Wednesday, April 29, 2020

Resepi: Ayam Masak Lemak Kuning


Lauk kegemaran anak-anak, terutamanya akak Zahra. Dia memang suka betul. Kalau ada lauk ni memang akan bertambah nasi. Ariq pun suka jua. Aliah suka tapi dia lagi suka kalau masak lemak cili padi. Dia memang suka makan pedas. Cuma dia belum pandai makan sambal belacan lagi. Nanti dah besar dan cuba, pasti dia akan suka :)

Selalunya kalau beli ayam ni memang minta potong kecil (ayam potong 16). Jadi ayam tu comel comel je, kami sekeluarga memang suka begitu. Okay ni cara ai masak lemak kuning.



Bahan-bahan

10 ketul ayam (saiz kecil)
1 biji kentang
1 kotak santan (200ml)
1 batang serai (diketuk)
1 1/2 cawan air
1 keping asam keping
1/2 sk serbuk kunyit
Garam dan perasa


Bahan dikisar

4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
senggenggam udang kering


Cara Menyediakan

Masukkan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan ayam, gaul sebati dan tunggu sebentar. Kemudian masukkan sedikit air dan masukkan santan, kacau sehingga sebati. Tujuan masukkan air dulu untuk elakkan santan tu berketul. Kemudian, tambahkan air yang selebihnya. Seeloknya sukatan kuah tu melebihi ayam. Biarkan sehingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan kentang, asam keping dan serbuk kunyit. Serbuk kunyit ni taknak letak pun boleh. Ia hanya untuk menaikkan warna kuning tu. Biar sehingga kentang empuk dan akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa.




Kalau nak kuah banyak boleh tambahkan air, tapi pastikan tambah juga santan. Kalau tidak nanti kurang rasa lemak sebab santan tu dah jadi cair. Oh ai masukkan cili. Hanya untuk menambahkan seri ada warna merah sedikit lauk tu hehehe.. kalau nak masak lemak cili padi, guna pakai bahan-bahan yang sama juga. Bezanya hanya tambah cili padi di bahagian bahan dikisar. Berapa banyak cili padi itu, bergantung pada diri sendiri nak pedas mana.

Tuesday, April 28, 2020

Majlis Pertunangan Adikku


Cerita ini sambungan dari entry akak Zahra ke seminar upsr sebelum ini [link]. Ingatkan lepas kami breakfast terus balik rumah. Rupa-rupanya bukan, tengok balik gambar dalam phone, kami ke sekolah anak-anak sebab ada mesyuarat PIBG. 2 atau 3 hari sebelum tu, cikgu kelas akak Zahra ada pesan untuk hadir ke mesyuarat PIBG ini, sebab ada sekali agenda untuk murid-murid Tahun 6. Tak ingat apa pula tapi macam tentatif program tahunan menjelang UPSR.



Selesai mesyuarat di sekolah anak-anak, terus kami bergegas balik ke rumah. Bersiap pergi ke rumah emak untuk majlis pertunangan adik ai Nani pula. Sebelum tu singgah ke Seksyen 7 untuk ai ambil kek. Fuh baru separuh hari dah ke sana sini kami. Macam-macam betul nak dibuat. Sampai rumah emak, tengok semua dah siap elok.



Pada asalnya, bulan Februari ni dua adik ai nak bertunang. Lagi sorang ialah Yusreena. Tapi ditangguhkan sebabnya boyfriend dia sedang berkursus di Bank Simpanan Nasional selama 3 bulan. Kalau pendapat ai boleh je kalau nak teruskan pertunangan tu, tapi adik ai kata boyfriend dia nak datang masa hari tunang. Itu yang ditangguhkan, ikutla mana yang dorang nakkan.

Jadinya hanya Nani saja la yang teruskan majlis pertunangan. Plan Nani, majlis ni dia nak buat sehabis ringkas. Tiada jemputan orang luar. Hanya kami anak beranak aje. Ape ntah lagi pelamin bagai. Kata dia nak berjimat untuk majlis perkahwinan nanti. Tapi mak kami tak setuju. Almaklumlah lama tak buat majlis sejak adik ai Hana kahwin. Tak salah sudah 10 tahun tiada majlis perkahwinan mahupun pertunangan dalam keluarga kami. Tentu lah mak ai teruja nak buat majlis ni. Dia kata sekurang-kurangnya jemput saudara mara yang terdekat. Lagi satu mak nak ada pelamin. Dia sampai cari pelamin kat IG untuk majlis anak dia ni. Nampak tak keterujaan dia. Kami adik beradik pun tak sampai hati kata taknak. Demi memenuhi permintaan mak, Nani dapat berurusan dengan orang pelamin yang kebetulan murah dan dekat dengan rumah. Tiada caj kos penghantaran. Alhamdulillah rezeki dia. :)

Susahnya nak ambil gambar si kecik ni. Tak reti duduk diam. Yang memeranjatkan hari tu. Qaireen sangat friendly. Habis semua orang dia tegur dan salam. Salam tu sampai lebih dari 3 kali orang yang sama hehehe Semua orang gelak tengok gelagat dia.



Masa pihak rombongan keluarga lelaki sampai ai tak dapat join tengok dan dengar sepanjang perbincangan berlangsung. Masa tu juga la Qaireen nak menyusu dan tidur. Sedih tapi nak buat macam mana. Redha aje la. Yang penting semuanya berjalan dengan lancar dan dipersetujui oleh ke dua-dua keluarga. Hal-hal lain nanti pandai pandai la Nani dan pasangannya berbincang :)

Gambar Nani disarung cincin ai tak simpan pula. Nanti minta kat adik ai dan kemudia masukkan dalam entry ni. Eh apa pun gambar ai tak ambil sangat. Sibuk melayan saudara mara. Gambar-gambar kat bawah ni pun semua dari handphone adik ai Yusreena. Satu-satunya kawan ai yang hadir ke majlis ni tentula kawan baik. Nani jua namanya, dia datang dengan princessnya Adraa. Terima kasih Nani sudi datang. Nani cakap nak bergambar dengan pengantin sebelum dia balik. Inilah Nani muda bersama Nani pernah muda hahaha



Yang ni plak bergambar lepas Maghrib. Bergambar lambat sebab ingin menunggu akak Zahra balik dari seminar. Walaupun sebelum tu ai dah buka tudung, anak-anak pula dah buka baju. Masing-masing dah rimas nak mandi. Yang dah salin kena pakai semula baju semata untuk bergambar hahahah Akhirnya dapat la gambar dengan jayanya :p



Masa ni adik ai sorang Azie yang takde. Tetiba petang tu dia keluar jumpa kawan. Ada hal penting katanya. Dah tak complete satu keluarga huhuhu



Oh cakap pasal baju. Sebenarnya kain warna kelabu ni untuk dipakai masa majlis pertunangan adik ai Yusreena yang ditangguh tu. Majlis dia la yang sepatutnya nak pakai sedondon tapi dibawa ke majlis Nani. Kain ni kami beli kat Jakel dan hanya untuk perempuan je. Terima kasih enZaf sebab jadi banker hari tu :p Yang lelaki beli siap dan cari warna yang agak-agak serupa.

Tahniah adikku Nani dan pasangannya. Semoga ke jinjang pelamin. Ikutkan rancangan nak buat majlis pernikahan pada bulan 8. Memandangkan negara kita dilanda wabak Covid-19, kemungkinan besar majlis ni ditangguhkan. Bila ai tak pasti bergantung pada hasil perbincangan ke dua belah pihak. Semoga dipermudahkan buat urusan adikku ini.

Sunday, April 26, 2020

Solat Tarawih Berjemaah di Rumah


Dalam kita menyambut ramadhan waktu keadaan pkp, rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya. Gembira bukan kepalang bagi diriku sebabnya buat pertama kali dapat solat tarawih berjemaah di rumah. Ramadhan sebelum ni ai hanya solat tarawih bersendirian aje. enZaf solat kat surau atau pun masjid. Bertambah gembira bila anak-anak pun turut solat bersama.

Gambar ni sempat ai snap sebelum kami solat Isya' bersama. Yang kenit tu pun nak join sama pakai telekung.



