Sunday, September 30, 2018

Bantal DAG


Tetiba enZaf bawa balik bantal.
Bantal DAG dari Das Abdul Global.
Bantal hotel gitu.

Dia beli satu je
kata nak try dulu best ke tidak.



Ada 3 jenis bantal ni.
Tak silap ai enZaf beli
M2 Microfibre RM89.70 satu.

Masa dia beli dapat keychain bantal.
Laju je si Ariq amik hehe



Sedap bantalnya.
Gebu dan lembut.
enZaf suka tapi hanya ai je kurang best.
Eh bukan salah bantal.
Sebab kurang best tu,
tengkukku sakit.
Badan ai ni kecik jadi bantal tu tinggi,
tak sesuai ngan saiz badan.
Sakit tengkuk dan bahu.

Mungkin kalau bantal tu rendah sket,
or bila dah pakai lama okay kot.
Buat masa ni mmg enZaf beli bantal tu
untuk dia pun hehehe

Tapi bantalnya memang macam bantal hotel.
Empuk sangat.
Yang penting bantal tu
anti banteria, anti allergik
dan anti pijat dan kutu.

Aish... pegi websitenya la
lagi senang.. ada byk info kat situ.
Sila la terjah [link]

enZaf ni beli kat Kota Damansara je,
sesapa yg ada area KD or dekat ngan kawasan ni
bole la roger En Haiy 018-2136340.
Ini iklan tidak berbayar.
Kita support mana tau ada rezeki untuknya kan :)

Saturday, September 29, 2018

Minum Petang di Santai


Bila dapat call dr enZaf
ajak minum petang,
ape lagi laju2 la siap.
Hati ni mudah terhibur dgn makanan haha

Kalini kami minum petang kat Santai, Taman Tun.
Lama tak makan kat sini.
Dan kalau nak makan petang kat sini,
kena sampai awal paling lambat pun pukul 4.
Lepas dari tu makanan dah habis.
Yang sedap, habis cepat la.



Buat masa ni Qaireen takde la join makan,
janji ada org layan dia main ok dah.



Ni ada la weekday squad mummy.
Aliah je takde.



Tahun depan tinggal Zahra & Qaireen je,
Ariq sekolah petang ngan Aliah plak.

Sejak ada Qaireen ni,
mmg muka dia je penuh dlm phone :p



Thank you enZafaris bawak makan petang.
Lain kali bawak lagi okay.



Skang pun dah jarang dating ngan kawan2.
Pernah message ajak keluar,
tp xde rezeki lg nak jumpa,
sibuk ngan komitmen masing2.

Harini ada wedding lagi,
cousin ai Khairul.
Musim cousin2 ai kawin sudah :)

Friday, September 28, 2018

Qaireen 6 Bulan


21hb Ogos Qaireen dah masuk 6 bulan.
Alhamdulillah setengah tahun dah.
Cepat betul masa berlalu,
tup tup dia pun dah besar.
Huhu taknak dia besar.. biar baby je pleaseee..
nanti rindu nak baby lagi haha

Si Bulat Mummy.



Alhamdulillah progress dia pun baik.
Laju dah dia pusing nak meniarap.
Dan dia pun dah pandai pusing balik.
Tidur pun dah bergolek2
pusing 360 darjah.

Sejak dah pandai meniarap,
asal letak je terus pusing.
Skang dia dah bergerak,
tp bukan ke depan..
ke belakang..gostan gitu :)

Duduk pun dah bole biarkan lepas.
Tp sekejap je la
dalam 10-15 saat.

Qaireen dah start makan,
takde la tepat2 6 bulan bagi,
seminggu lepas tu baru bagi.
First makanan dia bubur nasi kosong.
Itu je ai bagi selama 3 minggu kot.
Dia pun makan tak byk,
5-6 sudu je.

Ada sekali cuba bagi pisang,
dia taknak.. bagi pastu keluarkan.
Sabar je la.



Ni muka sblm bagi makan,
kemain suka hihi

Cuma skang ni bila manja tu makin mengada.
Sebab apa mengada.
Dia tak bole duduk dalam car seat lama2.
huhuhu payahnya la ai nak drive.
Bila hantar dan amik abang Ariq je
mesti ada drama.
Letih sungguh, stress bawak kereta.
Walaupun dah berhenti bagi minum susu,
tetap menangis nak dukung.
Bertabahla diriku ini.



Kat rumah pun sama,
nak berkepit je.
Duduk dalam walker pun kejap2.



Awal2 okay dia duk main,
pastu jangan kita lalu depan muka dia.
Bila nampak terus nangis nak mintak dukung.
Kalau ai tengah buat kerja rumah,
tetiba nak kena lalu depan dia,
ai selalu suruh akak Zahra alihkan pandangan
dia bagi tak nampak ai haha
sampai gitu sekali okay.
Kalau tak mmg tak buat kerja la jawabnya.



Kakak Aliah yang rajin melayan dia.
Dia pakai tudung ke sekolah sbb
ada kem solat bestari.

Thursday, September 27, 2018

Genius Aulad Hajj Junior 2018


Tahun ni Ariq bertuah sangat sebab sekolah dia ada buat hajj simulation. Pertama kali Genius Aulad buat untuk anak-anak. Bukan Ariq saja suka, ai pun teruja jua. Hajj simulation ni buat dalam Kompleks Panasonic Shah Alam. Memang tempat ni khusus untuk anak-anak kecil belajar mengerjakan haji bagi semua pre-school yang berminat. Bila ramai nak buat maka kena tunggu giliran masing-masing. Dan giliran GAKD pada awal bulan September iaitu 4hb yang lepas. Orang dah balik haji baru dapat buat hehe Jadi la dari takde kan.

Sempat ai ambil gambar dia sebelum masuk sekolah.



Kain ihram tu memang GA sediakan. Teacher bagi sehari sebelum untu dipakai siap-siap dari rumah. Teacher pun pesan untuk murid lelaki kena pakai pakaian sukan bahagian dalam. Risau ada yang tak selesa nanti kalau pakai ihram gitu saja. Lagipun dalam kompleks tu beraircond, sejuk pula nanti.

Sementara menunggu Ariq dan kawan-kawannya bertolak, kami pergi breakfast dulu kat restoran depan sekolah dia. Senang sikit nak nampak sambil tu perhati kalau dorang dah ready nak keluar. Nampak kelibat dorang keluar laju ai pergi ke arah Ariq. Muka eksaited nak pergi haji :)



Ada ambil video sikit sebelum bertolak.




Comel anak-anak semua, masing-masing lengkap dengan beg dan tag. Yang perempuan pun comel dengan telekung GA sediakan, ada bunga-bunga kat kepala comel sangat. Nasib takde saiz besar, kalau tak ai dah minta satu haha



Suka name tag tu, macam real nak pergi haji sangat.



Ni kelengkapan masa Ariq sudah balik dari haji. Dapat la Mummy snap buat kenangan.



Masa dorang tengah buat haji, Teacher Mira tak putus-putus hantar gambar dan video dalam whatsapp group. Ai pun ralit tengok phone, teruja tengok anak-anak tunaikan haji. Bermula dari Imigresen, sampai la dorang buat rukun haji semuanya. Dengan betul-betul ada gunting rambut sikit. Bestnya la hai.. Mummy rasa macam nak join sama juga.

Bawah ni ai ambil gambar dari Facebook GAKD. Ada video tapi ai tak masukkan dalam blog. Saved kat Facebook saja.














Tahniah teachers dan tahniah anak-anak. Kagum tengok teacher handle anak-anak tunaikan haji. Tak boleh bayangkan kelam kabut tu hehe Bila tengok video punya la comel, ada setengah murid lelaki sampai kain ihram tercabut-cabut, ada yang dah jatuh dari bahu haha comel sangat. Masa ambil Ariq dari sekolah, tak putus-putus dia bercerita betapa seronoknya dia pergi haji. Satu pengalaman yang baru buat anak-anak :)

Ai berdoa semoga diri ini, suami dan anak-anak juga mendapat rezeki menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Aamiin..aamiin...aamiin..

Wednesday, September 26, 2018

Happy 8th Birthday, Aliah!


Tarikh 13hb genaplah umur anakku
Qalesya Aliah 8 tahun.
Sekejap je besar dah.
Walaupun kami panggil dia gelaran adik hihi
Sampai skang melekat walaupun
dah ada dua orang adik :)

Wefie ngan dia sblm naik van.



Ariq, enZaf amik kat sekolah.
Thank you yang amikkan..
kalau tak mmg kelam kabut amik
Ariq pastu laju balik rumah
kejarkan Aliah plak nak ke sekolah naik van.

Aliah tak sabar nak celebrate birthday
dengan kawan2 kelasnya.
Ai pun dah janji ngan cikgu kelasnya,
Cikgu Diyana hantar barang2 pukul 4 petang.

Sehari sebelum ai dah berdoa
supaya permudahkan urusan.
Berharap cuaca elok jua sbb sehari sblm
hujan agak lebat dgn angin yg kuat.

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Nasib baik juga la ada kakak Zahra,
bole la dia tolong pegangkan
cupcake 2 kotak.
Kalau ai sorang mmg tak cukup tgn,
dgn nak berdukungnya si Qaireen.

Sampai sekolah whatsapp cikgu Diyana,
dan pass je barang semua kat lobi sekolah.
Cikgunya kata nanti dia selitkan masa
waktu mengajarnya.

Masa tgh uruskan barang2 nak ke sekolah,
tak amik gambar sbb tak cukup tangan
Amik gambar dah balik rumah haha
jadila kan.



Ngam ngam sampai rumah hujan pun turun.
Terima kasih ya Allah.

Ni gambar yg cikgu Diyana hantar.
Ada lagi gambar lain tapi tak masukkan.



Dorang celebrate kat bilik muzik :)



Terima kasih cikgu
izinkan Aliah sambut birthdaynya
dengan kawan2 kelas.

Balik dari sekolah,
Aliah terus cerita apa dorang buat
masa sambut birthday dia.
Suka sangat dia bercerita
pastu laju2 tunjuk kawan2 dia bagi hadiah.



Part ni serious ai terkejut.
Ramai kawan dia bagi hadiah rupanya.
Terharu.



Ada yg bagi kad.
Comelkan.. masa tu juga buat.
Sweet sangat.



Masa ai suruh anak2 masuk tido,
tgk Aliah ada kat meja makan.
Dok sibuk menulis,
rupa2nya dia buat Thank You card
tuk kawan2 dia yg bagi hadiah.



Alalalaaa comel sgt.
Dengan pakai birthday hat lagi hehe
Alhamdulillah pandai dia buat penghargaan
kat kawan2nya sbg tanda terima kasih.

Selamat Harijadi Anakku Qalesya Aliah!
Semoga menjadi anak yg solehah dunia akhirat.

Tuesday, September 25, 2018

Cupcake & Bouquet


Sehari sblm birthday Aliah,
baru la ai suruh dia pack
brg2 party pack tuk kawan kelasnya.

Tahun ni kurang sket brg bagi,
Daddynya tak ada bajet yg byk hehe
Apa pun syukur dapat
juga Aliah berkongsi dgn kawan2 dia.



Ada assistant sorang je,
kakak Zahra jaga Qaireen.



Malam tu pulak dalam pukul 9.30,
cousin ai Fatin hantar cupcake.
Sebenarnya ai betul2 lupa nak order cupcake.
Last minute baru teringat,
apa lagi terus la whatsapp Fatin,
tanya dia bole tak buatkan.
Dah la Aliah ni nak unicorn bagai.

Masa amik tu,
tak sangka plak Fatin bagi dia hadiah.
Siap ngan topi & bouquet lagi.



Hadiah tu headband yg dia pegang.

Cupcake last minute gitu,
thank you Fatin.



Suka nak bergambar lagi katanya.
Cantik headband Fatin bagi tu,
buat sendiri okay..
Aliah suka la sbb ada bling bling.



Bunga yg dapat tu ai letak dlm vase,
elok plak letak kat meja kecilku.



Bunga ros tu masih hidup lagi,
tp dah byk layu.
Yang bunga kecik2 tu nama apa tak tau,
tu dah mati semuanya hihi

Thank you Fatin!
Thank you Fat_baked!!
Thank you gembirakan birthday girl.

Monday, September 24, 2018

Pergi GM Klang


9hb lepas kami ke GM Klang,
cari dan beli brg tuk party pack
kawan2 kelas Aliah.

