Hari Sabtu lepas gi Empire Subang.
Lama tak ke sana.
Cuaca hari Sabtu tu jerebu sgt teruk.
Terhad je pandangan kat highway.
Walaupun cuaca teruk kami tetap keluar gak,
Zaf nak survey barang2 dia tuk bisnes dia.
Dia ada bukak bisnes baru.
Kalini bidang lari sket dari dia buat skang.
Sblm misi mencari barang2 dia,
kita isi perut dulu.
makan kat Chilis.
Pun lama tak makan kat sini.
Gambar2 seterusnya Ariq yang amik.
Untung ai dah ada photographer baru.
Tak yah dah Mummy amik gambar makanan :)
Chips yg wajib diorder tuk kudapan.
Ni Ariq mintak burger,
dan dia habis makan sorang je.
Bulat la hero sorang ni.
Fajitas feveret ai ngan Zaf.
Zara plak dia makan roti pita je..
sabar je la.
Aliah takde masalah,
semua makan.
Tak sedar plak dia amik pic ni,
kalau tak confirm Mummy buat peace haha
Lepas dah jalan kat Empire,
Zaf ajak ke GM Klang plak,
Dia nak tgk barang2 lain kot ada berkenan.
Ramainya manusia kat sana.
Ingatkan cuaca jerebu takde la org keluarkan.
Nan hado haha
Mcm komen2 org kat fb tu,
kata budak2 sekolah je cuti,
yg lain tak cuti.
Hanya budak sekolah ada paru2,
yang lain semua pakai insang hahaha
Memang gelak ai baca tu.
Ada je dorang ni.
Kalau cuti pun mcm la dok umahkan,
keluar gak berjalan hehehe
Tapi apa pun,
hanya diri sendiri je yg tau
sihat tak sihat.
Nak nak sapa yg ada masalah cam asthma
or yang kejenya mmg kat luar,
bukan dalam bangunan.
Elok la amik cuti berehat.
Kalau kena keluar gak pakaila mask.
Dan yang lain2 tu jgn lupa minum air banyak.
Hindarkan aktiviti luar seboleh yg mungkin.
Akhirnya kereta ni hantar workshop.
Bukan rosak tp enZaf nak cat.
Kereta pun dah byk calar balar,
dan ada sebelah pintu tu cat dah mati.
Kete dah 9 tahun gitu la kan..
tp satu untung kete ni enjin elok lagi,
takda banyak bawak masalah,
body je dah buruk.
Alhamdulillah.
Sebelum ni kete pass pass kat org pakai,
sbb ada yg nak pinjam kereta rosak,
ada yg pinjam sementara tunggu kete lain,
macam2 la sebabnyakan.
Tapi takpe la pinjam sbb bukan pakai pun.
Jadi tertangguh2 la si mamat ni
hantar workshop tuk dicat baru.
Tiap progress kete,
Zaf mesti citer kat i,
tak sabar katanya nak tgk kete jadi baru.
Memula dia nak cat warna sama je,
tp katanya dah alang2 tu buat warna lain plak la.
Hantar kat workshop kawan dia rekeman.
Kat Puchong punya la jauh.
Zaf puas hati ngan servis bengkel ni.
Dorang pun nak buat apa akan tanya reconfirm bagai.
Wasap gambar tiap progress apa dah buat or tgh buat.
Bagus la kan.
Jeng jeng jeng,
ni la hasilnya.
Kemain sport rim kaler biru terang benderang.
Dah la kete ni ai yg bawak,
buat sporty2 mcm nak racing je ai rasa.
Sbbkan ai nak bawak sport rim tu pun downgrade sizenya.
Comfort sket ai bawak anak2.
Skang ni kete Viva ai
bagi kawan dia pakai sementara.
Sedih rasa sbb kete tu la kete lenjan ai.
Kete kecik dan senang nak cilok haha
Cerita Ahad lepas.
Banyak citer sblm raya tak buat entry,
malas pun ada.
Nak nak kalau kisah tu dah lama lepas,
lagi malasssss nak buat entry.
So banyak gak la abaikan.
Simpan je la gambar dalam album kat komputer hehe
Ahad tu mmg nak balik umah mak,
skali Abah cakap tak yah datang umah.
Dia ajak makan kat luar,
jumpa kat restoran terus.
Lagi pun lorong kat rumah ada wat kenduri,
jalan tutup leceh nak masuk katanya.
Dah ajak makan kita okay je la kan.
Kami makan kat Tree Steak House,
hala nak pergi Paya Jaras.
Memang perasan kedai ni kalau lalu paya jaras,
tp takde plak nak menyinggah,
sbb orang ramai je manjang.
Hari kami pegi ni pun full house.
Adik ai Azie tak join.
Dia keje.
Antara menu yang di order.
Tak semua gambar masuk,
tak kuasa dah nak snap.
Nak makan je pikirnya haha
Sedap gak makanan kat sini,
dan harga pun mampu milik.
Patut la ramai je orang.
Ariq amik gambar ni,
kalau tak blur mesti lagi cantik.
Ni pun Ariq snap jugak.
Tok Abah dia hehehe
Thank you Tok Abah belanja kami,
segan plak dia bayar.
Zaf nak bayar dia tak kasi.
Duit pencen masuk awal ye haha
Lepas beli hadiah birthday tuk Aliah
dan toys Zara & Ariq hihihi
Window shopping dulu kat dlm KLCC tu.
