Thursday, June 30, 2016

Kek Lapis Sarawak


Minggu depan dah nak raya,
kejap betul masa.
Oh yer cuaca skang pun dah panas terik,
tiap kali hantar amik anak2 sekolah,
pening kepala huhuhu

Mesti ramai kawan2 dah start cuti kan,
balik kg pun yer dak.
Wah seronok betul yg kg jauh2 tu.
Kami macam biasala,
kampung mmg "jauh" sangat. :p
Kampung pun tak macam kg la.
Rumah batu,
balik bandar gitu haha

Nak dekat- dekat raya ni,
enZaf banyak keje plak.
Start dari minggu pertama puasa
dia dah outstation sana sini.
Kebanyakkannya outstation ke
Pahang dan Johor.

Tapi minggu ni dia ke Sarawak.
Lepas pilihanraya byk keje
dia kat situ :)
Balik dari Sarawak,
terus dia ke Johor plak.
Sian tgk dia kepenatan.

Ai tak gemar betul dia outstation
naik flight ni.
Ntah kenapa mesti berdebar.
Fikir bukan2 gitu la kan.

Ni saja bukak flightradar
tgk flight dia masa nak balik sini.
Kalau kapal terbang tu atas laut,
ai jadi tak senang duduk.



Bila flight dia dah sampai tanah besar,
baru rasa lega sangat2.
Padahal kalau nak jadi apa2,
tak kira kat mana pun kan.
Nauzubillah harap2 apa saja
pekerjaan kita lakukan
dipermudah dan dilindungi.



enZaf bawak balik kek lapis sarawak.
Lama tak makan.
Zara yg memilih makan tu pun
boleh makan,
maknanya memang sedap.



Yang asli kanan skali tu RM45,
boleh tahan mahal hargakan.
Yang ada corak2 warna tu
tak tanya plak berapa.
Tapi tu la sbb nak wat kek lapis ni bukan senang.
Byk kerja dan renyah.


Wednesday, June 29, 2016

Happy 4th Birthday Ariq Firman!


20hb yang lepas birthday Ariq.
Tahun ni kena time puasa :)
Tapi tak sempat nak celebrate hari tu jugak.
Sbb Daddy dia ada jemputan buka puasa
dari supplier.

Jadinya kami celebrate lewat 2 hari
masa cuti Nuzul Al-Quran.
Tak gi jauh mana,
makan kat Pizza Hut je
dekat ngan area rumah.

Mak Teh dia yang suggest buka sini,
kita okay je la.
Anak2 pun suka makan kat Pizza Hut.

Sian takde MakNgah.
Tiap kali celebrate ape2 dia takde huhu



Aliah awal2 lagi request nak
spaghetti bolognese.



Zara masih setia ngan carbonara.
Ariq semua bedal. ;)



Birthday kalini Ariq nak kek Angry Birds.
Kek tu baru beli sblm sampai Pizza Hut.



Jenuh kami cari,
habis semua kedai bakery kat KD ni masuk.
Kebanyakkan kedai kek,
byk kek tuk girl,
Frozen la, Minnie mouse, princess bagai.
Tuk boy payah plak.
Nasib baik satu kedai ada Angry Birds.


Bergambar 3 beradik.



Bergambar satu keluarga plak.



Tak sempat amik gambar Ariq tiup lilin,
amik video je.

Pastu dia tak sabar nak potong kek.



Besar dah anak Mummy.
Tahun depan dah nak sekolah plak.

Thank you semua sbb datang celebrate sesama.
Dan thank you jugak pada MakTeh dorang,
sbb dia belanja buka puasa haritu.
Moga murah rezeki hendaknya.

Monday, June 27, 2016

Berpuzzle


Adik ai nani aka Makteh anak2 belikan
Ariq puzzle.
Kemain suka dia dapat
superhero yg dia minat.

Perangai dia kalau dapat menda baru,
ke hulur ke hilir la
usung menda tu ke mana2.
Sampai la bawak masuk tido,
letak sebelah dia.



Dapat puzzle ni bukan reti pun nak buat,
harusla Mummy yang jadi mangsa buatkan.
Sblom ni dia ada main puzzle,
tp yg budak punya,
takde la sebanyak yang ini kan.
Sikit dan besar,
kalau nak bukak pasang byk kali pun
takde masalah.

Tapi yg Superman ni,
dah la 1000pieces puzzlenya,
bila ai buat pastu stop,
dia suh kemas balik.
Alahai anak.. kalau camtu
sampai sudah tak siap.
Ingat leh siap cepat ke haha



Ni hari ke-2 buat,
baru la nampak muka tu.



Ohoi susah ok siapkan puzzle ni,
dah la banyak kecik,
berpinar mata.
Nak nak part yg warna sama je.
Juling bijik mata nak letak kat mana haha

Dekat seminggu gak la
puzzle ni tak bersiap2 lagi.
Dok tangguh tangguh
tak kuasa nak belek kat part warna hitam tu lama2.

Yang Ariq plak asyik tanya,
bila nak siap bila nak siap.

Minggu ni berbuka ngan anak2 je.
EnZaf outstation kat Sarawak.

Thursday, June 23, 2016

Report Card Day Aliah


Sabtu pagi lepas gi skool Aliah.
Ada report card day.
Pegi berdua je ngan dia.
Lain tinggal la
senang sket ai nak discuss ngan teacher dia.

Alhamdulillah banyak perkembangan Aliah.
Dia dah lancar baca terutamanya bahasa malaysia.
Memang ai pun byk tekan gak kat umah.
Risau nanti jd cam akak Zara dia,
bm agak lemah sket.

Surah2 pun banyak dah dia hafaz.
Sbbnya tiap kali suh baca,
ai pegang hanger hahahaha
nampak tak mak yg garang.

Bila tanya teacher dia camne kat sekolah
teacher ckp semua dia okay.
Terutamanya solat,
tapi bila kat umah semua taknak
huhuhu hampeh.



Antara hasil seni yg dibawa balik.
Blom campur ngan sblom2 ni yg bawak balik,
banyak gak.
Walaupun anak2 ni tak berapa seni
tapi tak kisah la kan
janji ada buat dr takde.
Kurang2nya kita nampak effort dia hihi

Ai rasa pasni nak pilih mana yg elok2
cantik cantik seni dia,
nak buh frame,
pastu leh gantung kat bilikkan.
Cam menarik je.



Bergambar ngan class teacher dia
Teacher Ell buat kali terakhir.
Sbb teacher Ell dapat offer ke tempat lain.



Sedihnya la rasa,
teachernya best sporting active
senang wat bincang.

Moga teacher Ell berjaya dlm karier barunya.
All the best!

Ha esok plak amik report card Zara.
Takde surprise sangat,
sbb result kita leh check online kan.
Zaman kita dulu2,
time parents datang la suspen
dapat tau no berapa.

Tuesday, June 21, 2016

Midnight with Dory


Sebelum balik SgBuloh
kami singgah The Strand dulu.
EnZaf nak beli tiket Finding Dory.
Sampai2 kereta,
dia cakap tiket dah habis.

Tetiba Zara menangis ngan kuat.
Terkejut ai.
Daddy dia kononnya nak bergurau la,
ha amik kau....
Ai terus pujuk dia.
Anak2 dara tu dah la sensitif.
Sebelum ni dia dah excited sgt
nak tgk Finding Dory.
Hari2 okay cakap ngan ai remind menda ni.

Lepas buka kat SgBuloh,
main bunga api bagai.
Baru gi The Strand.
EnZaf beli tiket lewat malam.



Hero ni pun nak gak
tengok Finding Dory.



Wefie dulu sementara tunggu
Daddy beli popcorn & air.



Zara Ariq tu tak kisah tgk lambat,
dorang cam burung hantu.
Tapi Aliah tu jenis tido awal.
Ai ingat dia akan tido separuh citer,
tp tak sangka plak dia tak ngantuk.
Sampai habis tgk.



Ai plak plan konon nak tido.
Tapi tak tido gak,
segar sampai habis cerita.
Best la Finding Dory ni.

Lagi best kami tgk movie free.
Dapat tiket free,
pastu masa Zaf beli popcorn air tu pun free.
Redeem dari MovieClub card.
Thank you TGV!!

Sampai umah dekat 1 pagi lebih.
dapat la tido 2 jam gitu,
bangun sahur plak.

Alhamdulillah dah 2 minggu kita berpuasa.
Cepat betul masa berlalu.
Baju raya pun tak beli lagi.
Nanti bila cari baju anak2.
Mana yang ada size dan leh dpt
warna sedondon tu.
Itula tema warna raya nanti haha.
Mummy Daddy plak recycle je apa yg ada.

Monday, June 20, 2016

Start Dah Main


Yeyyy budak2 dah main bunga api.
Nasib baik ada Maksu,
leh la tgk dan layan dorang ni.
Mummy tgk dari jauh je :)

Mula2 dorang main pop pop.
Pastu main bunga api.
Ariq je tak main bunga api,
penakut sungguh la hero tu.
Dia cakap I'm scared!



