Cuti Raya Cina ini kami tak pergi ke mana-mana sekadar keluar makan dan jalan-jalan sekitar rumah sahaja. Lagi pun akak Zahra masih belum habis peperiksaan akhir tahunnya. Nak buat ulangkaji di rumah katanya. Seperti biasa, sehari dua sebelum balik asrama kami akan keluar makan. Anak-anak minta makan Teppanyaki di One Utama. Ingatkan cuti raya ni kosong shopping mall tapi sangkaan meleset, ramainya orang huhu.. Rasanya sekarang ni mana-mana pun ramaikan.. sesak dah Selangor dan KL ni :(
Selesai makan, misi kami untuk mencari baju Aliah untuk dinner sekolahnya. Pakaian untuk dinner tu ada warna tema iaitu pink atau hitam. Banyak kedai kami masuk tapi semuanya tak berkenan di hatinya. Sampai tak larat dah ai nak berjalan haha.. jadi kami singgah minum petang dalam One Utama tu juga. Lupa pula nama kedainya yang pasti mamak.
enZaf dan anak-anak sempatlah main kad Uno 3-4 round. Bukan main seronok dorang tu, mujurlah tak ada orang menjeling sebab bisingkan haha.. On the way nak balik ke parking, sempatlah ai snap gambar anak-anak. Tengah jalan tiba-tiba ai suruh dorang berhenti sekejap untuk bergambar. enZaf tahu sangat dah perangai ai ni hehe..
Akak Zahra pakai baju ai, hari tu ada belek sekejap dalam wardrobe mana baju yang dah tak pakai dan tak muat bagi pada anak-anak. Sedih rasa hati ini, bukan sedih bagi baju tu. Tapi sedih sebab badan dah kembang sebab tu dah tak muat :p Lama dah baju Raplh Lauren ni, masih elok lagi kainnya. Berbaloi beli walaupun sedikit mahal.
Dua orang ini, Ariq dan Qaireen teruja dengan lif nampak luar. Qaireen jenis gayat, bila masuk lif ni mesti nak berpaut pada sesiapa, sekarang ni dia dah okay sikit mungkin dah besarkan.
Ada lagi aktiviti kami masa cuti ni tapi tak ambil gambar. Kebanyakkannya makan-makan lah hahaha.. Oh! gambar di bawah ini masa hantar akak Zahra balik asrama. Sebelum balik tu haruslah ambil gambar dengan dia. Esok dia sambung exam sampai hari Jumaat tak silap ai. All the best kakak!
Saja ambil video masa lalu di jambatan ini. Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) namanya. Boleh lah Google kalau nak tahu lebih details pasal jambatan ini :) Ai paling seram tengok tiang jambatan tu. Punya lah tinggi ya amat.
Terkejut ai bila Aliah beritahu dia nak main ragbi pada hari Jumaat lepas. Dua tiga kali juga ai tanya semula dan dia jawab ya. Dia nak cuba katanya. Di sekolahnya ragbi memang ada tapi hanya untuk murid lelaki. Kali ini cikgu Azwan nak buat team perempuan pula. Memandangkan Aliah nampak sangat berminat ai pun izinkan je lah. Lagi pun dia dah tahun akhir di sekolah, apa salah nak mencuba. Cikgu Azwan beritahu siapa yang berminat boleh datang ke sekolah hari Sabtu pagi untuk selection, kelas Aliah hanya dia dan sorang kawan lagi yang berminat. Oh dia main ni ragbi sentuh (touch rugby), kalau ragbi biasa tu ai tak bagi main, mahu patah riuk kang huhuhu..
Balik dari selection dia beritahu Aliah dan kawannya terpilih. Wah wah.. Mummy macam tak percaya pula dia terpilih hahaha.. Sejak dari hari itu, hari-hari dia ada training di sekolah selama seminggu lebih. Cikgu Azwan beritahu tak lama lagi akan diadakan perlawanan persahabatan. Semua pemain kena beli kasut katanya. Hari Isninnya, enZaf ajak beli kasut lepas ambil anak-anak di sekolah. Sekarang ni apa-apa berkaitan barang sukan, kami ke Decathlon saja. Senang sana macam-macam ada, one stop center gitu kan. Walaupun ianya bukanlah jenama yang mahal tapi ada je yang berkualiti dan paling penting harganya kita mampu milik :)
Daddy dia saja nak bagi Ariq cuba barang-barang ragbi. Tanya Ariq minat tak ragbi, dia jawab biasa je hahaha..
My boy yang hitam legam ni, dah main bola susah dah nak kulit cerah. Kalau Ariq minat ragbi ai pun suka tapi itu lah badannya comel sangat.