Aliah bila dah dapat hadiah,
ingatkan dah habis berzikir.
Rupa2nya ada lagi,
kalini berzikir nak balik umah plak.
Tak sabar la tu nak main toys baru.
huhuhu tengok la memang menguji kesabaran Mummynya.
Daddy dia mmg tak layan.
So dgr la dia bising "nak balik nak balik"
Masa otw nak balik Kota,
anak2 ni semua tido.
Ingatkan balik umah terus,
Zaf ajak singgah minum jap.
Kami try tempat baru.
Rimba & Rusa kat Sunway Nexis,
building baru buka kat Sunway Damansara.
Dekat ngan Giza tu.
Sampai pun dah lewat petang,
makanan pun byk dah habis.
Especially tuk dessert.
Zaf cari kek,
since Aliah tak blow candle lagi.
Kebetulan haritu,
baru lepas habis baby shower customer,
jadi order je la apa yg ada.
Nak pegi tempat lain mmg malas dah.
Cupcakes Butterscotch Dream
& Cupcakes Choc Choc.
Tanya kedai kot ada candle.
Takde plak.
Kalau ada leh tiup lilin.
Sedap wokeh dua2 cupcakes ni.
Memang kena ngan tekak ai,
sbb tak terlalu manis.
Just nice je.
Kalau nak bandingkan ngan cupcake kat Wondermilk tu,
ai mmg tak leh nak masuk sgt.
Gila manis.
Zaf yg bukan pencinta cupcake pun makan :)
Order Creme Brulee.
Ini pun sedap.
I order air Strawberry Peach Shaken Tea.
Sedap jugak.
Tp dah kena rampas ngan Aliah,
dia yg habiskan.
Yang ni Zara order.
I Scream for Candy namanya.
Sedap jugak.
Benda manis mmg la sedapkan.
Cuba rasa cam ubat hahaha
Budak bad mood.
Dia kalau tido dalam kereta
mmg macam ni bila kejutkan.
Plak tu ingatkan balik umah terus.
Tapi tak balik ape lagi
mmg muka masam je la.
Satu je cara nak bagi dia okey balik.
Kena bagi dia nangis sepuas2nya.
Kalau dia tak nangis dan tahan je,
dia akan moody and protes sepanjang hari.
Jadinya ai marah dia sket,
bagi dia nangis hahahaha
Biarla org dalam kedai tu pandang :p
Dah puas nangis dia dah lega.
Pastu terus okey,
dia bole makan minum macam biasa.
Hanya mak je yg tau perangai anak2
dan cara nak tanganikan.
So lantak la kalau org lain tgk,
cakap ai mak yg kejam hahaha
Slogannya Everyday is Sunday.
Kalau hari2 Ahad ai pun suka.
Dapur tutup dan shopping aje hahaha
Tapi nak bagitau awal2 la,
kat Rimba & Rusa ni tak bape murah harganya.
Nasib baik sedap dessert2 tu.
Main course tak try lagi.
Semalam masa amik Zara kat sekolah.
Tengok dia jalan terhenggok-henggok.
Ayat negeri mana ek terhenggok tu hahaha
Sama ngan ayat terhenjut la tp
seram plak guna perkataan tu.
Takut jadi 18sx tettttttt :p
Dia tunjuk kaki dia.
Ai tgk seluar dia koyak.
Dia cakap jatuh.
Masa dalam kereta suruh la dia cerita,
kenapa jadi macam tu.
Dia bgtau kawan2 kelas dia main lari2.
Apa ntah nama kawan dia,
lelaki la yg pasti.
Masa main lari2 terlanggar dia,
sesama jatuh.
Kuat tu terlanggar
sampai bole koyak seluar.
Kesian dia luka dan melecet.
Sampai umah ai masukkan dia dalam bilik air.
Nak cuci luka dia,
sian dia menangis sakit la kan.
Ai pun rasa ngilu dia ape ntah lagi.
Cepat2 cuci pastu sapu gamat.
Biasa la budak2 kat sekolah.
Standard la tu berlari jatuh bagai.
Ni kes tak sengaja.
Lain la Zara ni luka sebab dia
bergaduh ke
or bak kata Has kena buli ke.
Ha tu lain la citernyakan.
Zara cakap taknak sekolah esok.
Dia nak bengkokkan lutut pun susah.
Elok plak harini Kementerian bagi sekolah cuti.
Jadi tak payah la Mummy buat surat hihi
Cuma terkilan sket kat sekolah dia.
Masa dia jatuh luka tu,
dia jumpa cikgu.
Cikgu ape ntah nama lupa dah ai.
Cikgu tu bgtau takde ubat.
Aishhh tak leh terima alasan bodoh camtu.
Takkan la kat sekolah takde first aid kit.
Zaf cakap takpe nanti
dia beli satu letak kat dlm kelas dia.
Zaf cakap sindir secara halus sikit hahaha
Baiklah :)
Ai plak mmg tak tau sebenarnya sekolah cuti harini.
Macam biasala kejutkan Aliah
bersiap2 nak gi sekolah.
Sampai2 sekolah dia,
teacher kat depan pintu bgtau sekolah tutup.
Ape lagi terus pegi kedai Subaidah breakfast hihi
Esok cuti Selamat hari Malaysia kawan2!!
Esok jua birthday adik ai no3 Azie.