Thursday, April 30, 2015

Minggu 4: Kecilkan Peha


Wah pejam celik dah 4 minggu.
Kekadang rasa lamanya.
kekadang cepat plak.
Lamanya sbb lambat betul nak kempis hahaha

Tak sangka Minggu ke-Empat ni,
ada membuahkan hasil sedikit.
Ya sedikit tp takpe,
sedikit lagi baik dari
takde langsungkan.
Ayat sedapkan hati gitu hehehe



So total kalori yg dibuang pada
ke-empat2 minggu ni
adalah sebanyak 4,599
Kagum kat diri sendiri ok.

Untuk umur 35 tahun ni,
ko gigih joging. :p
Kalau la dapat bakar kalori
7,700 konpem turun dah 1 kg.
Iyer nak 1kg = 7,700kalori.
Terbeliak biji mata tgk nombor tu.
Giler byk okay.
Patutla seksa nak turunkan berat.
Tapi nak naik berat.
Ko tak yah paksa rela.
Memang dia naik dgn gembira hihih

Okay bila dah ada peningkatan.
Lagila semangat nak teruskan usaha.
Skang pun bila makan.
Lebih berhati2.
Takde mcm sblom ni,
Sumbat je semua.
Makan tu tetap makan semua.
Takde la terus tahan eh tu takleh makan.
Tapi dlm kuantiti yg sedikit.

Yey esok start cuti panjang.
Pada sesapa yg gi holiday,
have fun!
Yang tak ke mana2 pun tak pe,
yg penting bersama ngan family pun
dah cukup seronokkan.

Cuti2 Luar Malaysia


Yey esok cuti panjang.
Start hari Jumaat sampai Isnin.
Ikutkan kami takde la plan
nak ke mana2 pun.
Memandangkan enZaf byk giler keje.
Lepas cuti hari Selasa,
dia ada 2 tender nak kena submit.

Tapi tetiba kawan Zaf ajak gi jalan.
Part paling best,
bercuti ada org belanja.
Free gitu.
Ape lagi rezeki jgn ditolakkan.

InsyaAllah flight kami Jumaat petang.
Ini la destinasi kami nanti.
Ticket pun baru beli.
Nama pun last minutes :)


pic cantik ni credit to murjantours.com

Untuk Zaf dia tak heran
sbb dah byk kali pegi.
Tapi tuk ai adalah first time.
Harusla teruja.
Gi negara jiran je.

Ni satu apa tak packing lagi.

Tuesday, April 28, 2015

Rutin Hari Selasa


Selain daripada rutin biasa
hantar amik Zara Aliah kat sekolah.
Hari Selasa keje lebih masa.
hehehe keje gitu.
Selalu keje habis kul 7malam.
Tapi Hari Selasa,
Habis kul 9.30malam.

Zara ada kelas kat Eye Level.
Penat okey,
kalau tinggalkan Aliah Ariq
kurang la sketkan.
Tapi kena bawak dorang dua ni
hahah paham je la.

Melainkan hantar Zaf ada skali.
Ha tang tu rileks sket.
Dan makan pun takde la huru hara sgt.
Ni gambar minggu lepas.
Makan kat Kluang Station je.



Pas makan hantar Zara,
pastu pusing2 OU ni.
Kekadang sampai taktau nak buat apa,
takkan nak shopping je manjang.
Nak balik umah memang tak berbaloi.
Tunggu je la sampai Zara habis kelas.

Aliah ni kalau gi mana,
ada je nak itu ini.
Nasib ada Zaf mmg bole la
tak layan ngan perangai dia.
Tapi kalau ai sorang ngan budak2 ni,
layan je apa nak,
sbb malas nak pening.
Kang pening diri sendiri yg stress :)



Pusing2 satu jam,
amik Zara.
Alhamdulillah ada peningkatan.
Baru2 ni dia ada test
semua betul.
Lupa plak nak amik gambar paper dia tu.



Moga rajin2 la belajar ye nak.

Monday, April 27, 2015

Dating with Avengers


Sepatutnya Sabtu baru ni,
ai dating berdua je ngan Zaf.
Tapi kalini bawak Ariq.
Dia tak berapa sihat selesema & batuk.
Tinggal kat Sg Buloh kang,
Aira kena jangkit plak nanti.

Sblom show kami makan kat Subway.
Lama okey tak makan sini.



Ainya Chicken Slice.
Suka Subway sbb byk sayur.



Ariq semua makan.
Mummy punya paling byk dia makan.



Ahli baru Avengers,
1 Malaysia :)
Itu je la dia tau,
suh wat 2 jari peace tak reti2 lg.



Feveret karakter dia,
tentulah ironman.
Pastu Hulk & Captain America.
Sian Thor dia tak layan hahaha



Friday, April 24, 2015

NY Steak Shack


Lama tak pegi MidValley.
Tgk ada kedai baru dan
terus masuk dlm tuk lunch.



