Friday, December 30, 2016

Beli Buku Sekolah


Pihak sekolah dh bgtau yg
kedai buku kat sekolah start operasi
5hb Disember tuk beli buku tahun depan.
Mcm 2 tahun sebelum ni
mmg minggu pertama ai dah pegi beli.
Tapi kalini lambat sket.
Minggu ke-2 beli.. tp tuk org lain
kira awal jugak hehe
Tak kisah la kan,
ikut suka la masing2 nak beli bila.
Janji part kita setel sudah.

Yang baju kuning tu
paling eksaited skali nak beli buku.
Macam la dia sekolah kat sini.



Alhamdulillah takde orang hehe



Kalini 2 plastik beg bawak balik.
Dah 2 orang sekolah kebangsaan sudah.



Buku teks Zara sblm cuti lagi dah dapat.
Ada 2 buku dia yg tak bape elok.
Tak sampai hati nak bagi dia pakai,
sbb dah terkeluar2 muka surat tu dr kulit.
Walaupun beli buku baru,
buku yg rosak ni pun ai tak biarkan.
Baiki sikit mana yg bole.
Yg tertanggal dan koyak semua tu
kita tapekan elok.
Siap balutkan semua cukup.
Atleast nanti bila nak pulangkan tu,
elok la sikit rupa buku.

Ajak Zaf gi kedai buku kat Shah Alam.
Tahun lepas pernah pegi sini.
Mmg best kedainya.
Kat Seksyen 19.
Nak ke sana waze aje :)
MRKB Agency.



Buku teks semua ada.
Buku aktiviti pun banyak.
Bukan sahaja buku yg ada,
segala jenis stationary bagai.
Kira mcm one stop centre cari keperluan sekolah.


Thursday, December 29, 2016

Lunch ngan Nani & Elin


Makan2 yg tak di plan.
Gara2 tak puas jumpa masa kat Subang haritu.
Kalini takde ensuami.
So bole borak byk dan macam2 lagi hahahaha

Makan kat Pizza Hut,
dekat dgn umah Nani.
Senang sbb ai nak amik dia n Adraa dulu.

Dan mujur jugakla senang dpt parking.
Rezeki kami.
Area Piza tu dekat dgn Maybank.
Pepaham la bila ada bank,
mmg parking susah ya amat.

Oh yer gambar dlm ni semua dari Nani.
Sbb handphone ai rosak huhuhu
nanti cerita bila rajin :p

Tq Nani bg gambar,
pinjam ek buh dlm blog.
Tau ko baca ni hehe



Tak nampak Abid rupanya.
Lindung dibelakangku.
Zara amik pic ni.



Lepas tu Aliah plak.
Nasib Ariq tak mintak nak amik gambar.
Kalau tak dia pun sibuk jugak tu.



Staff Pizza amikkan.



Elin belanja makan,
Tq Lin... moga murah rezeki.

Dan masa makan ni,
time Selangor takde air hehehe
Balik pun mmg nak ada kat umah lepas 4.30ptg.
Katanya air masuk time tu sampai esok pagi,
pastu takde balikkan.

Dan Alhamdulillah jugakla,
kat umah ai tak putus air.
Mungkin tangki rumah besar.

Esok Aliah ada orientasi Tahun 1.
Yeayyyy ada budak nak masuk sekolah dah.
Pastu masuk dah kita 2017.
Kejap je kan.

Wednesday, December 28, 2016

Dinner at King Western Food


Minggu ni byk entry makan dgn kawan2.
Kalini makan dgn Nani & Elin.
Lama giler tak jumpa ngan mama lin ni sorang.
Busy betul dia ke sana sini kerja.
Byk outstation.
Moga dipermudahkan segala urusanmu.

Kalini tempat makan di pilih oleh Elin.
First time makan kat King Western Food.
Dekat Subang Perdana.



Kata elin kat sini
kena cuba chicken grill.
Memang sedap.



Dan itu la satu2 nya gambar
makanan yg diambil hahahhaa.
Tak dan nak snap lain sbb dah kelaparan.
Zaf makan fish & chips.
Chan makan lamb chop kalau tak silap.

2 kawan dunia akhirat.
Kemain gumbira sangat.



Tau tau ada gambar ni dlm phone.
Ntah bila masa diambil.
Dan ape yg ai cakap ngan Aliah pun tak ingat haha



Thank you Lin & Nani.
Next time kita jumpa lagi ek.



Masih tak complete lagi makan2 kita ni.
Tak cukup 5 orang.
Busy benor 2 anak dara lagi tu.

Tuesday, December 27, 2016

Kek di Petang Hari


Lama tak makan kek kat SR.
Makan ni pun kebetulan.
Mmg selalunya gitu la ngan Tee B.
Kalau dia whatsapp time tu
dan ai pun free mmg on je la.

Jumpa kat Giant,
sbb dia baru setel cari barang kt situ.
Decide lepak SR je
tak yah la dia nak keluar ke tempat lain.

Order ikut tekak anak je semua.
Nanti tak habis
sape lagi kalau bukan diri ini yg perabiskan.



