Pergi ke Tasik Villa buat kali ke dua. Kali ini bawa enZaf, eh!! enZaf bawa kami hihihi... sebelum ini kan ai dan anak-anak pergi dengan kawan-kawan [link] Pergi sini lagi pun sebab anak-anak yang ajak. Entah apa yang dorang ni seronok sangat pun tak tahu 😅 Lama dah anak-anak ni request tapi masa tidak mengizinkan. Akhirnya jadi juga dan seperti biasa, enZaf suruh ai packing baju satu malam untuk keluar esok. Begitulah, dia macam eh! tibersss.. hahaha
Kami memang tak keluar dari villa ni. Anak-anak pun nak mandi saja di kolam. Makan petang pun kami order saja. Pakai foodpanda, tapi makanan kena ambil di gate luar. Malam pula kami tak ke mana jua, makan di restoran dalam villa ni juga.
Barang Hello Kitty yang beli di Padini. Ai menyesal pula tak beli kasut Hello Kitty juga huhuhu...
Lepas makan kami ambil angin berjalan di sekitar Tasik Villa ini.. Kiranya satu hari ini memang habiskan masa di sini saja, tak keluar ke mana. Cuma berbeza bila datang sini waktu hari minggu dan hari biasa, keadaannya agak suram. Orang tak ramai, jadi hilanglah kemeriahan itu. Masa pergi bercuti dengan kawan-kawan hujung minggu, meriah betul dengan orang naik bot bagai. Apa pun kami tetap seronok dan anak-anak enjoy betul.
Esok pagi anak-anak sambung lagi mandi kolam lepas kami breakfast. Lepas check-out kami mencari makan tengahari pula. Alang-alang dah ada di Negeri Sembilan, enZaf ajak makan di Hayyan Huda, Opah's Kitchen & Garden di Seremban. Boleh tahan ramai orang juga masa ini. Parking pun full, rezeki kami sampai-sampai ada kereta nak keluar. Alhamdulillah.
Sedap juga makanan di sini. Masakan kampong asli nogori, mestilah masak lomak cili apinya padu hehehe..
First trip bersama bff pada tahun 2018 [link], akhirnya kami buat lagi trip buat kali ke dua pada tahun 2023 hehehe.. nak dapat tarikh semua free tu bukan mudah. Ini pun adhoc, sekali semua kata okay lajulah Nani booked. Sama seperti first trip, kami tidur satu malam. Kalini di Port Dickson pula. Cuma trip kali ini Anis saja tak dapat join, dia kena kerja huhu.. sedih tak cukup corum. Sebelum kami gerak ke PD, semua berjumpa di Shah Alam untuk makan tengahari. Kami makan di Warung Mat & Mon.
Kali ini juga kami pergi dengan tiga kereta, ai, nani dan elin. Masing-masing bawa semua anak. Masa pergi Melaka ai dan Elin hanya bawa baby jadinya naik satu kereta saja. Ini dah bawa ramai kena lah masing-masing drive. Sebenarnya anak-anak ai tak tahu nak pergi mana, ai memang saja nak surprisekan dorang. Dalam kereta masing-masing berteka-teki pergi mana hihihi.. sampailah semua nampak signboard dan nampak tempat nak tidur.
Pertama kali tidur di Tasik Villa. Walaupun terletak di Port Dickson tetapi tempatnya bukanlah berdekatan dengan pantai. Nani booked Villa dan Elin booked hotel. Bilik hotel ada jacuzzi. Anak bujangnya nak tidur sana. Selain Villa dan bilik hotel ada juga chalet di tasik. Tapi masa kami pergi ini chaletnya ditutup. Haruslah ambil gambar ramai-ramai bila dah sampai depan Villa.
Thanks Nowwa snapkan gambar kami anak beranak. Bukan selalu dapat bergambar macam ni 🥰.
Video di bawah ni Nowwa nak pergi ambil makanan kat guard. Nani order Food Panda buat kunyah-kunyah kami kat swimming pool hehe.. antara aktiviti petang kat Tasik Villa ni, meriah!
Anak-anak ini dah sampai apa lagi, lajulah masing-masing nak mandi kolam. Memang habiskan masa semua di kolam sampai lah malam. Itu pun berhenti mandi sebab nak makan. Kalau tak makan mahunya sampai tengah malam. Makan malam ai order je home service.
Lepas makan, anak-anak ini ajak jalan-jalan kat luar. Cuaca malam tu best sangat, sejuk dan berangin saja. Elin dan Nowwa je bawak budak-budak bersantai kat luar. Thank you Mama and aunty Mummy. Ai dan Nani melepak dalam rumah sambung makan dan berborak hehehe.. Jadinya gambar-gambar waktu malam ini ai ambil dari Whatsapp group. Sempat tu semua naik bot pusing keliling tasik.
Esoknya semua bangun awal untuk breakfast. Sementara menunggu buggy sempatlah ambil gambar anak-anak. Nak jalan kaki pun boleh juga tapi anak-anak nak naik buggy.
Best ya makanan yang disediakan untuk breakfast. Banyak juga pilihan yang ada dan yang pasti semuanya sedap. Masing-masing kekenyangan dengan makan macam-macam.
Sebelum check-out, sempat lagi anak-anak ni mandi kolam. Last round gitu. Layankan aje lah bagi mereka semua seronok.
Bergambar sekali lagi sebelum keluar dari Tasik Villa.
Sebelum semuanya balik ke rumah, sempat singgah di pantai 🏖. Lepak sekejap dengan angin pantai dan bunyi deruan ombak. Masa ambil gambar ini Qaireen tengah tidur dalam kereta. Kepenatan mandi kolam hehehe... Lepas itu kami pergi makan tengahari.
MasyaAllah seronoknya bercuti dengan kawan-kawan ni. Walaupun satu malam saja tetap rasa puas hati. Bukan senang nak berkumpul macam ini. Macam-macam cerita keluar dengan gelak tawa sampai keluar air mata dan hingus hehehe.. sayang semua ketat-ketat. Moga persahabatan ini berkekalan hingga ke Jannah 💕.
Ya Allah, lamanya ai tak update blog. Sepatutnya cuti sekolah ini banyak dah masa terluang, rupanya tak pun. Banyak sangat cerita ai tak masukkan lagi, insyaAllah dalam masa 7 hari ini ai akan usaha jaya untuk masukkan sebanyak yang boleh. Chayok Yati!!! hihihi... Hari ini nak masukkan cerita berkenaan kami pergi ke majlis perkahwinan staf enZaf baru-baru ini. Majlis ini diadakan di Bahau, Negeri Sembilan. Lama tak dapat jemputan perkahwinan, bila ada ni ai rasa teruja :) Pertama kali juga kami semua nak ke Bahau, rupa-rupanya jalan nak ke sana sama dengan kami pergi dahulu sebelum ini ke majlis bertandang sepupu ai Aizad [link]. Cuma Bahau ini jauh sedikit.
Kalau nak diikutkan perancangan enZaf, dia nak bertolak dalam pukul 11 pagi tapi kami bertolak dalam pukul 12 lebih tengahari. Ai yang lambat siap dengan nak uruskan Qaireen yang tak nak bangun lagi huhu.. jenuh nak pujuk dan layan dia supaya dia tak bad mood. Sebelum bertolak enZaf Waze dahulu alamat nak ke sana, ya ampun agak lama juga perjalanan. Ambil masa dalam 2 jam lebih yang mana hampir 3 jam sebenarnya dengan ditambah jem lagi terutamanya di Bukit Putus. enZaf dah macam berbelah bahagi nak pergi ke tidak, ai cakap dengan dia pergi sajalah tunjuk muka. Tak baik pula orang dah jemput kita tak datang. Lagi pun bukannya ada rancangan lain pun. Jadinya kami pun teruskan sahaja perjalanan nak ke sana :) Sampai-sampai dah dekat pukul 3 lebih petang hehehe..
Mujurlah ada lagi makanan, itu pun dah tinggal sikit sangat. Tetamu dihidang dengan nasi putih dan lauk pauk. Eh serius sedap sangat semua lauk-lauknya. Rasa macam nak tambah lagi walaupun dah ambil penuh pinggan tu :p
Sekejap je kami kat sini, selesai makan terus balik. Tak sempat nak berjumpa dengan staf-staf yang lain juga. Kami ni sampai lewat sangat hehe.. Sebelum pulang haruslah bergambar dengan pengantin dahulu.
Selamat Pengantin Baru buat Kirah dan suaminya. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Cantik sangat dia hari tu :) Keluar dari rumah pengantin kami terus mencari masjid. Nak balik ni pun berejam lagikan. Ai ingatkan nak lah singgah makan cendol ke atau apa-apa sahaja sepanjang balik tetapi tengokkan pada kereta dan orang yang ramai setiap persinggahan kedai makan, terus tak jadi. Merata-rata ramai orang sana sini. enZaf berhenti beli kuih muih je untuk makan dalam kereta. Oh ye Itik Salai banyak la dijual tepi jalan tapi kami tak makan Itik huhuhu..
Pertama kali juga dapat door gift roti Gardenia. Anak-anak bukan main seronok, mereka tu memang suka makan roti. Dalam rumah ini satu buku roti boleh habis dalam masa satu hari. Sabar je lah.