Laju-laju panggil abang Ariq plak join bergambar. Qaireen tu kejap je pakai telekungnya. Lepas tu dia cabut. :p



Sebelum kami mula solat, umpan la Qaireen dengan makanan dan ipad kat dia. Biar dia leka dengan harapan tak kacau kami. Tapi sangkaanku meleset. Kacau juga dia. Habis semua orang dia mengadap dengan bercakap bahasa "Jerman" apa pun tak paham hehehe... berguling duduk melompat semua ada kat atas sejadah. Bertabah la kami. Yang Zahra Aliah dah menahan gelak, tak boleh tahan tengok gelagat adik dorang depan mata. Ai siap tutup mata takut nanti hilang fokus :p

Masa selesai solat tarawih hari pertama, tak snap pun gambar satu family. Semalam baru teringat nak bergambar semua. Saja buat kenangan. Harusla simpan dalam blog ni. Sarungkan telekung kat Qaireen untuk semata-mata bergambar :)



Semalam dugaan buat kami, Qaireen buat aksi berenang kat atas sejadah huhu Bertuah la anak.



Alhamdulillah anak-anak okay solat tarawih setakat ni. Kami buat 8 rakaat aje. Kalau buat lebih mahunya tak larat. Itupun lepas selesai, terus terbongkang. Oh sebelum solat Isya', kami mengaji lepas solat Maghrib. Hari pertama tu je mengaji lepas Isya'.. ai tengah mengemas dapur tak sempat nak tengok. Semoga puasa kalini kami sempat khatam. InsyaAllah.





Thursday, April 23, 2020

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


InsyaAllah malam ni kita akan menunaikan solat Tarawikh pertama pada bulan yang mulia ini. Diriku akan teruja tiap kali nak sambut Ramadhan. Cuma tahun ini, tahun 2020 berbeza sebab kita menyambut semasa PKP. Tiada bazaar ramadhan, tiada solat tarawikh di masjid atau surau, tiada berbuka puasa di luar dan paling terasa tiada berbuka puasa ngan mak, abah dan adik-adik huhuhu Sedihnya. Terus teringat masakan mak. Selalunya mak akan masak macam-macam lauk untuk anak-anaknya berbuka. Nak nak bubur lambuk.

Apa pun yang berlaku kita kena terima dan redha. Ini semua ujian untuk kita. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Memandangkan zaman sekarang zaman berteknologi. Rindu sangat kita masih boleh bervideo call dengan orang tersayang. Boleh buat panggilan, bole berwhatsapp bagai semua. Cuma bertahan je lah tak dapat salam peluk cium mereka.

Hari ini ai masak lauk lebih sikit masa makan tengahari. Tadi masak simple je lauk tomyam ayam dan sayur bayam masak air. Masa sahur boleh panaskan balik lauk-lauk tu. Tinggal ai nak buat telur dadar je sahur nanti. Kurma pun tengahari tadi sampai. enZaf order melalui group KD dalam facebook. Dapat juga kurma kegemaran dia, kurma Ajwa.



Kebiasaannya kalau nak beli kurma, dia beli kat kedai arab dalam Tesco Mutiara Damansara. Ni sebab pkp dia beli online aje la. Kesempatan bulan yang mulia ni, ai nak minta maaf andai kata buat sesiapa yang terasa hati ketika baca blog ni. Tiada niat lain, hanya sekadar luahan perasaan untuk memori diri sendiri. Terima kasih pada yang sudi membaca blog yang tak seberapa ini hihihi...

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa semua. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan terpelihara dari sifat mungkar.

Wednesday, April 22, 2020

Seminar UPSR


Pada 22hb Februari yang lepas akak Zahra pergi seminar upsr. Sebenarnya tarikh seminar dia tu jatuh sama dengan majlis pertunangan adik ai Nani. Pada mula tu, ai agak keberatan nak bagi dia pergi, tapi tengok akak Zahra ni semangat sangat nak join maka ai izinkan la. enZaf pun kata biar la dia nak pergi. Akak Zahra ni memang suka pergi segala jenis bengkel atau seminar. Tak tahu menurun siapa. Yang pasti ai sendiri memang tak suka hahahah teruk betul perangai Mummy dia ni.

Okay berbalik pada seminar upsr dia. Seminar ni dia tahu dari guru kelasnya. Cikgu bagi borang pada sesiapa yang berminat nak pergi. Seminar ni anjuran MindAppz. Yang lebih mengejutkan seminar dia bayar RM1 sahaja. Ye RM1! Macam tak percaya zaman sekarang ada bayaran RM1. Dan seminar tu buat dekat dalam KD jadi lagi senang la nak pergi.

Tempat seminar dalam Segi University. Dapat ai merasa masuk dalam. Kalau sesaja nak masuk memang tak la kan. Hantar seawal pukul 7 pagi. Sempat lagi ai ambil gambar dia kat menara jam Segi ni. Kalau dari jalan luar, memang nampak menara ni. Selalu tengok dari jauh je. Ha kalini dapat dekat terus.



Dah ramai yang sampai rupanya. Sesak dah kawasan luar dewan ni.



Cuma satu je kekurangan masa nak ke dewan ni. Kurang signboard. Mula-mula sampai tu kami tercari-cari juga ke mana hala tuju nak ke situ. Bukan semua orang kenal tempat ni. Bukan apa, kalau tak tahu tu berpusing-pusing juga la ke sana sini mencari. Nak ke dewan tu pun bukan senang, ada naik tangga bagai. Dah nak dekat dewan tu baru ada nampak bunting seminar. Next time, pihak pengurusan boleh la sediakan signboard nak ke dewan banyak sikit bila jika ada buat sebarang seminar. Itu adalah pandangan ai :)

Ambil gambar lagi lepas dah selesai register dan bayar lunch tuk dapatkan kupon makanan.



Masa ni baru jumpa kawan sekolah dia sorang. Kawan baik dia Syafi masih beratur lagi untuk pendaftaran. Selesai semua kawan-kawan dia daftar sempat la ai ambil gambar dorang. Kawan dia kat belakang tu tinggi betul. Lagi tinggi dari ai hehehe Tak sedar plak gambar blur, sebab lepas ambil gambar ni terus ai balik.



Lepas keluar dari Segi pergi breakfast dan balik rumah bersiap-siap nak balik Sg. Buloh untuk majlis pertunangan adik ai pula. Dalam pada masa yang sama, sempat la skodeng dalam IG MindAppz ni. Ada buat live sikit sepanjang seminar berlangsung. Dan ai tengok gambar yang pihak pengurusan upload. Kemain anak dara tu duduk depan sekali. Mummy ko dulu kat universiti, tak duduk tengah duduk tepi. Depan memang jarang sangat. :p







Oh..tahun ini, UPSR dibatalkan. Akan ditangguh pada tahun 2021. Tarikhnya akan diumumkan kemudian. Perasaan ai masa tu agak bercampur baur. Gembira ada sedih pun ada. Gembira sebabnya kurang stres untuk diriku mengajar dalam rumah ni. Ya Allah, sangat menguji kesabaran okay belajar kat rumah. Jenuh nak cakap belajar belajar belajar. Budakkan.. dia tahu nak main je. Cakap kita bukan nak dengar, nak nak Ariq tu. Main banyak hehe. Perasaan sedih sebabnya lama lagi la nak selesai examnya. Penantian satu penyeksaan ok. Akak Zahra dia suka ada sedih pun ada juga. Awal-awal beritahu ai lambat lagi la nak habis UPSR ni mummy. Ye anak. Bersabarla kita menghadapi ujian ini. Bukan setakat belajar saja, orang yang bekerja pun mengalami masalah yang sama juga. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. InsyaAllah.


Tuesday, April 21, 2020

Resepi: Roti Pizza Mudah dan Sedap


Kalini akak Zahra buat makan malam untuk kami. Ye kami makan roti je. Jarang sebenarnya makan nasi waktu malam. Dorang ni memang suka makan ringan sikit waktu malam. Jadi mudah kerja Mummy. Tak perlu masak lauk banyak-banyak. Hanya masak nasi untuk makan tengahari aje.

