Thursday, January 31, 2013

Tak Sekolah


Zara tak sihat.
Demam, batuk & selesema.
Ha complete package.
Tak pernah dia sakit teruk camni skali.

Doc bagi mc 3 hari tu.
Minggu depan baru sekolah balik.


Batuk tu paling teruk,
seksa tengok,
byk kali muntah sbb batuk. :(

Dah la seksa nak bagi makan ubat.
Zara penakut.. huhu

Kalau bole sakit tu
transfer kat mummy ni nak oi
Moga cepat sembuh anakku.

Wednesday, January 30, 2013

ke Sabak Bernam


Isnin lepas menghantar adik ai
ke Politeknik Sabak Bernam.

Sblom masuk Poli tu,
singgah jap kat BNO
(Bagan Nakhoda Omar),
Zara nak tgk laut katanya.


Cuaca agak panas,
walaupun petang
matahari still terik.
Aliah dipaksa bergambar,
dia moody sbb panas
hihi mengada :p


Dah hantar adik ai,
ingatkan nak la makan ikan bakar
or cendol bakar,
tapi giler betul,
hari tu jalan nak balik kl
sangat jem okeh.
Macam org balik raya.

Ai ni dah kematu montot,
sakit pinggang semua ada.
Zaf kata dah lapar sangat,
xlarat nak hadap jem,
jadinya kami benti
makan kat Pizza Hut, Kuala Selangor.


Budak kecik ni pun
dah tak leh dok diam dlm kete.
Rimas dah lama sangat.


Nak plak Ariq skang
dah laju merangkak,
kemaruk memanjat skang ni.
Boring la dok dalam kete
tak bebas.

Kul 11mlm sampai umah.
Penat sangat,
semua terus terbongkang.
Penat dlm kete yg lebih.



Tuesday, January 29, 2013

Dry Food Dispenser


Suka masuk iwannagohome
kalau pegi The Gardens,
kat dalam tu ada macam2
barang rumah yang menarik.

Tidak keluar dgn tangan kosong.

Harga satu RM89.00
Ada 2 warna
putih dan merah

Bole letak macam2
ikut citarasa kita. :)


Ai pilih tuk letak cereals.
Breakfast pagi
or bila2 masa je
kalau terasa nak makan.


Ada byk tempat kedai ni,
kat KLCC, One Utama & Bangsar Village2.
Sila terjah ye kekawan :)

Friday, January 25, 2013

Hantar Mak Abah kat KLIA


Rabu lepas gi KLIA,
flight Mak Abah pukul 10.30malam.
Ni umrah pertama kali
buat mereka.
Terharu dan seronok :)

Amik pakej umrah
dengan Andalusia Travel & Tours [website]


Zara dan Aliah
kalau ada MakSu n MakTeh
memang berkepit je la dorang.
Senang keje Mummy,
ada bibik sorang satu hehehe


Mak dan Abah tersayang. ;)


Mak n Abah tak pergi umrah bedua,
MakTek n PakTeh ai pun join skali.
Jadi ada la gengkan.

Sorang je anak dorang dapat teman,
3 orang lagi masing2 blajar jauh
xdpt datang.

Harusla nak bergambar ngan mak.
Abah ntah mana ilang,
dia tu takleh dok diam,
merayap hihi


Pegi 15 hari uols,
gi jejalan kat Jordon & Petra :)


Gambar reramai.


Bila dorang nak checkin
ai dah sebak
tapi tahan air mata.
Semoga perjalanan mereka
selamat pergi dan selamat kembali.
Dan dpt melaksanakan
ibadah umrah dgn sempurna.
Amin.



Tuesday, January 22, 2013

Menunaikan Umrah



image googled.

Alhamdulillah
hajat ai untuk mak dan abah
gi umrah terlaksana. :)
Esok kami akan hantar
mak abah kat klia.

Akhirnya berjaya gak la ai
convince abah suh gi umrah dulu,
ai nak sangat dorang pegi sbb
badan masih kuat dan sihat lg.
Nak dorang jejak kaki kat sana.
At least dapat merasakan.
Habis je umrah,
mak abah gi jejalan kat Jordon.

In Syaa Allah kalau
ada rezeki lebih,
boleh bawak mak abah gi haji plakkan.
Mudah2an ibadah mereka
dapat dilaksanakan dgn sempurna,
dilindungi dan diberkati oleh Allah S.W.T

Mak dan Bapak mertua
Zaf dah hantar 2 tahun lepas,
kalini giliran mak dan abah ai plak.

Rasa nak nangis,
sebab gembira sangat.

Thursday, January 17, 2013

Entry Serius


Sekarang ni kalau buka FB
banyak betul page bab politik.
Sana sini dok canang
parti itu parti ini
orang itu orang ini.

