Wednesday, September 29, 2021

Makan di Luar


Akhirnya kami dapat makan di luar setelah MKN membenarkan dine-in bagi yang sudah lengkap mengambil 2 dos vaksin. Tapi sebelum itu pastikan sudah melepasi 14 hari dari tarikh suntikan vaksin dos ke-dua :) Laju ai ajak enZaf makan kat luar. Itu pun kami pergi pada hari biasa waktu orang bekerja. Untuk mengelakkan orang ramai dan sesak.



Dah alang-alang makan di Ikano, ai pun ajak enZaf masuk Ikea pula. Keadaan dalam Ikea tu sangat tenang dan aman damai sebabnya waktu kami masuk dalam ni berbaki tinggal satu jam sahaja sebelum ditutup. Saja-saja ajak enZaf ke Ikea ni untuk cuci mata hehehe...



Konon nak cuci mata tapi tangan tu gatal nak ambil barang. Kalau masuk Ikea ni dari tak ada nak membeli, pasti akan membeli juga haha.. tak beli banyak mana pun, hanya tisu dan lilin. Eh ada ambil kusyen untuk diletakkan pada kerusi makan.



Memandangkan nak beli set meja makan lambat lagi, jadi ai ambil kusyen kerusi tu. Sedap la sikit duduk atas kerusi, terutamanya anak-anak ni untuk PdPR memang akan guna meja makan bila ada online class. Ai lebih suka dorang belajar di luar dari dalam bilik. At least boleh monitor depan mata. Masa nak sampai di kaunter agak ramai sedikit orang beratur, mujur dalam Ikea ini ada kaunter yang self-servicekan. Barang pun sedikit saja, jadi lebih baik scan dan bayar sendiri. Ada ambil sikit video nak menunjukkan betapa gembiranya Qaireen dapat keluar berjalan :)



Keluar dari Ikea kami singgah Family Mart, beli sedikit Onigiri, Sandwich, Desserts dan Ice Cream hihi.. kalau masuk dalam Family Mart ni sama juga macam-macam benda nak ambil. Oden je tak beli sebab dah habis.



Ingatkan terus balik, sempat singgah beli cookies di Famous Amos pula. Sementara tunggu enZaf beli, jenuh ai nak ambil gambar Qaireen. Bergerak sana sini huhuhu.. Begitulah kisah dapat keluar makan dan jalan-jalan sekejap dalam Ikea dan Ikano dengan ekspresnya :)

Tuesday, September 28, 2021

English Project: My House Rules & Road Sign


Sebelum cuti pertengahan penggal baru-baru ini (11-19hb September), cikgu English Ariq ada berikan tugasan pada murid berkenaan My House Rules. Kena submit sebelum sekolah bermula. Masa teacher dia terangkan tugasan tu, ai ada lah dengar sikit-sikit. Tapi macam biasalah, Ariq bukannya ingat lepas tu. Esoknya ada GM kelas English barulah dia terhegeh-hegeh nak buat. Itu pun selepas ai saja buat-buat tanya huhuhu.. Bertabahlah Mummy ko ni :( Salah satu sebab dia tak ingat, teachernya tak masukkan tugasan tu dalan GC. Dia minta hantar melalui Whatsapp sahaja, jadi tak boleh juga nak salahkan dia sebab tak ingatkan hihihi..



Untuk membuat poster berkenaan My House Rules ini, ai hanya sediakan bahan-bahan dan idea sahaja untuk Ariq. Apa yang Ariq nak tulis ai tengok sahaja. Salah grammar pun ai biarkan, biar dia kena buat correction lepas teacher semak nanti. Orang cakap kita akan lebih bijak bila belajar dari kesilapan, tak gitu! hihi...



Kalau tengok pada dia tulis tu memang nampak kesalahan ayat di situ :p Minggu ini pula teacher bagi lagi satu tugasan, kali ini buat berkenaan Road Sign pula. Tugasan ini ai memang tak dengar teacher dia beritahu. Ariq sendiri cakap dan dia kata dia tak sure teacher nak macamana hahaha.. adoi la anak. Jadi ai cakap dengan dia, buat saja lah apa yang Ariq rasa.



Dah siap, tugasan ini perlu dihantar sama macam sebelum ini juga melalui Whatsapp. Ai beritahu teachernya Ariq tak pasti teacher nak macamana, dan teacher dia jawab "betul dah tu" hahaha nasib baikkan :) Yang dia buat baru ni pun ada salah eja lagi haha..



Dan ai baru tahu kenapa teacher dia minta hantar melalui Whatsapp, teacher yang mengajar sekarang ini hanyalah cikgu sementara. Cikgu English Ariq cuti bersalin. Jadi sepanjang dia menjadi cikgu gantian, teachernya tiada access untuk masuk ke dalam GC. Itu sebab hasil kerja kena hantar melalui Whatsapp sahaja. Sebelum ini kalau ada GM, teacher dia mengajar sambil murid membuat latihan dalam buku Super Minds.

Monday, September 27, 2021

Projek Matematik: Origami Bentuk Tahun 3


Minggu lepas Ariq dah belajar bab Bentuk dalam subjek Matematik. Dalam bab Bentuk ini, dia belajar tentang prisma dan bukan prisma. Cikgu Matematiknya memberi tugasan kepada murid-murid untuk membuat origami berdasarkan bentuk tersebut. Mujurlah cikgu dah beri siap-siap bentuk yang perlu dibuat, hanya perlu print dan lipat sahaja.





Tengok anak bujang punya pakaian dah macam Minion. Atas bawah warna kuning. Dia selalu macam tu, kalau baju tu warna hijau, seluar pun nak warna hijau juga. Hanya dalam rumah saja lah dia macam tu. Kalau nak keluar pakai macam tu juga satu warna, memang ai suruh tukar hihihi..



Ada sesetengah bentuk Ariq sukar nak lekatkan, terutamanya bentuk silinder dan kon. Part bulatan tu jarinya susah nak pegang betul-betul. Jadinya ai bantu dia bahagian tu. Yang lain semuanya dia buat sendiri. Walaupun ada kemek-kemek sedikit tapi abaikan sajalah. Asalkan nampak rupa bentuk tu sudah hahaha... Rasanya dia seorang je yang print atas kertas warna-warni :)

Sunday, September 26, 2021

Tugasan Seni Aliah


Rasa macam lama Aliah tak buat projek seni. Bila minggu lepas cikgu seninya beritahu supaya menyediakan bahan-bahan untuk pembelajaran minggu ini mengenai seni tekat, barulah ai teringat terlupa nak masukkan hasil seni dia yang menghasilkan arca stabail haiwan. Lepas dari tugasan seni tu, cikgu seninya memberi tugasan yang tidak termasuk dalam silibus buku teks. Antaranya ialah Sukan Olimpik dan Hari Merdeka dan ada juga ketika cikgunya tidak memberi tugasan hanya dengan menonton video sahaja. Walaupun hasil seni Aliah tiada dalam silibus, ai tetap nak masukkan dalam blog sebagai kenangan.







Untuk Ariq pula, dia pun sama juga dah lama tak buat seni. Tak silap tinggal satu topik je lagi yang belum buat iaitu boneka. Sejak cikgu seninya bertukar cikgu baru, sampai ke sudah senyap je tiada tugasan dalam GC hihi.. Oh ada juga tugasan terakhir yang Ariq buat tak masukkan dalam blog. Nama hasil seni tu terendak lampu bercahaya. Suka hasil dia buat, bila letak lilin dalam bekas tu cantik sangat. Tak ada lampu tu letak lilin haha.. harap-harap esok lusa rajin la nak buat entry :p

Saturday, September 25, 2021

Gembira dalam Kesibukan


MasyaAllah dah seminggu tak update blog. Sejak dua minggu lepas ai rasa sibuk sangat, huru hara dengan hal sekolah anak-anak sebenarnya hihi... Zahra ada peperiksaan pertengahan tahun manakala Aliah dan Ariq ada PBD kalau tak salah namanya. Cikgu setiap subjek beri beberapa soalan melalui Google Meet dan juga tugasan dalam Google Classroom untuk melihat tahap kefahaman mereka terhadap pembelajaran untuk direkod dalam sistem. Kira macam ujian juga la kan. Cuma beza tak ada la kertas soalan peperiksaan tu. Selain dari penilaian, anak-anak pun banyak homework dan projek yang perlu disiapkan. Cuti seminggu baru-baru ni macam tak rasa cuti, ingatkan cuti sekolah dapatlah berehat dari tengok kerja sekolah anak :p

Semalam adalah tarikh tutup untuk akak Zahra hantar laporan dan video pembentangan bagi subjek Sains. Ini merupakan tugasan ke dua dia, tugasan pertama masa bulan Jun yang lepas. Lupa ai nak ambil gambar dia masa tugasan pertama tu sebagai kenangan. Daddynya sambungkan Power Point slide di tv untuk dia buat presentation hehehe.. Dan Mummy jadi tukang rekod dan tekan slide sepanjang dia present.



Alhamdulillah akhirnya dapat siap dan dihantar mengikut waktu. Tapi projek ni belum berakhir lagi, kena buat modeling pula mengikut topik yang dibentangkan. Yang itu cikgunya akan beri tarikh lain pula. Dalam pada masa yang sama juga, Ariq dan Aliah pun ada banyak tugasan yang perlu dibuat. Anak-anak ni setiap kali ada tugasan, terpaksalah Mummy monitor. Kalau tidak dorang ni memang buat tak kisah huhuhu.. Sama lah macam Zahra, walaupun dia dah masuk Tingkatan 1, ai tetap kena monitor dia juga. Kalau tak duduk depan dorang, memang berjanggut menunggu kerja sekolah tu siap. Pernah satu hari tu hanya satu kerja sekolah je siap, Mummynya bukan setakat warna hijau je keluar, warna pelangi terus hahahaha.. Kadang-kadang risau juga tengok keadaan anak-anak ini bila lama sangat berPdPR. Fokus dan minat belajar tu boleh terjejaskan. Nak pula kerja sekolah yang diberi pun agak banyak juga. Bukan anak-anak yang pening tapi maknya yang terlebih pening hahaha..

Semalam sekolah Aliah dan Ariq ada buat Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kebangsaan melalui platform Youtube. Yelah sekarang ni semua secara mayakan. Perhimpunan sekolah pun Youtube juga, boringnya la ai rasa hahaha.. Dalam majlis tu, semua pertandingan semasa Hari Kebangsaan diumumkan pemenangnya. Tak sangka Aliah dan Ariq ada memenangi dalam salah satu pertandingan tersebut iaitu Pertandingan Mewarna Merdeka dan Pertandingan Mencipta Corak Mask Merdeka. Sebelum ini ai memang galakkan dorang masuk pertandingan itu untuk dapatkan sijil penyertaan. Menang atau kalah tak mengapa tapi bila dapat menang tu dikira bonus :) Selain dari pengumuman pemenang untuk pertandingan Merdeka, sekolah juga turut mengumumkan Anugerah Murid Terbaik PdPR mengikut tahun. Yang ini ai lagi terkejut, tak sangka nama Aliah ada dalam senarai murid terbaik tu.



Masa majlis tu, pihak sekolah hanya umumkan bagi murid tahap 2 sahaja. Rupanya tahap 1 pun ada juga tapi dimaklumkan melalui guru kelas di dalam Whatsapp Group. Ai dapat kejutan lagi bila mana Ariq pun turut mendapat Anugerah Murid Terbaik PdPR juga. Ada dua jenis anugerah yang diberi Anugerah Cemerlang dan Anugerah Terbaik. Aliah dan Ariq dalam Anugerah Terbaik.



Bila dorang berdua ini tersenarai dalam anugerah itu, hilang segala penat lelah ai satu dua minggu lepas hahaha.. Macam Mummy dorang pula yang dapat awardkan. Syukur Alhamdulillah, semoga penghargaan yang diterima ini membuatkan Aliah dan Ariq terus bersemangat dan fokus dalam pembelajaran. Dalam gambar tu hanya sijil sementara sahaja, sijil sebenar akan diserahkan bila anak-anak ini memasuki sekolah semula. Oh, Akak Zahra pun dah dapat keputusan peperiksaannya. Alhamdulillah keputusannya membanggakan. Cakap dengan dia jangan bandingkan keputusan dia tu macam sekolah rendah sebabnya di sekolah sekarang ini rata-rata semuanya pandai-pandai. Eh memang semua pandai belaka. Nak jadi the best among the best kena berusaha lagi. Walau macamana pun keputusan yang dia dapat tu pun dah best bagi ai. Mummy dan Daddy tetap bangga dengan Zahra, Aliah, Ariq dan Qaireen. Eh tiba-tiba menyelit nama si kenit tu hihihi..

Friday, September 17, 2021

Suntikan Vaksin Dos ke-2


Baru nak letak gambar ketika ai keluar hendak mengambil suntikan vaksin untuk dos ke dua pula. Suntikan ke dua ini dibuat pada awal bulan Ogos. Cuaca hari tu sangat baik, cerah dan panas. Keluar ini anak-anak semua ikut. Duduk diam-diam dalam kereta dengan Daddy dorang hehe.. Lupa pula nak ambil gambar anak-anak, yang ai ada gambar dengan Qaireen je.



Tempat cucuk pun masih sama di PPV, MSU Shah Alam. Kali ini tak ambil banyak sangat gambar sebab dah banyak bergambar ketika suntikan pertama tempoh hari. Lagi pun tempat yang sama, tak banyak beza sangat hehe.. Oh ya yang berbeza hanyalah jumlah orang. Sebelum ini PPV di sini menerima suntikan pertama dan ke dua tetapi sekarang ini yang datang hanya penerima suntikan dos ke dua sahaja. Orang yang datang pun tak berapa ramai masa ai datang ini. Rasa kurang meriah gitu.



Nombor giliran pun lebih kurang dengan nombor giliran masa suntikan pertama. Suntikan pertama 1041 manakala yang ke dua ini 1145. Dan lane untuk tempat cucuk ini sama dengan cucuk pertama. Masih berjodoh dengan D :) Kali ini yang cucuk adalah perempuan. Fuh tarik nafas lega. Tak ada la segan nak selak baju tu.



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dapat ai dapat ambil video ketika cucuk yeyyy. Cucuk kali ke dua ni ai terasa sedikit sakit nak dibandingkan dengan pertama. Tapi ianya tak keluar darah banyak, sikit je. Masa yang pertama tu kesan darah di kapas agak banyak juga huhu.. Proses vaksin ke dua ini sangat cepat. Tiada lagi isi borang, hanya bawa handphone untuk aplikasi MySejahtera, kad pengenalan dan kad vaksinasi sahaja. Ai sempat lihat masa sepanjang perjalanan proses ini, hanya memakan masa selama 15 minit sahaja siap semuanya. Sangat laju.



Disebabkan orang tak berapa ramai, jadi kat bahagian photobooth itu pun tiada orang beratur untuk bergambar. Sambil tengah turun tangga dan nak ke arah photobooth, mata ai melilau mencari orang untuk tolong ambilkan gambar hahaha.. nasib baik ada seorang jejaka sedang elok berdiri berhampiran dengan photobooth. Tak tahu dia menanti siapa tapi ai memberanikan diri meminta tolong untuk ambilkan gambar. Nasib baik lah dia sudi.



Kalau tengok pada gaya macam anak muda. Terima kasih ye adik tolong ambilkan gambar. Ai pun satu bukan main demand minta dia snapkan sampai dua tempat. Nasib baik dia melayankan aje :p Orang tak ada boleh la bergambar sana sini kan. Cuba orang tengah beratur. Ambil gambar pun laju-laju je.



Elok gambar dia snap. Terharu hihi.. Seperti dientry suntikan vaksin dos pertama [link], ai letak video bagi suntikan vaksin dos ke dua ini pula dalam blog sebagai kenangan :)



Selesai vaksinasi ini, enZaf ajak ai ke KL. Jalan-jalan cari makan petang dan malam katanya hihihi... Masa ini tak boleh lagi makan di luar, hanya bungkus dan di bawa balik :)

Thursday, September 16, 2021

Keadaan Bibir Mengelupas setelah Lima Tahun


MasyaAllah dah lama tak update blog. Punya la malas, bukannya tak ada cerita nak dimasukkan. Tapi bila malas tu datang, memang satu apa pun tak nak buat. Hari ini paksa diri juga buat satu entry hehehe.. Dalam malas-malas tu, ai terlebih rajin tengok pada bahagian statistik untuk blog ini. Dari dulu lagi ai dah perasan, satu entry ni banyak sangat view tentang bibir mengelupas. Lama dah entry ini dibuat pada tahun 2015. Bukan setakat dibaca sahaja tetapi ada yang memberi komen juga. Disebabkan ai tak dapat sebarang notification kalau ada komen masuk, itu yang terlepas pandang dan dibiarkan begitu sahaja. Maaf ye pada yang memberi komen tetapi ai tak membalas. Alang-alang ai tengok pada entry bibir mengelupas tu, jadi sajalah nak update mengenai bibir ini sekarang.