Disebabkan roti pizza ni senang nak dibuat. Nak pula pakai roti Gardenia. Maka ai suruh akak Zahra je buat semua. Kebetulan bahan-bahan ni memang dah ada sebab ai masak spaghetti bolognese sehari sebelumnya. Tu yang bila dah ada bahan, apa lagi on aje la projek roti pizza :p


Bahan-bahan

Roti gardenia
Mozarella Cheese
Sosej (dicelur)
Chicken Ham (dicelur)
Cendawan butang (dicelur)
Bawang
Sos Prego atau Tomato Puree

Cara Penyediaan

Pastikan Sosej, Chicken Ham dan Cendawan dicelur ataupun direbus terlebih dahulu. Kemudian hiris nipis kesemuanya. Letakkan roti Gardenia di dalam loyang. Kalau ada tray nipis lagi bagus. Dah susun roti renjiskan dengan air bagi roti tu lembab sket bila bakar nanti. Sapukan roti dengan sos prego atau tomato puree. Letakkan bahan-bahan lain di atas roti mengikut kreativiti masing-masing. Jangan lupa taburkan cheese.

Masukkan dalam oven, bakar dalam 200°C selama 15 minit.





Serious anak dara ni masak. Ai ambil gambar pun dia tak sedar.



Sebenarnya bahan-bahan ni ikut kesukaan masing-masing. Kalau suka letak tomato sila la letak. Dan tiada sukatan. Lagi banyak bahan lagi sedap. Memandangkan akak Zahra first time buat. Dia agak berhati-hati sikit. Close up pizza dia buat.



Lepas ni kalau dia nak buat lagi, ai suruh dia letak banyak sikit. Nak nak cheese tu kan. Ada cheesedale lagi bagus. Bagi melimpah ruah. Ni sebab buat ikut apa yang ada aje. Alhamdulillah kenyang Mummy, Daddy dan adik-adik malam tu. Thank you akak Zahra :)

Monday, April 20, 2020

Dengan BFF Sebelum PKP


Masa pkp ni, bukan sahaja rindu pada keluarga. Diriku rindu jua pada sahabat-sahabat. Terutamanya kawan baik kita. Masa cuti sekolah bulan 3 yang lepas, sempat juga kami jumpa walaupun sekejap. Perjumpaan yang tak dirancang. Tanya siapa free ajak jumpa. Semua reply kecuali Anis.

Dalam pada tu, punya la masing-masing pilih nak jumpa kat mana. Macam-macam la cadangan keluar. Ada yang tak makan ni. Ada yang nak makan itu. Bila dah decide kedai, sampai-sampai tutup plak kedainya hahaha Akhirnya kami pilih kat Secret Recipe aje.



Makanan petang anak-anak. Yang ni Shinjuku Nutella Bake dan lagi satu ai order mac & cheese. Yang ni ai tak ambil gambar makanan. Yang pasti dua kali order mac & cheese. Tak cukup plak. Kemain laju makan masing-masing.



Untuk ai Shinjuku Caramel Bake. Share dengan yang lain. Tak boleh habiskan sorang-sorang.



Ada lagi gambar-gambar tapi semua dekat phone Nowwa. Dia dah send kat whatsapp cuma ai je tak save lagi. Save satu je dulu yang ramai-ramai ni sebelum balik. Pecah pula gambarnya.



Masa kami semua nak balik, sempat lagi berborak. Konon dah bye bye tapi balik tak juga. Ada je benda nak bercerita. Tetiba ada seorang lelaki cina ni approach kami offer nak ambilkan gambar kami ramai-ramai. Wah terharu ok. Memang ai ada plan nak bergambar ramai-ramai, tapinya tengok keadaan yang agak huru hara sebab anak-anak bertempiaran ke sana sini, punya payah panggil sorang-sorang. Maka kubur je lah hasrat tu. Tak sangka bila ada orang offer tu rezeki sangat. Alhamdulillah. Nak bergambar ni pun adalah dekat 10 minit nak panggil semua datang berdiri diam-diam pandang kamera hahaha Huru hara kecoh riuh kami kat depan kedai. Buat malu orang je :p

Apa pun diriku sangat bahagia bersama dengan orang tersayang. Moga cepat kita bebas dari virus Covid-19. Dan boleh la ai berjumpa dengan mereka.

