Friday, July 21, 2023

Trip to Farm Fresh @ UPM


Pertama kali Qaireen pergi trip aktiviti luar sekolahnya. Trip pertama Qaireen tak join sebab Daddy dia tak bagi. Masa tu mereka melawat salah sebuah masjid di Negeri Sembilan, enZaf kata jauh sangat nak lepaskan Qaireen :) Dan ini merupakan pertama kali juga la dia pergi tanpa Mummy Daddy. Risau juga pada mulanya, takut dia tak nak tapi sangkaan ai meleset. Dia okay sangat dan senyum je muka tu. Tahu sebab nak naik bas hehehe.. Trip ini mereka pergi ke Farm Fresh di UPM. Anak-anak perlu berkumpul dahulu di sekolah dan kemudian baru bertolak menaiki bas. Sementara ai menunggu dia keluar dari sekolah tu, punya lah cari dia tak nampak-nampak. Rupa-rupanya dia keluar dengan pakai topi. Tak tahu teacher mana yang bagi dia pakai tu, topi lebih besar dari tuan badan hahaha..





Ai ni dah beria pegang phone buka kamera bagai, dah separuh jalan ke bas baru sedar rupanya tak tekan rekod untuk video huhuhu.. selalu macam ini tau. Rasa macam dah tekan tapi tak tekan. Stressss.... Cuaca pagi tu hujan rintik-rintik. Harap-harap sampai sana hujan pun dah berhenti, kalau tak kesian anak-anak tak boleh nak berjalan.





Jenuh Mummy dia tunggu Qaireen munculkan diri dari tingkap. Sampai ke sudah tak nampak dia hahaha.. tahu dia duduk baris mana cuma dia tak duduk tepi sekali. Sebab itu lah dia tak munculkan diri agaknya :p





Tinggallah berdua dengan Ariq sahaja. Dating dengan dia kejap.



Terasa lama betul nak tunggu Qaireen balik. Tak pernah berjauhan dengan dia selama ini hahaha.. Dalam pukul 3 petang lebih baru datang ambil Qaireen di sekolah. Sempat lagi Mummy ambil gambar dia sebelum masuk kereta.



Dalam kereta pula Qaireen tunjuk apa yang dia bawa balik dari Farm Fresh. Ada air kotak Coklat, air kotak Susu Kurma dan kotak santan. Ai tak perasan pula Farm Fresh ada keluarkan kotak santan ni.



Bag Didi tu baru beli di Uptown Kota Dame untuk letak pakaian extra dan botol air. Qaireen sendiri yang pilih nak bag tu. Pada mulanya nak pakai saja beg yang ada di rumah tapi beg yang kecil sikit dari beg sekolahnya tak ada pula. Itu yang bergegas ke Uptown, nak pergi shopping mall malas sebab dah malam.



Seronok dengar dia bercerita dan buat apa sepanjang naik bas dan di Farm Fresh. Terus lupa Mummy dia bila keluar dengan kawan-kawankan, nampak macam Mummy dia tak boleh move on bahawasanya anak dah besar dan boleh tinggalkan dia hahaha.. Alhamdulillah cuaca di sana baik sepanjang anak-anak berada di Farm Fresh. Terima kasih pada semua cikgu yang bawa, jaga dan hiburkan anak-anak dengan baik. Semoga Allah memberi ganjaran yang besar buat kalian. Gambar-gambar di bawah di ambil dari Whatsapp Group dan simpan di sini sebagai kenangan. Oh ya, ada beberapa gambar Qaireen pakai topi, entah topi sapa lah dia pakai tu :)



















No comments: