Akhirnya dapat juga beli telekung dari Telekung Tea. Lama dah tengok kat websitenya tapi sekadar cuci mata. Kali ini sajalah beritahu enZaf rasa nak beli telekung baru, terus dia kata okay boleh. Apa lagi lajulah tunjuk telekung yang kita minat. Disebabkan itu, enZaf bawa ke KL East Mall. Dalam kepala dah set nak warna pink, tuptup beli warna lain hehehe... ambil warna light purple. Macam cantik je bila pakai masa cuba kat kedai. Lain kali kita beli warna pink pula kan.
Masa beli telekung ni, dapat free satu canvas tote bag dan sejadah travel. Kotak telekung ni cantik sangat. Sayang pula nak buang. Kotak-kotak tudung pun sama juga. Nanti nak kena fikir buat apa dengan kotak-kotak ni. Simpan lama-lama pun buat berhabuk dan semak sajakan. Terima kasih enZaf belanja telekung baru. Jadi duit yang ai simpan untuk beli telekung, bolehlah guna untuk beli benda lain pula 😆 Selain telekung, adalah beli beberapa barang lain untuk seisi keluarga dihari raya 💕. Terima kasih enZaf, semoga rezeki melimpah ruah hendakNya 🤲.
Lepas selesai pergi JMU di Putrajaya, kami singgah Sunway Pyramid Mall pula. enZaf nak tengok boot bola katanya. Baru saja kami berjalan dalam mall tu, tiba-tiba Qaireen cakap lapar. Huish.. baru saja makan petang dia dah lapar. Ai cakap dengan dia sekejap lagi baru makan, rasanya nada suara ai tak keras tapi dia ingat ai marah dia huhuhu... patutlah sepanjang jalan tu dia senyap saja. Masa tu tak perasan lagi, dah masuk dalam butik Adidas baru tahu dia merajuk hehehe.. Gambar di bawah ini ai tak perasan lagi dia merajuk.
Nak keluar dari butik Adidas tu, dia bagi ai notebooknya. Aduhai anak, sedih pula bila Mummy baca. Terus menerus ai pujuk dia. Anak bongsu ini memang tak boleh ai naik suara sikit, mula lah sentap dan berair mata tu. Itu pun lama juga nak memujuk. Kuat menangisnya 😭😫
Untuk mengubati kesedihannya, Daddy dia belikan makanan kegemarannya iaitu sushi di Empire Sushi. Lepas beli makanan dia tu masih ada sedikit kesedihan lagi. Kami sambung jalan dalam mall dan ai ternampaklah butik Sanrio. Tak pernah nampak dalam mall lain, ini pertama kali nampak di Sunway Pyramid ni. Teruslah laju bawa Qaireen masuk dalam kedai itu. Nampak dah muka tu dari sedih jadi gembira hehehe.. Ai pun beritahu dia Qaireen ambil lah nak beli apa. Dia sampai pening tak tahu nak beli apa sebab banyak sangat Kuromi dia tu hahaha.. Kakak-kakak dia pun tumpang selit sama beli barang juga. Aliah tu dia suka Hello Kitty, akak Zahra dia biasa saja. Dalam pada biasa tu dia ada juga ambil satu keychain 😆
Tengah nak membayar dikaunter, tiba-tiba mesin kadnya tak boleh pakai. Bayar dengan cash sahaja. Kebetulan ai bawa duit banyak sikit dari biasa, dan nasib juga Qaireen ambil tak banyak barang hahaha.. fuh! selamat 🤣 Alhamdulillah, mood Qaireen terus baik. Dapatlah Mummy sambung jalan dengan aman heheh. Begitulah kisah anak bongsu ini 🤗.
Tahun ini entah kenapa tak rajin nak diy hadiah cikgu. Tahun lepas adalah juga bungkus/ balut semua letak bunga bagai, tahun ini ai nak beli siap saja. Mungkin faktor usia agaknyakan. Disebabkan malas itu, ai ajak enZaf keluar ke OU nak mencari hadiah. Suruh anak-anak bersiap, tengoklah warna pakaian Ariq pakai.
Ya Ampun, anak bujang ini. Baju biru, seluar merah dan kasut hijau. Fesyen apa pun tak tahu ni. Malas nak suruh dia tukar lain, hentam sajalah heheh.. Sampai di OU, kami masuk Parkson. Nak tengok bahagian pinggan mangkuk. Semua benda ai tengok semua nak bagi, akhirnya ai pilih Pyrex. Ada design Silver Crown terus ambil corak tu, sebab itu corak baru dan ai suka 😍. Dah bayar terus ke wrapping counter, bungkus terus. Senang kerja hehe..
Ai beli hadiah untuk teacher Qaireen dulu, kemudian belikan untuk Aliah dan Ariq. Ingatkan beli sama sajalah untuk cikgu perempuan. Cikgu lelaki nanti fikir nak beli apa. Lepas beli hadiah, jalan-jalan sekejap dalam OU ni. Nampak deko Krismas, terus ajak anak-anak bergambar di sana.
Sebelum balik, singgah di Gindaco minum petang. enZaf terasa nak makan Takoyaki katanya.
Dalam rasa nak makan Takoyaki tu, tiba-tiba dia bawa Cendol dan ABC hahaha.. macam-macam pula makannya.
Balik rumah ikat buku teks sekolah Ariq. Awal sekolahnya minta pulangkan sebab exam UASA pun dah habis. Seronoklah dorang ni sebulan lebih main saja kat sekolah nanti.
Esoknya kami hanya keluar untuk makan malam saja. Ariq tiba-tiba nak makan Roti Tisu. Macam-macamlah dorang ni, semalam Daddynya nak makan Takoyaki, hari ini Ariq pula nak makan Roti Tisu. Macam orang mengidam pula ya hahaha..
Jarang sangat ai nak bercerita pasal barang-barang shopping dalam blog ini. Bukannya tak ada shopping, dalam sebulan tu mesti sekali ai ada beli barang. Itu pun kebanyakkannya barang-barang anak hehe.. Kali ini special sikit nak masuk dalam blog sebabnya barang ai beli ini guna duit diri sendiri hahaha.. Shopping lain tu semua guna duit enZaf jadi macam malas nak tulis dalam blog :p Shopping duit sendiri ini sebagai ingatan reward untuk diri sendiri :p
Beli online saja dengan Personal Shopper (PS) yang menetap di USA. Boleh search usaloveshoppe di Instagram dan Facebook. Ada juga website dan di Shopee. Masa ai nak buka parcel ini, enZaf ajak keluar. Terus ai tertangguh nak buka. Kami ke bank dan lepas tu enZaf ajak ke Pavilion. Mujurlah ai pakai baju elok sikit nak masuk dalam mall tu hehe..
Kami berhenti makan di food court untuk Qaireen nak makan. Sebelum keluar tu ai dan anak-anak dah lunch, Qaireen seorang je yang tak makan lagi sebab bangun lambat. Qaireen makan nasi ayam dan donut sebiji. Nampak saja kecil tapi kuat makan dia ni. Kalau kat rumah tu ada saja nak mengunyah. Ikut perangai Daddy dia yang suka mengunyah. Agak sejuk dalam Pavilion ini, abang Ariq dah buang air kecil dua kali. Tak tahan sejuk katanya hahaha.. Masa ni kami tengah tunggu dia pergi toilet, sempatlah ambil gambar dua anak dara ni :)
Kami masuk Parkson, enZaf kata nak tengok vacuum. Bila masuk dalam Parkson, tiada pula vacuum yang dia nak. Sejak dua menjak ini dia semangat sangat nak beli vacuum. Katanya dia berkenan dengan cordless vacuum, padahal bukan dia buat kerja tu kat rumah pun hehehe.. tapi tak apalah, yang untung ai jugakan. Saja beritahu dia beli brand Dyson lah, katanya mahal sangat :p
Tak dapat beli vacuum, enZaf beli selipar abang Ariq. Kebetulan selipar dia koyak pula, mana taknya dia guna selipar itu buat sepak bola huhu.. Keluar dari Pavilion, kami singgah Restoran Subaidah pula untuk minum petang merangkap makan malam terus. Sampai rumah ai terus sambung buka parcel hehe..
Tu dia, ai beli beg. Jenama kesukaan ai Coach. Bila sendiri beli kita cari yang mampu milik sajalah. Kalau nak jenama yang mahal-mahal kita pakai duit suami :p
Beli beg ini pun masa tengah ada offer. Bukanlah beli new arrival, yang itu mahal sangat. Kita cari yang good bargain lah kan. Ai pun jenis tak kisah lama ke baru ke off season ke apa, asalkan cantik pada mata ai. Nampak gaya ini akan jadi beg harian lah :)
Masa dapat parcel ini, enZaf tanya barang apa ai beli. Ingatkan nak sorok dari dia tapi tak sempat sebab dia dah nampak hahaha.. Bila beli pakai duit sendiri ni dia tak ada nak komen apa lah kecuali pakai duit dia. Kalau pakai duit dia selalunya dia sendirilah yang pilih, tak kiralah beg ke pakaian ke. Ai pun jenis tak kisah, ikutkan saja :)
enZaf ajak ke Genting, katanya lama tak layan sejuk. Jadi ai pun terus jawab okay. Tenghari ajak tup tup lewat petang dah sampai hehehe.. Kami tak naik sampai puncak, hanya ke Genting Premium Outlets (GPO) sahaja. Bila dah sampai sana takkan lah nak cuci mata kan. Haruslah beli satu dua barang :p
Kami ke sini pada hari biasa, jadinya tak ramai orang sangat kat GPO ini. Seronok betul dapat jalan dengan tenang dan aman. Nak masuk setiap kedai pun tak perlu nak beratur panjang dan menunggu lama. Masa nak update entry ini baru perasan, rupa-rupanya banyak gambar Qaireen ai snap hehehe.. Gambar kat bawah ini tengah menunggu Daddynya shopping. Bukan senang nak dapat gambar Qaireen pandang kamera.
Akak Zahra dan Aliah bila nampak Typo lajulah dia minta masuk dalam. Dorang ni suka barang Typo terutamanya notebook. Entah berapa banyak buku beli untuk dorang berdua ini melukis. Akak Zahra sekarang tengah seronok melukis bunga. Setiap bunga yang dia lukis itu disertakan sekali dengan info mengenai bunga tersebut :)
Kami berehat sebentar di Krispy Kreme, anak-anak nak makan donut. Lepas tu sambung jalan-jalan lagi.
Haruslah ada gambar Mummy dan Daddy. Thank you akak Zahra snapkan gambar ini. Gambar kedua kami berdua pada tahun 2022, gambar pertama masa tengok wayang. Tahun ini ai nak ambil gambar dengan enZaf banyak-banyak haha..
Oh ya, dalam banyak-banyak kedai di GPO tu, Coach yang paling ramai. Beraturnya agak panjang sedikit. Ingatkan nak masuk, tapi bila tengok keadaan beratur tu, abaikan sahajalah. Ambil gambar kat air pancut berdekatan dengan Coach pun jadilah hahaha..
On the way balik sempat lagi ai ambil gambar.
Ambil gambar Aliah dengan Daddy. Yang ini enZaf sendiri yang request nak bergambar, katanya warna baju dia dengan sweater Aliah nak dekat sama. Tapi dalam gambar ini sweater Aliah tak nampak sangat pula hihihi..
Keluar dari GPO kami terus cari makan malam pula. Ingatkan nak makan area Genting itu juga, tapi tak ada yang menarik. Nak singgah Starbucks ramai orang pula melepak. Konon nak minum kopi sambil layan sejuk waktu malam haha.. Akhirnya kami restoran Arab di area Gombak.
Alhamdulillah sepanjang kami pergi dan balik dipermudahkan. Masa kami nak ke Genting tu, banyak kesan tanah runtuh. Agak menyeramkan jugalah. Rasanya kesan tu sama waktunya pada kejadian banjir teruk di Selangor ni. Hujan lebat bukan sahaja bahaya di kawasan rendah, kawasan tinggi pun sama jugakan.