Aliah amik gambar ni.
Tq dik!



Wefie plak.



Geng selipar hehehehe



Thank you Tee
belikan anak2 toys.
Ko mmg anak2 dah cop muka toys ok.
Asal bgtau nak jumpa ko,
anak2 dah happy keriangan gitu.

Friday, December 23, 2016

Selasa Lepas


Pagi Selasa, EnZaf hantar kereta tuk diservis.
Ai & anak2 gi amik dia kat service center.
Pastu kami gi breakfast.

Lama tak makan kat Village Park.



dah tentu la makan nasi lemak.
Tuk menambahkan lagi lemak dalam badan ni :p



Bab makan dorang pun gumbira..
Nak nak si kenit hero tu,
pantang di ajak hahaha



Lepas makan kami gi jejalan kedai ikan.
Ni la kedai yg slalu pegi
dekat dgn rumah.
Jalan Sg Buloh hala nak ke Kg melayu Subang.
Baru skang amik gambar nama kedai haha



Pantang lepas,
berlari je anak dara ni.
Kat umah berlari, kedai berlari.
Semua tempat la nak berlari uhuhuhu



Ada la Zaf beli sikit ikan.
Ada je dia tu nak menambah.
Ingatkan dah habis la kat sini.
Skali dia ajak kedai ikan kat Shah Alam plak.

Kat Seksyen 13.
Kedai ke-2 dia suka.



Ai puns uka jugak.
Sbb dalam kedai ni
byk akuariumnya dah di deko siap2.
Kalau minat dgn ikan yg skali dgn
tumbuh-tumbuhan hidup.
Mmg elok la ke kedai ni.
Cantik semuanya... mmg menarik.

Sampai Zaf pun terjebak nak tukar
deko dlm akuarium kat umah.
Ntah bila dia rajin nak buat tu
jgn cakap la.
Beli pasir batu kayu macam2...
tunggu je la hasilnya nanti hahahaha
Tinggal pokok2 je dia taknak beli lg.
Katanya kalau nak bela pokok hidup
ada oksigen dia bagai la,
makanan semua.
Tu dia hold dulu hahahaha

Sempat bergambar sblm masuk kereta.
Tq kakak!



Thursday, December 22, 2016

Baby Fish!


Bukan "anak ikan", "anak ayam"
apentah lagi mak hayam bagai hahaha
Ni mmg real anak ikan.

Tak sangka selama bela ikan,
julung2 kalinya ada anak ikan.
Dalam sejarah gitu.

Zara la orang pertama yg nampak.
Ai & Daddy dia mmg tak percaya dia bgtau,
skali tgk mmg betul ada anak ikan.
Semua org kat umah teruja.
Dah la halus je kan.



Tapi ai nampak sekor je.
Sbb Zara cakap ada 2 dia nampak.

Heran gak sbb nape sekor je.
Bukan ke ikan ni bertelur byk.
Tapi telur pun ai tak nampak hehehe
Tak tau sgt la sbb tak arif menda ni.
Ntah2 telur2 tu dah kena makan
dgn ikan lain agaknya.

Ni antara yg survive la kot.
Itu pun ai tgk ikan besar ada
kacau2 anak ikan ni.

Setelah di belek2 semua ikan dlm akuarium ni.
Rasanya ikan ni kot yg bertelur.
Sbb kembung dia lain mcm.
Seksa okay nak amik gambar ikan ni.



Sblm ni pun ada cakap ngan Zaf,
ikan tu sakit ke.
Sbb nampak kembung kulit dia.
Dia pun tak tau.
Cakap tak lama lagi mati la kot.
Tapi tak pun mati2.
Kembung kat badan tu pun tak jugak
kuncup2 hahahaha
Nak kata ikan tu pun susah
sbb anak ikan tu taknampak
lg rupa camne.

Nasib baik ada bekas tuk letak makanan ikan.
Ai masukkan anak ikan dlm tu,
bg ikan besar tak kacau.

Masa sekor anak ikan dlm tu,
ternampak lg sekor anak ikan.
Cepat2 tangkap masuk dlm bekas kecik tu jugak.



Tp sayang tak lama,
3-4 hari camtu,
anak ikan lagi satu mati.
Tinggal la sekor je.
Harap2 dia hidup dan membesar la ngan jayanya.
Kalau umurnya panjang lg,
kita update lagi dia dalam blog hehehe.

Wednesday, December 21, 2016

Happy Birthday Mak!!


12/12/2016 birhtday Mak yg ke-58!!
Alhamdulillah....
mak dalam keadaan kesihatan yg baik.
Semoga panjang umur dan diberkati oleh Allah S.W.T.



Bila bab2 birthday ni,
anak2 ku la yg paling kecoh skali.
Paling sibuk dan segala2nya la.

Kalau bgtau dorang okay today Mak Tok birthday
or Tok Abah birthday,
atau sapa2 birthday pun.
Dorang yg akan beria ajak beli kek.
Tp makan kek tak sangat pun hahaha
Lebih kepada nak tip n potong.
Sabar je la.
Sbb tu tak kira birthday sapa kat umah ni,
3-3 terpacak depan kek dah.