Oh ini ada kesinambungan pada entry hujung tahun 2015 hehe.. [link] punya lah lama hampir 5 tahun lebih. Sedia maklum 5 tahun yang lepas ai mengalami masalah bibir mengelupas yang sangat teruk. Sampaikan bibir ai membengkak, luka dan melepuh sekitar luar bibir. Sangat-sangat teruk dan memalukan bagi ai. Jadi tak selesa nak bercakap dan membuatkan kita down bila nak berhadapan dengan orang. Eh panjang pula nak cerita. Semuanya ada dalam entry sebelum ini. Dipendekkan cerita akhirnya ai jumpa satu cream yang sesuai dengan ai iaitu Fucicort. Ubat antibiotik yang dapat merawat masalah luka dan melepuh luar bibir ai ni. Memang entry sebelum ini ai tak letakkan gambar bibir sendiri sebab tak mampu nak share kat orang, betapa teruknya keadaan bibir tu. Ditambah dengan kulit kering dan mengelupas tanpa henti. Tetapi setelah 5 tahun lebih ini ai berani nak share dengan kawan-kawan keadaan rupa bibir ai sekarang.



Adoi besar pula gambar dalam blog ni, malu pula hahaha.. Alhamdulillah luka dan melepuh sekitar luar bibir ai sudah pulih dan semakin baik. Kadang-kadang terjadi juga melepuh sedikit di atas bibir sekiranya ai makan makanan yang pedas dan panas. Sejak dari masalah mengelupas, bibir ai sekarang agak sensitif. Jadi kena berpada-pada dalam pengambilan makanan yang pedas atau minuman yang panas. Untuk bibir kering pula, tak pulih seratus peratus. Kalau tengok pada gambar di atas tu, masih kelihatan bibir ai mengelupas sedikit. Tetapi ianya sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan dahulu, dulu keseluruhan bibir ai sangat kering, mengelupas dan luka. Sekarang ini ai perlu memastikan memakai lip balm untuk mengekalkan bibir sentiasa lembab. Tapi ada je masa-masa ai jarang pakai, bila nampak bibir kering baru cepat-cepat sapu lip balm hehehe.. Sepanjang 5 tahun ini pelbagai jenis lip balm ai dah cuba. Ada yang okay dan ada yang tidak. Tak ingat dah jenama lip balm yang ai dah cuba. Tak silap lebih 6 jenis kot. Dan sekarang yang ai guna dan sangat-sangat serasi dengan bibir ialah dari Nivea seperti gambar di bawah ini.



Setahun lebih dah pakai lip balm Nivea ini. Lip balm ini jenis mint. Bila pakai sedap je berangin dan ia tidak berwarna. Natural sahaja. Oh ya, ubat krim Fucicort ini ai masih guna lagi sampai sekarang. Standby sekiranya kulit sekitar luar bibir itu naik merah balik. Hanya sapu tipis saja kawasan yang terlibat. Sebenarnya tak guna banyak pun cream ini. Tahu-tahu dah expired walaupun masih banyak. Ha jangan lupa ya tengok expired date tu, jangan main sapu je :) Apa pun syukur Alhamdulillah, masalah bibir luka, melepuh dan mengelupas ini dapat diatasi walaupun ada sikit-sikit yang tinggal. Yang penting keyakinan tu dah ada balik, tak adalah kita rasa malu nak berdepan dengan orangkan. Eh sekarang ni lagi la kita keluar wajib pakai face mask, orang pun tak nampak bibir kita tu mengelupas ke tidak hehehe..

Tuesday, September 7, 2021

Makanan di Hari Kemerdekaan


Tahun ni kita sambut Hari Kemerdekaan sama seperti tahun lepaskan. Tiada sambutan dibuat sekadar duduk dirumah dan menonton televisyen :) Walaupun tak ke mana dapur di rumah tidak beroperasi, gantung kuali lagi hahaha.. asyik je tak berasap. Bila mood malas datang tu, semua benda ai malas buat. Tapi kalau rajin tu, dari pagi sampai ke tengah malam ada sahaja hidangan yang dibuat. Makan tengahari enZaf order dari Nasgor Panas.



Cantik kotaknya bercorak batik. Nama makanannya pun best, ada Temenggung, Bendahara, Laksamana dan macam-macam lagi. Sampai-sampai je makanan ni memang seperti namanya Nasi Goreng yang panas, terasa kepanasan pada kotak-kotak tu. enZaf ada order juga Ketam Mini Sumbat. Yang ini memang terbaik, sedap sangat!



Ai ingatkan habis dah makanan enZaf order, rupanya dia order Kek Lapis Sarawak pula dari Asian Taste. Kali ini dia ambil yang semua perisa. Sebelum ini hanya beli Masam Manis dan Coklat Cadbury. Dalam 7 jenis Kek Lapis Sarawak dalam kotak tu, ai paling suka perisa Durian. Rasanya light sahaja tak strong sangat tapi sedap. Bila makan tu rasa tak puas, nak lagi dan lagi hehehe..