Tak sabar nak tengok Aliah main ragbi ni. Anak dara sorang ni kurang sikit bab sukan, dia lebih suka art. Di sekolah pun dia hanya main Bola Baling tapi itu pun dia main suka-suka saja. Tak ada la serius sangat. Tapi yang ragbi ni lain macam pula dia tiba-tiba minat. Jadi Mummy dan Daddy bagi sokongan penuh apa sahaja yang anak-anak minat, kami pula yang teruja ni :)
Pejam celik pejam celik, tahu tahu je Qaireen nak sekolah. Macam tak percaya pula dia dah besar. Mummy ingatkan dia masih baby lagi hihihi.. Pada 3hb Januari merupakan Induction Day di Genius Aulad. Tiada pembelajaran pada hari tersebut, hadir untuk mengambil uniform, name tag, message book dan sebagainya. Sambil itu berkenalan dengan class teacher Qaireen :)
Tak sempat nak ambil gambar dalam sekolahnya. Dah keluar baru ambil gambar Qaireen itu pun kat pintu masuk hehehe.. Selesai semuanya enZaf nak cuci kereta, jadi kita ikutkan aje. Sementara menunggu kereta dicuci, ambil gambar hero sorang ni. Manja Mak Long :) Nak masuk 9 bulan dah Fahrel, buat masa ini ai lah yang menjaga dia sehingga umurnya 1 tahun. Bukan main suka ya keluar berjalan, bukan main lebar sengih tu :)
Lepas solat Maghrib kami keluar pergi The Curve, esok dah mula persekolahan barulah terhegeh-hegeh nak membeli beg sekolah bagai. Ai boleh pula terlupa pasal ni, tak teringat langsung. enZaf pun sama tak ingat juga. Punya lah lama tak ada anak tadika sampai begitu sekali lupanya hahaha..
Lama juga tak menjejak kaki masuk ke dalam kedai Smiggle. Anak-anak semua dah tak layan dah Smiggle ni sangat. Mereka lebih suka cari barang stationary dalam kedai Typo atau pun Popular.
Beg sekolah dan botol air Qaireen dia sendiri yang pilih. Pencil box, pensil dan warna semua tu beli dalam Lotus saja. Kebetulan nak mencari barang lain, beli situ saja lah. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah The Chicken Rice Shop untuk makan malam :)
Hari terakhir tahun 2022, adik ai Nani buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran buat anaknya Fahrel. Majlis ini diadakan di rumah keluarga Mertuanya di Batang Kali. Dekat saja dengan sekolah akak Zahra, ai ada berseloroh masa nak ke sana, lepas makan di majlis ini kami hantar dia terus ke asrama. Terkejut dia kenapa nak hantar awal sangat :p Mummy dia memang suka mengusik :)
Majlis aqiqah ini turut diraikan bersama dengan anak Abang Long Fahmi, Lutfi Haqiem. Fahrel ada sepupu sama baya hanya 3 bulan sahaja yang membezakan umur mereka, seronok lah dah besar nanti ada kawan. Atok dan Nenek pun seronok dapat dua cucu dalam setahun. Majlis ini berlangsung pada waktu pagi, tetapi kami datang pada dalam pukul 2 petang disebabkan Ariq ada latihan bola. Tak sempat nak jumpa dengan Abah, Mak dan adik-adik ai, mereka dah balik tengaharinya. Sampai-sampai tu kami terus makan hehehe.. penuh lauk atas pinggan ai. Lapar sangat dah tu :p
Eh bukan ai sorang saja yang lapar, anak-anak pun. Laju je masing-masing ambil makanan.
Baby yang diraikan, baru bangun tidur dia. Kepenatan dari pagi dan kepelikan kenapa ramai sangat orang kat rumah ya. Nani cakap mujur tak meragam, umur sekarang ini dia pandai kenal orang, tak semua dia nak. Sepupunya lagi sorang masih tidur.
Dah selesai makan, perut pun dah kenyang ya amat hehe.. tibalah masanya untuk mengambil gambar. Rugilah tak bergambar di pelamin yang cantik. Semangat Nenek Fahrel yang uruskan majlis ini. Itu orang cakap, manja cucu dengan manja anak tak samakan. Bila dah ada cucu, sanggup buat apa saja Atok dan Nenek. Bila teringat ni, semoga Allah S.W.T pelihara dan lindungi Abah dan Mak. Mereka berdua pun curah kasih sayang pada cucu-cucu tak berbelah bagi. Alhamdulillah.
Bergambar dengan "pengantin" hihi.. Cantik sangat gambar sebab cuaca tengah panas dan berada di luar. Lighting on point gitu :)
Akak Zahra dan Aliah pakai baju kurung Mummy. Baju tu yang kecil sebab tu dah tak muat hahaha.. tak mengaku yang badan tu dah kembangkan. Jadi kita salahkan baju :p. Lepas dah bergambar ramai-ramai, kami nak ambil gambar dengan Fahrel pula tapi ada orang merajuk bila ai dukung Fahrel. Langsung tak pandang kamera, puas dipujuk tak jalan jua huhu..
Bila dah merajuk, Qaireen minta dukung pula. Ya ampun terasa keberatannya. Senget pinggang Mummy nak oi hehehe.. Gambar di bawah, hero-hero kesayangan. Kalau ada Aira dan Akid mesti lagi meriah bergambar. Tak cukup corum anak-anak bersama sepupu.
Cantik sangat pelaminnya. Bila dah balik baru teringat, rugi tak ambil gambar berdua dengan enZaf hahaha.. tiba-tibakan nak jadi pengantin pula :p