Dah nak masuk bulan April, cerita bulan Februari pun tak habis lagi. Masa bulan Februari adalah bulan birthday Qaireen. Pada 21hb Februari genaplah umurnya 3 tahun. Dan masa dan ketika itu dia masih menyusu badan. Pecah rekod untuk ke semua adik beradik hehehe.. sebelum ini Ariq menyusu sehingga umurnya 2 tahun 8 bulan. Oh tapi sekarang ini setelah 3 minggu Qaireen dah tak menyusu badan. Dia sendiri yang cakap tak nak. Ai pun tak ada buat apa-apa sampai nak letak garam la, letak sirap nampak macam berdarah la, macam-macam la orang bagi tips tapi ai tak pernah pun buat macam tu dari anak sorang lagi. Kalau rasa mampu dan masih ada susu badan ai bagi saja. Alhamdulillah kali ini Allah permudahkan urusan proses cerai susu bagi ai dan Qaireen. Sebenarnya sejak dari bulan 2 lagi ai dah berdoa setiap kali lepas solat untuk mudahkan putus susu bagi Qaireen. Masa dalam seminggu pertama Qaireen tak menyusu tu rasa sedih sangat, macam lost pun ada. Ai sampai pernah offer kat Qaireen nak susu ke tak, dia memang cakap "No" :) Dan sekarang ai pun dah redha dan halalkan setiap titisan susu yang diberikan ke atas Qaireen dan semua anak-anak.
Okay, berbalik pada birthday Qaireen. Pada awal perancangan, memang harijadi Qaireen, kami hanya sambut dirumah sahaja. Memandangkan masa itu masih dalam PKPB dan tidak dibenarkan makan diluar, ai pun tempah la kek Qaireen di Ajwa Bakery. Tup tup tup sehari sebelum harijadi Qaireen, ketika sidang media MKN berlangsung telah membenarkan makan diluar lebih dari 2 orang. Apa lagi laju la ai ajak enZaf celebrate kat luar hahaha.. Sebelum tu ambil kek Qaireen seperti yang telah dijanjikan dengan Ajwa Bakery.
Kami tak pergi jauh pun, ke One Utama sahaja. Anak-anak yang pilih tempat nak makan kat Chili's.
Sementara menunggu giliran masuk dalam Chili's, sempat Mummy minta abang Ariq ambilkan gambar Mummy dengan birthday girl. Entah kenapa masa tu Qaireen nak berkepit saja.
Susah betul nak ambil gambar dia, berapa kali panggil suruh pandang camera buat tak tahu je. Makin besar makin mengada pula. Sebelum ni nak bergambar okay saja dia. Sabar je lah.
Haruslah ambil gambar dorang semua.
Qaireen suka dengan Baby Bus. Jadi tahun ini keknya bertemakan Baby Bus. Suka dia bila nampak feveret karektor atas kek itu.
Ini je gambar terbaik Qaireen bersama keknya. Yang lain semua tak pandang langsung.
Qaireen tengah buat flying kiss.
Lebih dari 10 gambar ai snap gambar 4 beradik ni. Dalam semua gambar tu tak ada satu pun yang Qaireen betul-betul pandang camera huhuhu.. sakit jiwa dan geram okay. Berpeluh Mummy ambil gambar dorang hahaha... Nasib baik suara Mummy tak meninggi masa tu, kalau tak habis semua orang pandang.
Qaireen dengan hadiahnya. Daddy dia beli Baby Bus ni kat Shopee ke Lazada ai tak ingat. Yang pasti tak ada jual kat Malaysia ini. Banyak yang jual soft toys tapi Daddy dia tak nak beli yang itu. Akhirnya dia jumpa miniature macam lego Duplo sebab Qaireen suka main yang kecil-kecil macam ni.
Masa Qaireen dapat hadiah ini, dia tak sabar-sabar nak buka kotak tu. Keluar dari Chili's dia suruh Aliah bukakkan. Sebelum keluar dari kotak, Mummy sibuk ajak bergambar dulu dengan hadiahkan.
Kami hanya ambil gambar dengan kek sahaja dalam Chili's ini, lepas tu terus masukkan kek semula dalam kotak. Tak duduk lama dalam kedai, lagi pun tengok ramai orang kat luar tunggu giliran nak makan juga. Oh ada berita sedih hahaha.. eh sedih tapi gelak, dalam huru hara nak bergambar ni masa menyanyi lagu birthday untuk Qaireen ai boleh tak tekan rekod untuk video. Dah hujung nak tiup lilin baru perasan ai tak rekod pun huhuhu.. nak ulang balik memang tak la sebab nak cepat-cepat dah masa tu. Aduhai nampak sangat kelam kabut tu. Oh sebelum balik singgah sekejap masuk Mr. DIY, tak ingat masuk nak beli apa. Dah selesai beli barang terus kami balik rumah. Sempat tu ai dan enZaf bergambar, bagi chance la nak juga. Masa ni tengah tunggu Aliah dan akak Zahra masuk toilet. Thank you Ariq ambilkan gambar Mummy dan Daddy.