Kalini kawan2 Maksu pun join sama.
Meriah la main dan melayan budak2 ni.
Yang besar2 ni main mercun.
Masa main mercun gasing,
punya la Zara Aliah Ariq lari
mcm tak cukup tanah.
Aliah jerit kat ai,
cakap I dont like that, its moving
hahaha Mummy gelakkan aje bole :p



Tak sabar nak tunggu PakNgah dorang ni balik.
Sbb Pakngah nya akan bawak balik
banyak mercun dan bunga api.
Yang dorang main ni pun
dari stok tahun lepas hahaha

Friday, June 17, 2016

SYNC: School Messaging App


Semalam Zara bagi flyer ni
dari sekolah dia.
Ada application baru utk di"install" dlm phone.
SYNC: School Messaging App.

Ai bg info sikit la ape tu SYNC ni.
Yang selebihnya gi websitenya[link]

Sync ialah satu platform komunikasi pintar
yang direka khas untuk komuniti sekolah.
Pihak pentadbir sekolah boleh menghantar informasi penting
dalam pelbagai bentuk secara terus pada bila2 masa.
Contohnya: pengumuman, jemputan aktiviti sekolah,
Jadual waktu dsbnya.




Ada 3 steps mudah nak install Sync ni.
Bukak App Store atau Play Store.
Search "sync school messaging"
then install
Selesai install click app Sync tu
pastu follow je instruction dalam tu.
Sekejap je.



Ni la rupa Sync.
Kapal terbang kertas :)



Ai bukak blom ada ape2 info dari sekolah Zara hihi
Ha gitu la skang canggih
semua hujung jari,
pasni takde la surat2 print bagai.
Ingatkan nak kurang2kan ngadap phone.
Nampak gaya phone ni kena lekat je la kat badan huhu

Tuesday, June 14, 2016

Kerja Sampingan


Orang dah puasa seminggu lebih
kita baru nak start puasa huhu
Tapikan walaupun tak puasa,
sama je mcm orang puasa.
Sahur tetap kena bangun
masak dan hidangkan org nak sahur.

Siang pun nak makan tak lalu,
nanti Zara Aliah yg puasa tgk,
tak sedap la plakkan.
Jadi kita minum air je hehehe
Dgn harapan raya kurus :p

Bulan puasa ni takde citer sgt nak citer.
Ada citer pun makan,
malas nak upload time2 puasa ni.

Jadi kita citer menda lain je la.
Sejak 3-4 bulan yang lepas.
Tak sure sgt exact month tu.
Ai ada tolong kawan buat QC tuk produk bisnesnya.
Sebenarnya mmg niat tolong,
tapi kawan tu nak gak bayar upah katanya.
Kira ai buat part time job la kan hihi

Tolong dia wat qc tuk shawl2 nya.
Ni masa sblm bulan puasa.
Banyak gak la nak qc tudung tu.
Qc dan packing skali.



Sebelum shawl tu,
ai ada wat qc tuk baju kurung dia.
Cantik okay design n material.
Bahaya gak wat qc ni
sbb tak pasal2 membeli hahaha

Ada la 3-4 kali dah wat keje ni.
Dapat duit poket sikit yeyyyy ahahaha

Baru2 ni Sabtu lepas,
kawan ai mintak tolong lagi.
Ada sikit shawl nak kena qc.



Ai pun takde la hadap buat ni semata.
Selalu buat qc ni time siang,
lepas zuhur sampai asar tu
je ada masa luang.
Lepas Asar dah sibuk nak masak
sampai la malam uruskan anak2.
Sama la gak ngan bulan puasa.
Letih sikit sbb kena bangun sahur.
waktu lain sama macam hari2 biasa.

Sapa yg ada wat keje mcm ni,
pass la ai is suka.
Tak dapat shopping,
leh cuci mata gitu :)

Friday, June 10, 2016

Amped Trampoline Park, The Club Bukit Utama


Cerita 2-3 minggu lepas.
Kami gi birthday party anak kawan Zaf.
Tapi sblm tu singgah Hamley's kat OU,
beli birthday present.



Macam biasa la
3 kenit ni pun
paw Daddy dorang.



Birthdaynya wat dalam The Club, Bukit Utama.
Dekat Amped Trampoline Park.
First time datang tempat trampoline ni.
Sebelum ni masuk The Club pegi kat
swimming pool je.

Sampai2 je,
dorang main dulu trampoline ni.
Anak2 and Zaf masuk,
ai tgk dari luar je.



Zara Aliah amik gambar ngan Fatin,
lama dorang tak jumpa.
Seronok bila dapat jumpa balik.



Birthday ni abang Fatin, Faheem.
Tapi takde pun bergambar ngan birthday boy.
Sibuk main ngan kawan2 hihi

Yang baju kuning tu
kemain okay masuk dalam
tak kisah langsung mummy daddy.
Dia wat hal sendiri je.
Nak main ape pegi mana.



Lama sket baru ai masuk dlm
join ngan dorang2 ni.



Kemain eksyen ko yer.
Suh benti amik gambar pun susah.
Melompat sana sini.



Aliah lompat2 ni suka la.
Dia kan tak reti dok diam.



Zara pun seronok gak.
Nak terjun dalam blocks tu.



Mula2 main je Zara pening cam nak muntah.
hihi nasib baik tak muntah dia dlm tu.
Dah masuk2 je lompat macam ape.
Mana tak terkejut badan tu.

Nak slide pun ada.
Tapi sorang pun tak main.
Sbb kena panjat nak naik tu
macam susah je pakai talikan.
Kalau tangga laju dah kat atas tu.



Jangan kata budak je main,
mak budak pun sama naik jugak okay.
Nampak tak senonoh di situ,
gigih gak nak try.
Tapi ai berjaya naik sampai atas okey hihi
Seriously kaki sakit pijak batu2 kaler tu.



Ada video enZaf amik ai panjat,
dgr suara Zara jerit
suh Mummy turun.
Risau maknya jatuh.
Daddy kata jatuh tak sakit.
Sbb ada blocks banyak kat bawah tu.

Sejam lebih dorang main kat trampoline.
Habis main baru start
blow candle and makan2.



Yang dorang ni makan sikit je,
ngan harapan nak sambung lompat lagi.
Tapi dah tak leh masuk balik.
Habis time.
Kalau nak main lagi kena la bayar sendiri.

Tak bergambar pun ngan birthday boy.
Happy 11th birthday Faheem.
Moga jadi anak yg cemerlang dunia akhirat.

Lepas dari Amped,
singgah mamak kat area umah.
Sempat dpt tgk sikit Thomas Cup final.
Tahniah la Denmark
juara thomas cup.



Oh yer
sesapa yang nak try melompat2
kat Amped ni,
leh la tgk kat websitenya [link]
Bukan club membership pun bole main jugak.

Thursday, June 9, 2016

Pagi Malam Dengan Kawan


Tak habis2 lagi citer sblm puasa.
Dan ingatkan dah habis
date ngan kawan2.
Rupanya ada lagi hihi

Ni breakfast ngan Anis hari Sabtu lepas.



Katanya nak makan roti canai melayu buat.
Seyes ai tak tau mana.
Jadi kami try je redah
kat restoran sayang salmah seksyen 4.
Situ ada org melayu wat roti canai.



Rasa biasa2 je.
Bole la makan.
Anis kata lagi misi tuk dia
naik berat 2 kg.
Choiii.. orang nak turun berat ada la.
Dia nak menambah berat pftttt

Bawak anak bujang je breakfast.
Akak2 dia tido
sekali ngan Daddy dorang la hehehe
Thanks Anis belanja breakfast.



Malam plak dinner ngan kawan Zaf.
Kami decide makan kat uptown.
Jauh couple ni datang dari Kota Bharu :)



Byk melantak malam tu,
macam la puasa tak leh makankan.



Wednesday, June 8, 2016

Last Date before Ramadhan


Yezza dpt lagi
keluar makan ngan kawan2 sblm puasa.
Plan je keluar tapi
tak decide nak makan kat mana.
Ai amik Nani kat rumah dia.
Dari situ baru pikir makan apa.
So call Tee dan decide
gi The Curve.
sampai The Curve pun tak tau nak mkn apa gak.
Last2 Aliah yg pilih.
Dia nak makan Kenny Rogers hehe

Makan borak makan borak.
Seronok bila tak ramai orang.
Kalau kecoh pun takde la rasa kacau sesapakan.

Ni gambar Zara amikkan,
nampak ai n Aliah je yg ready :p



Yang ni staff KR amikkan.
Baru semua pandang camera :)



Tee tak dpt lepak lama lagi,
lepas makan terus dia kena
gi jumpa client.

Ai & Nani jalan2 dlm Curve,
kat centre court tu,
ada Hamley's jual toys.
Seronok la budak2 ni nak kat sana.



Sblm makan tadi pun dah lalu situ,
Aliah Ariq dah cakap byk kali,
nak ke sini balik lepas makan.
So tunaikan la hajat dorang tu.

Dah pesan awal2,
main je bole,
beli toy tak bole.



Lama Ariq main kat hotwheels track ni.
Dia kalau keluar rumah
mmg bawak car dia.
So senang la main kereta sendiri.



Baik je Adraa ni,
behave.
Susah nak dgr suara dia.
InsyaAllah raya ni dia dah leh jalan,
seronok la nanti keluar.
Dah dapat kaki :)



Thank Nani,
makan KR tadi dia bayar lebih.
Moga murah rezeki.