Saturday, June 29, 2019

Lama Tak Buka Nuffnang


Lama okay tak buka akaun Nuffnang.
Tetiba tadi tergerak hati nak tgk.
Sampai dah lupa password
terpaksa tukar password baru.

Disebabkan lama tak menjenguk,
maka lama juga la ai tak dpt earnings.
Sedih bila tgk dah takde iklan dr nuffnang.

Okay bermula hari ini akanku
rajin-rajinkan diri buka akaun Nuffnang
dan update entry selalu.

HELLO NUFFNANG!
Jangan lupakan ai ye.
Sudila kiranya bagi ai iklan byk2.

Friday, June 28, 2019

Raya dengan Bff


Raya ke-2 kami pergi umah Elin.
Dia jemput datang sblm nak bertolak
ke Terengganu malamnya.

Plan nak pergi umah Elin tengahari,
tetiba pagi tu enZaf ajak ke Johor
lepas dari beraya.
Dah dan dan tu jugak ai kena packing.
Elok2 nak pergi awal,
jadi lambat sket la gerak.

EnZaf cakap anak2 cuti sekolah tak bawak jalan.
Seminggu dah puasa,
seminggu lagi raya..
katanya bila lagi nak jejalan.
Ai okay je sbb awal2 raya selalunya
jarang ada jemputan..
masing2 balik kampungkan.

Nasib baik masa sampai umah Elin,
Nani ada lagi.
Itu pun dia nak balik dah sbb
lama sangat sampai.



Bergambar sblm dia nak balik.
Mata kananku tu ketumbit,
ntah ngintai sapa pun tak tahu haha



Ai plak menunggu Nowwa sampai.
Dia pun lambat sbb beraya tempat lain dulu.
Sampai2 ajak dia bergambar,
pastu terus kami beredar nak ke Johor.
Masa tu dah pukul 5 petang.
Malam la sampainya.




Gambar bawah ni plak,
cerita Sabtu lepas.

Pergi beraya rumah Nani.
Dia buat open house sekali
birthday tuk Adraa yang ke-4 tahun.



Pandai ibunya deko sendiri kek tu,
beli barang2 kat shopee je katanya.



Qaireen plak nak beriba je.
Masa org tengah nyanyi lagu birthday
kemain suka dia.
Nasib dia tak pandai lagi nak tiup lilin hihi



Laju2 kami makan sbbnya nak ke open house lagi.
Ada 3 rumah semuanya buat
masa yg sama plak tu huhu

Terima kasih Nani jemput kami beraya
dan makan kek.
Sanggup tunggu kami sampai
baru start majlis.



Happy Birthday Adraa Aisha!!
Semoga jadi anak yg solehah dunia akhirat.
Mummy sayang kamu sangat2.


Haritu buka puasa tak cukup corum,
beraya ni pun masih tak cukup berlima.
Payah betul tahun ni nak jumpa semuanya huhu

Thursday, June 27, 2019

Kawan Sekolah Rendah


Sabtu lepas dapat jemputan
dari kawan lama, Shima.
Kawan sekolah rendah kat Ipoh.
Open house sekali dengan
birthday party anaknya.

Buat dekat rumahnya kat Mont Kiara.



Kami sampai lewat sikit,
sbb ada jemputan lagi sebelum tu.
Masa sampai tengah ada clown show.
Seronok anak2.
Memang sampai2 dorang nak main terus
taknak makan sbb dah kenyang
dari rumah sebelum.



Qaireen kusyuk tengok akak2 dan abang
dia main bubbles.
Ajak pergi dekat taknak.



Ai ngan enZaf pun layan anak2 je dulu,
nak makan perut masih kenyang lagi.
Tengah sibuk layan anak2,
sekali nampak kawan lagi sorang.
Nama sama ngan ai gak tp
kami panggil Yati Besar haha
sama je macam kawan sekolah menengah.
Ada yati besar yati kecik :p

Dia pun datang lambat sama.
Apa lagi berjejak kasihan la kami bertiga.
Sambil nak berborak panjang tu,
kami pun lepak ambil makanan.

Harusla byk story mori dan
menggamit semula kenangan zaman sekolah.
Ya ampun.. byk juga yg ai lupa.
Hahaha urat memori putus byk sgt :)

Lama juga lepak borak sampai semua org dah balik.
Terima kasih la kat enZaf sbb
sudi tengok2kan anak
dan memberi ruang dan masa utk
wife dia berjejak kasihan.
Patutnya ada lagi satu rumah nak kena pergi,
tak jadi sbb borak tak hingat dunia.

Sebelum balik harusla bergambar.
Birthday girlnya takde,
sibuk main ehehe



Tak dpt borak lama sgt ngan tuan rumah,
paham sibuk melayan tetamu.



Orang kecik macamni la,
kesian sampai dorang nak kena bongkok
itupun tetap tak sama level.



YaAllah gebira sgt dapat jumpa ngan dorang.
Almost 27 tahun tak jumpa,
last masa darjah 6.
Punya la taktau kami ni
sebenarnya dekat2 jugak.
Kalau nak jumpa tu boleh sangat.
InsyaAllah ada rezeki lepak lagi ngan dorang.

Terima kasih DS Shima jemput ai sekeluarga
beraya dan celebrate birthday Sarah.
Happening sangat eventnya..
makanan pun sedap2.

And to Yati Besar jugak.
Muka dari kecik sampai skang,
tak byk berubah haha
Anak sulongmu lg tinggi dari ku :p

Itupun ada lagi sorang kawan rapat kami
masa kat sekolah, Farah.
Dia stranded kat Taiwan airport.
Flight delay.
Takde rezeki nak jumpa.
Kalau ada tu mau sampai malam kot balik hehe


Tuesday, June 25, 2019

Birthday Dinner for Ariq Firman


Lepas ambil Ariq dan Aliah balik sekolah, terus kami pergi ke Ikea. Tujuan untuk celebrate birthday Ariq dan berbuka puasa sekali tuk enZaf. Dia puasa 6, oh harini last day dia puasa, lepas tu dah boleh raya hehe



Banyak sungguh la enZaf order. Bila orang puasa order makanan, habisla semua menda dia nak. Hujung-hujung nanti ai juga yang kena habiskan huhu



Sementara menunggu azan Maghrib. Wefie satu keluarga.



Makan dekat Ikea waktu hari biasa, aman sket kalau nak dibandingkan hari minggu. Kalau hari minggu kepadatan tu ya ampun, rimas ai tengok, apentah lagi nak dapat tempat duduk. Nasib-nasib je la kalau dapat tempat datang hari minggu. Ini pun boleh dikategorikan ramai jugak la masa makan malam ni. Cuma tak sesak je. Lepas selesai makan malam, enZaf ajak ke Second Cup. Makan kek pula untuk birthday Ariq. Perghh tak kenyang-kenyang lagi perut tu haha

Anak-anak dara ni order Rainbow Cake. Licin dorang berdua ni hadap.



Qaireen sibuk berjalan dalam kedai. Orang dah dapat kaki memang tak nak duduk diam. Habis merata dia dia ke sana sini. Bukan main seronok lagi.

Ariq dengan keknya. Dia memang suka Carrot Cake.



Ai ambil gambar anak-anak sementara menunggu Daddy dia pergi beli belon. Dah ada belon nanti kita bergambar lagi dengan adik beradik.



Si kenit tu tak nak duduk diam, nak turun berjalan. Terpaksa akak Zahra peluk dia bagi tak bergerak sekejap semata nak bergambar huhu



Masa nak menyanyi lagu birthday untuk Ariq, kedai pasangkan lagu. Sweet sangat..




Lepas dah menyanyi dan tiup lilin, Aliah bagi Ariq hadiah. Terkejut ai ngan enZaf. First time okay dia bagi hadiah kat Ariq. Lebih tak disangka dia sanggup keluarkan duit simpanan dia dari tabung, pergi beli hadiah dekat kedai buku sekolah hehehe Ariq bukan main eksaited bila dapat hadiah tu. Tak sabar nak bukak terus.



Ai memang sangat tak percaya apa yang Aliah buat. Terharu ai tengok Aliah bagi Ariq hadiah. Dah la dua orang beradik ni asyik je bergaduh hihi Gaduh-gaduh sayang la tu kan. Semoga ikatan adik beradik ni, sentiasa dilimpahi dengan kasih dan sayang hingga akhir hayat.



Ahirnya Ariq buka hadiah. Aliah belikan Ariq pencil box, complete dengan stationary dalam tu. MasyaAllah. Aliah tahu stationary Ariq selalu hilang dekat sekolah.

Happy Birthday abang Ariq!! 7 tahun dah kamu :)



Lepas lepak makan kek, enZaf ajak ke ToyRUs pula. Bawak birthday boy tu pilih hadiah. Sebelum tu wajib la ambil gambar ngan birthday boy dulu. Anak manja Mummy ni. Sebelum ada Qaireen, dia la tempat bermanja. Bertahun tidur bawah ketiak Mummy dia hihi



Thank you Daddy sentiasa menggembirakan anak-anak. Semoga murah rezeki enZaf sebab tak pernah berkira dengan keluarga.



Bergambar lagi dengan adik beradik. Qaireen nak naik pusing-pusing tu tapi takut. Lagi satu dia gayat hehe



Gembira Ariq dapat hadiah birthdaynya.



Tak habis-habis dengan Hot Wheelsnya. Masa masuk dalam ToysRUs, bukan main lagi bersemangat mencari remote control car. Dah bagitahu ai yang dia tak nak Hot Wheels. Alih-alih.. lain jadinya. Bila dah banyak sangat tengok mainan sampai rambang mata la tu haha Tak kisah la nak ape pun dia nak beli, janji dia happy sudah. Mummy pun happy tengok anak-anak happy :)


Monday, June 24, 2019

Happy 7th Birthday Ariq!


Hari Khamis yang lepas iaitu 20hb Jun ialah harijadi Ariq yang ke-7 tahun. Besar dah anak bujang Mummy sorang ni. Hari-hari sebelumnya dia ada sebut pasal birthday dia nak beli party pack untuk bagi pada kawanawan kelasnya. Dari hari ke hari ai asyik je terlupa nak sediakan party pack tu sampai la esoknya nak birthday (Khamis), hari Rabu baru ai terhegeh-hegeh nak membeli. Nasib baik la enZaf tak outstation atau pun banyak kerja haritu. Lepas Maghrib terus kami keluar dan masa dalam kereta lah baru nak decide beli barang dekat mana huhu Kalau diikutkan tahun-tahun sebelum ini, barang-barang party pack beli kat GM Klang, tapi ni dah last minutes, maka cari mana yang dekat saja la.

Tanpa melengahkan masa kami terus ke OU. Dan laju meluru masuk ke dalam Kaison. Ai minta Ariq pilih barang yang nak dibeli untuk kawan-kawannya. Tapi mestilah bersyarat, tak lebih dari peruntukan yang diberi hehe



Bukan main anak bujang tu memilih hehe. Rambang mata dia, macam-macam dia nak sumbat dalam bakul. Lepas setel kat Kaison, kami pegi ke Giant pula. Ai nak beli barang dapur sikit, dah alang-alang tu Ariq pun cari makanan untuk tambahan dalam party pack dia. Ada juga nak selitkan :p Semua makanan tu pilihan Ariq :)



Gigih Ariq menyiapkan sorang diri. Mummy hanya monitor bilangan party pack saja.



Keesokkan hari ai hantar dia ke sekolah. Tak sabar la tu nak bagi kat kawan. Paper bag yang kecik kat tangan kanan dia tu party pack untuk guru kelasnya. Special sikit, besar dan lagi banyak makanan haha.



Ai pass semuanya kat guru kelas Ariq. Lepas tu ai dengan tak malu minta guru dia tolong ambilkan gambar Ariq bersama kawan-kawan kelasnya dan whatsapp kat ai hehe Simpan buat kenangan. Nak nak letak dalam blog. Ni la hasil gambar yang diambil dari guru kelasnya.



Seronok tengok anak-anak happy.



Dan paling penting Ariq lagi happy!! Kira berjaya la misi dia nak bagi party pack kat kawan kelas.



Terima kasih Cikgu Aisyah sudi menyelitkan sedikit masa mengajarnya untuk agihkan party pack dan sesi bergambar.



Fuh lega dah setel semuanya. Selagi tak sampai birthdaynya selagi tu la dok cakap ulang banyak kali. Siap countdown lagi tu hehe

Tuesday, June 18, 2019

Beraya di Sg. Buloh


Yeyyy kali ni ai dapat beraya kat Sg. Buloh dulu. Bukan senang okay dapat ke sana dulu, selalunya memang ke rumah mertua. Tapi ai jenis tak kisah pun, sebabnya dua-dua rumah org tua dekat. Hari pertama dah setel raya dua-dua rumah hehehe Kalini beraya kat Sg.Buloh ni pun sebab anak kakak enZaf, Danial kena chicken pox. Dia ada kat rumah mak jadi mak tak bagi balik takut berjangkit pula.

Itu yg lepas solat raya laju ke Sg.Buloh :) Nak ditambahkan lagi kegembiraan raya ni, adik ai Hana pun dapat balik beraya di Sg. Buloh juga. Kalau ikut tahun-tahun sebelum ni, kami selalu clash dengan dia, bila ai ada dia takde.. bila ai takde dia ada pula. Masing-masing ada komitmen beraya dengan keluarga mertua dan saudara mara tu. Itu yang kadang masa tak mengizinkan. Cuma raya tahun ni adik ipar ai Omar tak dapat cuti, kena kerja. Raya ke-3 baru dia dapat balik beraya.

Gambar-gambar kat bawah ni semua dari phone adik bongsuku. Salam raya dengan abah. Sengih mak ek tengok orang mintak maaf :p



Salam raya dengan mak pula.



Sebak masa salam peluk dengan dorang, sebab raya haji nanti dorang takde, insyaAllah pergi menunaikan rukun Islam ke-5. Kami jarang berpisah lama-lama ni. Kiranya nanti raya haji tu perpisahan sementara yang agak lama buat kami sekeluarga. Lepas dah ai dah bersalam ikut la giliran masing-masing. Habis mekap adik-adik ai bersalam, menangis banyak dorang ni.. itu la banyak sangat buat dosa :p

Part cucu-cucu pula salam, riuh rendah dibuatnya... nak nak yang kecik tu mana nak paham hahaha Tengok orang salam dia pun salam, orang peluk dia pun peluk. Nasib tak nangis bila tengok orang nangiskan. Akak Zahra dia ni jarang tengok nangis, jiwa dia agak kental juga. Tak ikut macam Mummy yang jenis mudah meleleh air mata :p



Aliah ni jiwa sensitif, pantang tengok orang nangis dia pun sama naik nangis juga. Masa salam dengan Tok Abah tu dah lain macam muka dia haha



Ariq pun lebih kurang macam Aliah. Dapat pula Tok Abah tu panjang berjela cakapnyakan.. nasihat kat cucu-cucu dia. Moga Ariq tu paham la hahaha



Giliran Qaireen sampai Tok Abah kena mencangkung kat depan dia. Blur tak paham kenapa nak kena beratur dan salam bagaikan hehe



Baju melayu hijau tu menantu atau hantu?



Menantu dia ni selalu bawak Abah lepak minum kat mamak. Tolong pantau sikit kolestrol Abah tu ye. Habis dah sesi bermaaf-maafan, harusla kami bergambar pula. Gambar ramai-ramai, hanya Omar je takde.



Tok Abah & Mak Tok bersama cucu-cucunya.



Lelaki dalam rumah, sikit je hehe Dalam rumah ni girl power :)



Mak bersama anak-anak perempuannya.



Cousins for life :)



Butang baju melayu nak superhero anak-anak bujang ni. Batman vs Spiderman gitu.



Dan terakhir diriku bersama adik-adik.



Seronok bergambar sampai berpeluh-peluh sebabnya nak ambil gambar ketawa. Apa yang seronok entah kami ni mudah terhibur. Orang lain kalau tengok memang kecoh haha Lepas bergambar apa lagi, makan la. Petang baru tetamu start datang. Memang tak putus melayan sorang sorang datang sampai ke tengah malam. Anak-anak dah siap salin baju. Tak larat nak berbaju kurung sampai ke malam. Balik rumah terus terbongkang dibuatnya.

Friday, June 14, 2019

Berbuka Puasa Bersama BFF & Office


Menjadi juga berbuka puasa
ngan sahabat baikku Ramadhan yg lepas.
Alhamdulillah...
Punya la susah nak dptkan date memasing.
Itu pun tetap tak cukup corum,
last minutes Elin tak dpt join
sbb anaknya demam.
Tp kalau nak ikutkan puasa tahun lepas,
dia pun tak join jugak.
Eh 2 tahun lepas pun sama ahahaa
busy si Elin tu :p

Kalini kami berbuka puasa kat
Polperro Steak House Shah Alam.
Nani yg suggest dan kami okay je,
pastu dia bookingkann tempat.

Ai sampai agak lewat,
sbb menunggu enZaf setelkan kerja,
plak haritu hari Jumaat dan
tambahan cuaca hujan rintik2
menambah la jem ya amat.
Azan Maghrib masih dalam kereta :)

Sampai2 memang terus makan la.
Kat situ buat buffet.
Dewasa dalam RM40+ tak silap,
lupa dah hehe
Kanak2 RM20 gitu.

Dah nak balik baru la bergambar,
si kenit ni dah macam mandi,
basah lencun kat kepala.
Pastu dia dah rimas dan ngantuk.



Riuh kejap nak bergambar.



Paling suka gambar ni
sbb kami tayang gigi haha
Apa yg seronok tu pun tak tau.
Kalau dah dgn kawan2 harusla
gelak memanjang.



Dah ambil gambar baru perasan,
yg meja punya la sepah ya amat.
Mintak enZaf ambil gambar lagi sekali,
tempat senonoh sket.
Tp lighting plak tak best.
Gelap sket gambarnya.



Ambil angle lain plak,
tetap sama gelap jua hehehe.
Thank you enZaf melayan wifenya
yg cerewet tu kan.



Puasa yg lepas berbuka ngan office enZaf juga.
Tempat yg sama kat Muhibbah Seafood.
Tp sedih tak dapat jumpa Sue.
Anaknya demam jd dia tak dpt join.

Tp terubat sedih tu
sbb tak sangka jumpa Kak Liz.
Lama betul ai tak jumpa dia.
Last 2 tahun lepas kot,
itu pun jumpa sekejap sgt.

Harusla ambil gambar sblm balik
dgn Azly, Kak Liz dan anak2.
Nak jumpa lagi tu ntah bila plak hehe



Keluar kami dah bertambah ahli,
ada yg kawin dan ada yg
bertambah baby.. yeyyyy



Lepas selesai dgn office,
enzaf ajak lepak Subaidah.
Minum2 plak.
Anak2 okay je melayan.
Dorang bagi makan ice cream senyap la :p