Thursday, January 30, 2025

Random Day of the Week

enZaf ajak teman dia keluar ke Low Yat. Nak hantar baiki iMac, entah kenapa tiba-tiba skrinnya jatuh. Itu pun perasan lepas kami balik dari makan semalamnya. Sampai Low Yat terus pergi kedai yang dituju. Tak ingat pula apa nama kedai tu tapi setiap kali datang sini memang kedai yang sama. Dia dah biasa buat urusan dengan tokei kedai situ. Nak repair atau nak beli barang second hand semua situ lah ๐Ÿคญ. Oh lagi satu dia nak tukar bateri MacBook. Lama dah pakai, baru sekarang baterinya macam dah "kong". Sementara menunggu siap kami singgah kafe sekejap. Lepak makan roti bakar.



Anak bongsu haruslah ikut kami. Qaireen ni senang nak bawa dia ke mana-mana asalkan tak lama sangat. Kalau lama mula lah dia minta balik rumah hahaha.. enZaf kata anak lain tak macam ni, kami usung la ke mana saja tak pernah lagi yang minta balik rumah. Yang ini lain sikit hihihi..



Esoknya enZaf ajak pergi tengok sofa. Kaizen kot nama kedai tu, pergi ni pun sebab dekat dengan rumah. Sebelum ini dia ada tengok online saja, tapi kali ini dia nak tengok sofa tu depan mata. Bila dapat tengok dan rasa baru rasa puas hati. Katanya nak tengok saja, beli belum lagi hahaha.. apa-apalah enZaf, tukar ke tak tukar ai is okay saja. Yang betul ai nak tukar benda kat dalam rumah tu sebenarnya langsir hahaha.. barang lain tu tak kisah sangat.



akak Zahra bagi borang untuk ai isi. Ini pertama kali dia join, itu pun Sirnya suruh. Jadinya kita isi sajalah kan, takkan nak melawan kata teacher pula ๐Ÿ˜†. Masalahnya exam ๐Ÿ–Š ini dah buat tapi borangnya lambat sampai ๐Ÿ˜‚ [link].



Lusa pula enZaf ajak karaoke. Sebelum menyumbangkan suara yang sumbang itu, kami makan di Kenny Rogers. Lama tak makan kat sini. Masa tengah makan tiba-tiba nampak Dato' Dr. Chef Fazley Yaakob dengan anak-anaknya. Datang makan juga bersama dengan beberapa orang PA atau kawan dia agaknya. Nak tegur tapi nampak macam sibuk, nak pula dia bersama dengan anak-anaknya tak mahulah ganggukan.



Masa ambil gambar ni, Dato Fazley tak sampai lagi. Kalau tahu ambil gambar macam ini lagi sekali. Kot terselit mereka di belakang hehehe.. Selesai makan kami terus ke Red Box ๐ŸŽค๐ŸŽถ.



Masing-masing seronok dan puas hati. Selang satu hari sampai dah parcel yang dinanti. ai beli pakaian online di Jasmina untuk dipakai masa majlis perkahwinan adik bongsuku nanti hujung bulan Februari. Beli saja senang, mudah dan murah hehehe.. Nasib baik ada saiz untuk semua orang. Tinggal enZaf dan Ariq saja belum beli lagi.



Thursday, January 23, 2025

Makan Petang di Elmina Lakeside Mall

Sambungan entry semalam. Sebelum balik rumah dari Seremban, enZaf ajak makan petang. Kami terus lajak ke Elmina Lakeside Mall.





Saja jalan-jalan di situ dulu dan tengok kedai mana boleh kami berhenti singgah makan. Ini baru pertama kali kami jalan kawasan ini, sebelum ini datang tapi kat kawasan padang sebab tengok abang Ariq main bola. Tak sempat nak jejak kaki dalam kawasan mall. Tempatnya tidak lah besar mana, tapi banyak juga kedai yang menarik. Akhirnya kami singgah makan di Penang Chendul.







Selain makan cendol, enZaf order Keropok Lekor buat mengunyah. Dan untuk ai ada Rojak Buah. Mujur sedap rojaknya. Itu pun kalau nak ikutkan dia macam-macam lagi nak makan tapi anak-anak ni awal-awal lagi dah beritahu mereka masih kenyang. Memang banyak dorang makan kat Hayyan Huda tu ๐Ÿ˜‹.



Itu pun sebelah kedai cendol ini ada aiskrim matcha, sempat enZaf beli satu. Nak merasa katanya hihihi... Dan tu dia paksa semua orang rasa juga ๐Ÿคฃ Nama kedai aiskrim ni, Kafe Ohcha Matcha. Sedap juga, rasanya tak terlalu manis. Just nice! Kata orang kafe tu, ada cawangan juga di OU. Tak perasan pula, nanti boleh cari kat sana pula.



Sebelum balik, sempat lagi bawa balik Cinnamon Rolls dari Homebaker@Clover. Feveret abang Ariq ni, kalau dia nampak mesti nak bungkus bawa balik.



Not bad jugalah Elmina Lakeside Mall ini. Jalan pun santai-santai saja. Tempatnya tak adalah besar sangat. Rasanya tempat ini akan bertambah ramai orang sebab keliling mall ini banyak rumah dalam pembinaan. Yang naik pula jenis apartment dan kondominium. Boleh imagine lah bila dah siap tu nanti.

Wednesday, January 22, 2025

Satu Malam di Port Dickson

Pergi ke Tasik Villa buat kali ke dua. Kali ini bawa enZaf, eh!! enZaf bawa kami hihihi... sebelum ini kan ai dan anak-anak pergi dengan kawan-kawan [link] Pergi sini lagi pun sebab anak-anak yang ajak. Entah apa yang dorang ni seronok sangat pun tak tahu ๐Ÿ˜… Lama dah anak-anak ni request tapi masa tidak mengizinkan. Akhirnya jadi juga dan seperti biasa, enZaf suruh ai packing baju satu malam untuk keluar esok. Begitulah, dia macam eh! tibersss.. hahaha







Kami memang tak keluar dari villa ni. Anak-anak pun nak mandi saja di kolam. Makan petang pun kami order saja. Pakai foodpanda, tapi makanan kena ambil di gate luar. Malam pula kami tak ke mana jua, makan di restoran dalam villa ni juga.



Barang Hello Kitty yang beli di Padini. Ai menyesal pula tak beli kasut Hello Kitty juga huhuhu...





Lepas makan kami ambil angin berjalan di sekitar Tasik Villa ini.. Kiranya satu hari ini memang habiskan masa di sini saja, tak keluar ke mana. Cuma berbeza bila datang sini waktu hari minggu dan hari biasa, keadaannya agak suram. Orang tak ramai, jadi hilanglah kemeriahan itu. Masa pergi bercuti dengan kawan-kawan hujung minggu, meriah betul dengan orang naik bot bagai. Apa pun kami tetap seronok dan anak-anak enjoy betul.









Esok pagi anak-anak sambung lagi mandi kolam lepas kami breakfast. Lepas check-out kami mencari makan tengahari pula. Alang-alang dah ada di Negeri Sembilan, enZaf ajak makan di Hayyan Huda, Opah's Kitchen & Garden di Seremban. Boleh tahan ramai orang juga masa ini. Parking pun full, rezeki kami sampai-sampai ada kereta nak keluar. Alhamdulillah.







Sedap juga makanan di sini. Masakan kampong asli nogori, mestilah masak lomak cili apinya padu hehehe..

Tuesday, January 21, 2025

Gila Burger di Damansara Perdana

Hari Ahad memang hari dapur tutup. Eh! Rasanya banyak hari dapur tu selalu tutup, buka tu boleh kira berapa jari je ehehehe.. Tapi bahagian laundry, tak pernah tutup. Satu hari pakaian kotor dah menimbun, tak boleh tangguh-tangguh. Buat satu kerja ni pun dah penat, tabik spring pada isteri atau ibu yang mampu buat semua benda dalam satu hari ๐Ÿซก.