Friday, April 17, 2020

Projek Seni: Gasing Tahun 2


Kejadian masa bulan 2. Seperti biasa anak bujang beritahu last minute. Terhegeh-hegeh la Mummy dia pergi mencari barang. Sebabnya bahan-bahan yang nak dibuat tu memang tak ada kat rumah. Tak banyak la pun. Nak cari 3 barang, kadbod, manik dan mata. Mujur la Mr.DIY ni dekat dengan rumah. Laju la ke sana.

Dalam Mr. DIY tu hanya satu bahan mata je yang tak ada. Nak mencari tempat lain dah kesuntukan masa. Masa tu ai fikir, lukis pakai kertas je la nanti tampal hehe Dah sampai rumah, ai selongkar tempat simpan barang-barang seni ni, akhirnya terjumpa la mata. Tapi yang tinggal tu mata perempuan haha hentam je la anak. Kadbod pun ada lagi sikit kat rumah. Yang baru beli ni boleh la simpan buat stok. Bahan lain semua dah ada kat rumah.



Lama Mummy tunggu part ni, punya la slow dia buat :p



Suka tengok manik tu, warna-warni. Tapi ni leceh sebab nak pakai gam gajah. Ai bagi dia buat sikit je, lebihnya ai yg buat. Nanti melekat melekit kat jari, payah nak tanggal.



Siap dah. Tengok la mata perempuan itu hahah.. sungguh melentik eyelashes. Kelakar betul ai rasa, dah la gasing tu boy buat tapi mata gegirl. Tanjat boboi tau :)



Ada juga ai tanya dia nak ke pakai mata tu. Dia nak juga. Nanti katanya tak sama dgn buku sebab tak pakai bahan mata haha iya lah anak. Mummy ikutkan aje. Janji dia happy sudah.



Yang penting siap. Cikgu pun dah tengok bagi markah. Harap cikgu dia terhiburla dengan bulu mata tu hehehe

Tuesday, April 14, 2020

Resepi: Sambal Sotong Cepat dan Sedap


Apa lagi nak buat masa pkp. Nak keluar jejalan tak boleh. Sejak tu takde gambar nak ambil. Rindunya nak keluar makan, jalan-jalan cuci mata, lepak mamak. Oh rindu teh tarik Subaidah haha. Sekarang ni duduk rumah masak je la kerjanya, maka kita update resepi je la.

Sambal sotong ni feveret enZaf dari awal perkenalan lagi. Bila kita dah tahu feveret dia, tentulah kita akan belajar memasak lauk tersebut. Tapi ai jarang masak sambal sotong ni pun. Bila dia ada je baru keluarkan sotong dlm esbok haha... Dia jenis sibuk, jarang ada kat rumah nak nak outstation selalu. Buat apa nak masak kalau dia takde kan.

enZaf dia suka sambal yang manis2 pedas. Tak reti nak tulis resepi, kalau masak pun jenis main agak-agak aje letak berapa banyak. Yang ni ai masak untuk 2 orang makan. Jadi sis cuba :)



Bahan-bahan

3 ekor Sotong putih (saiz sederhana/besar)
2 sb bawang merah, bawang putih dan halia yang telah diblend
1/2 biji Bawang besar dihiris
4 sb Cili giling
1 ketul Gula melaka (saiz kecil)
1 sb gula pasir
Serbuk perasa dan garam secukup rasa


Cara Menyediakan.
- Sotong buang kulit, potong, cuci bersih dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, minyak banyak baru best.
- Tumis bahan yg diblend sehingga wangi.
- Masukkan cili giling, biar sampai pecah minyak dan garing.
- Masukkan gula melaka dan gula pasir.
- Gula dah larut masukkan sotong, bawang besar dan masukkan garam dan serbuk perasa. Siap!






