Monday, July 24, 2023

Hoki Inter-SBP Zon Tengah


Sabtu lepas akak Zahra ada Kejohanan Hoki Inter-SBP peringkat Zon Tengah. SM Sains Kuala Selangor (KUSES) menjadi tuan rumah untuk kejohanan tahun 2023. Kejohanan ini berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Jumaat hingga Ahad. Teacher Lin sebagai guru pengiring kepada pasukan Hoki Semashur berkongsi gambar anak-anak di Whatsapp group sebelum bertolak ke Kuala Selangor pada pagi Jumaat.



Bukan main ceria muka masing-masing. Sebelum ini akak Zahra tak berapa sihat, dia batuk dan selsema. Alhamdulillah nak berlawan ni dia dah sembuh.



Dua gambar di bawah pula diambil dari Instagram KUSES.



Masa ai lihat ketibaan pasukan hoki dari SBP lain, rata-rata murid perempuan mesti membawa "bantal busuk" mereka bersama ketika turun dari bas. Termasuklah anak daraku sorang ini, tak tinggal Bunnynya hahaha..



Terima kasih Dato' Mirnawan beri kata-kata semangat untuk anak-anak Semashur Hockey Thunders :)



Pasukan lelaki ada game pada hari yang sama mereka sampai kecuali pasukan perempuan. Perlawanan pertama mereka bermula pada hari Sabtu. Alhamdulillah dapat lah kami semua pergi tengok dia. Kalau hari Jumaat memang tak sempat sebab hari bersekolahkan. Hari sebelum bertolak tu akak Zahra ada call bertanyakan samaada ai datang atau tidak masa kejohanan tu. Mummy dia hanya bagi jawapan insyaAllah, tak janji datang atau tidak. Takut berjanji datang nanti dia berharap pulakan. Padahal kami memang nak datang tengok dia pun ;) Sabtu pagi waktu Subuh hujan turun dengan lebatnya, ada parents yang dah sampai awal update pada pukul 7.30 pagi pun hujan masih belum berhenti. Game pertama pun bermula agak lewat disebabkan hujan lebat. Sepatutnya bermula jam 8 pagi ditangguh sehingga pukul 9.30 pagi. Gambar di bawah ini pasukan perempuan tengah briefing, akak Zahra tak perasan pun Mummy dia dah sampai.





Habis briefing terus ai panggil dia dan agak terkejut, dia ingatkan kami tak datang hehehe.. surprise kakak!! Aduhai kakak baju besar, gelebeh nampak bahu tu. Orang kecik begitulah, sarung je lah kan. Sebelum itu ambil gambar dia sekeping sebelum dia comot nanti :p



Alahai tak nampak Ariq pula, Aliah pun nampak separuh muka je hihi.. Nak cepat-cepat sebab game dah nak bermula. Kami sampai ni ngam ngam saja dorang nak masuk padang dah.



Keadaan khemah pasukan yang berlumpur akibat hujan lebat. Kesian juga kat anak-anak habis kasut kotor berselut tanah bagai. Mereka bermain di padang hoki Sekolah Menengah Pengkalan Permatang, di sini tiada mini stadium. Jadi tengok sambil berdiri di tepi padang gitu. Ada mini stage tetapi itu tempat duduk VIP.



Alhamdulillah game pertama mereka menang, selesai sahaja game tersebut kami keluar breakfast sekejap sementara menunggu game yang ke-dua. Tak ingat pula nama kedai makan ini, Soto ini sedap. Berkongsi makan dengan Qaireen. Dia juga suka makan makanan yang bersup.



Aliah makan Mee Kari, Ariq pula makan nasi dengan ikan Keli hahaha.. dah makan tengah hari terus tu. enZaf makan Mee Goreng. Tapi tak ambil gambar pun. Sedap juga makanannya.



Tengah makan cuaca hujan kembali. Keadaan padang di khemah pun semakin teruk, kasut ai pun kena tempias dari lumpur huhuhu..



Disebabkan keadaan masih hujan rintik-rintik, hanya ai dan enZaf sahaja yang tengok game. Anak-anak yang lain duduk di dalam kereta. Jarak kereta dengan padang tidaklah berapa jauh, boleh jeling-jeling sambil tengok akak Zahra beraksi ;)



Thank you Aliah jagakan Ariq dan Qaireen. Nanti Mummy belanja beli buku anime ya :) Oh! petang tu pula Aliah ada seminar Bahasa Melayu secara online dari sekolahnya, mujurlah tak terlupa.



Game ke-dua pun menang, Alhamdulillah. Gap masa untuk game ke-tiga agak lama dan kami keluar sekali lagi untuk makan tengah hari dan solat Zohor. Anak-anak request nak makan di McDonalds sahaja. Keputusan perlawanan ke-tiga mereka adalah seri. Jam pun dah menunjuk hampir pukul 5 petang. Dari pagi sampai ke petang sokong akak Zahra dan kawan-kawannya, penat tak terkata walaupun berdiri sahaja. Penat bersorak ya, rasanya suara Mummy dia je yang kedengaran kuat tu hahaha... Tak banyak sangat gambar diambil sepanjang game, halus sangat sebab jauh. Ada la beberapa video yang sempat dirakam. Esok datang lagi untuk game yang ke-empat dalam kumpulan. Kalau ada rezeki mereka melangkah ke semi final dan final pula.













No comments: