Friday, October 30, 2020

Bilik Air Berwajah Baru


Alhamdulillah akhirnya siap juga bilik air kami. Fuh lama diriku menunggu bilik air ni siap. Adalah dalam 2 bulan lebih juga. Yang penting dah siapkan tak silap ai dalam 26hb September siap sepenuhnya. Banyak juga la perubahan rupa bilik air ini. Kebanyakkan barang memang kita tukar, adalah dalam 1-2 barang kita simpan sebab boleh pakai lagi. Rasa terang benderang betul bilik air kami kali ini sebab banyak warna putihkan. Atas shelf tu masih tak complete lagi nak letak barang. Sebelum ni kami ada pergi ke Kaison tapi tiada frame yang berkenan nak diletakkan dalam bilik air. Bab deko ni nanti kemudian la cari.



Atas shelf tu hanya tinggal satu tingkap je. Kalau diikutkan yang asal, ada 2 tingkap. Tapi enZaf decided tinggalkan satu je sebab jarang buka pun tingkap bilik air ni. Paling menarik perhatian ai dalam bilik air ni dah tentulah lantainya. Gembira sangat sebab impian nak lantai bercorak tercapai hihihi.. ikutkan masa beli tu ai ada berkenan satu corak ni, tapi disebabkan permukaan tiles tu licin maka terpaksalah pilih corak yang lain. Apa pun, tiles yang sekarang ni pun dah cukup puas hati :)



Tiles bercorak tu pasang dari sinki ke toilet bowl sahaja. Bahagian shower pasang plain tiles. Ingat nak buat penuh semua bercorak tapi macam tak menarik pula. Takut nampak lebih serabut. Water heater guna semula yang sebelum ini. Masih elok lagi buat apa nak tukar lain. Tapi sayang hand showernya yang asal tiada. Orang yang renovate bilik air ni dia terbuang pula. Terpaksa beli yang lain dan sambung semula, nampak tak berapa cantik sangat. Sedikit kecewa tapi tak pe lah nak buat macamana, benda dah jadi.



Dekat area shower tu kami buat pili air baru. Pili air itu untuk memudahkan kami mengambil wuduk. Terlindung pula dengan kabel shower, patutnya potong sikit bagi pendek supaya nampak kemas. Tapi takpe la yang tu abaikan ;) Untuk mirror cabinet yang kami beli di Ikea, kami pasang berhadapan dengan toilet bowl. Cadangnya nak letak atas sinki tapi tak jadi sebab cabinet tu besar menyebabkan sinki kami yang comel tu sempit hehehe Kalau sinki besar boleh pakai mirror cabinet tu. Ianya bukan besar lebar tapi besar ke depan jadi tertutup sinki kami tu. Nak explain pun ai tak pandai, kena tunjuk tapi tak ambil gambar pula masa pasang cabinet ni atas sinki.



Macam-macam dah ai simpan dalam tu. Penuh dengan pad sahaja hehehe



Lampu dalam bilik air ni pun kami tukar. enZaf yang pergi beli lampu ni sendiri. Sebelum ni ai ada pergi tengok tapi masa tu hanya survey sahaja. Dalam banyak kedai yang masuk, lampu ni juga yang dia berkenan bukan sahaja cantik tapi murah juga. Kebetulan ada diskaun itu yang enZaf terus beli.



Berkenaan dengan shower glass, kami masih lagi tiada kata putus nak buat ke tidak. Bagi ai tiada shower glass pun dah okay. Cuma itu la enZaf tak nak lantai bilik air ni basah semua. Hal shower glass ni ai serahkan kepadanya. Nak buat boleh tak nak buat pun ai tiada masalah. Terima kasih juga kepada tukang buat bilik air ni En. Talha. Baik orangnya, layan je karenah kami terutamanya ai la. Ai ni cerewet sikit, eh cerewet banyak kot. Kalau buat keja tu nak perfectionist. Tapi ai faham, kalau nak servis tiptop kena la guna khidmat yang lebih pakar dan arif. Bila dah guna pakar tu harusla bayarannya mahal. Disebabkan bajet kami ni ikut kemampuan, semua menda kami beli sendiri, jadi ai cuba bertimbangrasa sikit. Setakat benda-benda kecil tu tutup mata je lah hihihi

Wednesday, October 28, 2020

Sambung PKPB di Selangor


Kalau nak diikutkan hari ini 28hb hari terakhir PKPB di Selangor tetapi 2 hari yang lepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan bahawa PKPB dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9hb November 2020. Bukan negeri Selangor sahaja, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut terlibat. Walaupun hati ni rasa berat je nak sambung lagi PKPB ni, tapi apakan daya. Demi keselamatan diri memang patutla disambung lagi memandangkan kes harian semakin tinggi. Baru ingat habis PKPB ni nak lepak kat mamak hihihi..

Bertabah la diriku bukan sahaja untuk 14 hari lagi tapi rasanya sampai hujung tahun 2020 la kot kan. Anak-anak pun eloklah direhatkan dari pergi ke sekolah. Cuma itu la nak hadap hari-hari dengan anak-anak ni yang semakin lama semakin liat nak buat kerja sekolah huhuhu... Penat dah rasa membebel. Jangan katakan anak-anak je ai sendiri pun lebih kurang juga. Kadang-kadang tu tak termonitor nak tengok kerja rumah anak-anak ni. Dalam Whatsapp jangan katala, seawal 7 pagi dah start masuk message bertalu-talu. Homework dari Whatsapp dan GC semua ada. Belum kira dengan online class. Rasanya hari-hari diriku kena sentiasa bertenaga dan cergas untuk balancekan antara kerja rumah, anak-anak dan suami ehhhh :p Apa pun diriku bersyukur sekurang-kurangnya anak-anak ni ada di depan mata. Hanya berdoa pada Allah supaya kesabaranku sentiasa menebal hahaha

2 hari lepas enZaf ajak ai turun ke playground. Katanya lama sangat ai ni duduk rumah tak keluar-keluar hehe Bawa anak-anak main kat playground untuk hilang rasa stress tu. Duduk dalam rumah lama-lama dengan gadget bukannya elok sangatkan.



Minta enZaf ambilkan gambar ai dan anak-anak tengah main papan jongkang jongket. Lama betul tak main rasa macam kanak-kanak pula hehe Kalau orang tengok ni mesti kata tak senonohnya la mak budak tu. Nasib tak patah hehe



Asalnya gambar kat atas ni gelap tapi ai terangkan sebab nak masukkan dalam blog ni. Seronok tengok anak-anak main. Aliah dan Ariq main basikal pusing-pusing sekitar taman ni. Qaireen main slide, tak penat-penat dia naik turun entah berapa kali. Bukan main suka, bila dah turun dari slide tu siap cakap "Yeay!!" :)



Ingatkan lepas anak-anak ni main playground nak minum sekejap kat cafe. Tapi cafe tutup pula. enZaf kata selalunya buka, mungkin hari tu bukan rezeki kami.

Monday, October 26, 2020

Kembali ke Taman Botani Shah Alam Setelah 4 Tahun lebih


Rupanya sudah lami kami tak pergi ke Taman Botani Shah Alam. Bila ai search balik dalam blog ni, kali terakhir kami pergi pada tahun 2016 [link] Dan ai baca semula entry tu ya memang ai ada niat nak datang lagi sekali ke sini dengan anak-anak bila masing-masing dah pandai bawa basikal. Nampaknya tercapai sudah hasratku ini. Memang betul kami datang lagi sekali ke Taman Botani ini untuk berbasikal dengan anak-anak. Tak sangka sungguh. Cuma berbeza kali ini kami pergi ai tak ambil gambar banyak sangat. Bila dah berkayuh basikal susah pula nak bergambarkan. Lebih banyak menghayati kawasan keliling dan bergelak ketawa dengan enZaf dan anak-anak hihi Masuk sahaja dalam Taman Botani ni, terus kami menuju ke tempat sewa basikal. 3 basikal kami sewa kecuali Aliah dan Ariq bawa basikal dari rumah. Anak-anak nak tengok haiwan, kami terus berbasikal ke Taman Haiwan. Boleh tahan penat juga nak sampai ke sana. Sebab jalannya bukannya lurus dan mendatar. Naik turun bukit semua cukup. Gigil juga kaki dan lututku nak mengayuh, sampai-sampai depan Taman Haiwan tu macam minta nyawa. Tercungap-cungap ai hahaha.. Berehat sebentar ambil nafas sambil anak-anak tengok haiwan yang ada kat dalam tu :)



Tengok 2 jenis haiwan je masa ni. Tak sure pula ada haiwan apa lagi sebab kami rehat tak lama. Terus sambung cycling ke tempat lain pula.



Kami cuba berbasikal di laluan lain. Ai tak ingat laluan ini menuju ke mana tapi yang pasti jalannya sangat la meletihkan. Banyak naik turun bukit. Sampai ai tak larat nak kayuh, bila nak naik bukit tolak je basikal hihihi.. Anak-anak pun sama kalau tak larat tolak je basikal. Tapi bila nak turun bukit paling best, bukan main laju lagi haha Rasanya lemak ai bergegar masa ni :p



Berhenti kat peta sebab tak tahu dah kat mana kami sampai. Ada lagi laluan kalau nak teruskan, tapi waktu tu dah kesuntukkan masa. Dah pukul 4 lebih, Taman Botani ni tutup pukul 5 petang. Jadi kami berpatah balik dan harus mengharungi semula naik turun bukit. Pergh mencabar sungguh rasa sebab inilah kali pertama bawa basikal berpeluh macam apa. Sebelum ni berbasikal kat Tasik Titiwangsa tu santai-santai sahaja.



Tak sedar pun bila masa enZaf ambil gambar ni. Masa ni ai sibuk nak tengok kalau ke depan lagi ke mana sampai cekak pinggang. Makcik makcik sangat la kan haha Tak sedar diri umur dah nak masuk 4 series :p



Qaireen paling seronok sebab dia sorang yang tak penat :p Mujur la enZaf yang bawa dia. Kalau ai bawa dia mau terbalik basikal tu. Bawa diri sendiri pun dah penat haha.. Daddy dia siap pasang lagu dan Qaireen menyanyi dengan gembiranya. Seronok ye nak hehehe Gambar bawah ni Daddy dia ajak wefie.



Walaupun cycling kami ni mencabar, anak-anak tetap enjoy. Satu kelainan katanya. Hantar semula basikal sewa dan terus cari air hahaha.. masing-masing kehausan. Qaireen pula nampak lolipop, itu yang dia minta.



Ambil gambar anak-anak sebelum keluar pagar dari Taman Botani.



Lepas tu kami terus menuju mamak pekena teh tarik ahaha.. habis jahanam lemak yang baru dibuang telah dimasukkan semula. Serius seronok naik basikal kalini. Agaknya bawa basikal naik atas jalan tu lagi seronokkan. Sekarangkan trend orang ramai berroadbike. Belum cukup duit je nak beli basikal mahal tu. Kalau ada duit agaknya dah atas jalan kot sekarang ni hahaha

Oh sempat ambil satu video pendek masa kami tengah cycling. Itu je la yang ada pun haha kejap je sebab masa ni rekod tengah turun bukit. Tak boleh lama-lama kang terbabas pula ai.


Friday, October 23, 2020

Restoran Temerloh Catering Seksyen 13 Shah Alam


Kami pergi makan ikan patin yang tak dirancang. Ikutkan masa pergi Seksyen 13 ni kami nak makan Pak Anjang Nasi Bariani [link] tapi ramai sangat. Itu yang terus makan kat tempat lain. Nak makan kat nasi ayam kampung pun ramai juga orang. Masa sampai kedai sini ramai juga orangnya, elok ai masuk dalam ada satu meja kosong depan mata. Mungkin dah tertulis rezeki kami makan kat Temerloh Catering agaknya hehehe Gambar bawah ni saja ambil gambar Qaireen yang dia nak pakai face mask dalam kereta. Dalam kereta tak perlu pakai nak oi, keluar nanti baru pakai. Nanti baru keluar tak sampai 10 minit dia nak buka dah huhuhu



Eh gambar atas ni tiada kena mengena dengan makan yang nak cerita dan tak sama hari pun hehe Menyelit tiba-tiba :p Okay berbalik pada cerita asal. Bila dah masuk dalam kedai nama Temerloh, semestinyala kena ada lauk tempoyak ikan patin.



Sebelum enZaf ambil lauk ni, dia ingat dah habis. Dia tak perasan yang kalau nak kuah tempoyak ada kat stall berlainan. Tak perasan sebab kedudukan lauk-lauk yang diletak dengan stall tempoyak ni jauh. Sebelum tu dia dah ambil 2 ketul patin goreng. Dah ai kena makan banyak ikan patin hari tu. Dalam banyak-banyak menda nak makan, ai paling suka yang atas pinggan dalam bekas kecil tu. Yezza ai peminat tempoyak. Kalau ada tempoyak ni boleh makan nasi bertambah-tambah.



Dan hari tu ai memang makan banyak sangat sampai sebu perut. enZaf kata tak apa makan banyak sebab lepas ni nak exercise main basikal :) Harap-harap tak terkeluar la nasi tu nanti hahaha



Kat luar kedai ni ada jual cakoi. Nampak macam menarik je, terus enZaf order. Satu plastik RM5, cicah dengan kuah sankaya. Sedap cakoinya, lembut dan kuah sankaya tu just nice manisnya. Memang tak berhenti makan. Mula-mula order satu lepas tu anak-anak suka tambah lagi satu. Nama cakoi ni Puteh Melaty, sedap nama macam cakoinya juga hehe



Masa dalam kereta, ai cakap dengan enZaf macam pernah makan je Temerloh Catering ni. Tapi bukan kat sini la. Tanya dia lagi yang kita makan kat Glenmarie dulu [link], enZaf pun ingat-ingat lupa kedai sama ke tak. Bila buat entry ni saja la ai search balik pasal ikan patin. Rupanya memang betul sama kedai kami makan kat Glenmarie tu dengan Seksyen 13 Shah Alam ni. Cuba Google semula pasal Temerloh Catering ni, baru tahu yang di Glenmarie tu dah takde. Sama ada tutup buka kat Seksyen 13 ni atau sebaliknya. Dan terkejut ada kat KD, punya la tak perasan. Nanti dah habis PKPB boleh makan kat cawangan sini pula. Lagi senang nak pergi dah dekat.

Wednesday, October 21, 2020

Before PKPB


Sehari sebelum PKPB enZaf ajak minum petang kat luar. Dia tahu lepas ni ai dan anak-anak kena duduk rumah selama 14 hari. Walaupun boleh keluar berdua tapi siapa pula nak jaga anak-anak kat rumahkan. Kami minum petang di Coffee Beans Taman Tun Dr. Ismail. Bukan main jauh perginya. Kat KD ni takde Coffee Bean tapi Starbucks banyak sampai 4-5 cawangan.



enZaf tiba-tiba nak makan Bagel katanya, itu yang dia ajak minum kat sini. Kita ikutkan saja la. Yang penting dapat makan dan minum haha



Eh tadi saja Google Coffee Bean ni, rupanya ada satu kat dalam Tropicana Gardens Mall. Mall baru ni berhadapan dengan Sunway Nexis. Shopping mall ni ai tak pernah masuk lagi, memandangkan ianya baru mungkin banyak kedai tak buka lagi. Kalau tengok dari luar dan banner yang digantung ada nampak banyak kedai makan dalam tu, MBO pun ada juga. Tunggu lama sikit nanti nak cuba masuk dalam. Gambar bawah ni masa kami makan malam kat Waheeda. Lama tak makan pulut mangga. Kali terakhir makan masa pergi Kemaman.



Kat bawah ni gambar lama, saja masukkan dalam entry ni. Ai ada beli handsocks masa buat MyKad akak Zahra. Sebelum tu dah lama usya je kat IG tapi tak beli-beli pun. Masa menunggu MyKad Zahra ni siap, ai ada perasan satu stall ni jual handsocks. Terus pergi kat situ, tengok punya tengok tahu-tahu dah pilih 2 warna hihi. Bila dah pasang niat ni elok la belikan. Semoga diriku istiqomah dalam menjaga aurat.



Cakap pasal aurat, suka betul tengok Neelofa sekarangkan. Sebak masa tengok video yang mak dia peluk tu. Okay berbalik cerita sendiri hihi Dua gambar bawah ni kami ikut enZaf pergi office. Dia nak siapkan tender ke sebut harga, tak ingat pula ai. Tengok jam kat atas Aliah tu dah pukul 11.30 malam.



Nak dekat pukul 12 pagi juga la baru balik. Anak-anak ni tak mengantuk pula. Dorang ni asal pergi office enZaf bukan main seronok. Apa yang best pun ai tak pasti haha Saja ambil gambar anak dara ni, buat muka dan cuba mengelak :p



Gambar terakhir ni bukan sebelum PKPB, yang ni gambar semalam hehe.. ai buat popia nestum. Buatnya malam dekat pukul 10 malam siap, ingatkan buat ni nak simpan dalam balang. Tapi tak sempat, anak-anak dah serbu nak makan. Ada la tinggal suku je simpan. Sabar je la nak buat lagi tu tunggu mak korang ni rajin balik la ye hihihi Bukan main yang kecik tu pun, dia la paling banyak makan sekali.



Bila anak-anak tak pergi sekolah ni automatik masing-masing tidur lambat. Itu pun ai bagi extra 1 jam lambat dari biasa. Ikutkan pukul 10 malam semua dah masuk bilik masing-masing.

Monday, October 19, 2020

Akak Zahra Pandai Berbasikal Sudah


Akhirnya akak Zahra pandai dah main basikal. Setelah 2-3 kali praktis dan 2-3 kali juga jatuh bila praktis tu hahaha Kesian juga kat dia sebab dia belajar dengan basikal sewa. Basikal dia ada kat rumah tapi tak muat pula nak bawa dengan kereta. Terpaksa la dia pakai basikal sewa setiap kali kami ke taman. Bila dah berbasikal sewa tu condition setiap basikal tak sama, ada yang okay ada yang kurang jadi dia tak berapa biasa sangat. Mujurla akhirnya dia berjaya jugakan hehehe Good job kakak!

Mana lagi tempat kami pergi kalau tak ke Tasik Titiwangsa. Kalau kat Kota Damansara ni ada macam Titiwangsa ni kan best. Ni jauhnya la hai nak ke KL. Tapi demi anak-anak ni kami sanggup je, bagi dorang seronokkan. Kalau kat rumah tu asyik je mengadap gadget. Sampai agak awal juga sebelum Asar lagi, cuaca hari tu pun tak berapa cerah, awan mendung sudah. Itu pun dah hujan rintik-rintik on off. Nampak kat jalan tu basah, kami stop berteduh kejap kat bahagian tak basah kena hujan hehe



Lama-lama kami redah je bawa basikal dengan hujan rintik-rintik. Nak tunggu habis hujan nampak gaya macam lambat lagi. Bukan main seronok semuanya dapat main basikal dalam hujan. Sempat lagi posing sementara tunggu enZaf gi toilet. Thank you Aliah ambilkan gambar ni.



enZaf sorang je tak berbasikal, dia memang nak joging.





Singgah bergambar kat jambatan. Kat tasik sini pun banyak ikan dan turtles. Masa ni lupa nak bawa roti itu yang bergambar je lah haha



Mood Qaireen petang tu tak berapa nak okay. Dia tak nak duduk diam-diam kat basikal, sibuk nak berjalan sebab nampak Daddy dia joging. Terpaksa Daddy dia melayan dia berjalan. Kesian enZaf tak dapat nak joging lama, dapat sekejap je huhu Tengah berjalan minta nak belon la, bubbles la hahaha Jenuh layan karenah dia. Kalau datang meragam dia tu semua orang pening :p



Disebabkan kami datang awal, jadinya boleh la balik awal juga. Kat Titiwangsa ni kalau datang lambat tak seronok sebab dah ramai sangat. Suka lagi datang awal-awal orang kurang sikit, nak cycling pun tenang. Tapi kalau awal cuaca panas sikit la, anak-anak bukan kira dah panas ke tak kan. Qaireen dapat juga bubblesnya. Beli semata nak dia duduk diam kat basikal hehe.



Nanti kalau dah habis PKPB kat Selangor ni, boleh la cuba datang main basikal pada waktu pagi pula. Tak sure la pula pagi tu orang ramai ke tak. Boleh cuba kemudian.

Friday, October 16, 2020

Happy 10th Birthday Qalesya Aliah!


Oh sambungan harijadi Aliah. Kami masih di OU hehe Lepas ambil hadiah dekat Customer Service kami terus ke Kaison. enZaf dah janji dengan Aliah yang dia akan beli satu soft toy bentuk Unicorn untuknya. Memang Aliah minat satu Unicorn ni masa kami pergi Kaison sebelum ni. Masa tu tak la beli, jadi Aliah minta Daddy dia belikan masa harijadinya. Senang betul nak hiburkan hati diva ai ni, asal ada Unicorn dia okay. Minat sangat. Tiba-tiba ai teringat masa anak-anak ni kecil, asal birthday sesiapa je, sorang beli hadiah semua pun dapat hadiah juga. Masa tu masing-masing tak faham lagi. Sekarang bila semua dah besar, masing-masing dah faham yang dapat birthday present tu hanya sorang tu saja. Kalau tak parah la Daddy dia nak beli semuakan hihi



Masa ni Aliah tengah konfius nak Unicorn warna pink ke putih hehe.. Kejap ambil pink, lepas tu tukar warna putih pula. Sebelum tu dia ada ambil satu lagi Unicorn yang besar sedikit tapi Daddy dia tak berkenan pula. Sebabnya material yang besar tu tak berapa best dari yang kecil sikit ni.



Kejap je kami kat dalam Kaison ni, dah tahu apa benda nak beli terus la menuju ke situ. Kalau tak tahu nak beli apa itu yang ambil masa. Dari Kaison kami ke Bisou pula. Makan lagi. Kalini makan kek pula. Aliah nak Rainbow Cake, masa kami sampai Bisou tu Rainbow Cake memang tinggal 2 sahaja. Rezeki Aliah masih ada lagi. Terus Daddy dia ambil 2-2 kek tu, Ariq pun nak Rainbow cake juga.



Ambil gambar Aliah dengan lilin bernyala. Lilin pun pakai biasa je, Daddy dia tak beli lilin nombor 10. Nak pergi ke kedai belon tu agak jauh dari tempat makan ni, jadinya pakai lilin yang ada je sudah. Janji boleh tiup kan hehe



Rakam video nyanyi lagu birthday untuk Aliah. Selamat Hari Jadi yang ke-10 anakku Qalesya Aliah! Mummy sentiasa doakan yang terbaik buatmu sampai hujung nyawa. :)



Masa ni Daddy dia ambil gambar anak-anak. Hanya Qaireen sorang je yang pandang Mummy ;)



Gambar bawah ini dari kamera enZaf. Semua pandang satu arah kecuali Qaireen. Tahu dah pandang siapa tu hihi



Qaireen harusla ada nak nyanyi juga. Dia tu semua birthday orang dia nak nyanyi dan tiup lilin hehehe Bukan main happy lagi muka tu kan.



Ada ambil 3 cupcakes. Oreo, Pandan Gula Melaka dan Red Velvet.



Wefie satu keluarga.



Wefie lagi dari kamera enZaf.



Gambar wajib diambil setiap kali birthday. Gambar birthday girl dengan Daddy.



Mestila ada dengan Mummy juga. Kembang dah mak ko ni, nampak gaya kena joging dengan serius, sebelum ni joging satu kali tak pun dua kali seminggu je. Makan pun tak jaga lagi la huhu



Lepas makan kek terus kami balik rumah. Takde menyinggah mana pun, jalan-jalan masuk kedai pun tak dalam OU ni. Tengok orang ramai je kan kejap-kejap je kat satu tempat. Masa kat Kaison tu sempat enZaf beli spek untuk Qaireen. Comel gila bentuk buah nanas. RM2 ke RM3 je harga spek tu hahaha



Pejam celik hari ni hari ke-3 kami berPKPB. Pagi-pagi seperti biasa sibuk monitor anak-anak dengan GC. Masuk dapur pun lambat sikit dari kebiasaan, selalunya bila anak-anak sekolah makanan dah terhidang sebelum pukul 12 tengahhari. Untuk 14 hari ni dapat la masak lambat sikit, tiada nak kejar masa :) Salam Jumaat kawan-kawan, jangan lupa baca surah al-Kahfi.

Thursday, October 15, 2020

Birthday Lunch untuk Aliah


Pada 13hb September yang lepas, hari jadi Aliah yang ke-10 tahun. Besar dah diva Mummy sorang ni hihi Kebetulan tahun ini harijadinya jatuh pada hari Ahad, terus kami keluar untuk celebrate. Daddynya ajak ke OU. Katanya lagi lepas makan boleh pergi beli hadiah birthday Aliah sekali. Kami makan kat Chili's. Alhamdulillah sampai-sampai terus masuk dapat masuk dalam, kalau tak kat OU ni punya la ramai orang. Mesti kena beratur dulu. Qaireen awal-awal lagi dah nampak belon kat pintu masuk. Dia taknak duduk kat baby chair, sibuk nak main berlari dengan belon huhu



Ambil gambar adik beradik sebelum makanan sampai. Susah betul ajak Qaireen bergambar, dia buat tak tahu je. Sibuk main belon dia tu la.



Ambil gambar birthday girl sorang dengan belon free haha.. tahun ni Daddy dia cakap takde beli belon helium. Mujurlah Aliah tak berapa kisah sangat.



Qaireen bila dah nampak makanan atas meja barulah dia nak duduk kat baby chair. Selagi takde makanan selagi tu la dia duk berlari keliling meja. Adoi la anak, buat macam rumah sendiri. Saja ambil gambar anak-anak lagi tengah makan pula.



Ada order fajitas dan burger. Share dengan semua orang.



Bergambar satu keluarga masa makanan belum sampai lagi.



Lepas makan kat Chili's ai bawa Aliah pergi One Utama Customer Service Concierge untuk collect birthday present. Kat OU ni satu best anak-anak akan diberi hadiah harijadi setiap tahun dengan syarat ada kids member. Masa pergi collect tu ai tanya kat staf situ boleh tak ambil untuk anak-anak yang lain sebab Zahra dan Ariq birthdaynya masa kita PKP. Tak sangka dapat juga untuk dorang, tak rugi bertanyakan. Tahun ni OU bagi pencil case.



OU sekarang tengah tutup untuk proses saringan dan sanitasi selama 14 hari. Ya Allah semakin merebak dah Covid ni dikalangan kitakan. Dah berpecah merata virus ni sebab itu Selangor ni kena PKPB. Semoga virus Covid ini dapat dibendung dengan segera.