Semalam 29hb Mei iaitu 13 Ramadhan,
Ariq berjaya puasa penuh hihihi.
Sebelum ni dia puasa separuh hari,
tapi lebih kepada tak puasa :p
Hari2 ai kejutkan dia sahur,
sbbnya dia yg mintak kejutkan.
Ai kejutkan dalam 3-4 kali,
kalau dia taknak bangun ai biarkan aje.
Takde paksaan pun nak suh dia puasa.
Hari pertama Ramadhan dia tak
dapat puasa.
Ada ulser banyak kat mulut dia
sehari sebelum puasa tu.
Ingatkan kena hfmd,
tp takde plak naik bintik2 kat tangan or kaki.
Hanya mulut dia je..
Ya Allah kesian tgk masa ulser penuh kat mulut.
Kita yang kena satu pun rasa perit,
ni ape ntah lagi banyak dan ada yg besar2.
Demam takde mmg ulser semata.
Daddy dia bawak gi klinik,
doktor bagi ubat makan dan sapu.
Nasib baik la ada ubat sapu
bagi kebas kat ulser dia tu.
Kalau tak mmg sah sah susah makan.
Masa nak sapu ubat tu seksa jugakla,
mana taknya pedih kot.
Lama baru ok sbb dah rasa kebas n tak sakit.
Laju2 suh dia makan nanti nak bagi ubat lagi.
Dalam 5 hari jugakla baru dia betul2 sihat.
Muka orang tak puasa.

Mummy tgk air kosong pun telan air liur,
bole tahan haus gak tekak ni,
Qaireen plak kuat betul menyusu. :)
Yang bestnya ada satu hari dia
cerita masa balik dari sekolah.
Kak Ida (helper kat GA) sediakan makanan
tuk 3-5 years waktu rehat.
Bole dia join sama makan.
Ada geng plak tu, kawan dia nama Haziq.
Geng tak puasa hahahah
bertuah sungguh.
Bila ai tanya dia balik,
Ariq puasa ke tak.
Dia ngan konfidennya jawab puasa.
hahaha Ariq Ariq.
Walaupun dia tak puasa or puasa separuh hari je.
Tapi dia rajin ikut Daddy dia
pergi solat tarawikh.

Alhamdulillah Ariq ni jenis duduk diam.
Tanya enZaf dia okay je.
Dah biasa ikut gi solat Jumaat jd takde masalah.
Cuma Daddy dia cakap,
kekadang terlebih laju dari imam.
Imam belum sujud dia dah turun dulu hahaha
Harini dia bangun sahur,
harap2 dapat la puasa penuh lg.
Yezza kami ke Swiss Garden lagi.
Memang tempat feveret semua orang.
Lepas anak2 habis sukan,
terus enZaf ajak ke Kuantan.
Ape lagi laju la kita.
Muka anak2 dah terbakar mcm ape.
Nasib baik cahaya matahari buat
kegelapan tak berapa nampak sgt dlm gambar.

Gambar ai yg pelik,
terang sgt cahaya tu.

Terus wefie ngan Qaireen.
Dan menampakkan penuaan kulit di situ
hahaha
Tp yang lebih penting muka Qaireen yg happy.
Si dobot Mummy.

Masuk2 bilik terus laju ke pantai.
Bertambahla kegelapan masing2.
Tak kisah la kan,
janji dorang gembira.

Dah berenam,
sebelum ni dtg Qaireen dlm perut.
Beza trip ni sblm dan selepas Qaireen
4 bulan :)
Entry sebelum Qaireen ada [link]

Si dobot ngan Daddy.

Cuaca sangat cantik,
dorang pun berendam lama kat air laut.

Ada amik video sikit.
Qaireen with Mummy & Daddy.
Boringkan asik2 bergambar je.
Besar menguap hihihi

Dan terus menerus la tido.
Sedap dgn tiupan angin laut.