Walaupun cuti sekolah baru bermula, tetapi akak Zahra belum boleh cuti lagi. Waktu pagi dia ada online exam, sekolahnya ada mendaftar beberapa murid menyertai Gelosea. Tak ingat pula berapa orang, tak silap dalam tujuh orang rasanya. Tak ramai lah nak dibandingkan dengan sekolah lain, ada yang hantar berbelas murid.. berpuluh pun ada juga.



Pertama kali dia masuk Gelosea ini, nama panjangnya Global English Language Olympiad of Southeast Asia. Dan pertama kali juga ai dengar competition ini. Kalau dia berjaya melepasi exam ini, boleh pergi ke peringkat seterusnya bersaing dengan negara lain. Yang sekarang ini, baru peringkat Kebangsaan sahaja seluruh negeri Malaysia.

Lepas solat Zohor kami keluar mencari makan tengahari. Nak kata tengahari sangat pun tak juga sebab jam dah pukul tiga petang ๐Ÿคญ. Perut pun dah lapar gitu. Kami mencuba tempat baru di Gila Burger, Damansara Perdana.



Sementara menunggu enZaf order makanan, ai ajak Qaireen bergambar. Baru keluar dah serabai rambutnya huhuhu... sebelum buka sekolah nanti nak potong pendek rambut tu, barulah nampak kemas.



Akak Zahra dan Qaireen nak makan pasta. Dorang ni kalau nampak Carbonara, memang itulah diordernya. akak Zahra tu dari kecil lagi suka sampai lah sekarang, masih tak muak-muak lagi ๐Ÿคจ Tapi nak beritahu Spaghetti Carbonara kedai ni memang sedap. Licin pinggan dorang tu hahaha..



Yang lain semua makan burger. Naklah rasa kegilaan burgernya itu kan hahaha..



Besar betul burger ai. Makan tak habis pun sebab banyak sangat untuk ai. Burgernya sedap juga. Kedainya pun elok, cantik dan bersih. Boleh datang makan lagi kat sini.





Selesai makan kami ke One Utama. Ai nak hantar beberapa brooch Denni untuk dibaiki. Ada empat brooch kesemuanya, setiap brooch itu jatuh/ hilang satu batu. Ganti batu ini percuma sebab itu ai suka beli brooch kat Denni. Memang tahan lasak. Batu yang hilang tu pun bukan jenis senang-senang jatuh, kalau hilang tu sebab atas kecuaian ai terjatuh dari tempat tinggi. Dah alang-alang hantar baiki, mestilah ada beli yang baru. Tidak keluar dengan tangan kosong ๐Ÿ˜…



Singgah Padini, Aliah ajak tengok koleksi Hello Kitty di Vincci. Dia berkenan purse, dan dapatlah dia dan Qaireen barang sorang satu. Qaireen tu pun nak juga. Gambar di bawah ini, gambar keesokkan harinya. Makan tengahari di BananaBro. Lama juga tak makan sini, kali terakhir makan tahun 2022.





Cuti sekolah ini kami tak ada plan nak ke mana. enZaf ada juga bersuara kata nak pergi bercuti satu dua malam tapi dia tak janji bila. Dia pula jenis esok lusa nak pergi, barulah suruh packing baju. Jenis kerja tak menentu begitulah kan, lagi pun kami semua jenis okay saja. Dah biasa hehehe..

Monday, January 20, 2025

Tournament Ragbi di Shah Alam

Cikgu sekolah rendah Aliah ajak masuk tournament ragbi di Shah Alam. Nama tournament ni Karnival Ragbi "Touch" Shah Alam (Karats 25) edisi 4.0 ๐Ÿ‰. Kali ini cikgunya nak bawa team bawah 15 tahun selain dari team sekolah rendah. Jadi dia dan kawan-kawan mula cari player untuk penuhkan satu team. Sebelum itu ai dah minta Aliah tanya coach kelabnya minta izin untuk dia main dengan team lain. Kebetulan kelabnya tak masuk tournament ini dan dia diberi green light dari coach. Thank you Coach Jai!!! Pengurusan pengangkutan semuanya disediakan oleh cikgu. Senanglah Daddy dia hanya hantar ke sekolah sajalah untuk dorang naik bas. Disebabkan itu, ai dan enZaf berdua saja pergi tengok dia lambat sikit. Kami breakfast dulu sebelum ke padang. Tournament ini main di padang Mini Stadium Shah Alam. Lama tak ke sini, kali terakhir datang pun tengok enZaf main bola 6 tahun lepas agaknya. Kami sampai elok-elok saja team Aliah baru masuk padang.



Tak banyak gambar dan video ambil kali ini. Cuaca pagi itu agak tak menentu sekejap panas dan mendung, tenghari tiba-tiba hujan turun. Agak lebat juga tapi sekejap saja. Dalam kemeriahan tournament itu, ternampak kawan-kawan Ariq pun ada juga bagi sokongan kat adik-adik ragbi sekolah.





Kami tak tunggu dia sampai habis. Tak tengok pun game dorang masuk semi dan final, tak silap dalam pukul 5 petang macamtu. Walaupun habis game awal, dorang semua kena tunggu team adik-adik yang belum habis lagi. Pergi satu bas jadi balik pun kenalah satu bas kan. Melainkan yang mana parents datang tu boleh la ikut balik. Gambar-gambar di bawah ini semua dari Aliah. Tahniah Aliah dan team dapat Naib Johan Cup kategori bawah 15. Semua bawa balik medal, yeyy!!๐Ÿ‘๐Ÿ’ช



















Monday, January 6, 2025

Mengupdate Entry Baling ke Belakang



Sekarang ini tengah berusaha untuk buat entry baling ke belakang (throwback). Sebab utama nak clearkan gambar atau video dalam handphone. Semoga diri ini rajin untuk jangka masa yang lama hehehe.. banyak sangat dah bertangguh cerita. Entry lama pula tu nak dimasukkan ini iaitu pada tahun 2023. Harap-harap masih ingat lagi lah apa nak diceritakan. Kalau tak ingat cerita kita letak gambar sahaja lah huhuhu.. Chayok Yati!!!

Thursday, January 2, 2025

Malam Tahun Baru di Padang Bola

Malam tahun baru, enZaf ada game bola empat penjuru. Kalau dia ada bola malam, memang jaranglah nak ikut sebab nanti balik lewat sangat. Tetapi disebabkan ianya malam tahun baru, enZaf ajak ai dan anak-anak ikut sama. Mana lah tahu ada fireworks kat tempat padang bola tu. Best betul cuaca malam tu kat padang bola ni. Terasa sejuk dan nyaman saja, feeling macam kat genting pun iya juga hehhe... Tengok enZaf main bola pun ada kabus-kabus sikit. Tak berpeluh langsung duduk kat sini sepanjang malam. Dia cakap kawasan ini pada waktu malam memang sejuk ❄. Kalau macam tu kita beli rumah kat sini haha..



Tak sangka memang tepat jam 12 pagi, banyak tempat ada bunga api ๐ŸŽ†. Sebenarnya pukul sepuluh malam lagi dah dengar bunyi bunga api kat situ. Bukan main awal bakar, tak sabar agaknya hehehe... Ya ampun buruk benar snap gambar bunga api. Pecah betul bila zoom. Nak handphone baruuuuuuu.... hihihi





Ingatkan nak ambil gambar Aliah dan Ariq berlatarbelakangkan fireworks. Tapi tak menjadi, setiap kali ai snap tak ada bunga apinya hahaha.. Ada lah dekat 4-5 kali snap, bila cubaan gagal terus ai malas nak snap lagi ๐Ÿ˜…



Lepas game bola singgah Subaidah, dah lepas pukul 1 pagi mamak saja lah yang ada pun. Bila tanya anak-anak semua nak makan dulu sebelum balik. Balik rumah terus tidur, jadi macam ular sawa hehehe.. Keesokkannya kami makan malam di Uptown Kota Damansara. Lama pula tak makan di sini.





Sebelum balik rumah enZaf singgah isi minyak kereta. Masuk kereta dia bagi aiskrim Farmfresh. Tak sangka sedap juga ya. Harga pun tidaklah mahal.