Monday, April 30, 2018

Ikan Patin Gerai Makan Pak Usop


Ohoi.. bercinta betul nak
update blog.
Punya la takde masa..
Ni pun update cepat2,
mintak akak Zahra jagakan adik dia kejap.
Bila Qaireen tido,
time tu la kita bole buat keje umah lain.

Entry ni pun gambar sikit je.
Cerita hujung tahun lepas hehehehe
Nak pergi cuti kat Kuantan,
singgah Termerloh.

Lunch kat Gerai Makan Pak Usop.
Kedai abah ai.. eh tak la.
Nama je sama :p



Dah byk kali gak la makan sini.
Yang pasti tak pernah tak ramai.
Ni pun menunggu orang habis makan.
Nasib baik anak2 okay.
Skang ni dah ada baby,
payah la nak makan tempat sesak cmni huhuhu

Ke Termeloh ofkos la kan
makan ikan patin.
Patin masak tempoyak ngan patin goreng,
2-2 Zaf amik.
Anak2 suka betul makan ikan patin.



Kedainya dekat ngan sungai Temerloh,
alang2 tu amik la gambar.
walaupun byk kali dtg makan,
ni kot first time bergambar kat sign Temerloh tu hehe



Sunday, April 29, 2018

Lunch at Absolute Thai


Cerita semalam.
Lunch yang tak dirancang.
Hari Jumaat tu saja ai whatsapp
kat bffs..
ajak lunch sesapa yg free.

Hari Sabtu, Zahra ada tuisyen,
dan enZaf pun takde..
dia outstation kat Johor.
Tu yang laju ajak kawan :p

Memula nak makan kat Mohd Chan,
fikir2 byk kali tukar ke Giza plak la.
Decided makan kat Absolute Thai.
Lama ai tak makan kat sini.



Order Ikan Siakap masak stim.
Original menunya pedas sket,
tp ai mintak tak pedas.
Nak bagi budak2 makan
dan ai pun tak makan pedas buat masa skang.



Order sayur campur.



Ai order 2 lauk je,
selebihnya tunggu Nani.
Masa order tu ai & elin je.
Elin plak dia order ala-carte,
makan mee je, diet la tu :p
Lupa plak amik gambar makanan dia hihi

Nani sampai dia order ayam pandan
dan tomyam..
tp ai tak amik plak gambar tomyam.



Lupa plak nak order pulut mangga.
Patut la rasa mcm kurang je.

Ni Nowwa baru sampai,
suh mintak Haiqal (anak elin)
amikkan gambar kami.



Nowwa tak puas hati dia kat depan,
suh amik gambar lagi satu plak,
dia kat belakang.
Katanya dia gemuk kat depan2 pffttt



Habis makan,
ai gi amik Zahra kat tuisyen.
Dekat je ngan Giza, jalan kaki.
Pergi ngan Nowwa skali.
Sbb kami nak beli kek.



Esoknya Ahad 29/4 birthday Elin.
Dah alang2 jumpa tu kami
celebrate in advanced la sehari.

Ahad ai tak free sbb anak2 ada sukan sekolah.

Ala lilin dah cabut dari kek :)
Ha buat entry ni birthday dia la.



Happy Birthday Sahabatku Nurul Ezlin.
Semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T



Video masa nyanyi lagu birthday :)


Takde gambar proper dia dgn kek.
Dah masa ni huru hara ngan anak2.
Nak nak ada 2 baby.
Tak menang tangan dan duduk.
Dalam restoran tu pun tak rasa ekon
cuaca panas,
basah ketiak semua cukup ai ni.
Menyusu anak berpeluh2.

Bergambar lagi sekali sblm keluar.
Ada akak Zahra :)



Sebelum balik,
singgah kedai Times.
Yang kononnya Ariq nak beli buku,
last2 dia nak hot wheels.
Akak Zahra yg beli buku...
Aliah beli art & craft.

Time nak balik tu
Qaireen dah mengaruk.
Laju2 jalan bayar tiket,
masuk kereta menyusukan dia kejap.

Seronok sgt rasa bila jumpa kekawan.
Walaupun huru hara penat semua cukup.
Tp berbaloi...

Saturday, April 21, 2018

Birthday Zahra


Bulan lepas birthday Zahra, 17/03/2018.
Haritu ai masih dlm pantang,
maka sambut kat rumah je la hihi

Bgtau Zaf beli kek tuk dia,
kami decided beli slice kek je
kegemaran dia Chocolate Indulgence
kat Secret Recipe.
Beli whole cake nanti membazir
tak habis makan.



Walaupun simple je,
Zahra tetap happy & excited.
Malu2 je dia bila kami ramai2 nyanyi
lagu birthday kat dia :)



Video masa nyanyi tuk dia.


Elok habis nyanyi2,
kawan2 ai ada dtg melawat baby.
Alang2 tu mintak la amikkan
gambar kami sekeluarga.

Time tu selempang je shawl.
Malas nak pakai tudung elok2.
Selekeh betul mummy :p



Thanks Fidd amikkan gambar kami.

Happy 10th Birthday kakak Zahra!!!
Besar dah dia :)

"Ya Allah, jadikanla ia anak yang sihat sempurna,
berakal cerdas, dan berilmu lagi beramal"




Thursday, April 19, 2018

Happy Birthday Abah


Throwback bulan 2 yg lepas.
Kami adik beradik celebrate birthday Abah.
Makan dekat2 je kat Pizza Hut KD.
11/02/2018 umur Abah yg ke-64 tahun.

