Wednesday, November 26, 2008

Langkawi


Ini cerita last month punya. Tahun ini company ai organized outing dekat Langkawi. Horey!!! Best sangat. Mana tak bestnya pergi freekan hahaha. Dapat naik kapal terbang lagi :p 3 hari 2 malam dekat sana, dari 25 hingga 27/10/2008. Kami bermalam di Holiday Villa Hotel. Bila ai dengar nak pegi Langkawi, terus teringat Corelle. Hmmm.. enSuami, please standby $$ yer hihi Orang kata kat sana harganya murah-murah. Betul la agaknya kan. Tak de la membeli banyak, dapat la set corelle satu. Alhamdulillah, apa yang kita nak tu dapat. Thank you Yang!!!

Alhamdulillah sepanjang kami dekat sana, cuaca sangat-sangat elok. Tak hujan langsung. Kalau hujan tentu banyak aktiviti tergendala. Kesimpulannya, kami semua gembira dekat Langkawi. Gambar bawah Zahra dengan Daddy. Masa ni kami kat KLIA baru nak check-in. Muka seronok nak naik flight :)



Alhamdulillah, penerbangan berjalan dengan lancar. Kami selamat mendarat di Langkawi Airport. Pertama kali Zahra naik flight, mujur dia tak meragam. Senyap je dia. Good Girl!! Sempat lagi bergambar turun-turun dari kapal terbang. Tak ingat pula siapa yang ambil gambar ni.



Masa kami dalam kapal terbang tu, ada sorang baby menangis sepanjang perjalanan. Kesian tengok dia, mesti parents tu dah bermacam cara buat nak bagi baby dia diam. Bertabahla. Sampai-sampai Langkawi kami terus check-in hotel. Tapi tak masuk bilik, terus ke dewan untuk makan tengahari.



Dari kanan ialah Mama Kak Ismi bertudung biru, Kak Ismi orang kuat yang buat payment untuk outing ni, Me muka yang kegembiraan dapat makanan, kebulur dah tu hihi, Lorna & Kak Tini antara orang kuat yang bertungkus lumus menjayakan outing ni). Memang elok la sampai-sampai dah waktu lunch memang ai dah lapar sangat. Habis semua makanan ai ambil hihihi Company pun alang-alang buat Majlis Hari Raya sekali.



Lepas makan masuk bilik dan berehat. Bergambar kami berdua, Mummy dan Zahra. Pagi-pagi dah kejutkan dia nak lepak pantai dan mandi laut. Zahra kena paksa rela bangun pagi tu. Thanks to kawanku Nedd bagi baju merah ni untuk Zahra. Macam tahu-tahu je kami nak pergi pantai. Thank you kawan!



Masa kat pantai ni Zahra dalam kehairanan. Mungkin pertama kali tengok laut. Terutamanya pada ombak, lama dia tenung ombak tu. Samaada dia tengok ombak tu yang tak henti-henti atau pun sebab bunyinya kan. Bila Daddy dia bagi kaki dia mula-mula rasa air laut, punya la menangis. Ketakutan hehehe lama sikit bila kaki dah main air kemain suka sampai tak nak balik pula, boleh gitu. =) Tenghari kami keluar, ikut pada tentative programe pergi ke Dataran Helang.



Masa ni bergambar on the way nak ke Dataran Helang. Tapi kami sekerat jalan saje sebab cuaca teramatlah panas. Tak sampai pun kat helang tu. Lebih kesiankan pada Zahra. Dia pula tengah tidur dalam stroller. Boleh ya si kenit tu tidur dengan cuaca panas-panas. Lepas tu bila dia dah bangun, ya rabbi basah lencun kepala dia dengan stroller sekali penuh dengan peluh. Memang cuaca panas sangat walaupun dah letak fan kat depan dia. Tak jalan nampaknya huhuhu



Gambar atas ni masa buat birthday party anak lelaki ED bos besar kami, Omar Suleiman bin Dato' Haris Onn. Tak silap ai yang ke-9 tahun. Happy Birthday Dear Omar!! May Allah bless you. Zahra takut kat clown masa party tu. Bila nak bergambar tu, terpaksa la clown pergi belakang haha.



Comelkan Zahra pakai topi. Pasrah je orang letak ape kat atas kepala dia tu hihihi. Sebab tu senang letak headband, jenis tak mengusik. Banyak lagi aktiviti kami kat sana. Pergi Makam Mahsuri, 7 telaga air panas, naik cable car dan banyak lagi tempat menarik kat Langkawi ni. Fuh part naik cable car tu memang gayat. First time naik, dah tu boleh nampak dengan jelas ketinggian, kedalamam dan kecuraman. Ish, memang mengerikan juga la. enZaf cakap cukup la sekali je dia naik. Tak nak naik lagi dah hahaha

Saturday, November 22, 2008

HAPPY BIRTHDAY TO ME...


HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
HAPPY BIRTHDAY TO YATIII!!!
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Harini bersamaan 22hb November, genaplah umurku yang ke-28 tahun. Wah 28 tahun dah rupanya. Macam tak percaya pula, terasa macam baru umur 18 tahun hahaha Perasan sungguhla. Harini kitaorang pergi Pavilion, makan tengahari kat Mezze, Tangs. Redeem birthday meal voucher. Thank you Tangs!



Nampak macam sikit tapi menyenyangkan. Sedap pula tu..burpp!! Alhamdulillah



Seronok Zahra dapat makan. Tangan dia kiri dan kanan pegang roti. Elok juga pegang makanan tu, dia duduk la diam sekejap. Kalau tak, ada je menda dia nak buat. Bukan tahu duduk diam.



Ai dapat free slice of cake. Thank you Mezze!!



Lepas makan kami berjalan dalam Pavilion. Habis cuci mata kaki pun dah penat, singgah dekat La Bodega. Isi perut sikit untuk makan petang pula. Bab makan ai okay je laju hihi Masa tengah tunggu makanan yang diorder enZaf tetiba bagitahu. Makanan kat sini "ala-ala manja". Ai kehairanan kenapa ala-ala manja. Dia bagitahu lagi manja sebabnya portion makanan semuanya kecil-kecil saja. Ala-ala manja gitu. Setakat rasa je bukan menyenyangkan sangat. Hahaha ada-ada je lakiku ini. Macam-macam. :)



Bila makanan sampai, memang betullah apa yang dikatakan oleh enZaf. Ala-ala manja sangat. Tapi untuk ai okay je, pergi situ pun memang untuk makan petang. Just nice la portion yang dapat.



Dalam cuci-cuci mata kat Pavilion rupanya dapat juga birthday present dari enZaf. Dia tahu ai memang dah berkenan sangat dengan baju tu. Bila dia kata beli lah, berbunga-bunga la hati ini.

My Cute Lil Princess


Inilah harta yang paling berharga dalam hidupku sekarang. Penyeri dalam hidupku selain dari suami semestinya hihihihi. Memperkenalkan my very cute little princess QASRINA ZAHRA.

Gambar bawah ni masa dia baru lahir. Baru beberapa jam keluar dari perut :)



Merah-merah kulitnya. Keluar-keluar celik mata dia bulat sungguh la hai.
Date: 17th March 2008
Weight: 2.55kg
Hospital: Damansara Specialist

Sekarang ni dia dah 8 bulan. Sangat-sangat aktif. Tak reti duduk diam, ada je macam-macam dia nak buat. Hanya aman bila dia tidur saje hahaha. Berat hanya 7 kg saja. Tak berat sangat sebab petite, ikut macam Mummy dia la.



Walaupun ringan, tapi badan tu padat dan gebu. Ketul-ketul macam "michelin". Orang kalau tengok dia memang geram :)

Akhirnya....


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga create my own blog hihihi. Selalunya baca blog orang je kan. Hari ini ai cuba nak buat digital diary seiring dengan teknologi serba canggih ni. Bravo to me hahaha

Jadi dengan adanya kewujudan blog ini, diriku akan cuba berusaha untuk menulis apa sahaja aktiviti yang diriku lakukan malah luahan perasaan jika ada :) Semuanya disimpan sebagai kenangan bukan sahaja untuk diri sendiri. Mungkin akan dijadikan kenangan untuk anak-anak. InsyaAllah.