Waktu petangnya tiba-tiba kedengaran orang ketuk pintu, ai minta Ariq bukakan pintu dan tengok siapa. Rupa-rupanya anak jiran datang hantar makanan.



Alhamdulillah, rezeki minum petang kami sekeluarga. Jiran bagi Roti Jala bersama Kari Ayam. Cantiknya Roti Jala tu, Jalur Gemilang memang semangat Kemerdekaan dibuatnya. Kreatif betul dan yang pasti habis licin Roti Jala dan Kari Ayam tu. Sedap sangat. Terima kasih Sis Fairuz, semoga rezekinya berterusan. Dua hari selepas Hari Kemerdekaan, ai dan anak-anak ikut enZaf ke office. Tak ada lah ikut masuk dalam, sekadar duduk dalam kereta saja. Bagi hilangkan bosan duduk di rumah lama sangat :)



Lepas selesai urusan di office, enZaf bawa kami ke Mutiara Damansara. Drive-thru di McDonalds dan kami makan dalam kereta. Walaupun dah boleh dine-in tapi kami masih tak berani lagi nak makan di kedai. Makan dalam kereta pun masing-masing dah gembira hehehe... Alang-alang dah di Mutiara Damansara ni, enZaf nak potong rambut dalam The Curve.



Parking kereta di tepi jalan sebelah dengan Ikea, aduhai lamanya tak masuk dalam Ikea ni. Memanggil-manggil suruh masuk hahaha.. kalau boleh tinggalkan anak memang laju dah ai pergi sekarang :p Akhirnya dapat juga enZaf potong rambut. Haruslah kami semua ambil gambar dia dengan rambut baru :p



Sempat lagi enZaf singgah beli Kek Coklat dan Biskut Halia Organik kat Ikea. Lama tak makan kek Daim ni. Sekali hadap je dah tinggal separuh, nampak gaya tak cukup satu kotak untuk rakyat dalam rumah ini :p



Bercakap pasal Merdeka ni, sekolah anak-anak banyak betul buat aktiviti dan pertandingan sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Awal-awal tu ai rajin juga lah nak suruh anak-anak join, lepas tu ai dah malas nak monitor hahaha.. Masuk pertandingan ni bukan boleh lepaskan seratus peratus, tetap kena tengok jugakan. Itu yang fikir banyak kali juga :p Apa yang ai ingat ada Pertandingan Busana, Mereka Cipta Corak dan Mewarna Mask, Nyanyian, Sudut Merdeka, Pertandingan Tulisan Khat Merdeka dan macam-macam lagi. Anak-anak ni ada lah buat 2-3 pertandingan, ai tak kisah pun menang atau tidak, yang penting dapat sijil penyertaan. Tahun ini kan anak-anak banyak menjalani PdPR, jadi tak banyak sijil dapat disimpan. Bukannya apa, sijil tu lah kenangan dia di sekolah, selain dari nak guna sijil itu sebagai dokumen sokongan untuk kemasukan ke asrama. Ikutkan perancangan KPM, bulan Oktober anak-anak mula bersekolahkan. Serba salah nak hantar anak-anak ke sekolah pun iya juga. Tapi itulah, KKM pun ada beritahu dari pandemik mungkin akan beralih kepada endemik dan kita nak tak nak kena biasakan diri hidup bersama virus ini. Semoga Allah S.W.T melindungi diri kita, ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Sunday, September 5, 2021

Berakhir Sukan Paralimpik Tokyo 2020


Akhirnya tamat sudah perjuangan atlet-atlet Malaysia kita dalam Sukan Paralimpik. Untuk sukan ini, ada yang ai tengok dan ada yang tak sempat nak tengok. Ada juga acara yang ai nak tengok tapi tidak disiarkan dalam tv. Acara Lontar Peluru ni ai tengok Ziyad beraksi atas padang. Berdebar bilamana Ziyad dan atlet Ukraine tu bersilih ganti antara satu sama lain memecah rekod dalam lontaran mereka, ai siap bersorak meraikan kemenangan dia. Tapi tak sangka kemenangan Ziyad hanyalah sementara.



Bila dapat tahu keputusan Lontar Peluru kita ditarik balik, memang semuanya rasa tak puas hati dan marah. Ye lah tipulah kan kita okay saja, masa itu lah pelbagai versi cerita yang keluar. Dan tahulah tentera bawang kita ni bab nak serang memang laju dan hebat, cuma satu je ai tak berapa suka apabila orang yang komen ini mengeluarkan kata-kata kesat dalam Instagram atlet Ukraine dan juga page rasmi Ukraine. Perkataan yang melampaui batas tanpa memikirkan impak atau kesan bukan sahaja pada individu itu tetapi pada imej negara kita juga. Apa pun pada pendapat ai, sebelum menuding salah kepada orang lain, tengoklah pada diri sendiri dulu. Sekiranya kita tidak datang lewat ke Call Room, pasti kes ini tidak akan timbul. Semoga kejadian seperti ini menjadi pengajaran kepada atlet dan pihak pengurusan supaya tidak berulang kembali. Bukan rezeki Ziyad dan Malaysia untuk mendapat pingat Emas bagi acara Lontar Peluru dalam Sukan Paralimpik kalini. Semoga Muhammad Ziyad Zolkefle kuat dan teruskan perjuangan untuk akan datang. Walaupun kita bersedih dengan kehilangan satu pingat Emas dari Ziyad tetapi telah diganti dengan acara Badminton dan Lompat Jauh. Semalam merupakan hari kegembiran bagi negara Malaysia apabila dua atlet Para kita menyumbangkan pingat Emas dalam satu hari :)



Tahniah Cheah Liek Hou atas kemenangan ini, dia dapat mengalahkan pemain nombor satu dari negara Indonesia. Ai sempat tengok sikit je, dah nak habis permainan dah huhu.. Pingat Emas ke dua dari Abdul Latif Romly, ai tengok dari mula sampai habis. Latif tak dapat menghabiskan lompatan terakhir disebabkan mengalami kecederaan ketika melompat. Nampak sangat muka dia sakit masa jatuh tu. Semoga Latif cepat sembuh. Tapi berdebar menantikan keputusan akhir untuk acara ini, takutlah kejadian macam Ziyad pula kan, bila keputusan rasmi keluar lega sangat dan kita menang pingat Emas hahaha...



Ada ambil satu gambar saja masa acara Lompat Jauh tu, itu pun bukan Latif. Ai sibuk nak ambil gambar Qaireen sebabnya dia mengikut apa yang atlet buat. Oh ada satu video ai sempat rakam dia ikut gaya Latif nak lompat hehehe.. Videonya di bawah ini.



Masa penyampaian hadiah bagi acara lompat jauh ni ai terlupa nak tengok. Tak silap ai waktu penyampaian hadiah tu dalam pukul 8.15 malam, waktu itu adalah waktuku sibuk membuat persiapan makan malam. Tv pun dah tukar channel itu yang buat tak teringat terus. Oh satu lagi sedih bagi acara larian 100m dari Mohammad Ridzuan Puzi tidak dapat mengekalkan pingat Emasnya ketika di Paralimpik Rio 2016. Sekadar menamatkan larian pada tempat ke-4. Petang ni dalam pukul 6.50 bermula majlis penutupan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pula. Wajib tengok juga tu :)

Keputusan pingat keseluruhan Malaysia ditempat ke-39 dengan 3 pingat Emas dan 2 pingat Perak. Terima kasih pada semua atlet Paralimpik Malaysia, pulang dengan pingat atau tidak anda memang hebat dan luar biasa!!!

Friday, September 3, 2021

Doll House untuk Qaireen


Akhirnya Qaireen dapat juga doll house. Saja kami letakkan kotak tu dekat sofa, bila Qaireen keluar dia terus nampak mainan. Seronok dia bila nampak kotak tu, dan terus minta Daddy dia buka.



Masa awal-awal nak pasang tu, pening kepala enZaf baca manualnya. Tak berapa faham, last last buat sendiri tengok gambar pada kotak hahaha.. Di luar kotak tu ada tiga jenis bentuk rumah boleh dibuat, jadinya enZaf pilih main picture pada kotak tu. Rupanya senang sahaja nak pasang pun. Sekejap je dapat siapkan.



Dalam pada masa yang sama, Qaireen siap letak mainan dalam doll house masa Daddy dia tengah buat rumah tu. Dah tak sabar-sabar anak dara sorang ni.



Begitu gigih sekali enZaf memasang doll house sampai terbaring-baring hihi..



Ai ingat apa lah dia dengan gaya baring bagai, rupanya pasang lampu keliling rumah tu. Bukan main lagi ada lampu warna-warni. Qaireen dah tak sabar nak main rumah tu tapi ai panggil dia ajak bergambar dulu. Laju-laju ai snap, nampak dia dah tak sabar sangat haha..