Ala Tok Abah ni pandang mana ntah.



Nak bergambar ngan mak plak.



Zaf gi beli kek aiskrim,
kat kedai depan umah je.
Okay sedap jua not bad.



Malam kami dinner sama2.
Makan kat Cowboy Bikers Cafe.



Happy Birthday Mak!!
Sweet 58 heheheh
Kami semua sayang mak selamanya jua. :)



Tuesday, December 20, 2016

Last Day at Johor & Mee Rebus


enZaf ada golf lagi.
Konon nak breakfast,
tp tak larat nak bgn.
Malam tu balik lambat dari Banafe.
Anak2 pun semua terbongkang lagi.

Pukul 11 suh anak2 mandi,
ai kemas2 barang untuk check-out.
Dah setel check-out ajak
anak2 lunch.
Makan kat hotel je.
Sementara tunggu Zaf habis.



Muka bahagia dapat makan.



Kat lobi menunggu Daddy dorang.
Lambat jugak habisnya.
Sampai anak2 tawaf lobi hotel tu lebih dari 10kali haha



Sebelum keluar dari JB,
Zaf ajak makan mee rebus.

Lupa nak amik gambar kedai,
tapi makan kat Zainal Place.
Google leh tau camne rupa kedai.

Tada ni la mee rebus itu.
Ha ada straw hirup jgn tak hirup.
Lamb shank bones ;)
Sedap bole repeat lagi.



Nak balik kl hari Sabtu,
ya ampun byk betul kereta.
Jem ya amat.



Dr JB sampai KL dekat 6 jam okey.
Campur ngan byk kereta,
accident dan hujan.
Sakit pinggang bontot semua cukup.

Oh yer, hari kami nak balik ni,
dapat perkhabaran sedih.
Nenek Zaf blah mak meninggal.
Kami tak sempat nak tengok arwah.
Mak mertua dan keluarga pun sama okay
tak dapat tgk.
Dorang bertolak dari KL
sampai Penang pukul 12tghmalam.
Arah utara pun jem teruk jugak.

Mujur jugak la kami ada balik sblm ni tgk dia.
Kalau tak terkilan jugak tak dpt tgk arwah.
Moga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan dalam orang2 yg beriman.
:((

Monday, December 19, 2016

Kilang Bateri kat JB


Hari ke-2 di JB tak byk aktiviti buat.
Siang enZaf main golf.
Ai n anak2 habiskan masa kat dlm hotel je.

Malam baru dinner kat luar.
Kami ke Kilang Bateri.
First time ke sini.



Byk kedai makan kat luar.
Macam2 ada... pilih je.



Belakang Zara yg mamat pakai
baju hitam adidas tu pelakon
cerita Surihati MrPilot.
Yang suka kat Warda tu,
ape nama pelakon lelaki tu tak ingat.
Tp idak la bergambar ngan dia.
Kalau Fattah tu nak jugak hahaha



Happening tempat ni
bagus tempat kilang terbiar,
dijadikan tempat orang nak meniaga.

Kami try makan kat pantry by Pots.
Search je kat facebook or IG.



Onion rings request by Zara,
sedap rangup.



Piza ni kami buat 2 side,
ape nama tak ingat hahaha..
Zaf yg pilih.
Dan dia kelaparan dah tu :p



Pantang suh bergambar,
laju je.



Sebelah kedai Pantry ni ada
Krabi Pancake.



Aliah ingat pancake cam biasa dia makan,
tp Krabinya pancake lain.
Dia punya lebih mcm crepekan.
Aliah cakap roti canai hahaha

Roti canai pun makan habis dia sorang tu.
Comot comot makan hehe
Memang sedap.
Bole search jugak kt FB & IG.
Krabi Pancake Seaside.



Lepas makan baru kami masuk dlm.
Dalam kilang tu byk orang jual macam2.
Kira macam masuk uptown kota pun ada.
Cuma yg ni indoor la.



Ada food court dalam ni,
kalau taknak makan kat kedai luar tu,
masuk je dlm..
ada byk lagi pilihan makan minum.

Keluar dari Kilang Bateri
kami ke Banafe Village plak.
Aliah tak puas hati sbb tak dpt
pancake cam biasa dia makan hahaha



Daddy dia sampai order 2 okay.



Best partnya
Aliah tido hahahahaa
Time tu pun dah pukul 12 pagi.
Sblm nak ke Banafe ni pun,
dah tanya dia byk kali
dan ajak dia makan hari lain.
Tapi taknak,
mati2 dia nak jugak makan skang.
Alih2 menunggu pancake dia sampai
dia dah tido hehehehehe

Aliah.... Aliah...
dah gigih mummy daddy ko
habiskan pancake.
Sabar je la nak oi.

Banafe Village ni pun ada macam2 makanan,
kebanyakkan semua sedap.
Sbb sblm ni pegi Johor,
selalu gak dtg makan kat Banafe ni.
Dan kedai ni 24hours.