Uish tak habis lagi cerita Avillion ini, padahal 1 malam sahaja kami tidur hihi.. Entry ini yang terakhir, betul tutup cerita terus. Ai pun nak delete dah gambar dalam handphone ni, banyak sangat dah tak cukup storage :) Aktiviti kami pada hari terakhir di Avillion ialah bawa anak-anak ke Pet Farm. Tak silap ai Pet Farm dibuka pada masa yang ditetapkan dan hanya sekali sahaja satu hari. Sebelum nak masuk ke dalam Pet Farm tu, kami breakfast dahulu dan selepas itu bawa anak-anak mandi kolam pula. Dorang request nak mandi sekali lagi. Masa nak pergi ke kolam tu lalu depan Pet Farm, sempat la ai snap gambar burung merak dan turtle kat sebelahnya itu.
Tak silap ai Pet Farm tu dibuka pada pukul 10 atau 10.30 pagi. Dari anak-anak mandi kolam tu terus ke Pet Farm. Sebelum tu sempat ai minta anak-anak sarung semula seluar dan baju walaupun dalam keadaan basah. Takkan lah nak masuk dalam Pet Farm tu berbaju mandi pula. Itu yang bila dalam gambar nampak anak-anak macam basah terutamanya rambut hihi..
Perkara pertama, haiwan yang anak-anak terjah ialah arnab. Zahra, Aliah dan Ariq memang tak takut pada haiwan-haiwan macamni. Anak ayam pun ada, habis dipaksanya suruh makan.
Susah juga ai nak ambil gambar dorang ni, agak havoc juga sebab semua orang eksaited nak bagi makanan. Kawasannya agak kecil jadi sempit sedikit bila ramai orang. Tapi walaupun orang ramai, banyak haiwan dalam ni.. rasa la seronok tu.
Ambil gambar anak-anak setiap seorang pegang arnab. Simpan sebagai kenangan.
Putih betul arnab yang Aliah pegang ni. Sampai nampak kotoran degil kat kakinya hihihi..
Ariq agak struggle sedikit nak pegang arnab tu. Katanya arnab tu tak nak duduk diam :p
Sampai staf kat Pet Farm tu datang kat Ariq, dia ajar macamana nak pegang arnab dengan betul. Mungkin dia nampak Ariq huru hara nak pegang arnab sebelum ni hihi..
Akhirnya dapat juga ambil gambar dorang bertiga ini duduk dekat. Kalau tak hilang semuanya ke sana sini masing-masing. Sampai ai susah nak nampak kelibat dorang. enZaf kat luar Pet Farm jagakan Qaireen tengah tidur. Dia suruh ai layankan anak-anak. Dia tahu ai akan ambil banyak gambar dan video hehe.. Thank you Yang!
Akak Zahra tiba-tiba datang dekat ai, dia tunjuk akhirnya dapat pegang anak ayam. Susah nak tangkap sebab laju dan anak ayam tu pun berkepit je dengan maknya. Terus laju ai ambil gambar dia.
Aliah pun dapat pegang anak ayam cuma Ariq sahaja tak dapat pegang lama, bila pegang asyik sahaja terlepas.
Dalam Pet Farm tu sempat lah ai ambil beberapa gambar arnab. Ada je haiwan lain tapi sebab ai malas nak bangun. Ambil gambar yang ada depan mata je haha.. yang pasti semua arnab-arnab tu comel sangat.
Cantik hitam putih. Elok je hitam kat mata tu macam pakai mask.
Arnab kat gambar bawah ini paling comel. Rasa nak picit-picit saja. Geram betul dengan warna pun cantik kelabu putih.
Rasanya dalam 1 jam juga kami kat dalam tu. Kiranya sampai habis masa lah hihihi.. Anak-anak memang ralit sungguh, tak sampai hati pula nak duduk sekejap je. Ai pun biarkan je lah dorang bertiga tu seronok main dengan haiwan. Lepas habis kat Pet Farm tu terus kami balik bilik. Mandi dan bersiap untuk check-out.
Sebelum nak keluar dari kawasan Water Chalet ini sempat kami jalan pusing-pusing sekali lagi sekitar Avillion. Bangunan belakang kami dalam gambar di bawah ini ada Lounge. Ingatkan nak pergi situ untuk bergambar tapi kanak-kanak tak dibenarkan masuk ke dalam tu. Sebelum ini pernah tengok orang bergambar dalam tu nampak cantik view. Sedih pula rasa tak dapat masuk tapi tak apa lah nak buat macamanakan, dah gitu rulesnya.
Apa pun kami semua gembira bermalam dekat Avillion Port Dickson ini. Anak-anak ape entah lagi, sejak dari tidur situ boleh dikatakan anak-anak ajak Daddynya ke sana lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih kami pasti datang lagi. Sekarang ni kita berdoa semoga bebas dari pandemik Covid-19 dan dapatlah kita menjalani kehidupan seperti biasa.