Ada Burgers.
Tgk gambar semua nampak sedap.
Aliah awal2 dah tunjuk nak apa.



Ada Steaks jugak.



Dapat free ice cream sorang satu.



Ai pilih burger Cheesy Yanky.
Memang sedap.



Zaf amik Southwest Grill.
Sedap jugak.
Nak nak corn tu,
manis moist nyum nyum nyum



Leh tgk websitenya.
Jgn terliur sudah [link]

Nak ootd tp kacau betul Zara ni.
Dia dok cangkung tu
tanda merajuk sbb tak dpt
beli kasut.



Bukan tak nak beli,
tp kasut yg dia nak tu
takde size.
Pastu plak skang kemain anak dara tu,
taknak flat,
nak ada heels okay.
Mummy pun tak pakai heels huhuhuhu
Demanddd

Aliah pun merajuk gak
tak beli kasut.
Bukan taknak beli,
tak best la dia beli kakak dia takde.
Nak beli biar 2-2 pun beli gak.

So belikan dia hair clips baru
dan earing baru.



Dari gi Mid Valley,
kami ke Sierramas,
Zaf ada bola.

Ariq pun sibuk sepak bola kat bawah tu.



Kakak2 dia dok sibuk berlari kat track.
Bila semua dah penat main,
berpeluh cukup bagai.
Dok rehat paling atas skali.
Ariq siap jerit
Daddy Go!! Daddy Go! hihihi



Habis bola,
balik Sg Buloh.
Dinner ngan mak abah dan adik2. :)

Thursday, April 23, 2015

Deli Cafe & Bakery at Kota Damansara


Siang tadi enZaf balik awal.
dalam kul 3 lebih.
Sblom tu tanya dia
ada keje balik ke lepas ni.
Kekadang dia balik kejap je,
pastu keluar balik meeting bagai.
Bila dia kata buat masa ni xde apa,
ape lagi dan dan la ai cakap
lapar la rasa nak makan.
Padahal tak lapar pun,
gedik sangat okeh.

Zaf cakap pas Asar kita keluar.
Dia ajak makan kat Deli Cafe & Bakery ni.



Aliah mintak kek.



Zaf makan kuey teow goreng.



Ai makan mee sup.
Yes diet sangat! :)



Aliah mintak roti plak.
Budak kenit tu mmg kuat makan.
Makan kek pastu makan kuey teow daddy dia.
Makan roti lagi.
Perut besar betul hihi



Akhirnya merasa gak makan sini.
Sblom ni dok tgk Anna slalu makan kat situ.
Jiran depan umahku ni pun sama,
suka makan kat sini.
Okay la sedap makanannya.

Wednesday, April 22, 2015

Minggu 3: Kecilkan Peha


Fuh fuh fuh
gilerla.. gigih kalini ai bersenam.
Tapi minggu ke-3 ni xbyk sgt berjogging.
Sebabnya bercuti ke Johor.
Bila nama dah bercuti,
jogging pun tak,
dah tu makan pun tak ingat dunia
Belasah je semua hahaha

Balik dr Johor baru insaf.
Dapat la jogging 3 kali.
Jadila kan dari takde.

Simpan rekod tuk tatapan sendiri.



Sahih la skang ni tinggal lemak degil.
Kena double up exercise kalau nak kempiskan peha
and turunkan berat badan.
Tapi hati ni blom lagi
kuat nak diet bagai.
Hold la dulu :p
Tak yah la verangan nak turun berat
dlm masa yg singkatkan.
Diri sendiri tu yg tak kuat azamnya hihi

Oh yer skang ai buat
wall squat paling lama 2minit.
Pergh menguji mental ok.
Lepas dr 2minit kaki dah gigil mcm ape.
Kalau dapat buat wall squat 5minit
bole bakar kalori sebanyak 70.
Ape lagi jom la wat wall squat reramai :)

Tuesday, April 21, 2015

Ke KLIA 2


Mood M macam nak dtg,
tetiba rasa malas ya amat nak update blog huhu
Shoosh shoosh pegi jauh ko "M" :p

Ni citer hari nak balik KL dr JB.
Skip breakfast sbb anak2 semua terbongkang lagi.
Bangun2 je dah nak dekat tghari,
mandi n packing terus check out.
Kami blur tak tau nak gi lunch kat mana.
Zaf ajak ke JPO lagi,
kita ikutkan aje org yg bawakkan.

Makan kat food court je,
sbb Zara nak makan chicken rice.



Masuk JPO tuk makan je,
pastu keluar terus.
Sepanjang highway byk kete,
Dekat nak sampai Senawang,
tetiba jem teruk.
Lama gak sangkut.
Lepas je Nilai,
Zaf ajak gi KLIA2.
Sblom ni ai ada ajak dia ke sana.
Saja la jejalan.
Tp tak sempat2 nak ke sana.
So kebetulan balik dr JB ni
alang2 Zaf kata singgah la KLIA2 tu.
Kalau saja2 nak ke sana dia mmg malas hihi

Pukul 5 lebih sampai sini.
Cantik KLIA2 ni,
bangunan baru, bersih.
Kalau nak bandingkan ngan LCCT tu,
mmg elok la buat baru camni.
Dalamnya konsep shopping mall.

Kami jejalan sampai tingkat 2 je.



Singgah BreadStory.
Anak2 request nak roti.



Pastu Mummy & Daddy plak jalan cari nak makan apa.



Pilih makan kat Burger King.



Hantu roti dorang ni.



Burger kami ni merangkap dinner terus.



Sblom balik singgah beli pretzel plak.



Nah details pasal KLIA2 [link]
Sampai umah terus setelkan laundry siap2.
Yang lain tinggal je dlm bag dulu.
Gitu la tiap kali balik dr holiday huhu

Monday, April 20, 2015

Angry Birds Activity Park Johor Bahru


Habis dari kenduri kawin,
balik hotel tuk salin baju solat
pastu keluar jejalan.
Ikutkan hari kenduri tu balik KL terus,
tp Zaf ajak extend.

Dia bawak kami gi Komtar JBCC
shopping mall baru kat town.
Parking kat City Square
jalan2 dlm tu sbb tak pernah pegi.
Pastu sebelah city square baru komtar.
Bukan penang je ada komtar, JB pun ada jugak :)

Puas tawaf 2-2 building,
rehat minum petang kat Coffee Bean.
Masing2 enjoy ngan makan pilihan sendiri.



Masa jalan kat komtar,
nampak signboard Angry Birds ni,
ape lagi ajak Zaf gi tgk tempat tu.



Anak2 dah excited masuk dlm ni.



Ariq pun siap suh amik gambar
ngan Angry Birds.



Masuk dlm gift shop.



Ariq kemain lagi dah pegang apa nak.



Tapi tak beli pun,
tengok2 je.

Orang dah penuh kat kaunter tiket.
Time ni dah pukul 6.
Ada 3 sesi masuk dlm indoor ni,
last sesi kul 6 ni lah sampai kul 10mlm.



Ingatkan nak bawak budak2 ni masuk,
tp Zaf dah janji ngan kawan dia,
tuk dinner sesama.
Jadinya apa lagi,
muka2 sorang2 dah sedih.
Nak nak Zara tu ha...
merajuk tak masuk dalam.



Tiket masuk RM60.
Details pasal Angry Birds Aktivity Park ni
leh view kat website dorang [link]
Macam2 aktiviti ada
menarik2 plak tu.
Takpe next time datang JB
leh gi sini.

Pastu kami keluar pegi Holiday Plaza plak.
Kat situ Zaf suka tgk barang gadget.
Dapat la ai tukar tempered glass kat phone.
Ni kali 3 tukar,
budak2 ni kalau pegang phone,
asik je jatuh pecah berderai.
Nasib ada tempered glasskan,
kalau takde mmg nangis hahaha.

Pastu bawak budak2 masuk kedai menan.
Pilih la ape nak
memandangkan xdapat masuk Angry Birds tu.



Jumpa kawan Zaf,
Faizal dan keluarganya
kat Village Banafee.
Dinner kat sana.



Giler penat okay,
balik hotel ada hati lagi
budak2 ni nak painting bagai.
Harusla Mummy tak bagi,
terus suh tido hehehe

Friday, April 17, 2015

Wedding at JB


Sabtu lepas dapat jemputan kenduri kawin
anak Menteri Besar Johor.
Ni kenduri yg ke-2 buat kat
kediaman rasmi MB.
Start kul 11pagi hingga 3 petang.
Kami sampai dlm kul 1 lebih.

Tempat nak park kereta agak jauh
dr kediaman menteri.
Jadi semua tetamu dijemput dgn
bas untuk ke sana.



Apa lagi anak2 dara ni,
dpt naik bas macam dapat cokelat.
Kemain happy hehehe



Cantik khemah ngan deco2.
Aliah suka katanya cm Frozen.
Ngan lampu biru2 tu kan.



Sgt esklusif dan elegen.
Tgk live lg cantik dr gambar.



Masa tgh makan tetiba
hujan turun dgn lebat.
Hujan lebat yg memang lama
sampai nak balik pun tak boleh.
Duduk rehat kat khemah lagi satu.
Sempat makan lagi tu hihi
Makanan semuanya sedap2

Gambar candid dari Aliah.



Hujan masih tak berhenti,
amik la gambar door gift dr pengantin.



Selamat Pengantin Baru buat
Akmal Saufi Mohamed Khaled dan Noor Shamiza Sayuti.
Moga kekal bahagia hingga ke Jannah.