Akhirnya dapat juga akak Zahra menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Itu pun Mummy tak dapat ikut dan hantar dia ke tempat ujian disebabkan PKP di negeri Selangor. Dan masa dia ambil ujian itu, hanya 2 orang sahaja dibenarkan di dalam kenderaan. Jadi Mummy redha sahaja dengan ketetapan sop. Untuk ujian PKSK, dekat sahaja tempat nak ambil ujian hanya dalam Kota Damansara. Sebelum akak Zahra nak keluar exam, sempat Mummy ambil gambar dia. Tanya dia nervous tak, dia kata tak ada hahaha.. padahal Mummy dia yang berdebar lebih :p
Tiga gambar di bawah ini ehsan dari enZaf. Simpan buat kenangan. Akak Zahra ambil exam dekat sekolah rendah Seksyen 9.
enZaf beritahu dia antara orang terawal yang sampai, ikutkan pada gambar yang nampak ni akak Zahra orang ke dua :) Semangat anakku.
Tak putus-putus ai berdoa minta pada Allah permudahkan dia menjawab soalan.
Ujian PKSK dia pada minggu terakhir bulan Januari, manakala ujian UKKM dia pula pada awal minggu bulan Februari. Kali ini tempat ujian UKKM dia jauh dari rumah. Ai bersedih juga sebab masih tak dapat hantar akak Zahra ambil ujian. Masa dia ambil ujian PKSK tu ai tak terasa sangat sebab dekat tapi untuk UKKM ini ai terasa sedih sedikit sebab jauh. Bertempat di MRSM Kuala Kubu Bharu, jauh nak sampai sana adalah lebih kurang dalam 1 jam.
Haruslah ambil gambar depan MRSM ini sebagai kenangan. Dapat ke tak cerita lain, janji ada kenangan hehe.. Walaupun tak dapat pergi sekali, dapat tengok gambar pun jadilah. Thanks again enZaf snap gambar akak Zahra untuk ai.
Parents tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan MRSM, jadi enZaf hanya teman dia sampai ke guard house sahaja untuk dia daftar masuk. Dari situ dia akan berjalan ke tempat ujian. Agak jauh juga nak berjalan kaki. Nasib ada kawan baru teman. Comel je anakku itu nak dibandingkan dengan lagi sorang hehehe..
Ai tanya dia bersembang tak dengan kawan baru tu masa berjalan nak ke tempat ujian. Dia jawab tak hahaha.. bertuah punya anak. Masing-masing nervous la tu kan tak tahu nak cakap apa. Kesian enZaf kena tunggu akak Zahra sampai habis waktu, boleh tahan lama juga katanya. Nak balik rumah jauh, jadi dia melepak dalam kereta.
Saja bagi akak Zahra pergi ujian dengan memakai semula baju sekolah rendah. Kenangan untuk dia kali terakhir memakainya. Dan lepas itu Mummy boleh basuh dan bungkus elok-elok, sedekah kepada sesiapa yang ingin. Dalam pada itu ai menaruh harapan mana lah tahu Aliah dapat jadi pengawas sekolahkan, boleh menurun baju sekolah itu ke dia pula hehehe... Alhamdulillah ke dua-dua exam akak Zahra dah buat. Usaha sudah dan hanya doa sahaja dan berserah kepada Allah semoga dimakbulkan. Apa pun keputusan yang diterima nanti ai dah redha, hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat dia.
Pssttt.. result dah tahu pun tapi buat entry pasal ambil ujian ini yang lambat huhuhu..
Ada lagi rupanya cerita di Melaka ini, ingatkan dah habis hehe.. Kali ini merupakan entry terakhir trip kami ke Melaka pada awal bulan Januari yang lepas. Hari sebelum balik ke KL, enZaf ajak lunch dahulu di Restoran Asam Pedas Pak Man.
Cantik kedainya, bersih dan lawa. Tengok bangunan pun macam baru sebab elok lagi. enZaf cakap kalau tak silap dia, restoran ni tempat lain dan baru pindah. Sampai-sampai dekat kedai ai tengok kat dalam dah penuh dengan pelanggan. Belum kira orang yang beratur menunggu lagi. Tengok dari pandangan memang laku kedainya. Sampai ambil lot kedai sebelah sebagai tambahan untuk restorannya yang tak cukup ruang. Gambar di bawah ini makanan Qaireen, dia sorang je la tak makan asam pedas masa hari itu :)
Ai pun tak berapa ingat lauk ikan apa yang enZaf order, yang pasti Ikan Pari wajib ada dan ada lagi satu ikan rasanya ikan Tenggiri atau pun ikan Merah. Tengok warna kuah asam pedasnya, ya ampun pekat likat warna merah. Bila rasa memang betul sedap. Ikannya pun fresh.
Order juga lauk Sayur Kangkung Belacan. Yang ini pun sama sedap. Kusyuk masing-masing makan. Eh akak Zara camera ready, macam tahu-tahu je Mummy ambil gambar ya hihi..
Kenyang betul rasa makan Asam Pedas Pak Man ini. Memang terbaik bagi ai, kalau ke Melaka boleh singgah lagi. Itu pun kalau ada orang nak bawa kita la kan hehehe.. Oh masa enZaf nak bayar di kaunter, sempat dia beli pes Asam Pedas Pak Man ini. Kedai ini siap jual pes asam pedas untuk orang ramai. Kata enZaf orang depan dia siap borong berbelas-belas pes asam pedas tu :) Selesai makan, on the way nak ke kereta, enZaf tiba-tiba ajak makan aiskrim pula. Kedainya selang 3 kedai dari Asam Pedas Pak Man tu, itu yang dia mengajak. Anak-anak ni bila Daddy ajak makan aiskrim laju la masing-masing pun. Masalahnya Mummy dorang ni dah kenyang sangat. Tak mampu nak sumbat apa lagi hahaha..
Lebar senyuman masing-masing tu, seronoklah kan.
Ai pun kena paksa makan dengan enZaf. Kena paksa pun habis juga :p
Gambar kat bawah ini satu-satunya gambar dari handphone enZaf. Rupanya dia nak ambil gambar aiskrim je, blur rupa kita huhu.. Bertabahlah dapat suami yang tak rajin nak ambil gambar ini kan.
Ini lah rupa kedainya Gelato Cabana Melaka. Actually ianya adalah Gelato tapi bagi anak-anak sama je gelato dengan aiskrim. Asalkan ianya sedap, sejuk dan manis.
Ha ini merupakan entry terakhir di Melaka, betul punya betul penutup cuti bulan satu :p Banyak kali dah ai scroll dalam album nak memastikan sama ada ada lagi atau tidak gambar yang belum dimasukkan dalam blog ini hahaha... Alhamdulillah kami semua seronok dapat bercuti ke Melaka ini. Kami hanya pergi mana yang sempat dan nampak sahaja, tiada itinerary khusus kalau berjalan, itulah kami. Diharap dalam masa akan datang, dapat berjalan lagi ke tempat lain sekiranya rentas negeri dibenarkan.
Lama ai tak shopping.. eh salah ayat tu. Lama tak shopping untuk diri sendiri. Shopping untuk anak-anak itu memang selalu. Bab anak laju je pilih dan bayar, kalau untuk diri sendiri tu fikir banyak kali. Kalau online shopping barang diri sendiri ni, memang barang masuk dalam bakul tu banyak tapi tak beli pun. Masuk keluar masuk keluar, begitu la selalunya hahaha... Dalam banyak-banyak barang yang kononnya nak membeli tu, hanya 2 barang ini sahaja yang berjaya melepasi untuk membuat pembayaran :p
Beli Jovian face mask dan mask extender. Yang satu face mask kat luar tu dapat complimentary dari PS. Ai beli Jovian ini dari PS bernama Ann. Nama akaun Instagramnya jovian_vipps. Iklan tak berbayar ini, saja promote sebab suka servisnya. Lagi satu ai beli shawl dari TheHijab.com Ai beli shawl warna hitam. Shawl ni beli direct thru websitenya [link]
Jarang-jarang sangat ai nak beli warna hitam apa entah lagi nak pakai. Kebanyakkan shawl ai warna terang-terang. Dalam laci ai hanya ada satu je shawl hitam, itu pun beli dulu sebab nak ambil gambar passport kalau tak silap ai. Lama dah sangat hihi.. Sejak dari itu ai tak pakai-pakai pun warna hitam hahaha.. Kalini saja beli warna hitam tapi itu la tunggu masa bila pula nak pakainya :p