Ai ni tak memihak sesiapa.
Bagi ai siapa pun yg bakal memerintah
haruslah memegang amanah
tersebut dengan sebaik
dan sebijaknya.

Cuma apa yg ai nak kongsi ni
bukan pasal parti politik,
tp pasal org2 yg komen or shared
page2 mcm ni.

Biasa la kita manusia biasa,
bila dpt sesetengah berita
or isu yg panas or sensitif
mulala kita ni cepat melenting.
Yang menakutkan ai adalah
pemberi komen kat status trsebut.
Aduhai semua penuh dgn emosi,
memang betul kita berhak
melontarkan pendapat dan bersuara,
tp ape yg ai nmpak bukannya
pendapat atau komen yg membina,
kutukan, cacian yg keluar.
Berbakul2 plak tu
sorang sorang komen.
Blom diambil kira dgn
penambah perisa "ajinamoto"kan.

Kita tak tahu sejauh mana kebenaran
setiap isu yg dibangkitkan.
Seram bila tengok
kawan2 yg komen or shared
page2 mcm ni,
bukan ape kalaula tak betul
isu2 ni dan kita sebarkan
sama lah seperti kita
membuat fitnah
dan secara xlangsung bersubahat dlm
penyebaran fitnah ini.
Korang pun tahu ape
hukumnya fitnah ini kan :(

Wallahualam.

p/s: jarang wat entry luahan rasa seserius ini kot,
ni gara2 xleh tido,
pastu boring xtau nak wt ape.
Okay jom online shopping ;)

Wednesday, January 16, 2013

Shopping Gymboree


Esok nak shopping kat Gymboree.
Sbb nak pakai voucher yg dapat,
masa first time beli kat website [link]



Voucher tu bole pakai start 17hb.
Nak beli baju2 Ariq,
byk dah kecik.
Pastu selit skali
baju akak2 dia.

Kalau korang nak beli gak,
bole la selit skali ngan ai.
Nanti email ek,
nak order ape. :)

Ni websitenya - Gymboree


*all pics taken from gymboree website

Tuesday, January 15, 2013

Diaper Cakes


Hasil air tangan puan blog.
Wat entry tuk kenangan hihi

Tapi uols jgn bandingkan
ngan org terror
nak nak yg wat berniaga
mereka mmg tak leh ditandingi.

Ini sekadar suka suki,
mengisi masa lapang.
haha lapang la sangatkan :p
Tapikan kalau uols nak mintak
ai tolong buatkan pun bole.
Ai mmg suka sangat :)











Monday, January 14, 2013

Kawan Alam Maya dan Diaper Cake


Semalam jumpa Haida.
First time jumpa dia face2face.
Kami kenal dan berkawan
dari dunia blogging.
Tp skang dia dah tak berblog lagi.

Alhamdulillah
persahabatan kami masih kekal
hingga sekarang.


Tak sangka dia nak dtg,
sbb dia mmg tak berapa sihat.
Sblom ni plan, ai nak ke umah dia.
Tup tup dia plak ke mari :)

Kami jumpa kat Giant, KD.
Walaupun sekejap
tapi seronok sangat..
dpt byk jua berkongsi cerita.

Dah la jumpa kejap,
siap belikan cokelat dan donut
tuk anak2..
bukan anak2 je suka,
maknya pun suka jugak haha
Thanks Haida..
baik sangat kamu ni tau.


2minggu lepas
Haida message
mintak tolong ai buatkan
diaper cake tuk anak buahnya.
Memula buatkan satu je,
pastu tambah satu lagi,
pastu last minit tambah lagi
hehehee akhirnya
3 diaper cake. :)

Thanks Haida sbb percayakan ai.
Ai pun bukanla terror sgt
tapi kawan mintak tolongkan
harusla kita buat.
Lagipun mmg suka buat,
deco2 ni..
pulak tu dapat shopping barang baby. ;)






Sunday, January 13, 2013

Telekung Baru


Series weh
lama tak beli telekung baru.
Teruk betul ai ni kan.
Sebulan lepas,
masa tgh layan fb,
tetiba nampak satu page ni
jual telekung.
Hati ni terus terpaut pada
ngan telekung tu.
Dan dan terus je beli
tanpa pikir 2-3 kali hihihi

Beli kat Bella Ammara.
Kalini lain dari lain.
Ai beli kaler hijau.


Suka telekung ni sebab
ada 2 ton warna.
Hijau dan coklat.
Yang coklat tu kain bawah.


Cantikkan lacenya.
Rasa macam pakai kebaya plak. :)


Suka sangat,
materialnya lembut dan sejuk.
Yang penting tak jarang ok.
Sayang ada satu telekung
sebelum ni jarang :( [entry]

Telekung kaler ni
ai pakai solat kat umah je,
kat luar bawak yg putih hihi

Ai memang berkenan betul telekung dia.
Kalau bole nak beli semua kaler.
Bulan ni hijau,
bulan depan pink,
biru, gold dan seterusnya.

Full picnya macam ni la.

Pic credit tu Bella Ammara page.
Nanti korang search Bella Ammara
kat facebook yer.



Thursday, January 10, 2013

Adam & Hawa Episod 80



pic from google.com

Malam ni episod akhir weh.
Akhirnya nak habis dah kan.
Masa mula2 tgk tu,
terkejut bila tau drama ni 80 episod.
Mesti letih nak tgk sampai habis.
tup tup tup... cam tak caya lak.

Minggu terakhir ni
byk tul flashbacknya ye tak.
Aduhai boring tul.
Hmmmm pas mlm ni,
takde la rutin harianku
isnin sampai khamis
hadap depan tv kul 10 huhuh
sedih plak haha

Wednesday, January 9, 2013

Ariq sekarang


Genap Ariq 6bulan setengah,
dia dah lulus merangkak.
Sblom ni dok angkat bontot tinggi2 je.
Tak berani nak angkat lutut tu.

Dia juga suka kacau akak2 dia main,
nak join sama la tu kan.
Akak dia tgh main doll house.
Nak menyelit kat tengah tu,
habis dia kacau akak2 dia susun barang
;)


Pastu pantang nampak iPad.
Aliah plak kalau layan iPad
mmg suka baring sambil minum susu.
Ha suka la Ariq,
dia peginya kacau akak dia,
sibuk gak nak tekan2 kat skrin.
Aliah slalu nangis bila Ariq kacau haha
rasakan ko,
masa Ariq kecik ko kacau diakan,
ni masa dia serang balas.


Dapat layan gak
bila Aliah gi main toys or tido.
Suka tgk Mickey Mouse Clubhouse.
Nak2 part lagu hotdog ending mickey tu kan.
Tonggeng2 tgk sambil hayun bontot.
hahaha


Bila dah merangkak,
mmg jauh la pegi dia.
Habis menjelajah satu umah.
Mmg xbole leka
mata ni asyik kena tgk mana dia pegi.
Keja angkat letak angkat letak
je la..
xbole duduk lama ai dibuatnya.


Ni ada botol avent nak let go.
Dah tak pakai
tapi masih elok lagi.
Ada 3 botol ngan extra puting.
yg extra puting tu dah pakai
tapi pakai 2-3 kali.
Kalau korang nak botol saje
taknak puting tu pun okay je.
Bgtau la ek.



125ml 3-3 botol ni.
2 kaler putih satu kaler kuning.
Jgn risau semua BPA free :)
Dah tak pakai
nak buang, sayang
sbb elok lagi.
Eh botol2 ni xde bayar,
hanya bayar RM10 tuk pos.
Adik ai tolong poskan.
Kos pos laju, baki duit tu kira upah dia la.
Kalau korang datang amik sendiri
xperlu la bayar apekan :)

Tuesday, January 8, 2013

1st Day at Genius Aulad


Semalam adalah hari pertama
Zara masuk sekolah.
Minggu ni merupakan
minggu orientasi dia.
Kelasnya hanya 2 jam sahaja.

Zara mmg excited sangat nak pegi sekolah.
Bila mandi dan siapkan dia,
kemain seronok skali.

Masa nak hantar dia,
ai sorang je teman dia masuk.
Eh bawak Ariq skali.
Zaf jaga Aliah,
bukan taknak masuk,
takut nanti dia
nak ikut akak dia dok dlm kelas.
Kang mau haru biru dibuatnya :)

Masa masuk dalam kelas,
dah ada kawan 3-4 org dalam tu.
Masing2 malu,
xkenal lagi kan :)

Syukur alhamdulillah,
Zara xnangis langsung.
Ai teman dia 10minit
pastu dia dah bole tinggal.

Sblom tu harus la
amik gambar dia dulu hihi


Sementara tunggu kawan2 lain sampai,
Teacher Shima (cikgu kelas dia)
ajak main blocks.
Tgk Zara yg masih malu lagi.
Tapi dia org depan2 kotak
blocks tu,
nampak sangat nak mainkan :p


Nak buang masa
sementara tunggu kelas dia habis.
Kami gi Ikano,
terasa nak makan Teppanyaki,
pastu sempat la soping sket. :)

Ni masa nak amik dia.
Semua anak2 dah standby kat bawah,
tunggu parents amik.


Masuk kereta,
seronok dengar dia bercerita.
Buat ape dalam kelas,
ada main slide la kt playground,
makan cookies,
main plastesin tp Zara xpanggil
plastesin,
dia kata Play Doh mummy haha

Ai tanya dia,
ramai tak kawan.
Dia pun kira la 10boys 6girls camtu.
Tanya ape nama friends?
dia jawab i dont know mummy..
hihihi

Harini hantar dia xyah teman dah.
Senang lepas camtu.
Lega rasa,
ai ni neves kot dia takut n nangiskan.
Almaklumlah.. dia hanya dijaga
oleh maktok n kami je.
Lain la kalau anak2 yg dok kat nursery
rasanya dorang mesti takde masalah
nak ke sekolahkan.

Fuh, ai dah boleh tarik
nafas lega
tgk Zara suka pegi sekolah.
Harap2 dia rajin belajar
dan jadi cerdik pandai.

Eh ada sesapa reader
yg hantar anak2 kat GA KD ni tak?
kalau ada ternampak ai
hello2 la yer.
Bole kita kenal2kan.



Sunday, January 6, 2013

GA Induction Day 2013


1hb lepas ada
Induction Day kat GA, Kota Damansara.


pic from geniusauladkotadamansara.blogspot

Zara sekolah sesi petang,
tak dapat slot pagi,
dah penuh huhu

Nama kelas Zara
5 Ibnu Khaldun.



Sementara menunggu jumpa teacher dia,
budak bedua ni
kusyuk main blocks.


Test uniform dia.
Orang kecik,
baju labuh dh mcm jubah hihi
Suh Zara posing,
Aliah pun nk join sama.


Buat masa ni
nampak Zara seronok
asyik tanya bila nak school.

Esok 1st day start sekolah kt GA.
Barang2 dia semua dh siap.
Tinggal uniform dia xgosok lagi.
Mudah2an okay la diakan.
Mummy yg nervous lebih.



Saturday, January 5, 2013

Stationary n Bag Sekolah Zara


Bila MakTok tahu yg
cucu sulong dia nak masuk tadika,
MakTok dia telah
membelikan Zara
set alat tulis untuk dia.



Pastu next week tu
dia siap datang umah,
bagi pensel box,
eh box ke, ape namanya.
Tuk letak pensel ruler eraser bagai.



Sayang MakTok kat Zara yer.
Mummy & Daddy pun suka,
jimat dah tak payah beli.

Cuma kami beli dia beg je.
Kalau la MakTok dia belikan
hahahah lagi bagus ye dak :p

Ai pun tanya la Zara nak
bag ape,
ingatkan dia nak la princess ke kan,
rupa2nya dia request Hello Kitty.



Beli kat Parkson, Setia City Mall.
Zara yang pilih sendiri.
Cantik kombinasi color
black & pink.

Friday, January 4, 2013

New Year Birthday Party


Birthday party anak kawan Zaf
Amar 2tahun
kat Jungle Gym, Bangsar Shopping Centre

Boy kan semestinya
suka car.
Cantik keknya.
Kek tu pun sedap.


Ramai jemputannya.
Ai duduk ujung skali.
Tak mampu nak berasak
kat tengah2.
Lagipun ada babykan.
Perlukan ruang & udara hehe


Masa cake cutting,
xsempat ai nak gi amik gambar.
Time tu tgh menyusukan Ariq.
Zaf plak xcukup tgn
handle Zara n Aliah
hehe

Zara n Aliah
dah xpeduli langsung
party tu,
takat makan kek je,
tu pun alahai
mummynya kena habiskan.

Dorang excited nak main
dlm jungle tu lagi
dari celebrate bday huhu

Aliah mmg suka
kalau ada menda panjat2 ni,
letih layan dia naik turun.


Akak Zara cam biasa,
dia layan slide.


Dalam jungle ni,
kebanyakkan budak2 besar,
Aliah tu kenit,
kena langgar budak2 yg berlari dlm tu,
terkena batang idung,
ape lagi melalak la.
Sian dia sakitkan
Tp sakit2 tu pun,
tetap main lagi hehe


Kat dlm ball pool.
Lama Aliah dok dlm ni,
Zara kuar masuk berapa belas kali :p


Zara ajak Aliah jump.
Tapi Aliah tak sampai.
Tak cukup panjang langkah dia :)


Party pack dorang dapat,
sangat menarik dan banyak.
Yg best mummy korang
xyah beli tupperware n botol air
tuk zara gi skool haha


Ariq pun dapat jua.
Tp akak2 ko dah guna pakai.


Kat Jungle Gym ni,
sesuai sgt tuk budak yg dah besar.
Sbb konsep dia
jungle adventure.
Yg bawah setahun 2 tu ai rasa
gi tempat lain je.