Monday, August 31, 2009

Sandwich Art


Received email dari kawan. Sangat kreatifkan sandwich kat bawah ini. Comel sangat. Sandwich ini semua untuk menggalakkan kanak-kanak makan makanan sihat. Terutamanya yang ada sayur tu. Ai selalu buat untuk Zahra petak macam tu je. Tiada la nak buat bentuk bagaikan. Nanti nak try juga buatkan untuk dia macam ini, mesti anak-anak sukakan.. (eh mak budak pun suka juga haha)













Oh dikesempatan ini ai ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 kepada semua kawan-kawan blog. Semoga negara kita aman damai dan kita dapat hidup dengan harmoni sampai bila-bila. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Friday, August 28, 2009

Astro Oh Astro

Perasaan marah dan terkejut bila baca surat dari Astro ni.
Membebel la sana sini.. dah penat benti hihi
Ape nak buat, bebel pun bukannya bole kurang pun. Menda dah naik huhuhu..
Nak taknak kena la bayar jugak.
Suratnye dah lama dapat, tapi sbb nak bayar bil bulan ni,
tetiba perasaan marah tu datang balik. huhu tarik nafassss hembusss..lega dah hihi


Hmm makin lama nilai barang/servis semua tinggi kan??!!

Wednesday, August 26, 2009

Members Day

updated**
baru balik dari menyoppingkan diri.
Takde la byk sangat beli pun.
Tapi dlm byk2 barang dibeli (byk ke) nak tunjuk ni kat korang.
Comel tak light candle holder ni (50% less). Hiasan tambahan kat console table ;)


Harini ada Metrojaya Members Day.
Nak pegi soping raya sket la.
Sape nak ikut jommmsssssss
Jumpe sana yerk..

Tuesday, August 25, 2009

Eskrem Girl

Tgh2 lepak kekenyangan sambil tgk tv (mengalahkan orang puasa lak hihi)
Tetiba Zaf ajak makan aiskrim. Tgk jam dah kul 10pm, Zaf kata sempat.
Ape lagi dah orang ajakkan, jangan ditolak. Laju je siap =)

BR kat uptown tutup kul 11pm.

Letak je aiskrim atas meja, si kenit ni la yang capai dulu. huhu

Zahra skang mmg dah reti makan sendiri ngan sudu..
tak yah suapkan dah. Senang keje mummy kan.

Tgk la si kenit ni, tak toleh kiri kanan dah. Orang panggil pun tak layan.
Aiskrim lagi penting skang ni haha

Kesudahannya dia conquer aiskrim tu sorang2x.. sian kami dapat sikit je huhuhu

Si kenit yang puas hati dapat makan aiskrim dgn jayanya.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa!!

Sedihnyeeeee... bukannye ape.
Malam ni tak dapat nak tarawikh dan berpuasa esok.
1st ramadhan plak tu kan huhuhu
Harini 'bendera nippon' berkibar dgn megahnya..
mungkin minggu pertama ni tak dapat berpuasa huhuhuhuhuhuhuhu


Tapi ape pun, pada semua sahabatku sekalian yang beragama Islam,
Selamat menunaikan ibadah puasa.
semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan mulia ini. InsyaAllah.

Wednesday, August 19, 2009

Rahsia Bantal

credit pic to mySA lifestyle

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.
Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu ;)
.
.
.
.
.
.
.
Semua pernah merasa tido dari satu bantal, ke byk bantal dan takde bantal.
Paling banyak No.1
Tapi idak la romantik pun huhu

Korang plak yang mana? sila kaborkan padaku yerk hihi

Monday, August 17, 2009

17 months

Alhamdulillah, harini Zahra 1 tahun 5 bulan.
Cepat betul rasa anak membesar. Mummy dia je cam perasan anak dara lagi haha

Skarang ni tgh syok, BERLARI.. kaki dah kuat.. berlari sana sini.
tak kira ape kat depan dia, redah je.. sabar je la anakku ni.

Dan paling penting dah reti sebut Mummy (complete sebutannya yeeeyyyy)


Gambar takde kena mengena ngan umur dia skang. harap maklum =)
ketul2 dia dah byk kurang, bila dah besar ni


Saturday, August 15, 2009

I’m Addicted to Olay Game

Skarang aku tengah addicted ngan Olay game ni.
tapi tak la terror mana main pun, saje suka2x.

Pada yang blom try main lagi, jom la join addict together2x hihi
Click
sini yer.

Rules:
1-play the online game n take a final screenshot of your score
2-write a blog post tittle ''I'm Addicted to Olay Game'' and post the screenshot in ur blog
3-tag 5 of ur frens in the post and challenge them to beat ur score
4-send an email to findfairness@nuffnang.com with the permalink of ur blog post.



Tag 5 of your friends in the post and challenge them to beat your score.
1. Anna
2. Connie
3. Farah
4. CT NORAMIZA
5. mEiZ SHA

pada sesape takde dlm list name ni, korang pun dialu2kan main game ni.

kalau korang dapat beat akunye score, ada gift akan diberikan.
tapi sorang je la ek dapat. (akan di buat lucky draw kalau ramai)

Wednesday, August 12, 2009

Alamakkkk

Updated**
Sedih tau... tak ok ok lagi huhuhu, ingatkan buat balik ok. skali sama gak ilang!!
Tak larat ar nak click sorang2 kat follower list tu..huhu


Aduhai, pesal blog yang aku follow HILANG ni!!!!
kat dashboard kosong!!! korang pernah jadi camni tak??!!
nak terjah blog kawan2 pun tak dapat.. huhuh
hmm tinggalkan link korang kat komen yer.. TQ

Tag: Husband

Minggu ni adalah minggu tag sedunia.
Gigih nak habiskan tag tertunggak

Rules:
Here’s a chance to see how well you really know your husband.
Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.
The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.




Question:
1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
3. What’s one food he doesn’t like?
4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
5. Where did he go to high school?
6. What size shoes does he wear?
7. If he was to collect anything, what would it be?
8. What is his favorite type of sandwich?
9. What would this person eat every day if he could?
10. What is his favorite cereal?
11. What would he never wear?
12. What is his favorite sports team?
13. Who did he vote for?
14. Who is his best friend?
15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
16. What is his heritage?
17. What is his favourite colour?
18. What is his habit?
19. What is he proud of?
20. Lastly, do you think he will read this?

Q yang ada ni aku print out bagi Zaf check betul ke tak aku jawab.
Nak tunggu dia baca blog ni mmg berjanggut la kan hihihi
(tapi tetap tak nak ngaku yg dia mmg jarang sangat baca blog huhu)



Score: 17 out of 20 hihi
Pastu saje la suh dia jawab Q ni tuk wifenya.. tak nak bole
nampak sangat tak tau la tu kan..sabar je la.. =)
takpe la yang penting dia sayang kita.. ecece sayang ke :p


Pada sapa yang tak pernah buat tag ni lagi, sila lah buat ye.

Monday, August 10, 2009

Tag: Handbag

Dapat tag dari Zati. Maceh yer.
Zati oi, handbag awak banyak giler.. sangat teruja tau.
hmm setelah sekian lama tak wat tag, harini tetiba rajin nak wat.
Minggu ni gigih nak wat tag tertunggak haha
Okey la melalut byk dah ni.

1. Ambil gmbr beg yg anda bawa ke kerja (tak kira byk mana).
Amik satu je la ek.. malas nak snap pic beg lelain.
Nie la handbag yang dibawa gi keje (gi jalan pun ada). Kecik je.
Malas nak bawak besar2 sbb dah angkut backpack bawak lappy huhu


2. Ceritakan apa yg terkandung dlm beg kerja anda itu.
Sertakan gambar sekali. kemudian terangkan secara detail isi bag anda.


Memandangkan beg ni cinonit je, takde la bawak segala alam.
1. Purse
2. Specky
3. Lil notepad
4. Pen
5. Kunci kete
6. Eye drop
7. Lip balm
8. Tisu
9. Kunci umah
10. Handphones

3. Nyatakan sebab anda suka bag kerja anda.
Kecik

4. Kenangan manis @ apa yg istimewa pd beg itu pada anda
Secomel tuannye hahahah perasan giler.
Sebenarnya ia adalah beg coach yang pertama. ;)

5. Tag 10 orang yang lain
Taknak tag sesapa.. sbb tau dah ramai yang dah buat.
Aku je ketinggalan. kot sape nak buat sila2kan lah amik ye.

Sunday, August 9, 2009

Deco Bersama Zahra

Tengah mummy keletang keletung kat dapur.
Pasangkan channel Ceria tuk Zahra bagi tak kaco mummy dia wat keje.
Bila dah settle semua kat dapur. Nak rest tgk tv.
Tgh2 layan tv, rasa cam lain je kat rak tv.
Rupa2nya Zahra telah memberi sentuhan kreatifnya yang pertama.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tengok tu kreatifkan...
nampak ke tidak, nampak ke tidak, nampak ke tidak, (dengan nada citer datin wanabe)


Pada yang berminat utk menggunakan khidmat pakar perunding hias sempena hari raya nanti.
Sila taip ZAHRA jarak DECO ke 1234 tekan2 tak dapat..

Saturday, August 8, 2009

Gift lagi

Berzaman nak publish entry ni.
Kalau peram buah pelam, masak ranum dah. tak pun dah busuk haha
Gift ni adalah pemberian dari kawan2 blog yang tak putus2 bagi.
Sangat2 terharu dan teruja, mummy sangat excited dan over skali.

Gift 1: Dari
Fara. Accessories tuk Zara sangat2 cute.

Gift 2: Dari Haizales. Gift ni sempena our 3rd Wed Anniversary.
Suka ngan jam tu tau mama Rania. Zara pun suka ngan pajamas dia.

Gift 3: Dari Ayu.Weh sempat lagi tau gi kursus kat sana hantar poskad. Jeles seh..
Balik dari tioman Ayu pos lagi keychain Tioman plak.. best2x

Gift 4: Dari Zana. Paling suka dengan jeans. Ada nama Zara..
pastu mummy pun dapat bag batik khas dari Indonesia. sukaaa

Gift 5: Dari Zura. Dapat FM eskrem.. sangat cute. Suka juaaa..



Pada Fara, Haizales, Ayu, Zana dan Zura tima kasih bebanyakkkk
Semoga rezeki korang melimpah ruah dan diberkati. InsyaAllah.

Wednesday, August 5, 2009

Zahra dan Kasut

Ni adalah koleksi kasut Zahra dari dia lahir sampai la skang.
Haruslah tuan punye kasut posing sama kan. hihi

Ada yang beli dan ada orang bagi.. sangat suka.

Kasut raya Zahra tak beli lagi. Mummy & Daddy pun tak beli lagi huhuhu
Berangan nak beli yang kat bawah ni, tapi mahal sangat la pulak.
Kalau la ada duit jatuh dari langit, bestnye.
Dapat beli sama ngan Mummy punyer kan ;)

gambar kasut dari sini

Kawan-kawan Zahra mesti dah beli kasut raya kan?!
Silalah tunjuk kasut raya baru korang ye, nak tgk hihi

Tuesday, August 4, 2009

Ahad lepas

Kali ni xtvt ahad lepas punye citer.
Jalan2 kat MidValley & The Gardens.

Layan zahra naik kete, mummy dia yang over naik sama.

Daddy happy sebab dapat menambahkan lagi koleksi game PS3 dia tu.

Nak tgk cermin, sampai mencangkung anak aku ni.
Pastu mula la cakap depan cermin tu, cam jumpe kawan..gelak2

Penat tawaf satu MV, melepak minum. Zahra la paling nyibuk sama.
Orang makan, dia pun nak makan. Orang minum, dia pun nak minum.
Padahal wat sepah huhu

Ni mmg keje harian dia, mengorek segala tok nenek dlm purse mummy.
Siap terkangkang baik punya anak dara ni..aishhh

Sebelom balik, harusla kan beli air mata kucing dulu.
Petaling Street punya.. fuh sedapppp..
sape suka angkat tangan kaki skangggg =)

Sunday, August 2, 2009

Dumex at OU

Smalam berjalan kat One Utama.
Kat The Oval, New Wing ada Dumex Dugro launch new look and packaging.
Sayang tak sempat nak jumpe duta Dumex Vanidah Imran & Rashidi Sidek

Ape la Zahra dok perati tu

Rupanye2 maskot dumex ni.. byk ada 4,
tapi yang ingat nama kaler purple tu Sweepy..kiut miut je Tapi bila ajak pegi dekat, takot plak.. bila dah jauh siap leh bye bye lagi.
Anak korang mesti tak takut kan ngan maskot2 cam ni.
Nak balik, ada SA yang baik hati mengofferkan diri amikkan pic kitaorg.. ;)

Itu je la aktiviti kami semalam..
Aktiviti korang mesti best =)

Saturday, August 1, 2009

Lorna's Wedding

Smlm malam wedding opismate. Kat Dewan Komuniti Taman Tun.

Seronok Zara kiri kanan pegang gula2..taknak lepas. Pegang je tapi tak leh makan hihi

Pastu heret goodie bag sana sini, sabar je la.

Alamak pengantin pompuan tutup mata.
Tapi apepun pengantin tetap cantik da vogue da vas gitu.
Pelamin pun cantik.. tapi tak amik gambar plak.

Selamat Pengantin Baru Lorna & Khairil
Semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.
Cepat2 dapat baby, nanti Zara ada kawan ;)