Pada awalnya dia main je dengan mainan yang disediakan sekali dengan doll house tu. Lama sikit segala patung dan mainan lain pun turut ada dalam doll house. Penuh dah rumah tu ramai kawan sekarang hahaha.. tapi ai tak ambil pula gambar rumah dia yang dah penuh tu. Dalam entry ini semua gambar masa awal-awal baru siap.



Sebelum ini enZaf pernah belikan doll house untuk Aliah masa dia kecil tapi saiznya tidak lah sebesar ini. Kiranya Qaireen paling besar dia dapat. Mentang-mentang lah anak bongsu kan. Ikutkan hati ai tak suka beli besar-besar sebab ruang dalam rumah kecil. Tapi apakan daya kalau dah suami belikan, kita turutkan sajalah. Makin penuh mainan Qaireen kat ruang tamu ni, sampai dah melimpah ke meja makan. enZaf cadang letak dalam Master Bedroom, memang tak lah jawabnya. Buat masa sekarang Qaireen masih tidur sama dengan kami. Maka diriku pejamkan mata melihat mainan yang bersepah huhuhu.. Itu pun ada tent Qaireen ai dah simpan, yang Daddynya beli masa PKP tahun lepas [link]. Sakit mata penuh barang sana sini... bertabahlah.

Wednesday, September 1, 2021

Pemergian Mak Saudara


Pada 29hb Ogos, kami telah mendapat perkhabaran yang mendukacitakan apabila mak saudara ai telah meninggal dunia pada waktu pagi tarikh tersebut. Perkhabaran ini amat mengejutkan buat kami seisi keluarga kerana permergian arwah tanpa disangka. Ai dapat makluman melalui Whatsapp Group dari Abah menerusi message anak arwah pada pagi itu juga. Kebetulan pagi tu ai tak tengok telefon, sibuk dengan kerja rutian harian. Hampir pukul 11 pagi baru tergerak hati tengok telefon. Berderau masa membaca mesej itu dan terus laju menitik air mata. Ya Allah ai menangis bagaikan tiada hari esok. Kehilangan arwah sangat-sangat dirasai. Arwah merupakan satu-satunya adik perempuan yang paling rapat dengan Mak dan duduk berhampiran dengan kami. Adik beradik yang lain semuanya di Johor.



Arwah meninggal disebabkan komplikasi jantung. Ai tak boleh bayangkan keadaan Mak bila dapat tahu yang adiknya telah meninggal dunia. Kami panggil adik Mak ini Aunty Pah. Arwah sangat seorang yang baik. Peramah sampai kan orang yang baru kenal dengan dia pun selesa bersamanya seperti dah lama berkawan. Seorang yang sangat disenangi, baik hati, kuat bersedekah dan rajin menolong orang. Apa yang ai ingat sepanjang bersama dengannya, suka bertanya khabar pada anak-anak saudara. Kalau datang rumahnya, habis segala jenis makanan dia bawa keluar nak sajikan kepada kita, sangat baik dalam melayan dan menyantuni tetamu. Lagi satu masa Mak dan Abah dapat menunaikan haji tahun 2019, banyak sangat arwah Aunty Pah belanja mak barang-barang kelengkapan haji. Dia orang yang paling gembira bila dapat tahu Mak dan Abah dapat pergi ke Mekah. Kalau nak cerita kebaikannya terlampau banyak dan tak habis satu hari.

Alhamdulillah mak dapat menatap wajah terakhir arwah sebelum dikebumikan. Disebabkan arwah tiada dijangkiti Covid-19, ahli keluarga dan kenalan rapat dapat menziarah dan membuat solat Jenazah di masjid. Terima kasih pada adik ipar ai Fahmi bawakan Mak jumpa Arwah. Abah tak dapat ikut sama sebab dia tak berapa sihat, sakit kepala.



Kali terakhir ai berjumpa dengan Aunty Pah masa majlis persandingan adik ai Nani dan Fahmi pada bulan Januari. Selepas itu tak jumpa sampai la PKP hingga sekarang. Gambar di atas itu gambar tahun 2019 bulan sama dengan sekarang bulan September. Ada gambar terbaru dengan arwah tahun ini tapi bukan di handphone ai, masa ambil gambar tu dengan handphone arwah :( Tak boleh nak taip banyak lagi dah, teringat kat arwah.

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّØ¢ Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَٰجِعُونَ "Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jugalah kita kembali". Semoga Allah mengangkat segala kebaikan dan menghapuskan segala dosa Almarhumah Latifah binti Dahlan. Al-Fatihah.