Sblm nak beli brg2 ni,
Aliah ntah berapa puluh kali ckp
nak buat birthday kat sekolah.
Tak habis2 tanya kat Daddy dia,
bila nak beli bila nak beli huhu
Daddy dia tak janji nak beli
sbb sibuk outstation.
Alhamdulillah Ahad 9hb tu
dia kata jom pegi GM Klang :)



Seperti tahun lepas,
suh Aliah pilih brg apa
mengikut bajet dari Daddynya.
Dia nak sama gak brg2 mcm tahun lepas.
Stationary.

Dah setel barang2 dia,
enZaf ajak jalan2 tgk kedai lain.
Ai dah agak dia mesti nak cari lego.
Ada byk tp takde yg berkenan kat hatinya.



Sebelum balik kami singgah makan
kat Low Cost Cafe.
Depan GM Klang.



Masa cari brg Aliah tu,
ofkos la ada beli brg lain.
Ariq dia nak soldier katanya.



Kakak Zahra,
ha suka la dpt dinosaur.
Tambah koleksi dia tu.



Dia ada sebut nama dinosaur tu,
tp mana la ai nak ingat nama
saintifik bagai ni.
Tau T-rex je.

Lama juga okay dia nak decide beli dinosaur ni,
kejap nak besar, kejap nak kecik.
Nak yg itu nak yg ini.
Sabar je la.

Aliah plak beli ala egg ni.
Ingatkan habis dah zaman egg,
ada lg tp okay la sbb dah lama tak membeli.
Nak nak yg kinder joy tu kan.



Apa la enZaf letakkan Qaireen atas dinosaur tu.
haha elok plak dia diam dok atas tu,
lama juga :p



Seronok anak2 semua,
masing2 dapat barang.
Aliah lagi la suka,
tak sabar dia nak packing.
Tp ai kata tunggu esok2 je buat :)

Saturday, September 22, 2018

Awal Bulan 9


Cerita masa 1 & 2hb September.
Jatuh hari minggu bila mana
enZaf takde sbb outstation.

Tiada aktiviti lain selain
dari hantar kakak Zahra tuisyen :)
Kelas dia start tengahari,
sblm tu kami breakfast kat Deli Cafe.



Si Aliah dan dan pagi makan kek.
Mentang2 la September tu bulan birthday dia.
Sabar je la.
Last2 mummy dia yg kena perabiskan kek tu huhu

Lama juga la dok kat kedai,
agak2 dah pukul 12
gerak hantar Zahra.
Terus balik rumah.
Pukul 2 lebih keluar balik amik dia.
Terus ke Giant plak.

Makan kat dlm Giant tu,
lupa plak apa nama kedai.



Time makan ni Qaireen tgh tido kat troli,
ngam2 habis makan dia pun bangun.
Thank you anak hehe



Beli barang sket pastu balik rumah.
Esoknya hari Ahad,
kami lunch awal kat Homst.



Kakak Aliah yg rajin layan Qaireen.
Eh semua anak la rajin.
Bole tolong harapkan.



Ariq satu2nya anak bujang,
pun bole harap tengokkan Qaireen,
kalau ai nak ke toilet or solat.



Gambar Zahra takde sbb dia dah pegi tuisyen huhu
Lepas makan terus balik rumah gak.
Masa keluar nak amik Zahra,
sampai2 tempat tuisyen hujan turun dgn lebat.
Lebat ya amat.. pakej ngan angin kuat.
Basah lencun ai amik dia.
Ada payung pun takde makna.

Sementara nak tunggu reda,
ai terus drive ke The Strand Mall.
Jalan2 kat sana.
Sblm Maghrib balik rumah.
Budak kenit ni dah ngamuk2 suh angkat.
Lepas bukakkan seat belt laju je
angkat badan huhu



Ni plak cousin ai bagi.
Thank you Fatin.
Siap dapat fridge magnet,
kebetulan dia baru balik holiday kat Melbourne.



Sebenarnya ai beli brg Himalaya tu
dari adiknya Nadiah.
Dia study medic kat India.
Pastu cuti balik Malaysia.
Tu Fatin passkan barang.
Order Under Eye Cream tu,
dengan harapan kurangla mata panda ;)

Dan berdoa jua lah agar diriku
rajin pakai.
Hahahah mengenali diriku ni
yg rajin pada awalnya lepas tu
hot hot chicken shit hahaha