Sotong jgn masak terlalu lama nanti liat. Kalau suka berkuah, bole letak air. Jangan banyak sangat, kalau cair sgt kuahnya tak sedap plak. Lagi satu ai suka letak bawang banyak-banyak, sebab bawang tu kan manis. Tapi org dalam rumah ni tak suka bawang. Masak sambal ni tak pakai gula melaka pun boleh aje. Ikut citarasa masing-masing. Suka rasa masam-masam sikit letak air asam jawa ataupun asam keping. Kalau suka pedas lebihkan cili. Suka manis lebihkan gula. Jangan lupa lebihkan senyuman ehhh..haha

Bahan-bahan ni boleh guna pakai untuk masak lain juga. Udang ke ayam ke.. ikutla mana suka. :) Aliah sekarang dah start suka makan sambal sotong. Haritu dia la yg perabiskan lauk ni. Dia sorang je pandai makan pedas. Zahra & Ariq belum lagi.

Oh.. kalau ada petai, masukkan dalam sambal. Makan bersama dgn nasi putih panas2 ataupun nasi lemak. Terangkat gitu. :)

Sunday, April 12, 2020

Happy 12th Birthday Qasrina Zahra


Pada 17hb Mac adalah harijadi anak sulongku Qasrina Zahra yang ke-12 tahun. Tarikh birthday dia memang jatuh time cuti sekolah. Pernah sekali je birthday dia waktu persekolahan. Tak silap masa Tahun 3. Cuma tahun 2020 ni berbeza sedikit sebabnya birthday dia sehari sebelum pkp dilaksanakan :)

Kebetulan masa cuti sekolah pun, kami dah jarang keluar. Banyak duduk di rumah, risaukan virus covid-19 dah mula banyak sana sini. Disebabkan itu, kami decide celebrate kat rumah saja. Dan hari tu, Daddy dia ada banyak kerja yg nak diuruskan sebelum start pkp. Selesai kerjanya, dia bawa balik kek dan makanan.

Huru hara gak Daddy dia beli itu ini bukan kek saja, dgn belon dan decoration bagai. Selalu celebrate kat luar, ni kat rumah of course la tak biasa. Bertalu-talu masuk message tanya ai nak beli kek kat mana. Kat mana nak cari belon yang dekat dengan kedai kek. Dia taknak pergi banyak-banyak tempat hehe Thank you enZaf bersusah payah untuk anak..

Akhirnya dia pergi OU. Beli kek kat Bisou.



Kek rainbow, feveret dia.



Kedai kek Second Cup kat IPC dah tutup huhu. Dah la kami suka kek-kek kat situ. Sedih bila dah tutup, tempat celebrate dah takde :( Tahun lepas kami sambut kat situ aje senang tempat cantik dan sedap.
Birthday Ariq [link]
Birthday Aliah [link]
Birthday Zahra [link]

Happy Girl!



Bergambar dengan adik beradik.



Yang baju kuning tu memang susah betul nak pandang kamera. Jenuh panggil banyak kali.

Close up sket anak dara ni.



Sejak duduk rumah ni, kulit dia dah cerah sikit haha Kalau tak hitam legam berjemur kat sekolah.

Dapat juga bergambar satu family. enZaf letak handphone atas kerusi hehe



HAPPY BIRTHDAY AKAK ZAHRA! Mummy sentiasa doakan yang terbaik buatmu anak. Video kami nyanyi lagu birthday untuk dia yang malu tersipu-sipu itu hehe



Tahun ni pun dah bertukar myKid kepada myKad. Tapi tak buat lagi. Tunggu la keadaan bila kita dah bebas dari Covid-19. InsyaAllah kita mesti menang. Stay at home and stay safe everyone.



Monday, April 6, 2020

Resepi: Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Kukus dan Tak Bakar


Jarang ai ni buat entry resepi. Jadi surirumah memang banyak masa kita memang kat dapur. Masak pun selalunya menu yg selalu buat, jadi takde la rasa nak letak dalam blog. Menu biasa-biasa aje pun.

Tapi disebabkan pkp ni, keluar pun tak boleh, maka pepaham je la. Apa lagi nak buat.. masak makan masak makan hehe

Disebabkan buat puding karamel ni senang, jadi kita share je la kat blog. Resepi pun ambil kat dalam facebook dari kawan-kawan juga yang share kat situ.

