Wednesday, July 12, 2023

Makan Petang Bertiga


Bila enZaf ajak makan petang, ai pun laju-laju cakap "Okay". Qaireen sahaja yang ikut sama, dia tu mana boleh tinggal. Tiba-tiba saja enZaf tu nak makan Dim sum, jadinya kami ke Dolly Dim Sum, The Curve.



Dalam dia ajak kita makan petang tu, punyalah sibuk dengan handphone. Bila orang kerja tak ada masa macam waktu bekerja, begitulah keadaannya. Dari sebelum kahwin dah tahu dia bukan jenis kerja ikut waktu office dan selalu juga outstation. Jadi kenalah terima dan biasakan diri. Satu yang best waktunya fleksibel, boleh menyelit macam inilah. Buat kerja sambil tu kita ikut dia dan keluar makan.



enZaf order makan petang dah macam rupa makan tengahari. Padahal waktu ini pukul 4.30 petang :p Itu pun dia nak order macam-macam lagi tu, cepat-cepat ai cakap dah banyak sangat ni.





Sebelum balik kami bungkuskan makanan untuk anak-anak di rumah. Eh sebelum nak ke tempat letak kereta, sempat lagi singgah Uniqlo. Saja cuci mata, terapi untuk diriku walaupun tak membeli. Window shopping gitu kan dengan tengok-tengok pun dah cukup buat diri ini gembira okay :)

Gambar di bawah ini hari yang berlainan. Anak-anak nak makan A&W. Dulu ada A&W di Kota Damansara tapi dah tutup. Tak tahu kenapa tutup, kurang orang datang agaknya. Dan tempat tu dah di ambil alih oleh Starbucks. Bila terasa nak makan A&W ini kami kena pergi jauh sikit di Pusat Komersial TSB Sg. Buloh.





No comments: