Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Tuesday, March 23, 2021

Asam Pedas Pak Man


Ada lagi rupanya cerita di Melaka ini, ingatkan dah habis hehe.. Kali ini merupakan entry terakhir trip kami ke Melaka pada awal bulan Januari yang lepas. Hari sebelum balik ke KL, enZaf ajak lunch dahulu di Restoran Asam Pedas Pak Man.



Cantik kedainya, bersih dan lawa. Tengok bangunan pun macam baru sebab elok lagi. enZaf cakap kalau tak silap dia, restoran ni tempat lain dan baru pindah. Sampai-sampai dekat kedai ai tengok kat dalam dah penuh dengan pelanggan. Belum kira orang yang beratur menunggu lagi. Tengok dari pandangan memang laku kedainya. Sampai ambil lot kedai sebelah sebagai tambahan untuk restorannya yang tak cukup ruang. Gambar di bawah ini makanan Qaireen, dia sorang je la tak makan asam pedas masa hari itu :)



Ai pun tak berapa ingat lauk ikan apa yang enZaf order, yang pasti Ikan Pari wajib ada dan ada lagi satu ikan rasanya ikan Tenggiri atau pun ikan Merah. Tengok warna kuah asam pedasnya, ya ampun pekat likat warna merah. Bila rasa memang betul sedap. Ikannya pun fresh.



Order juga lauk Sayur Kangkung Belacan. Yang ini pun sama sedap. Kusyuk masing-masing makan. Eh akak Zara camera ready, macam tahu-tahu je Mummy ambil gambar ya hihi..



Kenyang betul rasa makan Asam Pedas Pak Man ini. Memang terbaik bagi ai, kalau ke Melaka boleh singgah lagi. Itu pun kalau ada orang nak bawa kita la kan hehehe.. Oh masa enZaf nak bayar di kaunter, sempat dia beli pes Asam Pedas Pak Man ini. Kedai ini siap jual pes asam pedas untuk orang ramai. Kata enZaf orang depan dia siap borong berbelas-belas pes asam pedas tu :) Selesai makan, on the way nak ke kereta, enZaf tiba-tiba ajak makan aiskrim pula. Kedainya selang 3 kedai dari Asam Pedas Pak Man tu, itu yang dia mengajak. Anak-anak ni bila Daddy ajak makan aiskrim laju la masing-masing pun. Masalahnya Mummy dorang ni dah kenyang sangat. Tak mampu nak sumbat apa lagi hahaha..



Lebar senyuman masing-masing tu, seronoklah kan.



Ai pun kena paksa makan dengan enZaf. Kena paksa pun habis juga :p



Gambar kat bawah ini satu-satunya gambar dari handphone enZaf. Rupanya dia nak ambil gambar aiskrim je, blur rupa kita huhu.. Bertabahlah dapat suami yang tak rajin nak ambil gambar ini kan.



Ini lah rupa kedainya Gelato Cabana Melaka. Actually ianya adalah Gelato tapi bagi anak-anak sama je gelato dengan aiskrim. Asalkan ianya sedap, sejuk dan manis.



Ha ini merupakan entry terakhir di Melaka, betul punya betul penutup cuti bulan satu :p Banyak kali dah ai scroll dalam album nak memastikan sama ada ada lagi atau tidak gambar yang belum dimasukkan dalam blog ini hahaha... Alhamdulillah kami semua seronok dapat bercuti ke Melaka ini. Kami hanya pergi mana yang sempat dan nampak sahaja, tiada itinerary khusus kalau berjalan, itulah kami. Diharap dalam masa akan datang, dapat berjalan lagi ke tempat lain sekiranya rentas negeri dibenarkan.

Friday, March 19, 2021

Sekitar Kawasan Luar Swiss Garden Hotel, Melaka


Ingatkan balik dari makan ikan bakar di Muara Anjung Batu terus balik bilik hotel, sekali enZaf ajak minum dulu. Dekat Hotel Swiss Garden ini ada Starbucks itu yang dia laju kena kopi dulu, cuaca pula sejuk sebab baru lepas hujan. Anak-anak ini okay je kalau Daddy ajak ke Starbucks.



Mummy dan Daddy pun nak bergambar juga. Ya ampun teruknya mata, eye bag sebakul.



Pergi ni masa awal bulan satu, deko untuk Hari Krismas pun masih ada lagi.