Hari ke-2 baru teringat nak amik
gambar depan resort.

Sblm tu keluar makan tghari,
dan amik barang lagi yg tertinggal dlm kereta.
Smlm punya la eksaited keluar
sampai terlupa ada lagi tak bwk keluar.
Kami makan tengahari kat Restoran Mabiq.
Dalam tengah menunggu enZaf amik lauk,
ada sorang kakak ni dtg tegur Qaireen,
suaminya depan meja kami,
dia cakap tgk kitaorg teringat macam
dia n wife masa anak2 kecik.
Anak2 pun sama 4 org, sorang je lelaki hehe
Dah sembang tu sempat kakak hulur duit.
Katanya rezeki baby.
MasyaAllah terharunya.
Moga murah rezeki kakak dan abang tu.
Oh yer lepas makan ke town beli charger,
lupa bawak phone charger huhuhu..
Sambung lagi ke pantai.

Kalini cuaca nak hujan plak.

Ape la anak2 ni lukis,
yg pasti comel :)

Video anak2 tulis kat pasir tu.
Masa ai tengah layan perasaan kat pantai.
Tengok stokin Qaireen takde sebelah.
Cari punya cari nampak la kat atas pasir.
Sblm amik tu,
sempat lagi ai amik gambar hehehe

Cam cantik je terletak kat situ.
Amik gambar wat kenangan :p
Thank you enZaf bawak kami jalan2 lagi.
Terharu sbbnya 2 kali berturut kami berjalan.
Sblm tu ke PD.
Tak habis2 throwbackkan haha
Tahun ni huru hara sikit tuk ai,
sbb ada baby nak kena bawak :)
Kalini enZaf pegi hantar dulu
Zahra Aliah ke sekolah,
sementara tunggu ai, Ariq and Qaireen bersiap.
Alahai Zahra..
tak nampak baju dia sbb tudung tu.
Baju dia, cikgu bagi pinjam.
Punya la besar.. dia bg baju
org besar pakai ke apa.
Sbb ai pun bole pakai huhu
Suh dia pakai baju lain taknak,
nak jugak baju yg cikgu bagi.
Gasak la.

Zahra kena pegi awal
tuk preparation pembukaan sukan.
Dia masuk pancaragam sekolah
main melodian okay.
Sama macam ai kat sekolah rendah.
Ngikut mummy.
Sampai2 sekolah laju2 ai ke padang.
Elok sampai je Qaireen mengamuk.
Satu mungkin panas.
Cuaca pagi tu alhamdulillah elok tp
tue la agak panas.
Kedua mungkin bising.
Ai dpt snap gambar dari jauh. je,
xdan nak pegi dekat.
Terus lepak kat kantin sekolah.
Huhuhu sedih tak dpt tgk Zahra perform.

Suruh enZaf je amikkan gambar dan video.
Lupa suh dia transfer nak masuk dlm blog.
Dia dah habis perform,
menjerit ai dari jauh nak amikk gambar dia haha
Sambil dukung Qaireen.
Tak senonoh langsung.

Masa perbarisan pun tak dpt tengok,
budak2 ni lalu..
ai pun amik je la gambar yg ada.
Ni maskot rumah kuning (Tuah).
Spongebob.

Ni anak2 dari pra-sekolah.
Comel sangat ber"batman".

Maskot rumah biru (Kasturi).

Comel la dressnya.
Ngan riben besar kat kepala tu.

Rumah hijau (Lekir).
Ape ek nama katak tu.
Lupa plak.

Rumah merah (Jebat).
Maskot Mickey Mouse.

Lepas tu nampak Aliah ngan kekawan dia.
Nak pegi dataran.

Tahun 1,2 & 3 main game kat sana.
Yang besar2 kat padang lari2.
Zahra tak masuk satu apa pun acara.
Amik gambar Aliah lagi sblm turn nak main.
Seronok betul dia ngan kawan2.

Haru tgk cikgu2 yg handle murid2
masuk game ni.
Dorang ni bukan boleh duduk diam setempat.
Berlari sana sini,
bila cikgu panggil dah takde..
jenuh mencari hehehe
bertabahla jadi cikgu ni kan.
Zahra plak dia dah habis persembahan,
terus gi mana2 ntah ngan kawan2 dia.
Ai pun tak bole nak tgk sangat.
Badan kaki terikat ngan Qaireen.
Mengharapkan Daddy dia je la gi tgk.

Yang amik gambar ngan video pun enZaf,
pasrah je la kalau gambar tu
tak meet spesifikasi ai :p
Ni Aliah first game.
Dpt no 1 tuk acara baling pundi kacang
dalam bakul.
Bravo!!

Pastu game ke-2 dia
lari dalam guni.
Dapat no 2..
tahniah jua anakku.

Yang pasti menang ke kalah,
semua dapat medal.
Baguskan..takde la anak2 ni sedih.
No. 1-4 semua dapat senang.
Ni je gambar yg ada dan sempat ai & Aliah.
Tak larat nak posing byk kali.
Matahari pun dah tegak,
berpeluh2 lagi.
Qiareen bole sedap tido dlm peluh.

Anak2 ni dah gelap kulit.
2 minggu berturut praktis sukan.
Ha legam sungguh.
Nasib baik dorang tak demam.
Tu yang pentingkan.
Video Aliah masuk acara
baling pundi kacang dalam bakul.
Video lari dalam guni
Tak pernah planned pun
nak beli apa tiap kali Hari Guru.
Kalau esok nak sambut
baru harini terhegeh2 nak cari barang.
Walaupun last minute ai suka
cari brg tuk anak2 mendeco.
Kebetulan semalam keluar ngan TeeB kat Curve,
alang2 tu terus la ajak dia
ke Ikea tgk brg ape nak bg
kat cikgu2 sekolah ni.
Cari punya cari,
beli la frame Ikea tu.
Masa beli tak pikir lg
nak buat ape ngan frame tu.
Sampai rumah,
baru tgk bahan ape yg bole guna pakai,
tuk anak2 ni buat.

Frame je beli.
Bahan2 lain semua dah ada.
Alhamdulillah..jimat dah kat situ :p
Masa tgh sibuk buat
lupa plak nak amik gambar Zahra Aliah.
Dah nak habis baru teringat.

Gigih anak dara ni..
time ni dah pukul 11 malam,
dah lari time tidonya.
Buat pun mata dah merah2..
suh tinggalkan biar Mummy sambung..
taknak dia nak habiskan semua.
Ni la hasil air tangan anak2.
Selain dr bunga.
Yang tu ai tolong buatkan.
Tp tulis, tampal, pasang ke ape semua
dorang buat sendiri.
Kiri Zahra, kanan Aliah.

Sebenarnya ai jarang beli hadiah
fancy2 tuk cikgu2 or sapa2 je la.
Lebih suka dorang buat mcmni.
Nak didik anak yg kita
bukan melihat dan menilai sesuatu
hadiah tu dari segi wang ringgit.
Tp menilai dan menghargai sesuatu
dgn hasil usaha yg dicurahkan.
Chewahhh :)
Tp masa tgh buat ni,
Qaireen ntah mengapa mengamuk.
Time tu la nak berdukung,
menyusu lg walaupun dah susu sampai
muntah susu huhu

Ai buat bunga sambil dia menyusu.
Punya la hai bertabah.
Kalau menunggu minum mmg tak siap nanti.
Tengah malam baru dia tido.
Laju2 kemas rumah dah macam ape sepahnya.
Nanti Zaf balik dr Johor,
takut pitam rumah yg tak mcm rupa rumah tu.
Oh yer, esok dah Ramadhan.
Selamat menjalani ibadah puasa
buat rakan2ku.
Semoga kita semua diberkati dibulan yg mulia ini.