Tetiba dia bukak spek nak bergambar.
Katanya muda sket hehehe



Kad kat tangan dia tu,
Aliah buat.
Kami paling lambat sampai sbb
menunggu Aliah siapkan kad tu.
Kelam kabut sungguh.

Abah dengan kekasih hatinya :)



Tok Abah dengan cucu2nya.



Abah bersama anak2 dara & mak2 dara :p



Masa ni muka ai pun dah kembang.
Rupanya lagi 10 hari ai nak bersalin.
Sama bulan celebrate Qaireen ngan Tok Abah dia nanti.

Bergambar kami adik beradik sblm balik.
Nasib baik Angah dpt balik
time birthday Abah.
Nak menunggu semua ada tu bukan senang.



Happy 64th Birthday Abah!!
Semoga diberi kesihatan yang baik.
Along sayang Abah sangat2.

Wednesday, April 18, 2018

For Sale: Lubna Flared Kebaya


Nak jual kebaya ni.
Baru lagi with tag.
Kalau nak email yer

Brand: Lubna
Size: S
Price: Sold include postage

Description
Top:
- Floral print flared kebaya top
- Is nursing friendly
- V-neckline
- Lined
- Regular fit
- Zip fastening
- Polyblend

Skirt:
- Floral print tulip kebaya skirt
- High rise
- Unlined
- Regular fit
- Zip fastening
- Polyblend













Monday, April 16, 2018

Melawat Baby Qaireen


Masa ai dalam pantang, ramai sahabat dan saudara-mara datang nak melawat tengok baby Qaireen. Tiap weekend je full dengan tetamu yang datang. Ada juga yang ai terlupa nak bergambar. Mana yang ada bergambar tu, ai letak ke dalam entry ni sebagai kenangan dan tanda terima kasih. Terharu :)

Kawan-kawan sekolah. Dari kiri Jaja, Elin, Nani & Tee B.



Jiran depan rumah Miza.



Maklang dan Makngah sekeluarga. Cousins lelaki ada tapi malu nak bergambar hehe



Kawan sekolah Fid & Reez. Masa pantang bersalinkan Ariq dulu dorang berdua ni pun datang melawat juga.



Kawan sekolah lagi Nowwa, Anis & Sufia. Jumpa kat restoran Mohd Chan.



Time ni ai amik udara luar, sementara meunggu Zahra habis tuisyen. Release stress, otak tepu duduk lama sangat dalam rumah hahah 3 jam kat luar lepas tu salin balik uniform pantang kat umah :p

Makteh sekeluarga datang melawat.



Cousins Lina & Fatin. Anak dara lagi, awal 20-an. Bergambar dgn dorang ai rasa macam muda tiba-tiba hehe



Tengok akak Zahra, macam dah besar pula dia dalam gambar ni. Oh no!!! Mummy dah tua huhuhu Ada juga yang tak datang tapi hantar hadiah. Sangat terharu.. Terima kasih yang luangkan masa datang ziarah tengok baby.


Saturday, April 14, 2018

Hadiah Untuk Qaireen


Murah rezeki baby Qaireen. Ramai kawan-kawan Mummy & Daddy dia bagi hadiah. Saudara-mara pun banyak juga memberi. Alhamdulillah, semoga melimpah ruah rezeki kepada pemberi. Paling banyak Qaireen dapat ialah pakaian. Sampai ada yang bagi baju umur 4 tahun. Pergh jimat Mummy.. tak payah nak membeli sangat hehe selamat la Daddy dia tu :p



Selain dari pakaian ada juga yang bagi barang. Sebenarnya ada lagi barang tak dimasukkan. Macam peralatan pinggan mangkuk cawan semua sebab enZaf dah simpan dalam kitchen cabinet. Tak kuasa ai nak ambil semata untuk bergambar :p



Hadiah paling besar dapat ialah stroller, tapi tiada dalam gambar ni. Next entry kalau nampak stroller warna merah.. ha itula hadiah yang diberi oleh kawan enZaf. Ai terharu juga sebab banyak duit Qaireen dapat. Belum sempat lagi nak buka akaun untuk dia. Daddy dia suruh masukkan dalam SSPN. Kemudian nanti boleh daftar untuk dia pula.

Oh yer dapat gift dari hospital KJMC masa discharge.



Dalam plastik tu banyak dapat sampel produk dan voucher. Paling best dapat bag biru tu dari enfamama... hihi

Saturday, April 7, 2018

Anak No. 4


Lamanya ai tak bersiaran dalam dunia blog hihi. Ini pun kebetulan je mengadap komputer. Kalau tak, memang tak sempat nak buat apa. Bila dah ada baby ni kita memang tak menang tangan dibuatnya. Fokus kita terus berubah seratus peratus ke babykan. Alhamdulillah ai dah selamat bersalin anak yang ke-4.

Name: Qaireen Razia
D.O.B: 21st February 2018
Weight: 2.16kg
Time: 06:30pm
Place: Kelana Jaya Medical Centre (KJMC)



Paling kecil antara semua adik beradik. Tapi paling susah nak keluar :p





Sekarang dia sudah berumur 1 bulan setengah. Baru-baru ni dia asyik nak berdukung. Tidur pun nak pegang saja, bila letak je terus mata pun terbuka dan terjaga huhuhu

Tengok gambar ni terus teringat kat anak-anak yang lain masa newborn :)

Qasrina Zahra [link]
Qalesya Aliah [link]
Ariq Firman [link]