Thursday, July 6, 2023

Minggu Pertama Bulan Julai


Bila suami tiba-tiba teringin nak makan Oden, kita layankan aje lah. Katanya lama tak makan dan kami makan malam di dalam Family Mart. Aliah dan Ariq pun makan sama juga kecuali Qaireen dia makan roti. Nak order kuah sup untuknya dah habis.



Oden ai makan dengan Bihun. Kalau diberi pilihan samaada Mee atau Bihun memang Bihun la ai pilih. Dalam family ni hanya ai dan akak Zahra yang suka Bihun. Makan Oden ini cerita hari Isnin.



Hari Selasa pula tak ada banyak sangat cerita, sekadar ambil video sementara menunggu Ariq keluar dari sekolah. Ada masa ai awal ada masa ai lambat, bila awal dapat lah parking dekat dengan pagar sekolah :)



Keesokkan pagi pula hantar Qaireen pergi sekolah dengan baju sukan baru. Baru nak membeli, sebelum ini pakai uniform saja. Bila Qaireen dalam keadaan good mood, laju-lajulah ai ambil gambar dia. Bukan senang nak dapat mood baik pergi sekolah hahaha..



Dengan dia ni memang menguji kesabaran ai sungguh. Dari kejut bangun tidur sampai nak bersiap pergi ke sekolah ada saja karenah dia. Tabahlah duhai hati. Melayan anak bongsu sorang ini :p



Lepas hantar Aliah ke sekolah ai dan Qaireen pergi makan di Coffee Beans, Tropicana Gardens Mall. Berdua sahaja dengan dia sebab abang Ariq ada koko.



Pada hari yang sama juga akak Zahra ada pertandingan hoki MSSD Hulu Selangor di Kuala Selangor. Ai tak dapat datang tengok dia sebab kejohanan buat pada hari biasa. Sorak dari jauh sajalah, mujurlah ada parents yang dapat datang dan kongsi beberapa gambar dan video dalam Whatsapp Group. Ada yang nampak sipi-sipi pun jadi lah hahaha.. Kita letak gambar-gambar hoki dalam ni sebagai kenangan.













Tahniah buat pasukan lelaki dan perempuan Semashur Hockey Thunders iaitu Thuderbolts (lelaki) dan Thundercats (Perempuan) kedua-duanya mendapat Johan dalam MSSD Hulu Selangor. InsyaAllah lagi dua minggu akan ada kejohanan Inter-SBP Zon Tengah pula. Non-stop akak Zahra training hoki, dia pun jarang sangat call melainkan nak balik barulah teringat nak telefon. Katanya jadual padat dengan belajar dan training. Begitulah kehidupan di asrama.

Hari Khamis ai dah mula exercise. Tak joging, hanya jalan sahaja. Pernah sebelum ini ai joging terasa sakit dibahagian bawah perut. Sejak itu tak berani nak joging lagi. enZaf pun suruh jalan sahaja dalam 30 minit. Jadilah kan sekurang-kurangnya ada. Rasa semput sangat dah lama tak bersenam, berat badan pun ya ampun dah macam pam-pam. Sekarang ini cuba untuk dapatkan stamina supaya tak rasa letih sangat badan tu, kalau dapat kurus ianya bonus. Kalau boleh nak lah kurus tu kan :p



No comments: