Hari Raya Haji kami tahun ini sambut ala kadar sahaja. Pakaian pun pakai apa yang ada sahaja kecuali Aliah dan Ariq. Dorang berdua beli baru sebab tak ada baju warna hijau atau putih. Beli di Zalora saja dan yang penting ada diskaun. Ai pakai baju akak Zahra, nasib baik muat :p Sebelum keluar rumah kami bergambar dahulu.
Kali ini beraya dahulu di rumah mertua. Raya puasa dah beraya di rumah Sg. Buloh. Mak mertua masak Nasi Minyak, Kari Ayam dan Rendang Daging. Lemang saja yang beli. Di Kota Damansara ni ada Lemang sedap area Seksyen 6, tak ingat pula nama gerainya. Setiap kali nak raya memang situ lah tempat nak membeli Lemang. Dalam pukul 3 lebih baru kami balik ke Sg. Buloh pula. Selesai solat Asar, kami ziarah kubur arwah adik ai. Alhamdulillah sempat kami ke sana, hujan berhenti sebelum pukul 6 petang. Lepas pukul 6 petang, pagar kawasan perkuburan sudah ditutup.
Rindunya kat arwah Achik. Lama dia tak muncul dalam mimpi. Setiap kali raya arwah pasti buat makanan dan minuman kegemaran anak-anak buah, Puding Karamel dan Teh O Ais Limau. Sebelum balik rumah, enZaf nak mencari kudapan petang. Beli Pisang Goreng dan Cempedak Goreng. Ada juga orang berniaga waktu raya ni ya, itu pun satu gerai sahaja yang ada hihi.. Sempat juga beli air Tea Live untuk semua.
Makanan raya ini semua dari hasil tangan adik ai Hana. Dia memang suka memasak, adik-adik ai yang lain tolong belikan bahan. Kak Long dorang ni tolong makan je hahaha.. Lama juga tak jumpa Fahrel, rindu Mak Long kat dia. Dia baru belajar jalan, terkedek-kedek tengok dia melangkah hihihi..
Tak ada gambar raya beramai-ramai, kami sampai Sg. Buloh pun semua dah salin baju. Nak pergi beraya rumah saudara pun semua tiada. Raya Aidiladha tahun ini Pak Ngah & Mak Ngah serta Mak Lang pergi menunaikan ibadah haji. Yang lain semua beraya di tempat lain. Kami lepak kat rumah saja.
Hari Sabtu sudah sibuk dengan Mesyuarat PIBG sekolah anak, keesokkan harinya Ahad sibuk dengan aktiviti sukan anak-anak pula. Kebiasaannya setiap hari Ahad pagi, kami memang ada di padang menunggu dan melihat Ariq main bola cuma berbeza Ahad baru ini akak Zahra ada friendly match hokinya di Gombak. Berkejaran nak datang support untuk ke dua-dua sekali sebab waktu mereka sama pula huhu.. Mujurlah Aliah tak ada bersukan, kalau ada tak boleh bayangkan harunya itu.
Habis je Ariq main bola, terus kami beredar secepat yang mungkin. enZaf memecut dari Setia Alam ke Gombak. Alhamdulillah sempat sampai. Dapatlah tengok satu game. Ada empat sekolah kesemuanya dalam friendly match ni. Akak Zahra beritahu dia ada satu score dari game sebelumnya, aduhai tak sempat tengok. Masa tinggal satu game tu adalah ambil video dia nyaris nak score tapi gagal hihi..
Masa ambil gambar dengan dia ni sudah pukul 12 tengahari. Ya ampun panasnya tak boleh bawa bincang. Memang gigih Mummy berpeluh demi anak-anak :p Bila dah panas litlit tu, ambil gambar bunga pun cantik elok saja. Cukup cahaya terang benderang :)
Sekolah akak Zahra buat match ni sebagai persediaan untuk MSSD awal bulan depan. Beberapa hari selepas Hari Raya Haji. Untuk MSSD ai tak dapat datang tengok, kejohanan itu dibuat pada hari biasa dan jauh pula tu kalau nak datang pun tambahan anak-anak yang lain pun sekolah. Mummy support dari jauh sahaja :) Dekat pukul 2 petang juga habis, balik rumah terbongkang kepenatan.
Tiga Sabtu berturut ada Mesyuarat PIBG sekolah anak-anak. Bermula dari akak Zahra, Aliah dan terakhir pada hari Sabtu baru ini sekolah Ariq. Tahun ini dapat hadir untuk ke semuanya jika dibandingkan dengan tahun lepas. Ada yang bertindan tarikhnya.
Lama tak pergi mesyuarat PIBG di sekolah rendah. Masa sampai tu tak tahu kenapa kurang sambutan, sedikit sahaja ibu bapa yang hadir. Aliah dan Qaireen peneman ai ke mesyuarat ini, enZaf hantar Ariq training bola.
Aliah tu teman sekejap saja, dia ikut ai pergi sekolah ini pun sebab nak jumpa kawan-kawannya. Kebetulan cikgu kelas tahun lepasnya panggil Aliah dan kawan-kawan yang lain datang sekolah nak jumpa katanya. Untung anak sekarang ini, mudah berhubung dengan cikgu dan kawan-kawan sekolah rendah sebab masing-masing ada handphonekan. Sampai sekarang pun masih update itu ini dengan cikgunya.
Aliah hantar gambar dia berwefie dengan bff. Ai kat dewan, dorang ni semua lepak kat pondok sambil makan Nasi Lemak. Makan makanan untuk kehadiran ibubapa yang hadir ke mesyuarat, kata Aliah cikgu-cikgu yang suruh ambil dan makan :) Selain Nasi Lemak ada juga kuih Seri Muka dan Popia Goreng. Sedap ke dua-dua kuih tu. Ai makan dua bungkus hihi..
Masa nak balik tu, sempat cikgu kelas dorang ni bergambar di tepi jalan luar sekolah hehehe.. Masa dalam sekolah lupa nak bergambar agaknya dah keluar cikgunya baru teringat lah tu. Mujur terserempak kat luar.
Tak puas berjumpa di sekolah, bff Aliah ini ikut kami balik rumah. Dorang sambung lagi berborak, makan dan main di playground sampai pukul 3 petang. Gambar di bawah ini cikgu dorang siap bagi bekalan sorang satu. Kebetulan Choco Jar yang dalam plastik tu sekolah Qaireen ada buka untuk jualan sebelumnya. Terasa nak beli tapi tak jadi, rupanya nak dapat free dari cikgu Aliah hahaha.. Alhamdulillah rezeki.
Walaupun jarak diantara rumah dengan sekolah Aliah dekat tapi tetap nak kena hantar dia dengan kereta. Padahal boleh saja jalan kaki. Sebab utama dia minta hantar, masa ambil Qaireen dan Ariq balik sekolah itu ada ruang masa yang membolehkan ai menghantar dia. Mujurlah Mummy dia masih ada kudrat lagi, layankan sajalah anak dara sorang ini. Kebetulan hari ini enZaf ada jadi ai ajak dia sekali. Sebenarnya nak dia yang drive hehehe...
Saja ambil video Aliah keluar kereta, bila dia nampak laju-laju jalan tak toleh ke belakang pun. Selalunya toleh la juga lambai-lambai :p
Dah alang-alang kami keluar tu, enZaf bawa ai dan Qaireen ikut sekali dengan dia untuk menghantar surat ke Cyberjaya. Memandangkan ai pun tak ada buat apa maka ikut sajalah. Selesai urusannya kami singgah di gerai tepi jalan untuk minum petang. Tak tahu apa nama gerai ini, ianya berhadapan dengan Institut Penilaian Negara.
Makan Pisang Goreng, Keropok Lekor dan Laksa yang tiada dalam gambar. Sedap juga Pisang Goreng tu, sekarang ini bukan senang nak dapat yang sedap. Laksa biasa saja, yang ini pun susah betul nak dapat laksa yang sedap. On the way nak ke kereta ada pokok bunga Jejarum meriah dan lebat, laju-laju ambil gambar.
Gambar di bawah ini cerita keesokkan harinya. enZaf ajak minum petang lagi dan kali ini kami ke Tropicana Gardens Mall. Singgah di Bungkus Kaw Kaw.
Petang makan Nasi Lemak hihi.. Zaman sekarang ini Nasi Lemak adalah makanan setiap waktu, sudah tiada makan pagi sahajakan. Ariq dan telur berpisah tiada. Dia memang suka makan telur separuh masak.
Qaireen pula jenis tak cerewet sangat bab makan. Asalkan makanan itu tidak pedas dia okay saja.
Hari Bapa tahun ini sama juga keadaan dengan Hari Ibu yang lepas [link] di mana kami hantar akak Zahra pulang ke asrama. Sebelum hantar dia, ai ajak enZaf makan Nasi Kukus di Damansara Perdana. Tempat makanan kegemarannya hehehe..
Walaupun Hari Bapa adalah hari dia tapi dia sendiri yang bayarkan makanan kami semua :p Terima kasih enZaf! Terima kasih juga sentiasa menjadi Daddy terbaik buat anak-anak. Satu ai kagum dengannya, dia rajin melayan anak-anak. Kadang-kadang ai saja cakap dengan dia jangan manjakan sangat dengan ikut kehendak mereka.
Selesai makan singgah Speedmart pergi membeli stok makanan akak Zahra. Perkara wajib stock up makanan dia sebelum pulang. Dah settle semua baru lah gerak ke Batang Kali. On the way nak sampai ke sekolah tu, kami nampak banner besar di kawasan perumahan Antara Gapi. Memandangkan masa masih awal kami pun singgah sekejap.
Ikutkan ada hot air balloon tapi masa kami sampai dah tiada, mungkin dah habis event sebab hari itu merupakan hari terakhir karnivalnya. Yang ada gerai-gerai makanan dan aktiviti seperti pertandingan congkak, nyanyian, lucky draw dan beberapa lagi.
Cuaca petang tu ya ampun panas lit lit. Baru berada sekejap di sana, ai dah terasa bahang dan berpeluh-peluh. Nak makan pun tak rasa lalu, fikir nak masuk dalam kereta semula je hihi.. Sebelum tu sempatlah singgah satu gerai nama Naga Berasap. Aliah nak sangat jadi Daddy dia pergi lah beli.
Teruja anak-anak makan dengan asap keluar di mulut dan hidung. Rasa biskut biasa saja, asap itu yang bagi anak-anak seronok. Janji happy la kan.
Sempatlah ai ajak anak-anak bergambar dengan Daddy mereka, Happy Father's Day enZaf!
Ambil gambar anak-anak di tasik Antara Gapi. Tak mampu nak melangkah kaki lagi ke arah kereta, cuaca panas ya amat. Kami berteduh saja di bawah pokok menanti enZaf datang ambil hihihi..
Memandangkan di karnival tadi kami sekadar tengok-tengok saja, enZaf ajak minum di Tea Live berdekatan sahaja dengan kawasan situ. Ai laju-laju cakap okay sebab duduk dalam aircond :p Kami beli minuman sahaja sambil tengok live badminton beregu lelaki final di Astro Go.
Next entry ai masukkan pemberian anak-anak untuk Daddy mereka.