlah ke sini :) Kedai makan pun banyak pilihan juga dan ada tempat ice skating lagi. Cuma kami nak datang ke mall ini agak jauh la juga. Kalau ada keperluan boleh lah datang lagi.
Bila tengok balik gambar ramai-ramai ini teringat kat arwah Achik. Rindunya Along dengan Achik. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Allahumaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha. Al-Fatihah.
Tahun ini agak awal juga anak-anak kira duit raya. Habis saja Syawal terus zass... Kalau tak dah nak masuk raya Haji baru terhegeh-hegeh mengira hihi.. Itu pun sebab anak-anak asyik ber"zikir" nak kira duit raya :p
Aliah dan Ariq saja yang kira duit raya. Akak Zahra sibuk main game tak silap ai. Dah besar tak berapa teruja sangat nak mengira duit hehehe.. Boleh tahan banyak juga duit raya mereka semua, Alhamdulillah rezeki mereka walaupun tak beraya mana sangat. Banyak dapat masa di rumah Sg. Buloh, rumah Mak tu setiap kali raya memang tak putus tetamu keluar masuk. Masa PKP duit raya tidak lah semeriah tahun ini.
Tradisi setiap kali dapat duit raya. Sebahagian kecil dari duit raya akan digunakan untuk membeli barang mereka yang diingini. Bila anak dah besar, kemahuan mereka pun dah berubah. Waktu kecil, duit raya digunakan untuk membeli barang mainan. Kecuali Ariq sahaja yang masih nak beli mainan. Lupa pula nak ambil gambar masa tunggu dia pilih mainan tu, dia pilih remote control car. Dalam rumah dah banyak remote control car, tetap nak beli lagi anak bujang tu. Manakala akak Zahra dan Aliah pula mereka berdua memilih untuk membeli komik atau apa sahaja berkaitan dengan anime.
Kami keluar ke OU, disitu ada kedai komik. Nampak air muka anak-anak dara ni gembira setiap kali masuk kedai ni. Ai dan Qaireen hanya menanti di luar kedai sahaja hehe.. Lama juga la menunggu dorang semua tu keluar, ntah apa yang dibelek :p Keesokkannya kami ke Empire Shopping Mall di Subang Jaya. Lama betul tak ke sana, tak ingat bila kali terakhir. Pusing-pusing dalam mall sekejap lepas tu singgah minum petang di Chili's. enZaf kata kita makan dessert untuk meraikan ulangtahun perkahwinan hahaha.. tarikh anniversary kami jatuh pada hari Khamis, pada hari tu tak ada buat makan-makan atau apa-apa sambutan pun. enZaf sibuk kerja tak sempat, jadinya hari minggu baru dia bawa makan.
Ai pula jenis simple, sambut ke tidak tak ada masalah. Lagi pun enZaf selalu je bawa makan-makan. Bab hadiah pun tak pernah nak minta, kalau ada Alhamdulillah. Benda wajib utuk ai adalah bergambar. Tak kiralah di mana sekali pun gambar kena ada. Semua itu kenangan untuk disimpan rapi di dalam blog ini :)
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-16 enZaf! Semoga perkahwinan kita ini sentiasa dalam rahmat dan redha Allah S.W.T.. Anak-anak ada saja kat tepi tu tapi tak ambil pun gambar dengan dorang haha.. Mana boleh tinggal, mengekor je semuanya. Selagi boleh bawa kita bawa semua, nanti dah besar dah tak nak ikut kita pula berjalan.
Pada tarikh 24hb Oktober yang lepas, hari ulangtahun perkahwinan Abah dan Mak yang ke-41. Tengok balik nombor 41 tu teringat anniversary kami tahun ini yang kami 14, Abah dan Mak 41 :) Tahun ini ai sedih sedikit sebabnya tak dapat nak raikan dengan mereka berdua bersama disebabkan PKPB ini. Ingatkan habis PKPB masa 28hb itu ai dah plan nak bawa Abah dan Mak makan kat luar. Nampak gayanya tangguh lagi la sampai 6hb Disember dan berharap tiada sambungan PKPB lagi. Dapatla raikan belated anniversary dan birthday mak sekali pada bulan 12. Double celebration gitu :) Masa 24hb tu ai saja je wish Abah dan Mak lambat. Ai buat surprise delivery kat mereka, order hamper melalui kawan baikku Elin. Dia dah lama berniaga surprise delivery ni, dah alang-alang tu kita gunala khidmat dia. Support bisnes kawan.
Petang tu ai dapat Whatsapp dari Abah cakap terima kasih, terkejut dorang tiba-tiba orang datang hantar belon, bunga dan buah hihihi. Dan Abah pun hantar gambar mereka berdua dengan hamper itu. Mak pun nak join Whatsapp juga beritahu terima kasih. Lepas tu kami bervideo call.
Tiada apa yang lebih menggembirakan diriku selain melihat ke dua orang tua kita gembira. Walaupun hadiah tidak seberapa, tunggu kita jumpa nanti ya Along belanja makan. Dan lagi tak sabar nak peluk cium mereka.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-41 Abah dan Mak!! Semoga Abah dan Mak sentiasa dalam keadaan yang baik, sihat dan bahagia. Dan semoga Allah merahmati kalian berdua dan ditempatkan di dalam SyurgaMu. Along sayang Abah dan Mak ketat-ketat.
Selasa baru-baru ini, 2hb Jun adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-14. Syukur Alhamdulillah ikatan perkahwinan ini masih kekal utuh dan bahagia. Banyak ujian, dugaan dan cabaran sepanjang kami hidup bersama. Semua itu mematangkan lagi perhubungan kami berdua. Bak kata orang tua, asam garam rumahtangga gitu. Apa yang ai belajar dalam sebuah perkahwinan ini ialah sabar. Sabar adalah kunci utama yang perlu kita pegang dalam diri kita. Kalau tak sabar, kita sendiri tahu apa akan jadi kelak ;) Masa hari anniversary tu, tak ada plan apa pun. Nak sambut kat luar tak boleh, kita buat kat rumah aje la. Lagipun enZaf dah start sibuk kerja. Tapi dah pesan kat enZaf awal-awal yang ai tak masak untuk makan malam hehehe Siang je ai masak untuk anak-anak nak makan. Lega bila dia kata okay :p enZaf sampai rumah lepas Maghrib, dia bawa balik kek, belon dan makan malam sekali. Thank you enZaf sanggup beli semua.
Anak-anak tolong tiup belon. Eh Aliah je yang tiup belon. Si Akak Zahra ni tak reti tiup belon. Dia tiup belon tak keluar angin, sabar je la anakku ini haha Sambil Aliah tiup semua belon, ai pun gantung la belon yang dah siap tu kat dinding. Oh enZaf beli kat Mr.DIY je. Dia kata takde pun perkataan anniversary. Beli apa yang ada je la. Hihi tak kisah la yang oi, janji ada nampak macam ala-ala party pun dah memadai. Masa tengah nak menyusun kek dan makanan atas meja, Qaireen awal-awal lagi dah terpacak depan meja. Dia pantang nampak kek. Nampak kek terus duduk depan-depan kek dan takkan berganjak ke tempat lain dah hahaha Ingat birthday dia la tu. Harusla ada sesi bergambar dulu.

