Tuesday, July 4, 2023

Lama Tak Ke Red Box


Lama betul kami tak pergi karaoke di Red Box. Kali terakhir pada tahun 2017 [link]. Pada mula kami nak tengok wayang tapi enZaf ajak menyanyi pula. Bila tanya anak-anak semua jawab okay haha.. laju je :) Kami pergi karaoke ini sama hari dengan sambut abang Ariq birthday, lepas makan kami balik rumah dulu. Keluar semula selepas solat Maghrib dan terus menuju ke Red Box, The Curve.



Kami semua dah tukar baju kecuali enZaf dia kata malas nak salin banyak kali :p Oh ya, sejak Red Box sini dah tak ada buffet, rasa macam tak berapa best pula. Anak-anak ni memang suka makan di Red Box sini, makanannya semua sedap. Ai pula suka Bread Puddingnya, memang terbaik dan semestinya ambil penuh pinggan hihi... Tapi sekarang dah tak ada :(



Makan malam kami dari Japanese food. Banyak betul enZaf order, bila macam ini ai memang sibuk makan sajalah.



Mimik muka orang sebelah tu bukan main lagi menghayatinya, sampai ke tidak tu hahaha..



Tak banyak gambar diambil, adalah dalam beberapa video dirakam sebagai kenangan. Anak-anak bukan main seronok menyanyi. Akak Zahra dan Aliah boleh dikatakan satu album Taylor Swift dinyanyinya. Dorang berdua ni memang suka dengan lagu-lagu Taylor Swift. Siap tahu ada konsert di Singapura tapi tahu je la, belum boleh pergi konsert lagi :p Mummy nak pergi konsert Cold Play pun tak dapat juga ni huhu... Wei music video sekarang ni banyak betul tak senonoh okay, kena tapis walaupun lagu tu anak suka nak menyanyi. Haishhh sedih.







No comments: