Thursday, July 31, 2014

KPI Ramadhan


Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog ni
ceh bajet blogger femes plak hahaha
tak kisah la ramai ke tak,
sorang 2 baca pun terharu dah hihi
Kalau ada salah silap
terkasar bahasa terasa hati,
maafyer, kosong-kosong.

Kami beraya tahun ni sama
seperti raya sebelum2 ni.
Beraya di rumah sendiri dulu,
pastu ke Taman Tun umah pil
pas Zuhur blah Sg Buloh plak.
Malam baru umah sedara.
Esok dan seterusnya
berjalan la ke umah sedara mara lain
dan kawan2 yg ada kat KL ni.
Gitu la tiap2 raya.
Jarang dah balik Penang or JB.

nak citer KPI bulan puasa baru ni.
haha puasa pun ada KPI :p
KPI tuk tidak meng'up'kan sebarang
gambar berunsurkan makanan
terutamanya time bersahur dan berbuka hahaha
Berjaya jugak ok.
Ada satu je entry pasal jual kuih raya tu.
Kira lepasla kan.
Slalukan blog ni tak habis2 citer makan.
Bulan puasa berjaya mempuasakan blog
dari citer makan :p

Lagi satu KPInya nak khatam al-Quran
tpppppp sedihnyaaaaa
tak sempat khatam huarghh
ntah kenapa tahun ni byk benor
kekangan nak baca.
(ketuk kepala diri sendiri)

Tapi tapi tapi kesedihan itu terubat skit
sbb puasa kalini penuh.
Yeyyyyyyyy penuh, xyah ganti2 dah.
Jgn wat propa cik kiah tak pregnant.
Ai punya period cycle panjang,
tak macam org normal yg lain 28 hari je.
Ai is 35-40 hari.
So timing plak sblom puasa baru habis period. :)

Sapa datang KD,
meh singgah umah beraya :)

Friday, July 25, 2014

TDL - Tudung Terbaik Dari Ladang


Semalam gi umah jiran depan umah.
Miza namanya,
dia pengedar tuk tudung TDL ni
bagi negeri Selangor. :)

First time beli TDL.



Ai pilih Sephia Shawl.
Suka sbb glitter.
Warna Merah.


Royal Blue.



First time jua beli printed shawl.
Damia Shawl.
Corak Bunga2


Corak Lap lap (love) :p



*Semua gambar dari TDL website.
Harapan pakai cantik mcm model :)



Pastu beli inner neck satu.
Puas hati ngan kualiti shawl ni.
Masa kat umah dia,
ai dah konpius nak mana satu,
sbb semua lawa2.
Kalau la byk duit,
mmg banyak le borongkan.

Gi la cuci mata kat TDL ni,
ni websitenya [link]
Bole gak like kat FB
search je TDL,
kalau dok Selangor leh la like TDL Selangor :)
Harga?? mampu milik :)

Thursday, July 24, 2014

Kisah Gambar Ini


EnZaf dalam kedai,
nak beli kasut.
Ai n anak2 tunggu luar je,
malas nak bersesak kat dlm.

Sementara tunggu dia pilih bagai,
kami anak beranak main
tangkap2 gambar.

Memula Zara.



Pastu Aliah.



Banyak kali gak snap gambar,
bertukar2 photographernya.
Sampai tak peduli orang lalu lalang situ.
Lantak la dorang nak kata ape kan.

Tetiba masa tgh sronok2 bergambar,
datang sorang mamat ni.
Dia volunteer nak amikkan gambar kami semua.
ahahahhaa tetiba ai malu giler.

Jadi dia amikkan la gambar kami.



Mamat tu ai dah perasan sblm ni.
Dia dok tunggu luar H&M.
Mungkin gf or wife dia soping kat dlm.
Agaknya dia peratikan kami bergambar
dgn keadaan huru hara.
Tu kot dia dtg tolong hihihi

Terima kasih la pd enMamat idontknowurname tu. :p

Wednesday, July 23, 2014

Tindik Telinga Aliah


Yey! hajat Mummy nak tindikkan telinga anak tercapai. Tapi dapat seorang saja yang buat iaitu Aliah. Zahra awal-awal lagi dah cakap tak nak. Patut buat masa dia kecil lagi kan. Dah besar ini dia tak nak susah lah nak paksa huhu... Jenuh ai pujuk pun tak jalan juga. Tapi tak apa, tahun depan Mummy cuba lagi. Mana lah tahu dia nakkan. Masa ini kami pergi ke SACC Mall. Ai nampak kedai emas dan terus masuk dalam kedai. Aliah dah tahu nak tindik telinga dan dia pun memang eksaited nak sangat. Sampai pilih subang yang dia suka. Gambar di bawah tengah buat tanda di telinga tempat yang nak ditindik.



Selepas tanda, staf tu spray untuk kebaskan telinganya. Aliah cakap "it's cool Mummy!" :) Ye lah nak, tunggu kena tindik nanti cool ke tak tu hahaha...



Bila dia nampak alat nak tindik yang menyerupai pistol tu muka Aliah dah nampak saspen. Tak pasal-pasal Mummy dia pun saspen juga huhuhu... Buat serentak bagi tiada masalah untuk tindik sebelah lagi. Nanti tak pasal-pasal dah tak nak tindik lagi sebelah bila tahu sakitkan.



Lepas tindik tu Aliah terus menangis. Alala.. anakku kesian dia. Terkejut dan terasa sakit sikitkan. Menangis lama juga dia, jenuh Mummy pujuk. Bila ai cakap "Aliah, you look beautiful. Like a princess!" Terus dia berhenti menangis hehehe.. Pantang puji cantik ya tak :) Itulah rupa muka baru lepas menangis.



Selepas tindik itu, tak ada pula telinganya naik merah. Alhamdulillah nampak semuanya okay, tiada bengkak dan darah ke apa. Dari Shah Alam kami terus ke rumah Mak Tok. Sampai-sampai ai ambil minyak gamat dan sapu dikeliling subangnya depan dan belakang. Muka Aliah pun dah happy. Tanya dia sakit ke tidak tindik tadi, dia jawab tak ada. Eh! yang menangis tu apa hahaha.. Lupa terus sakit tu ya :)



Ai pun dah cuba pusing-pusingkan earing tu di telinga dia setiap hari. Tengok ada sangkut ke apa, Alhamdulillah semua okay. Aliah cakap "you tickle me, Mummy" adalah hihi.. Kalau masa pusing tu terasa sangkut, kemungkinan lubang tindik tu bernanah. Jangan biarkan kawasan tindik tu basah atau lembab. Pastikan ianya kering dengan tuala atau kapas setiap kali lepas mandi. Staf kedai emas itu beritahu biarkan subang di telinga dalam sebulan. Lepas itu barulah tukar dengan subang yang lain jika nak. Caj tindik telinga kat Aliah ini RM20 sepasang.

Tuesday, July 22, 2014

Baju Raya


Lega bila baju raya anak2 dah setel.



Tgh mengemas baru perasan
baju ariq semua hijau haha

Baju mummy xbeli pun takpe.
Soping barang anak pun
dah rasa seronok dan puas hati.

Tinggal nak amik baju kurung & melayu
yg kami tempah je.
Lama okeh tak tempah.
Last zaman anak sorang Zara
tu pun sekali je.
Pastu beli siap je.
Beli siap lagi murah dari tempah hihihi

Monday, July 21, 2014

Pisau RM4.90


Khamis lepas gi redeem setem kt Giant.
Giant ada wat promosi,
program tebus pisau jenama Schulte.
Buatan German gitu.
1 stamp untuk belian RM30.



Memandangkan slalu soping kt Giant.
Gigih la kumpul setemkan haha
Ai dah aim pisau yg nak.



Pisau ai nak tu
kena collect 40 setem.



Dapat 2 jenis pisau.
Hanya bayar RM4.90 + 40 stamps tiap satu pisau.
Retail price RM100 katanya.
Kira berbaloi sgtla kan.



Saturday, July 19, 2014

Available


Antara yg masih ada lagi.
Bole view kat sales blog ni
[link]



TQ!

Friday, July 18, 2014

Gigi dah cabut


*Updated*
Allahuakbar!! Allahuakbar!! Kita diuji lagi, terutamanya MAS. Semalam masa terima berita ini ai dah mengantuk. Bila tahu je terus mengigil satu badan. Salam takziah buat keluarga penumpang dan krew MH17. Semoga mereka tabah, kuat dan redha dengan kejadian yang menimpa ini :(


Oh yer pada hari Jumaat lepas, satu gigi Zahra sudah cabut akhirnya... Ini adalah rentetan dari entry gigi goyang [link]



Ai sendiri yang cabutkan giginya yang dah longgar sangat dah tu. Suruh juga dia cabutkan sendiri tapi dia tak nak, takut katanya. Tengah ai mandikan dia, ai pun cabutkan gigi longgar tu. Keluar darah sedikit, mujur dia tak menangis. Gigi baru dia pun dah keluar. Besar dah anak sulong ni :) Terus nampak lain dah muka dia tu kan :)



Esok kami nak sambung shopping baju raya anak-anak. Masih tak habis lagi mencari. Cuma kali ini nak mencari baju untuk Zahra dan Aliah, Ariq pakaiannya dah selesai. Mummy dorang pula selalunya last minutes, kalau ada yang menarik beli atau pun kalau ada duit balanced lagi haha.. kita sejenis yang tak kisah ada baru ke tak. Mana yang masih boleh pakai dan elok tu, ulang pakai pun okay saja..

Thursday, July 17, 2014

Berpuasa di perantauan


Hahah perantauan sangat,
padahal 1 malam je pun.
Ikut Zaf gi Kuantan,
dia ada berbuka puasa ngan customer.
Berbukanya kat Hotel Zenith,
so check-in pun kat sini jugak la.



Kul 3 lebih baru gerak dari umah,
sampai dlm kul 6.30ptg.
Lambat sbb Zaf ngantok2 bawak kete.
Jadi stop kat rnr tido jap.

First time tido kat Hotel Zenith ni.
Slalunya kalau ke sini,
tak tido kat Hyatt gi Swiss Garden.
Sbb nak pantaikan.
Hotel Zenith ni tgh town,
xde la pantai
tp cantik jugak la hotelnya.

Terpaksa bawak ipad
umpan dorang dok diam,
sbb xkemanakan berbuka kat bilik je pun.



Ni nak gi sahur,
terpaksa angkut semua.
First time jua bersahur kat hotel haha
Kul 4pg sampai 5.30pg buffetnya.



Balik bersahur Ariq tak leh tido.



Suh dia close eye.
Dia close tp mulut senyum.
Berlakon sangatttt



Kakak2 dia and Daddy dah selamat,
tinggal ai melayan dia sesorang.
Kul 7 camtu baru dia tido balik. :)

Wednesday, July 16, 2014

Dah Main Bunga Api


Hari Sabtu lepas,
buka puasa kat umah SgBuloh.
Tok Abah belikan bunga api
tuk cucu2nya.



Pas buka puasa,
Aliah & Zara xsabar2 nak main.



Bukan dorang je seronok,
bapak budak pun seronok jugak.



hihi asalnya bunga api tu,
nak bagi Ariq main.
Tapi anak bujang tu penakut.
Dia tgk akak2 dia main dari jauh je.

Monday, July 14, 2014

Tambah Koleksi


Smalam gi uptown kota.
Zaf nak beli lego.
Kotak besar tu dia punya.
Sblm ni dah sebut2 nak beli lego kapal.

Kemain lagi semangat membeli,
buatnya tak tau bila.
Ntah ada masa ke idak nak buat tu,
tak pernah lekat kat umah.
Balik umah tuk tido je hehe
Kita tunggu dan lihat je la,
kotak tu berabuk ke tidak :p



2 kotak kecik di depan tu
ai yang punya :)
Tambah koleksi lagi. [link]
Best tak sabar nak buat.

Tapi harini ai n anak2 ikut Zaf ke Kuantan.
Dia ada buka puasa ngan customer.
laju je packing xkira nak ikot :)
Tido satu malam kat sana.
Esok cutikan,
Salam Nuzul Al-Quran buat semua yer!

Sunday, July 13, 2014

Biskut Raya Sedap


Biskut Mazola
RM18 50pcs


Choc Chip
RM18 50pcs


Rainbow
RM15 30pcs


Almond Stick
Oreo Stick
Hazelnut Stick
RM15 18pcs



Ha ni bukan biskut hehe
Paling byk dapat sambutan.

Popia Nestum


Popia Kari


RM10 untuk 300gm.

Popia ni ai suka wat mengunyah depan tv.
Tak raya pun memang makan haha

Marila beli,
free delivery tuk klang valley :)

Friday, July 11, 2014

Kerja Sekolah


Smalam tgk Zara wat homework.
Dah masuk semester ke2 ni
makin lama makin advanced la kan
silibus dorang.

Zara suka maths.
Tiap kali ada homework matematik
laju je dia nak buat.



English skang dah blajar pronouns.



Bahasa Melayu blajar kata nama khas.
Pergh..



Dok imagine camne teacher dia ni,
explain kat dorang ape menda tu kan.
Sbb dlm pale otak ai ni,
budak2 tadika ni nak main je haha

Zaman skang ni nak jadi mak tak senang,
kena pandai dari dorang.
Kalau tadika pun dah belajar mcmni,
tak tercapai akalku ape
dorang blajar sekolah kebangsaan plak.

Tetiba teringat masa awal2 tahun,
Ai tgk Zara wat homework,
sambil iron baju.
So ada la satu soalan tu ai salah
explain kat dia.
Pastu dia jawab,
please use ur brain mummy!!
huhuhuhuhu
sejak dari tu
tgk dia wat homework tak leh wat keje lain,
nanti mummynya yg xfokus
bukan anak hahahaha

Thursday, July 10, 2014

Redeem UPoints, OneCard


First time redeem UPoints ni.
Sblom tu renew dulu OneCard,
best sbb dpt renew for free.
Siap sms bgtau suh collect,
kalau tak bgtau ai pun xingat bila expired haha

Kali ni tukar design bunga2 plak.
Sblom ni design jalur2.



Masuk Converse,
nak beli kasut anak2.
Tapi sayang size Ariq dah xde stok
tuk semua kaler pun huhu
Aliah plak warna dia nak xde.
Dapat la satu tuk Zara,
dia sendiri pilih.



Beli pakai point mmg berbaloi.
Saja tanya Zaf tuk ai xde ke,
laju dia cakap xde huhuhuhu

Nak tahu ape OneCard tu
klik sini [link]

Wednesday, July 9, 2014

Berbuka kat Luar


Tiap kali hujung minggu bulan Ramadhan
dapur rumah xberasap, tutup :)
Sabtu or Ahad kami berbuka
kat umah mak or mak mertua
bergilir-gilir.

Sabtu lepas
nak berbuka kat umah SgBuloh
skali Abah call ajak buka kat luar.
Ape lagi laju la ckp ok.
Dah org ajakkan hihi

Kami berbuka kat Johnny's Steamboat, OU.
Kira ni first time buka kat luar.



Zara yg masih bertahan puasanya.
Ai yg risau takut ni xlarat,
tp ok je tengok :)



Bole plak terjumpa ngan schoolmate, Aida.



Pas berbuka,
gilir2 pegi surau solat Maghrib,
pastu sambung makan lagi.

Dah keluar dari Johnny's
sambung ke Teh Tarik Place plak.
Tok Abah & Zaf ajak minum.
Tak penuh2 perut dorang ni.



So ai pun gatal order teh ais.
Balik umah kepala pening rasa mual.
Nasib ada Gaviscon,
terus keluar angin banyak kali.
Walaupun takde la 100% hilang,
tapi lega la mual tu takde.
Pening sikit2 je.
Gatal lagi order dah tau berangin :p



Tuesday, July 8, 2014

Berat oh Berat


Bila timbang berat
time tgh puasa, 41kg
Seronok tgk
hati pun berbunga.

Timbang pas berbuka
44kg or 45kg huhuhu
terus rasa nak baling weight scale tu.

Hakikatnya tu la berat
sebenar pas berbuka.
Silala terima kenyataan
huargghhhh

Ok ayat nak sedapkan hati.
Yang penting berat tak naik.
Maintain je hahaha

Monday, July 7, 2014

First Time Puasa


Hari ni hari ke-9 kita berpuasakan,
cepat betul dah habis seminggu.
Puasa kalini jugak
merupakan tahun pertama Zara berpuasa.
Yeyyy....

Harini masuk hari ke-4 dia puasa penuh.
Ramadhan pertama & ke-2
dia xbangun sahur.
Pastu dia puasa selang hari,
takat ni xbole hari2 puasa,
kalau kejutkan sahur
langsung xbole bangun dia haha

Masa hari dia xbgn sahur tu,
dia gigih nak puasa gak,
tapi ai bagi setengah hari je.
Takut kang pengsan anak aku xpasal2 :(



Daddy dia cakap,
satu hari puasa 1 ringgit hihihi

Tahun ni xpela dia xpuasa penuh pun.
Janji dia tau makna puasa,
apa yang bole dan xbole buat
sepanjang bulan Ramadhan.
Kat sekolah pun,
mmg teacher galakkan tuk 6 thn berpuasa.
xde makan2 time tea break :)

Ha start hari ni,
Zaf dah dpt jemputan berbuka kat luar.
Kalau sblom ni ai berbuka sorang2.
Kalini dah ada geng buka sama.
Macam xcaya plak,
anak dara ni dah besar.
(sambil lap air mata)

Tahun depan insyaAllah
kita latih dia puasa penuhkan.
Bukan takat puasa,
solat pun kena jaga jua.
Bukan je tuk anak,
tuk diri sendiri pun hahaha
Anak dah besar ni,
kena la selalu solat jemaah bersamakan.


Friday, July 4, 2014

Berbawal


Lama tak bertudung bawal.
Sian bergantung tapi tak pakai.







Terasa pasni nak shopping bawal baru.
Byk gak design cantik2 skang ni kan.
Nak nak yg jenis sulam,
tudung ai byk yg ada diamond tu,
mcm xmenarik :p