Masa ai dan enZaf nak bergambar berdua punya la susah nak alihkan perhatian Qaireen. Aliah sampai dukung dia, lari kejap jauh dari meja semata-mata nak Mummy dan Daddy bergambar. Laju-laju akak Zahra snap gambar ni. Padahal Qaireen dah menangis marah sebab tak dapat duduk depan kek. Dah bagi Qaireen duduk depan kek terus hilang nangis tu. Drama sungguh la nak oi. Tak kisah la, yang penting dapat juga kami gambar berdua hahaha

Video untuk Qaireen, kami nyanyi lagu birthday untuk dia. Bukan main suka si kenit ni tau. Geram betul haha. Lilin pula ada sebatang je malam tu. enZaf dah blur la tu nak kena berapa batang ada. Kesian dia ke sana sini beli barang. Terharu ai.
Tengah makan baru teringat tak ambil gambar kek pun. Kek Hokkaido Triple Cheese Choclate dari Secret Recipe. Tulisan Happy Anniversary atas kek dah bawak keluar huhu

Malam tu enZaf beli satay. Lamanya tak makan satay sejak PKP ni. Ada nasi lemak juga. Oh dia ada beli lagi kek lapis sarawak kat Asian Taste. Tapi kali ni yang perisa coklat Cadbury pula. Sedap juga. Kalau berminat nak rasa kek lapis sarawak ni boleh beli melalui online atau pun direct ke kedainya, boleh refer pada website ini [link]
Pada 26hb Oktober yang lepas, makan malam dengan family ai. Tempat makan diuruskan oleh adik-adik Nani dan Yusreena. First time kami makan kat Boss Daddy. Kedai makan stail steamboat buffet. Yang pasti kedainya dekat ngan rumah ai Kota Damansara hehe Dekat KD ni memang banyak kedai makan. Siapa suka jalan-jalan cari makan, elok la datang ke KD ni :)
Kali ini bukan setakat makan malam biasa-biasa aje, tujuannya untuk sambut hari ulangtahun perkahwinan buat mak & abah. Tiap kali ulangtahun perkahwinan tiba memang kami sambut walaupun sekadar di rumah. Cuma tahun ni berbeza sedikit sebabnya adik-adik ai nak ajak boyfriend join sama. Tapi sayang adikku Hana tak dapat join makan-makan ni. Huhuhu tak complete satu keluarga Yusof.

Ada 2 orang bakal menantu pun ada turut makan bersama. Lupa nak pow dorang bayarkan hahaha First time ai bersemuka dengan boyfriend Nani. Dia ni jenis tak pernah beritahu pun ada special. Tup tup bawak terus. Pandai ya rahsiakan dengan kaklong dia. Boyfriend Yusreena pula memang dah lama kenal. Sama belajar kat Poli.

Anak-anak ni suka steamboat stail buffet ni. Dorang ni akan pergi kat tempat makanan ulang la sepuloh kali pun takpe. Macam-macam mereka ni akan bawa ke meja. Tapi awal-awal lagi ai dah pesan syaratnya tak boleh ambil portion banyak melimpah ruah atas pinggan. Sikit je sudah. Nanti tak habis membazir pula.
Kemain akak Zahra masak. Untuk Mummy katanya, tapi kenapa mulut tu muncung-muncung meniup makanan. Nak bagi sejuk ye hihi

Yang sorang ni pun rajin masak juga, ai hanya rajin makan. Thank you Yang! ;)

Boleh tahan juga la buffetnya, macam-macam menu disediakan. Untuk harga dewasa RM20 lebih, lebih kurang RM30 la. Kanak-kanak ai tak berapa ingat pula, tapi tak lebih dari RM20 kalau tak silap. Boleh tengok kat Facebook untuk lebih details. Search saja Boss Daddy. Lepas makan-makan, apa lagi. Sesi bergambar la kami.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-40 Mak & Abah!!! Semoga berkekalan hingga ke Jannah, diberi kesihatan yg baik dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Adoiii sebak pula tengok muka orang tua kita ni. Along sayang sangat-sangat mak & abah. 40 tahun dah usia perkahwinan mereka, Alhamdulillah masih utuh ikatan mereka. Secara tak langsung, anak sulong dorang pun bakal mencecah angka 4 hehehe
Gambar kami sekeluarga.

Gambar dengan adik beradik. Angah je takde kira Qaireen wakilkan la. Padahal sikenit tu dah start meragam, tak nak orang lain dukung. Masa waktu tu pun dah pukul 11 malam lebih, dah lepas waktu tidur dia. Buat apa semua tak kena.

Bergambar semua sekali. Terima kasih 2 orang bakal menantu tu datang memeriahkan majlis. Along doakan adik-adik cepat kahwin. Semoga keluarga ni makin bertambah besar dan bahagia selalu.

Sayang semua!!