Tuesday, July 31, 2012

Bra

Sape suka shopping bra,
sila angkat breast haha

Ai suka shopping bra,
tapi idak la shopping cap mahal2.
Paling2 pun beli kat La Senza.
Paling murah beli cap Jusco,
Scarlet je :p

Tapi bila breastfeed baby,
ai suka shopping bra online.
Feveret onlineku di
Autumnz.



Buat masa ni.
Ai ada beli
Comfort Bra, Moulded Bra



Dan Sleep Bra



Nak beli Bra Tank
tapi takde size huhuh

Owh nursing inner pun
suka beli kat sini.
Ai takde baju nursing ni,
sbb bajunya besar2..
jadi pakai inner
pastu pakai baju biasa kita pakai :)

Friday, July 27, 2012

Takmau kempis

Lagi 6 hari
nak habis pantang.
Lagi 6 hari gak ni la,
misi nak kempiskan lemak mcm gagal.

Pantang kali ni
lambat betul nak slim.
Faktor umur agaknya,
dah tua ni metabolisme lambat hihi

Yang taknak kempis tu
tang perut n peha.
Stress betul tgk
tang perut tu.
cam pregnant 4 bulan huhuh
Peha plak cam kayu balak :((


image googled.

Penat dah berbengkung,
sapu segala tok nenek
nak kempis.
Tapi lemak degil ni
tetap setia disitu huhuhu

Zaf cakap
dah 3 org anak mmg la camtu.
Alaaa tp ai tetap nak kempis
cam anak dara gak haha

Dan Zaf kata
nanti pegi masuk gym.
Suh excercise, buang segala nak buang
tu katanya.. :)

Ai cakap nak gi slimming center
ke produk kuruskan badan ke.
Dia kata jgn mengada.
Exercise je solutionnya.
Itu yg terbaik.

BAIKLAH!! jwbku.
Yang menurut perintah hihi

Wednesday, July 25, 2012

Describe Yourself


Copy paste kat facebook.
Dari kawan yang bernama Nor.
Dia shared kat wallnya.

Disebabkan menarik,
ai share kat blog plak :)



3 perkataan pertama
yg ai nampak adalah:

1. SPECIAL
2. TRUST
3. CARE


Turn korang plak.
Sila share ngan ai hihi

Tuesday, July 24, 2012

Poplook


First time shopping kat Poplook.
Banyak gak yg ai
berkenan kat dlm tu.
Especially tops.
Tapi tak byk yg bersaiz xs.


Beli sehelai tops je.
Nak tgk size xs nya
okay ke tak.
Nasib muat ngan badan :)

Elliot Blouse - Green Blooms



Uols mesti ada beli
baju2 kat onlinekan.
Bole la share ngan ai
website mana yg uols
ada beli or cuci2 mata
kalau tak beli pun. :)

Friday, July 20, 2012

Ariq: 30 Hari

Alhamdulillah sudah 30 hari
ai berpantang.
Bagi orang lain rasa kejap je.
Ada yg cakap eh dah 30 hari,
cepat betul.
Padahal ai sendiri rasa,
lambatnya nak habis pantang ni hehehe
Ada 14 hari lagi.
Tarik nafas hembusssss... :p

Ariq sudah 30 hari.
Yeyyyy!!!



Rutin harian Ariq
adalah minum tido berak hihi
Itu la baby kan.

Ariq skang bangun pagi pukul 7.
Bila dah bangun tu,
dia berjaga sampai la tghari.
Nasib dia leh letak je
kat babycot.



Jadinya sempat la,
ai mandi n mandikan akak2 dia.
Breakfast, masak nasi bagai.

Tghari dia akan tido sekejap
dlm 1-2 jam.
Pastu jaga lagi sampai la Maghrib.

Bila dia byk berjaga siang.
Malam dia senang tido.
Ai pun senang hati,
leh rilek2 sket.

Tgk tu habis semua
terkangkang terbukak tangan kaki.
Nak bedung skang dah taknak.



Ada Ariq ni beza betul
ngan akak2 dia.
Baby boy mmg kuat minumkan.
Penat menetekkan dia.
Sampai sakit pinggang dan blakang.

Disebabkan Ariq kuat minum.
Makanya ai pun kuat makan.
Kalau buh nasi tu
penuh pinggan..
Zaf tgk pun terkejut.
Mengalahkan dia hihi

Berat ai plak.
Dari lepas bersalin
sampai la skang.
45kg tang tu jugak.
Tak turun2 dah huhuh

Tuesday, July 17, 2012

Sangat rajin

Asal nampak baju dlm bakul.
Dia lah org pertama
yg rajin nak melipat.

Kalau tunggu mummynya..
paham2 je la. :p

Time ni Zara tgh
lipat baju baby Ariq.



Mummynya plak tgh baring
sambil tgk tv.
Heaven!!! haha

Monday, July 16, 2012

Ariq: 22 Bulan

2 bulan lagi Aliah masuk 2 tahun.
Alhamdulillah, perkembangan dia
sangat bagus.
Ada akak Zara, Aliah cepat jalan,
cepat cakap, paham nak buat itu ini.
Dan yang paling pasti sangat la
nakal dan tok diam huhu



Degil pun ia jugak.
Kalau cakap lembut2,
buat tak tau je.
Nak jugak mummy jadi naga,
baru la ikut kata.
Kekadang tu ai tak larat nak
cakap dah..
makan hati ngan dia bole hehe



Aliah ni suka baby.
Nak plak skang dah ada Ariq.
Hari2 kiss Ariq,
sayang2 dia adalah sayang kasar.
Ai cukup takut dia pegang
Ariq sana sini.
Sbb dia suka dok cucuk mata la idung la.
Mmg kena dok perati kan dia.



La ni dia dah pandai
amik kusi letak sebelah babycot.
Jangan dia panjat masuk dlm sudah. :(

Aliah ni mmg jenis tak dok diam.
Ada je menda dia buat.
Memang ai tak leh ralit sesaat pun.

Hari2 gado ngan akak Zara dia hihi
Tgh sronok main gelak tawa bagai,
ujung2 nanti mesti ada
salah sorang nangis..
Macam2 la hai,
meriah umah ada dorang ni.
Bila dorang takde, sunyi plakkan.
Esok2 Ariq dah besar,
ha tambah lagi riuh rendahnya :)

Friday, July 13, 2012

For Sale: Shoes







my sales blog [here]

Thursday, July 12, 2012

Rombongan Bffs


Ni rombongan bestfriend sekolah
datang tgk Ariq :)

Mereka adalah ibu angkat dorang.
Autie Mummy, Mama, Emak dan Ummi ;)


Time ni Zahra n Aliah takde,
MakTok dan TokAbah kidnap
bwk dorang gi kenduri.

Seronok bila kawan2 datang.
Lepak lama, byk stori mori dan gosip hihi
Suka ngan hadiah dorang bagi.


Paling menarik mata ai,
kad ucapan ni,
3D okeh.


Skang ni takde masa nak hapdet blog.
Baca blog kekawan pun gitu2 je.
takde tinggalkan jejak.
Sorry yer.

Friday, July 6, 2012

Bayaran Balik Cukai

Akhirnya baru sampai
cek yang dinanti-nanti hihi

Kali ni lambat sket dapat.
Pos BE bulan 4.



Oh yer, ai mmg pakai form.
Tak pakai online.
Very the kuno hihi

Ai perasan, amount kat cek tu.
Tak sama plak ngan form yg ai submit.
Tak silapnya kat form tu kurang.
Tapi kat cek ni lebih.
lebih banyak plak tu.
Ratus2 jugak!



Maybe ai salah kira kat dlm borang tu.
Sebab tu lambat sampai ceknya kan.
Ape pun maceh LHDN... :)

Inilah dinamakan rezeki hari Jumaat.
Alhamdulillah.

Thursday, July 5, 2012

Kek tuk Fathers Day


Kisah 16/7,
tetiba anak2 ni bangun awal pagi.
Terus dok atas meja dorang,
bawak kuar segala mainan PlayDoh.

Zara bgtau yang dia nak wat
kek tuk Daddy for Fathers Day.
Wah so sweetttttt anak2ku.

So ai temankan dorang siapkan kek.
Sesambil tu layan FB and twitter.


Lama betul dorang wat kek tuk Daddynya.
Tunggu punya tunggu,
ai pun tanya dah siap ke blom.
Last2 tak siap pun hahaha
Bersepah je yg lebih.
Itu mummy kena kemaskan :(

Pastu Zaf masuk tanya wat ape.
Ai ckp dorang nak wat kek tuk u,
tapi tak siap2..
gelak je Zaf

Terus Zaf ajak gi Giant.
Nak beli barang dapur n lunch skali.
Kami lunch kat Secret Recipe.
Pastu order kek.
Dia nak 1 slice durian cheese je.
So ini la kek tuk Fathers Day enZaf hihi
(kongsi ngan ai, tp ai yg makan lebih haha)

Tuesday, July 3, 2012

Tengok wayang tanpa tiket


Sejak download GSC mobile application
kat iPhone.
Rajin ai gi tgk wayang ngan enZaf.
Sblom ni nak kena bukak kat computer,
kalau nak beli tiket.
Skang kat phone lagi senang.

Macam biasa,
kat mobile application ni,
kita leh pilih seat dan
bayar pakai Maybank2u, PayPal dan CIMBClicks.

Dan first time tu jugak la
ai jakun sbb masuk wayang
dah tak perlu pakai tiket bagai.
Sebab GSC akan bagi barcode
tuk kita masuk nanti.

Macam pic kat bawah ni.

Kita scan je bila hall movie dah ready.
Canggih betulkan..
tak yah collect tiket lg
haha jakun sungguh.

Salah satu movie kami gi tgk Madagascar 3.

First time bawak Aliah sama

Mulanya taknak bwk dia,
Aliah ni jenis tak dok diam
Tp kami try gak bwk,
nak tgk behave ke idak dia dlm wayang.
Sblom tu kami beli macam2 makanan,
nak pancing dia dok diamkan hihi

Memula tu dia gelisah,
ajak daddy kuar sbb gelap.
kartun pun tak start lagi.

Bila kartun dah start
syukur alhamdulillah dia ok.
Siap gelak n jerit lagi.
Lagi satu tak dok diam,
Kejap bangun, duduk, kedepan kebelakang.
Tak kisah la kan,
janji dia tak nangis.
Pasni bole la bawak dia tgk wayang lg :)