Luar kawasan bangunan hotel ada satu replika robot. Macam rupa Autobots dari Transformers pun ada juga kan. Tinggi robot ini dalam 5 kaki dan ianya dibina hasil dari metal terpakai atau terbuang. Sangat menarik.





Lepas tengok robot ini kami berjalan lagi melihat kawasan sekeliling. Bangunan hotel ini terletak bersebelahan dengan Sungai Melaka jadi ada jambatan sepanjang sungai tersebut. Menarik sangat jalan-jalan kat jambatan ini siap dengan cruise lalu lalang. Lebih menarik, siap ada orang joging kat sini. Orang Melaka sini la berjogingkan takkan la tourist pula kan :p Ai tak ambil gambar masa berjalan kat atas jambatan ini, ambil video sahaja. Gambar dari handphone enZaf. Kalau dapat gambar nanti kemudian masukkan dalam entry ini :)







Dapat dah gambar dari handphone enZaf. Ada banyak tapi masukkan tiga keping ini aje. Yang lain tu lebih kurang saja hanya membezakan si Qaireen itu. Susah betul nak suruh dia pandang camera huhuhuhu...







*Updated: Gambar dari handphone enZaf dah dimasukkan.

Wednesday, March 17, 2021

Ikan Bakar Muara Anjung Batu, Melaka


Jika kita pergi bercuti ke tempat orang tak sah kalau tak buat jalan-jalan cari makan kan. Di Melaka selain dari masakannya yang terkenal dengan Asam Pedas, Ikan Bakar juga merupakan senarai wajib bagi kami kalau singgah atau bercuti di sana. Kali ini enZaf bawa kami pergi ke tempat yang belum lagi ai dan anak-anak makan iaitu Ikan Bakar Muara Anjung Batu. enZaf tahu kewujudan kedai makan ini masa customernya bawa dia makan di sini ketika outstation. Tidak ramai orang luar tahu kedai makan ini hanya penduduk kawasan setempat ini sahaja.



Sebelah kedainya ada sungai, lama tak tengok sampan dan air laut nun hujung di sana. Tak berapa nampak pula hihi.. :)



Muka Aliah yang keletihan. On the way ke sini dia tidur. Penat sangat kami berjalan kat bandar ke sana sini. Bukan dia je yang tidur, semua anak-anak tidur jua. Masa ini Qaireen seorang je yang tak bangun, ai terpaksa dukung dia. Bila letak dia nangis huhuhu... Gambar-gambar kat bawah ini gigih ai snap dengan tangan sebelah pegang Qaireen.



Ariq tak sempat tunggu lauk ikan. Dia dah lapar sangat. Di Melaka kalau kita makan ikan bakar memang dihidang bersama dengan nasi lemak bungkus. enZaf memang suka kalau makan dengan nasi lemak, favourite dia.



Akak Zahra ini geng baik gaduh Mummy. Ai memang suka mengusik dia lepas tu dia stress hahaha.. Dia ini jenis pendiam, susah kalau nak berborak dengan dia berbeza dengan Aliah. Itu yang ai suka sangat menyakat dia.



Okay, sekarang ini ai dah tak ingat lauk apa yang enZaf order hahaha... Nak tanya dia, dia tak ada pula kat rumah ini, tak balik kerja lagi. Macam Ikan Siakap Masak 3 Rasa.



Yang ini ikan apa tak ingat dan ia masak Sambal. Lauk ini paling win. Ai suka sangat, sedap betul.



Sotong Goreng Tepung permintaan Aliah. Favourite dia ini kalau makan seafood. Dia buat ratah saja. Tak order banyak pun, lebih pada meratah.



Alhamdulillah kenyang kami makan malam tu. Ikannya sedap dan fresh. Nasi lemaknya pun sedap. Rasa lemak pada nasi itu dan sambalnya manis-manis pedas. Orang pun tak ramai sebab datang pada hari biasa. Tenang je. Kedai makan pun bersih je, sama macam kedai makan ikan bakar di Muara Sg. Duyung. [link]



Masa nak balik berjalan ke arah kereta, sempat ai snap sekali lagi dekat sungai ini suasana waktu malam pula.

Tuesday, March 16, 2021

Muzium Samudera (Flor de La Mar) di Melaka


Masih lagi cerita di Melaka. Dalam banyak kali pergi ke Melaka ini, tahun ini adalah kali pertama kami pergi dan masuk ke dalam Muzium Samudera. Sebelum ini kami hanya lihat dari luar sahaja. Akak Zahra orang paling gembira sekali sebabnya dia amat meminati muzium. Tidak kira muzium apa mesti dia suka. Minah Sejarah dia ni hihihi... Sebelum itu ai letak sedikit informasi berkenaan Muzium Samudara ini.

Petikan dari Perzim.gov.my

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.




Boleh tahan jauh juga kami berjalan kaki ke muzium ini. Tidak dapat tempat parking yang terdekat, enZaf parking kereta berhampiran dengan Menara Taming Sari. Oh menara itu pun kami belum naik lagi, hari itu tak sempat nak pergi. Lain kali kalau ke Melaka nak naik menara tu pula :) Cuaca hari itu alhamdulillah panas terik, berpeluh kami nak sampai ke depan pintu masuk muzium hehehe..



Sempat ai minta akak Zahra dan Qaireen berhenti bergambar sekejap.



Tak sangka kapal ini besar juga bila tengok dekat-dekat. Comel je enZaf disitu. Kagum tengok kecantikan kapal ini dari luar. Lawa sangat.







Best masuk dalam kapal ini, sejuk sebab ada aircond. Cuaca kat luar itu panas terik, bila dapat sejuk-sejuk ini terasa nyamannya. Orang yang rajin baca sejarah semestinyalah dua orang di dalam gambar di bawah, akak Zahra dan Daddynya. Ai hanya jalan-jalan ambil gambar dan video :p







Datang pada waktu hari bekerja, tiadalah ramai sangat orang bersesak. Tenang is good ;) Ajak Ariq bergambar kat replika kapal banyak-banyak belakang dia tu.



Dalam banyak-banyak replika kapal kat situ, yang warna merah ini menarik perhatian ai.





Nasib baik mood Qaireen okay masa kami masuk ke dalam kapal ini. Risau juga tiba-tiba dia menangis ke apa sebabnya dalam kapal ini banyak replika orang. Mana lah tahu dia takutkan. Seronok berlari lagi ada. Mujur orang tak ramai.



Ariq dan Aliah tengok suasana tahanan di dalam penjara disebalik tingkap kaca. Banyak soalan keluar dari mulut Ariq masa ini. Tanya kenapa ada penjara dalam kapal, kenapa orang tu kena tangkap, kenapa kaki dia ada rantai dan macam-macam kenapa lagi hihihi...



Ada juga sekeping gambar ai dalam kapal ini hahaha.. jadilah tapi tak ingat pula siapa yang snap gambar ini, Aliah ke Ariq. Thank you anak!



Tengok rupa bilik Kapten kapal.



Ada 3 tingkat keseluruhan dalam kapal ini. Besar dan tinggi. Selesai berjalan di dalam kapal, kami naik bahagian atas pula. Di atas ini hanya lihat bahagian luaran kapal sahaja, dari situ boleh lihat pemandangan luar. Dok bayangkan di tengah-tengah laut...



Masa nak turun dari bahagian atas kapal ini agak gayat juga, tangganya kecil dan curam. Orang tua memang tak naik atas ni lah sebab bahaya takut tergelincir selain dari kaki tak kuatkan.



Cantik kapal ini ai masih kagum melihatnya.



Masa turun dari kapal ini ada satu section bergambar dengan official photographer. Ai ingat nak ajak enZaf bergambar tapi sayang orangnya tiada, mungkin tengah break. Tiada rezeki huhu.. Dan bila berjalan nak keluar, enZaf nampak ada satu bangunan berhampiran dengan kapal, rupanya ada lagi info sejarah di dalam bangunan itu. Tak berapa perasan sebab tiada sign besar untuk ke arah bangunan itu. Tiada orang pun masuk di dalam, hanya kami sahaja hehehe...



Bab-bab membaca memang serahkan kepada akak Zahra dan Daddynya. Lepas tu dorang explain kat ai hahaha.. Aliah dengan Ariq macam ai, kurang berminat nak baca.





Di dalam bangunan ini ada juga informasi mengenai kehidupan marin.



Gambar di bawah adalah gambar penutup sebelum kami keluar dari Muzium Samudera. Serabai dah Mummy tengok rambut Qaireen itu. Gigih tunjuk tanda bagus kat ke dua-dua tangannya. Itu tandanya recommended by Qaireen untuk orang datang ke Muzium Samudera hehehe...



Lupa pula nak tanya enZaf berapa harga tiket. Yang pasti harganya murah sahaja, berbaloi lah dengan apa yang kita lihat dan pelajari. Ilmu sejarah gitu hihihi... Harga tiket boleh rujuk dalam website Perzim. Maklumat muzium lain pun boleh didapati di dalam website tersebut [link].



On the way nak ke kereta tu, terserempak dengan maskot Minnie Mouse. Qaireen dapat lolipop, tak sangka dia tak takut pun dengan maskot ni. Kalau nak bandingkan dengan kakak-kakak dan abangnya, awal-awal lagi dah lari hehehe..

Thursday, March 11, 2021

Asam Pedas dan Sungai Melaka


Sambungan cerita kami di Melaka. Bercinta rasa nak buat entry ini sebab kemalasan yang melanda. Tapi gigih juga buat takut nanti makin lupa apa nak diceritakan. Itu pun ai scroll semula satu-satu gambar dan ingat kembali apa yang dibuat pada ketika itu hahaha.. Masa ini kami keluar untuk makan tengahari. Ikutkan rancangan enZaf dia nak bawa ai dan anak-anak makan di satu kedai Asam Pedas yang terletak kat Bandar Melaka ini lah. Tapi dia ingat-ingat lupa nama kedai tu dan kat kawasan mana. Puas cari tapi tak jumpa. Mungkin kedainya dah tutup sebab lama dah dia tak pergi, masa dia pergi tu pun dengan kawan kerjanya. Jadinya kami berhenti je kat salah satu kawasan shop lot ini. Dalam area shop lot ini sebenarnya banyak kedai Asam Pedas, boleh kata setiap lorong tu pasti ada kedai Asam Pedas, sampai kami rambang mata nak cuba yang mana hahaha.. Dalam memilih kedai mana nak masuk, sempat ai ambil gambar anak-anak kat salah satu mural yang ada di dinding kedai.



Akhirnya kami memilih kedai Asam Pedas Claypot 5 Beradik. Selang 2-3 kedai pun ada kedai Asam Pedas lagi.



Kami order Asam Pedas Ikan Tenggiri.



Ada juga Asam Pedas Ikan Pari tapi tak nampak sangat pula ikannya hahaha.. setiap lauk ini ada set dengan nasi. Nasi itu dihidangkan sekali dengan telur asin, sambal dan timun.



enZaf order sayur Kangkung Belacan. Lauk ini je ai tak berapa masuk dengan tekak. Sayurnya tak berapa fresh.



akak Zahra tak makan asam pedas, dia order Nasi Ayam Penyet kongsi makan dengan Qaireen.



Selesai makan kami keluar berjalan disepanjang Sungai Melaka pula. Semalam hanya lihat Sungai Melaka waktu malam, kali ini nak tengok waktu siang pula. Itu pun berjalan separuh sahaja, tak mampu nak jalan jauh-jauh. Cuaca waktu itu pun tak berapa mengizinkan panas ya amat. Cantik bangunan belakang enZaf tu, warna-warni. Tak sure pula tu rumah ke atau office. Kawasan tu pun macam sunyi je, tak nampak pula ada budak-budak main. Mungkin office kat bahagian parking pun penuh kereta.







Dua gambar di bawah hasil dari akak Zahra snap.



Ai tak pegang handphone sepanjang berjalan kat sungai ini. Qaireen nak berdukung pula huhuhu.. Banyak mural cantik-cantik kat dinding building tepi sungai ini. Ada juga yang mural dah terkopek-kopek catnya hehehe..



Ada satu video ai sempat buat masa berjalan sekejap kat sungai ini. Tengah berjalan tu tiba-tiba hujan rintik-rintik. Sekejap je hujannya macam lalu sahaja.





Gambar di bawah ini dari handphone enZaf. Baru perasan dia ada ambil gambar masa tepi sungai.





Masa ini dah keluar dari tepi sungai nak tengok kedai apa ada kat bahagian tengah, ternampak ada lagi mural kuda. Ajak dorang bergambar kat situ. Ada je banyak mural lain kat situ tapi tak ambil gambar pun sebab cuaca sekejap panas dan sekejap hujan.



Lepas bergambar tak tahu nak menuju ke mana lagi. Anak-anak ajak balik sebab dorang nak mandi kolam lagi. Tapi Daddy dorang ajak pergi tempat lain, dia tak nak balik hotel lagi. Terus mencuka muka anak-anak hahaha.. sabar lah ye nak. Oh sempat singgah sekejap ke Hard Rock Melaka, hanya enZaf yang masuk dalam untuk beli fridge magnet.