Bahan-bahan

3 sudu gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
1 peket serbuk agar-agar (10g)
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan

Taburkan gula pasir ke dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian, ratakan gula hangus tu sekeliling loyang. Letak 1 sudu air dalam gula tu bagi elak hangus. Dan ketepikan.

Di dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastard dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.

Masukkan pula serbuk agar-agar, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran tadi. Masakkan atas api sehingga mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.

Rehatkan sekejap bagi suam dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam.

Untuk menghidang, terbalikkan loyang ke atas pinggan hidangan.

Tadaaaaa






Siapa yang tak suka telur memang elokla buat resepi ni, sebab kalau tak pandai buat yang ada bahan telur tu, kita boleh rasa dan bau hanyirkan. Oh kalau pakai telur tak boleh la buat yang ini sebab telur kena la kukus.

Time pkp ni anak-anak dah macam piranha, letak apa pun habis licin. Sedap ke tak sedap ke telan aje haha Yang penting anak-anak gembira, kita mak lagilah gembira.

Stay safe and stay at home kawan2!

Thursday, April 2, 2020

Kula Cakes Sedap!


Sambungan lagi dari Kemaman plak hehe Masa on the way nak balik, saja la ai cakap ngan enZaf. Teringin nak try makan kat Kula Cakes. Kata dengan dia lagi sebab ajak tu dah alang-alang masuk Kuantan. Terus dia buka waze, okay kita ke sana. Ya Allah tak sangka sangat dia setuju dengan cadanganku :)

Anak-anak pula cakap, makan lagi ke Mummy!! hahaha ye nak memang keje kita makan saja. Agak lewat petang juga kami sampai. Kedainya dalam pukul 7 kot tak silap tutup. Tapi memang rezeki agaknya hari itu, masih ada lagi makanan walaupun time kami sampai tu masih ramai yang beratur.

Simple je kedainya.



Memandangkan pertama kali datang, so enZaf tanya org kedai tu apa yg nak kena order.

Wajib makan katanya, Manggo Cheesecake.



Serious cakap sedap sangat. Agak manis sikit bagi ai, tapi boleh terima dengan masam-masam manis manggo tu. Anak-anak terutamanya Aliah paling laju sekali makan. Dia bab masam-masam ni memang okay sangat. Buah lemon tu, dia boleh makan gitu saja. Perghhh kecur air liur mummy kalau tengok dia makan haha

Selain Manggo Cheesecake, enZad order Pavlova. Yang ni pun ai dah lama tak makan.



Untuk tekak ai, pun sedap. Manis dia just nice. enZaf yang jenis tak makan sangat pavlova pun kata sedap. Pavlova yang ai suka makan kat Serai. Lama betul ai dah tak pergi makan kat sana.

Yang akak Zahra makan ni tak silap Brownies Bread Pudding.



Yang ni pun serious sedap. Kami order dua kali kot. Beli satu je pada mulanya konon nak rasa, sekali tak cukup pula anak-anak habiskan. Bukan main dorang tu masa dalam kereta cakap makan lagi ke mummy haha. Sekali tengok, dorang la makan paling banyak.

Ambil gambar luar kedai sebelum balik.



Sebelah kedai dia buat konsep open. Cantik pemandangan kat sini. Macam duduk dalam hutan sebab penuh dengan pokok-pokok dalam tu hihi



Alhamdulillah tercapai gak hasrat jejak ke Kula Cakes. Sebelum ni punya la banyak kali pergi Kuantan. Tapi tak pernah nak teringat ke sini. Kalini sempat beli bawak balik lagi. Aishhh time pkp ni memang tengok makanan semuanya sedap. Sama la macam kawan-kawan yang upload dalam socmed... semua ai rasa nak makan, semua nampak sedap. :)

Sekian tamat la perjalanan cerita hujung bulan 12, 2019. Buat persediaan anak-anak nak sekolah plak. Eh baru teringat, awal bulan 12 tak cerita lagi. Adoiiii kena belek balik gambar masa tu tengah pergi mana dan buat apa.